Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 47

PENGAJIAN AM PENGGAL 2

BAHAGIAN C
(ESEI)
BAHAGIAN C: ESEI
• Markah penuh ialah 25 markah.
• Kriteria-kriteria pemarkahan:

^ Idea/Isi : 5 markah
^ Huraian : 15 markah
^ Bahasa : 4 markah
^ Format : 1 markah
JUMLAH : 25 markah
CIRI-CIRI ESEI YANG BAIK
(1) Sesebuah esei yang baik mempunyai TIGA
bahagian yang disusun dalam TUJUH
perenggan:

^ Perenggan satu: Pengenalan

^ Perenggan dua-enam: Isi/Idea

^ Perenggan tujuh: Kesimpulan


(2) Setiap perenggan ISI (P2-P6) sebaik-
baiknya mengandungi:

AP (Ayat Penyataan): IDEA UTAMA


AH (Ayat Huraian): Apa, siapa, bagaimana,
mengapa, sekiranya…
AC (Ayat Contoh): contoh yang relevan dengan
idea esei
AR (Ayat Rumus): penegas perenggan
Contoh Pengembangan Idea/Isi
Amalan membawa anak-anak kecil untuk turut sama
berniaga sehingga larut malam merupakan satu
tindakan yang kurang bijak. Bincangkan kesan
amalan ini terhadap anak-anak tersebut. (2015:S8)
A1: Kesan terhadap kesihatan (IDEA 5)
A2: Cuaca yang sejuk pada waktu malam, ditambah
pula dengan habuk, debu dan asap kenderaan boleh
menjejaskan kesihatan anak-anak kecil.
A3: Anak-anak tidak cukup tidur dan rehat.
A4: Oleh yang demikian, senario di atas
menjejaskan kesihatan anak-anak kecil itu.
(3)Bahasa

(4)Impak/Persembahan: Berformat

(5)Kesimpulan
^ Menyimpulkan esei TANPA
MENGULANGI apa-apa yang telah
dihuraikan
ASPEK BAHASA
• Pembinaan ayat
• Penggunaan imbuhan
• Penggunaan tanda baca
• Penggunaan kata ganda
• Penggunaan kata/diksi
• Penggunaan kata majmuk
• Ejaan
• Istilah
PERINCIAN ISTILAH
• Rasional
• Ideologi
• Dasar
• Potensi
• Sumbangan
• Risiko
• Gelandangan
• Ekologi
• Prasarana
• Sumber tenaga alternatif
KESALAHAN TATABAHASA
• Semangat kejiranan dalam masyarakat kini semakin
berkurangan kerana faktor kesibukkan kerja.
(imbuhan, ejaan)
• Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai masa
untuk beramah mesra dengan jiran-jiran. (struktur
ayat)
• Selain daripada itu, sikap prejudis terhadap jiran.
(frasa)
• Justeru itu, masyarakat haruslah bersama-sama
berganding bahu dalam membangunkan negara.
(frasa)
• Contohnya, pihak media massa juga memainkan
peranan penting untuk mencapai hasrat Wawasan
2020. (struktur ayat)
SKOP ESEI

• Agama dan kepercayaan


• Ekonomi
• Politik
• Prasarana
• Sosiobudaya
• Ekologi
• Sains dan teknologi
• Integrasi dan perpaduan
CONTOH SKOP/ISU BERKAITAN

SKOP ISU KEHENDAK SOALAN

1) Inflasi
2) Produk hiliran
3) Inap desa 1) Punca/Faktor
4) Beban hutang 2) Langkah
EKONOMI 5) Perindustrian 3) Kesan
6) Sektor akuakultur 4) Kepentingan
7) Pelancongan 5) Cabaran
8) E-dagang
9) K-ekonomi
10) Industri Halal
11) IKS/PKS
SKOP ISU KEHENDAK SOALAN
1) Penularan budaya
negatif
2) Penderaan kanak-kanak
3) Krisis rumah tangga
4) Penyalahgunaan dadah 1) Punca/Faktor
5) Masalah keciciran 2) Langkah
pelajar 3) Kesan
SOSIOBUDAYA 6) Jenayah remaja 4) Kepentingan
7) Gengsterisme 5) Cabaran
8) Buli
9) Pengangkutan awam
10)Sukan & rekreasi
SKOP ISU KEHENDAK SOALAN

Langkah-langkah:
1) Pencemaran air
2) Pencemaran udara 1) R&D
3) Pemanasan global 2) Penanaman semula hutan
4) Jerebu 3) Mengadakan hutan simpan
EKOLOGI 5) Kepupusan flora & fauna 4) Aplikasi teknologi hijau
6) Tanah runtuh 5) Aktiviti kitar semula
7) Kepupusan hidupan liar 6) Penggunaan teknologi
8) Krisis tapak pelupusan moden
sampah-sarap 7) Penggunaan satelit
9) Hutan Paya Bakau 8) Teknik biak baka/in vitro
10)Tanah bencah
11)Biodiversiti
PENTAKSIRAN ESEI

Skop Markah Tugas Calon Masa*

Utarakan 5 IDEA ikut Perancangan[10


IDEA 5 markah tugasan soalan min]
HURAIAN 15 markah Ayat IDEA Baca semua soalan
Ayat Huraian Buat pilihan
Ayat Bukti/Contoh Rangka idea
Ayat Rumus
Penulisan [25 min]
BAHASA 4 markah Menguasai aspek struktur Gunakan 5 min
ayat, ejaan, tanda baca, diksi untuk menghuraikan
Panjang esei 300-350 pp setiap idea.
Pengenalan esei (1-2 ayat)
FORMAT 1 markah Isi/idea (5 perenggan) Semakan [5 min]
Penutup esei (1-2 ayat) Mengesan dan
membaiki kesilapan
bahasa calon.
KENAL PASTI TUGASAN SOALAN

• EMPAT perkara perlu dipertimbangkan:

1) Isu Soalan
2) Kata Tugas
3) Skop Jawapan
4) Kombinasi Jawapan:
^ 5+0
^ 2+3/3+2
^ 1+4
• IDEA

• Senaraikan IDEA-IDEA mengikut formula


3S:

– Senaraikan idea-idea
– Sisihkan idea-idea yang kurang relevan
– Susun idea-idea mengikut keutamaan
KENAL PASTI TUGASAN SOALAN
Kombinasi
Bil. Contoh Soalan Jawapan
1 Kepelbagaian sumber semula jadi yang dimiliki
Malaysia merupakan aset yang berharga dalam 5+0
menjana ekonomi negara. Bincangkan.
2 Masalah bekalan air bersih kepada pengguna domestik
dan industri menjadi isu hangat di negara kita. Isu ini
memberikan impak yang ketara kepada pengguna
berkenaan. Bincangkan.
3 Sikap pengguna bukanlah punca utama kenaikan
harga barang di negara kita ketika musim perayaan.
Bincangkan.
4 Aktiviti sukan dapat menyuburkan semangat
perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum. Huraikan.
CONTOH ESEI [5+0]
Aktiviti sukan dapat menyuburkan semangat perpaduan dalam
kalangan anggota masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Huraikan.
BIL. IDEA HURAIAN
1 Mengutamakan • Berganding bahu dan bekerjasama bagi
semangat kerja mencapai matlamat pasukan;
berpasukan • Meletakkan kepentingan pasukan mengatasi
kepentingan peribadi.
2 Membina semangat • Membina sikap percaya-mempercayai sesama
setiakawan kaum;
• Tiada perasaan curiga-mencurigai, hasad
dengki; merapatkan silatur rahim
3 Berpeluang • Semua lapisan masyarakat berpeluang
berinteraksi berinteraksi antara satu sama lain;
dengan kaum- • Penonton/atlet yang hadir dapat berkomunikasi
kaum lain sesama mereka.
BIL IDEA HURAIAN

4 Berpeluang • Mempelajari budaya/cara hidup kaum lain


memahami budaya •Mewujudkan sikap menghormati,
kaum lain menghargai cara hidup kaum-kaum lain;
•Selanjutnya dapat menghindari perselisihan
antara kaum.

5 Menyuburkan • Semangat cinta akan negara jelas


semangat patriotisme terpamer apabila pasukan negara kita
menentang pasukan luar.
• Semua atlet berjuang berhabis-habisan
demi menjaga maruah negara Malaysia.
CONTOH ESEI [2+3/3+2]
Bekalan air bersih didapati semakin berkurang di negara kita, dan keaaan ini boleh
menimbulkan masalah-masalah kepada penduduk:
BIL. IDEA HURAIAN
1 (A)PUNCA-PUNCA: • Aktiviti penebangan hutan secara besar-
besaran telah menjejaskan kawasan
Penyahhutanan tadahan; hal ini menyebabkan kadar
penyimpanan air lebih rendah berbanding
dengan kadar penggunaan air.
2 Pencemaran air • Air bersih tercemar dek pembuangan
sampah sarap, sisa-sisa efluen/toksik ke
dalam sungai, laut dll.
3 Peningkatan suhu • Peningkatan suhu menyebabkan kadar
penyejatan yang tinggi.
• Sumber air yang terhad akan
menyebabkan air yang hendak diproses
menjadi terhad.
BIL IDEA HURAIAN
4 (B) MASALAH: • Masalah kekurangan air dalam
badan/dehidrasi;
Mengancam kesihatan • Penyakit berjangkit akibat minum air yang
tercemar.

5 Menjejaskan aktiviti •Tanah menjadi gersang, akibatnya tanaman


pertanian banyak mati dan menjejaskan produktiviti
pertanian/perikanan.

6 Kepupusan haiwan • Kekurangan air bersih juga boleh


menyebabkan kepupusan haiwan yang akan
mati dek kurang sumber air minuman.
ANALISIS BAHAGIAN C (2013-2017)

TAHUN SOALAN
2013 7. Membina negara Malaysia yang bersatu padu telah diletakkan
sebagai cabaran pertama dalam Wawasan 2020. Bagi
mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, kerajaan telah
memperkenalkan ideologi negara dan pelbagai dasar lain. Huraikan.

8. Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia turut dirasai oleh


Malaysia. Oleh itu, kerajaan dan rakyat perlu memainkan peranan
masing-masing untuk mengurangkan kesan yang mungkin timbul
daripada keadaan tersebut. Huraikan.
2013(U) 7. Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 adalah mewujudkan
masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Jelaskan keadaan
yang mencetuskan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat
penyayang dan budaya menyayangi.

8. Golongan gelandangan yang membanjiri bandar-bandar utama di


negara ini kian meningkat. Usaha tertentu perlu dilakukan bagi
menangani gejala tersebut.
TAHUN SOALAN
2014 7. Penghayatan dan pengamalan prinsip Rukun Negara adalah
penting dalam kalangan semua warganegara Malaysia. Jelaskan.

8. Penguatkuasaan undang-undang bukan merupakan satu-


satunya langkah untuk mencapai matlamat memelihara alam
sekitar. Bincangkan.
2014(U) 7. Penggubalan Rukun Negara adalah untuk melahirkan
masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik, progresif, bersatu
padu dan bersikap terbuka terhadap cara hidup rakyat pelbagai
keturunan. Namun begitu, terdapat pelbagai masalah yang
dihadapi untuk merealisasikan hasrat tersebut. Jelaskan.

8. Kegiatan memberikan pinjaman wang secara haram berlaku


dengan berleluasa kerana kegiatan tersebut mendapat sambutan
daripada orang ramai. Namun demikian, ramai peminjam
menghadapi masalah kerana gagal menjelaskan pinjaman
tersebut. Bincangkan.
TAHUN SOALAN
2015 7. Program Bandar Selamat bukan satu-satunya cara bagi kerajaan
mengurangkan jenayah daripada berleluasa di negara ini.
Bincangkan.

8. Amalan membawa anak-anak kecil untuk turut sama berniaga


sehingga larut malam merupakan suatu tindakan yang kurang
bijak. Bincangkan kesan amalan ini terhadap anak-anak tersebut.
2015(U) 7. Wawasan 2020 merupakan gagasan kerajaan untuk Malaysia
negara maju dengan cara tersendiri. Oleh itu, banyak persediaan
perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia bagi mencapai tujuan
tersebut. Bincangkan.

8. Sistem pengangkutan awam yang moden dan cekap penting


dalam pembangunan sesebuah negara. Namun begitu, terdapat
masalah dalam sistem pengangkutan awam. Hal ini menyebabkan
pengangkutan awam menjadi pilihan terakhir kepada pengguna.
Bincangkan.
TAHUN SOALAN
2016 7. Dalam usaha meningkatkan keupayaan guna tenaga di negara
ini, kelemahan mereka dikenal pasti dan langkah-langkah tertentu
perlu diambil untuk mengatasinya. Huraikan.

8. Sistem pendidikan menjadi landasan yang paling berkesan untuk


memperkukuh perpaduan kaum di negara ini. Huraikan.
2016(U) 7. Salah satu cabaran bagi merealisasikan W2020 adalah
mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif. Oleh itu, pelbagai
pihak perlu memainkan peranan bagi mencapai hasrat tersebut.
Huraikan.

8. Semangat kejiranan dalam masyarakat kini semakin longgar.


Oleh itu, langkah untuk mengatasi hal ini perlu dilakukan. Jelaskan.
TAHUN SOALAN

2017 7. Industri penjagaan kesihatan menjadi satu daripada


bidang yang diberikan keutamaan oleh kerajaan di bawah
Program Transformasi Ekonomi (PTE). Huraikan manfaat
yang diperoleh masyarakat dan negara hasil daripada
perkembangan industri ini.

8. Kejadian banjir yang melanda di beberapa buah kawasan


di Malaysia menyebabkan kesukaran kepada penduduk
setempat. Jelaskan.
TAHUN SOALAN

2017(U) 7. Masalah bekalan air bersih kepada pengguna domestik


dan industri menjadi isu hangat di negara kita. Isu ini
memberikan impak yang ketara kepada pengguna
berkenaan. Huraikan.

8. Aktiviti sukan dapat menyuburkan semangat perpaduan


dalam kalangan anggota masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum. Huraikan.
CONTOH SOALAN ESEI PENGGAL 2 2016 (U)

7. Salah satu cabaran bagi merealisasikan


W2020 adalah mewujudkan masyarakat
saintifik dan progresif. Oleh itu, pelbagai
pihak perlu memainkan peranan bagi
mencapai hasrat tersebut. Huraikan.

Isu Soalan: Sains dan Teknologi


Kata Tugas: Huraikan
Skop Jawapan: Peranan pelbagai pihak
Kombinasi Jawapan: 5+0
SKEMA CADANGAN
• Pihak sekolah
• Institusi Pengajian Tinggi
• Ibu bapa
• Pihak swasta
• Pihak kerajaan
• Luar negara/negara lain
• Individu
• Media massa

• PILIH MANA-MANA 5 IDEA


8. Semangat kejiranan dalam masyarakat
kini semakin longgar. Oleh itu, langkah
untuk mengatasi hal ini perlu dilakukan.
Jelaskan.

Isu Soalan: Sosiobudaya


Kata Tugas: Jelaskan
Skop Jawapan: Faktor + Langkah
Kombinasi Jawapan: 2+3/3+2
SKEMA CADANGAN
• Punca-punca:
• Perbezaan ideologi/agama/kepercayaan
• Sikap individualistik/materialistik
• Perkembangan ICT
• Mementingkan status
• Gaya hidup bandar

• Langkah-langkah:
• Aktiviti gotong royong
• Majlis Rumah Terbuka
• Aktiviti Hari Keluarga
• Kempen kesedaran berkaitan dengan semangat
kejiranan
CONTOH ESEI CALON STPM 2017 (1): S7

Soalan 7:
Masalah bekalan air bersih kepada
pengguna domestik dan industri menjadi
isu hangat di negara kita. Isu ini
memberikan impak yang ketara kepada
pengguna berkenaan. Huraikan.
IDEA MASALAH BEKALAN AIR BERSIH

• Penerokaan hutan
• Pencemaran air
• Peralatan lapuk/usang
• Pembaziran air
• Pertambahan bilangan penduduk
• Pengurusan pembekalan air
• Aktiviti pembangunan industri
IDEA IMPAK

• Menjejaskan kesihatan pengguna


• Menjejaskan ekonomi
pengguna/menjejaskan aktiviti
ekonomi/menjejaskan perindustrian
• Mengganggu urusan harian
ESEI CALON 1
Bekalan air adalah sangat penting kepada
kehidupan di bumi ini. Masalah bekalan air bersih
kepada pengguna domestik dan industri menjadi
topik hangat di negara kita. Isu ini memberi
impak ketara kepada pengguna berkenaan.
(INTRO)
Impak masalah bekalan air bersih kepada
pengguna domestik ialah mengundang pelbagai
penyakit. Pengguna tidak dapat bekalan air bersih
akan mengakibatkan banyak penyakit. Hal ini
kerana mereka akan dapat bekalan air yang
tidak bersih yang tidak dirawat dan
mengandungi toksik. Ini akan menyebabkan
pengguna mudah mendapat penyakit atau
memudaratkan kesihatan mereka. (Idea)
Selain itu, impak yang seterusnya ialah
mendapat bekalan makanan yang tidak sihat.
Hal ini kerana penyediaan makanan
memerlukan bekalan ir yang bersih. Jika
kekurangan bekalan air bersih maka pengguna
terpaksa menggunakan bekalan air yang tidak
dirawat atau bersih untuk penyediaan makanan.
(Idea)
Tambahan pula, impak masalah bekalan air
bersih kepada pengguna industri ialah
penghasilan produk yang tidak bermutu dan
selamat untuk pengguna-penggunanya. Jika
mereka kekurangan bekalan air bersih, ini akan
mengurangkan kualiti bahan mereka seperti
bahan makanan terutamanya. (Idea)
Impak masalah bekalan air bersih kepada
pengguna industri ialah penghasilan produk
terjejas. Dengan masalah ini, penghasilan produk
akan menurun. Sebagai contoh, hasil jualan
produk akan menurun dan mengurangkan
pendapatan negara. (Idea)
Impak terakhir ialah menjejaskan aktiviti
harian pengguna domestik. Aktiviti seharian kita
memerlukan bekalan air bersih. Jikalau
kekurangan bekalan air bersih, pengguna akan
sukar melakukan aktiviti seharian seperti
penanaman, mandi dan minuman. (Idea)
Kesimpulannya, masalah bekalan air bersih
harus diselesaikan dengan segera supaya
kehidupan pengguna tidak terjejas. (Kesimpulan)
SOALAN 8: STPM 2017(U)

Aktiviti sukan dapat menyuburkan


semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum. Huraikan.
SKEMA CADANGAN

• Masyarakat/pemain/pegawai sukan
pelbagai kaum
• Mengutamakan semangat kerja
berpasukan
• Membina semangat setiakawan
• Peluang memahami cara hidup kaum lain
• Berpeluang berinteraksi dengan kaum lain
• Mengumpulkan penonton pelbagai kaum
• Mengetepikan perbezaan ideologi
• Menyuburkan semangat patriotisme
CONTOH ESEI CALON STPM 2017 (2): S8

Aktiviti sukan dapat menyuburkan semangat


perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum. (Intro)
Pertama sekali, aktiviti sukan dapat
menyuburkan semangat perpaduan kerana dapat
mewujudkan hubungan yang harmoni antara
kaum. Sebagai contoh, aktiviti sukan marathon
mengeratkan hubungan antara kaum. Melalui
aktiviti sukan tersebut, penglibatan yang ramai
menyebabkan hubungan itu menjadi harmoni.
Oleh itu, aktiviti sukan dapat mewujudkan hubungan
yang harmoni. (Idea)
Selain itu, aktiviti sukan juga dapat menjadikan
seseorang itu membentuk satu pasukan dan
bekerjasama. Hal ini dikatakan demikian kerana
aktiviti sukan yang berasaskan perpaduan antara
berbilang kaum dapat membentuk satu pasukan dan
kerjasama antara satu sama lain. Sikap tolong-
menolong terbina melalui aktiviti ini. Sebagai contoh,
sukan bola jaring dapat membentuk pasukan untuk
bekerjasama dan kemenangan. Oleh itu, aktiviti
sukan dapat menyuburkan semangat perpaduan
kerana dapat membentuk satu pasukan dan
kerjasama. (Idea)
Di samping itu, aktiviti sukan dapat
mewujudkan sikap saling hormat-menghormati
kaum lain. Aktiviti sukan dapat belajar erti
perpaduan dengan menghormati kaum lain
supaya tidak menindas antara satu sama lain.
Oleh itu, aktiviti sukan dapat mewujudkan sikap
saling hormat-menghormati antara kaum. (Idea)
Seterusnya, aktiviti sukan dapat
menyuburkan semangat perpaduan kerana
dapat memupuk semangat cinta akan sukan
bersama. Melalui aktiviti sukan berasaskan
tradisional, pelbagai kaum dapat merasai
sukan yang ada pada setiap kaum. Sebagai
contoh, permainan congkak terbuka untuk
semua kaum bukan kaum Melayu sahaja. Oleh
itu, aktiviti sukan dapat memupuk semangat
cinta akan sukan bersama. (Idea)
Akhir sekali, aktiviti sukan dapat
mewujudkan toleransi antara kaum. Melalui
aktiviti sukan dapat membentuk masyarakat
Malaysia berinteraksi dan bercampur dengan
pelbagai kaum supaya dapat mengenali antara
satu sama lain. (Idea)
Kesimpulan, oleh itu pihak kerajaan
seharusnya melaksanakan pelbagai aktiviti
sukan supaya dapat menyuburkan perpaduan.
(Kesimpulan)
LATIH TUBI ESEI

Soalan latih tubi esei:

Kejadian banjir yang melanda di


beberapa kawasan di Malaysia
menyebabkan kesukaran kepada
penduduk setempat. Jelaskan.
(STPM 2017: S8)
SKEMA CADANGAN MPM
• Keselamatan penduduk terancam
• Perhubungan terputus
• Sesi persekolahan terjejas
• Sukar mendapatkan rawatan
• Kerosakan harta benda
• Menjejaskan aktiviti seharian
• Menjejaskan kegiatan ekonomi penduduk
• Gangguan perkhidmatan air/elektrik/telekomunikasi
• Bekalan makanan berkurang

You might also like