Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

REKA BENTUK PENYELIDIKAN

KAJIAN KES
MOHD HASRA BIN IBRAHIM GP 05378
ARDY BIN ARSHAD GP 05365
APAKAH ITU KAJIAN KES?
 Mengenalpasti aktiviti, peristiwa atau masalah yang menggambarkan
keadaan yang sebenar sesuatu kajian

 Membantu peyelidik melihat bagaimana kerumitan kehidupan sebenar


mempengaruhi sesuatu keadaan.

 Analisis kajian kes memerlukan penyelidik berlatih menggunakan


pengetahuan dan kemahiran pemikiran mereka dengan situasi yang
sebenar.

 Untuk mengetahui hasil analisis kajian kes penyelidik perlu;


 menganalisis
 mengaplikasikan pengetahuan
 pemikiran
 membuat kesimpulan

(Kardos & Smith 1979).


(Sources: UNSW Current studies : https://student.unsw.edu.au/what-case-study)
APAKAH ITU KAJIAN KES?

Menurut Kardos dan Smith (1979) kajian kes yang baik mempunyai ciri-ciri
berikut:

 Ianya diambil dari kehidupan sebenar (identiti sebenar boleh


dirahsiakan).
 Terdiri daripada pelbagai bahagian dan setiap bahagian
kebiasaannya berakhir dengan masalah dan isi untuk
perbincangan.
 Ia mengandungi maklumat yang cukup untuk pembaca dengan
bertujuan untuk merawat sesuatu masalah dan isu-isu yang
dibincangkan.
 Ia harus mempunyai keboleh percayaan yang tinggi kepada
pembaca (mana-mana kes yang mengandungi ketetapan,
personaliti, turutan peristiwa-peristiwa, masalah dan konflik)
APAKAH ITU KAJIAN KES?
 Pendekatan yang biasa digunakan kerana ia berkeupayaan
menyokong siasatan dengan lebih mendalam dan lebih
terperinci untuk setiap kes dan ia adalah perlu untuk
menjawab soalan yang berbentuk bagaimana dan mengapa.

 Mengkaji peristiwa-peristiwa semasa yang berkaitan tingkah


laku yang tidak boleh dimanipulasi.

 Penyelidikan kajian kes menggunakan pelbagai bukti yang


didapati daripada sumber-sumber yang berbeza, seperti
dokumen, artifak, temu bual dan pemerhatian, dan juga
daripada pelbagai sumber bukti yang mungkin boleh
didapati dalam kajian-kajian lepas.
APAKAH ITU KAJIAN KES?

 Olehitu kajian kes adalah cara yang sangat berharga


untuk melihat dunia di sekeliling kita.

 Penyelidikan
kajian kes boleh berdasarkan mana-
mana gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif.

 Biasanya,
ia menggunakan pelbagai sumber data
termasuk dua atau beberapa sumber seperti
pemerhatian langsung terperinci , temu bual, dan
dokumen.
KAEDAH PERLAKSANAAN KAJIAN KES
 Penyelidik perlu membayangkan diri sendiri berada dalam kes yang diselidiki
dan untuk membuat syor yang munasabah kepada pihak berkuasa

 Beberapa kajian kes memerlukan penyelidik untuk menyelesaikan masalah


dengan membangunkan reka bentuk baru.

 Jenis-jenis kajian kes adalah berorientasikan masalah.

 Penyelidik boleh memilih keadaan yang sebenar, seperti masalah di tempat


kerja digunakan untuk dianalisis sebagai kajian kes, sama ada sebagai
keadaan masalah berorientasikan kes / berorientasikan masalah lampau.

 Penyelidik perlu mencari maklumat yang perlu untuk menulis keterangan yang
jelas terhadap kes yang dikaji sebelum penyelidik boleh menganalisis keadaan
dan membuat cadangan.
JANGKA MASA KAJIAN
 Jangka masa yang diambil bagi satu-satu kajian kes
adalah bergantung kepada kes yang dikaji.

 Daripada proses mengumpul data, menganalisis dan


menginterpretasi data, masa yang telah ditentukan pada
awal kajian boleh dipanjangkan bagi mengumpul data
yang mencukupi bagi membuktikan keesahan dan
kebolehpercayaan kajian.

 Tetapi setiap satu kajian masih lagi bergantung kepada


kes itu sendiri dan kepada matlamat pengajar
JENIS DATA YANG HENDAK DIKUTIP

Dalam kajian kes, data yang dikutip adalah data naratif daripada hasil temubual,
data daripada maklumat-maklumat yang terdapat pada dokumen-dokumen, rekod
arkib dan artifak yang berkaitan, kesimpulan daripada interaksi dan pemerhatian.
 Menggambarkan keadaan sebenar, dengan semua butiran yang diambil daripada
orang-orang dan keadaan yang sebenar dan realistik.
 Menekankan analisis konteks terperinci bilangan terhadap peristiwa atau keadaan dan
hubungan yang terhad.
 Kaedah penyelidikan kualitatif untuk mengkaji situasi kehidupan sebenar dan
menyediakan asas bagi pengaplikasian lanjutan idea dan kaedah.
 Suatu siasatan empirikal yang menyiasat fenomena semasa dalam konteks nyata;
apabila sempadan antara fenomena dan konteks tidak jelas nyata; dan di mana
pelbagai sumber bukti yang digunakan.
 Memerlukan penyelidik untuk mencadangkan penyelesaian bagi kes atau hanya untuk
mengenal pasti parameter masalah.
 Bahan untuk kajian kes boleh diambil daripada pengalaman profesional sendiri, dari
peristiwa-peristiwa semasa, dan dari sumber-sumber sejarah.
ALAT YANG SESUAI UNTUK MENGUTIP DATA
TERSEBUT

• Yin (1994) memperkenalkan protokol pendekatan yang


menekankan prosedur lapangan, persoalan kajian kes, dan
panduan penulisan.
• Alat ini adalah bertujuan untuk membantu pengkaji dalam
menjalankan kajian kes serta meningkatkan
kebolehpercayaan dan keesahakan kajian.
• Bagi mendapatkan data daripada lapangan, skrip
temubual, senarai semak pemerhatian dan rekod interaksi
secara bersemuka merupakan alat asas yang diperlukan
oleh pengkaji.
• Selain itu, dokumen, rekod arkib dan artifak boleh
dijadikan sumber bagi mendapatkan maklumat berkenaan
kes yang dikaji.
ALAT YANG SESUAI UNTUK MENGUTIP DATA
TERSEBUT

Kajian kes intrinsik Kajian kes instrumental Kajian kes kolektif

 biasanya diambil  menggunakan kes  melibatkan kajian


untuk belajar tentang tertentu untuk beberapa kes secara
satu fenomena yang mendapat pemahaman serentak atau berturut-
turut dalam usaha untuk
unik. yang lebih meluas
menjana pemahaman
 Penyelidik perlu daripada isu atau yang lebih luas mengenai
menentukan keunikan fenomena. sesuatu isu.
fenomena itu, yang
membezakannya
daripada orang lain.
DI MANA KAJIAN TERSEBUT HENDAK
DIJALANKAN?

 Kajian dijalankan di tempat kes tersebut berlaku,


contohnya di sekolah dan persekitarannya atau di
asrama murid dan persekitarannya.

 Kajian juga boleh dijalankan di persekitaran yang


serupa dengan tempat kejadian agar perbandingan dapat
dibuat.

 Digunakan untuk menjelaskan, menerangkan atau


meneroka peristiwa atau fenomena dalam konteks
sehari-hari di mana ia berlaku.
KUMPULAN RESPONDEN YANG AKAN DIGUNAKAN
SEBAGAI SAMPEL

 Salah satu komponen yang penting dalam kaedah kajian kes


ialah penekanan terhadap unit dalam analisis dan penerangan
sampel.
 Apabila unit dalam analisis adalah dalam bentuk individu,
sebagai contoh, konsep penting yang perlu dipertimbangkan
adalah sejarah kehidupannya. Stake(1995) telah menjadikan
individu sebagai unit dalam analisis dalam kajiannya dan
telah memperkayakan pemahaman terhadap manusia.
 Objektif penyelidikan dalam kajian kes sering merupakan
suatu program, keadaan, individu, atau sekumpulan orang.
 Setiap objek mungkin saling berkaitan dengan isu-isu
politik, sosial, sejarah dan peribadi, memberikan
kemungkinan yang meluas dan menambah kerumitan kepada
kajian kes.
STRATEGI PENGUTIPAN DATA YANG SESUAI
DIGUNAKAN
 Bagi meningkatkan keyakinan dan daya saing dalam diri
pengkaji terhadap kaedah kajian kes, pelbagai alat telah
diwujudkan untuk diuji, diguna dan dikritik.

 Stake (1995) juga mencadangkan langkah-langkah yang


diperlukan untuk menyempurnakan kajian kes.

 Langkah-langkah tersebut termasuklah mengenalpasti


persoalan kajian, pengumpulan data, analisis data dan
menginterpretasi data.

 Ketidaksamaan yang jelas adalah Stake lebih


menekankan pendekatan semulajadi, penegasan kepada
falsafah dalam kajian kes serta kepentingan penerangan
konteks.
STRATEGI PENGUTIPAN DATA YANG SESUAI
DIGUNAKAN

 Protokol yang dikembangkan akan bertindak


sebagai rangka operasi dengan merangkumkan
semua elemen yang diperlukan dalam kajian yang
dikendalikan dengan betul.

 Berikut merupakan contoh protokol kajian kes yang


umum:
Tujuan dan rasional untuk
menjalankan kajian kes
- Persoalan kajian

Mewujudkan penegasan Reka bentuk berdasarkan


analisis unit dan tujuan
• Kebolehpercayaan kajian
• Mudah dipindah
• Kebolehsandaran
• keesahan

Menganalisis dapatan
berdasarkan tujuan, rasional Pengumpulan data dan
dan persoalan kajian pentadbiran teknik
• Perpekstif kes Kaedah di lapangan
• Perspektif disiplin
Nota dan temubual yang telah
• Perbandingan kes-silang ditranskrip
• Biografi, autobiografi,
pengkisahan Pemetaan konsep utama

Fokus pada analisis


yang dibina atas Penerangan
tema yang dikaitkan penuh kes yang
dengan tujuan dan dikaji
analisis unit
STRATEGI PENGUTIPAN DATA YANG
SESUAI DIGUNAKAN

Pendekatan
Pendekatan Kritikal Pendekatan Tafsiran
Positivis

Pendekatan kritikal Pendekatan tafsiran Pendekatan positivis


melibatkan melibatkan pemahaman melibatkan penentuan
mempersoalkan andaian makna atau konteks dan pembolehubah yang ingin
sendiri dengan mengambil proses seperti yang dilihat dikaji terlebih dahulu dan
kira suasana politik dan dari perspektif yang melihat sama ada
sosial yang lebih luas, berbeza, selain cuba bersesuaian dengan
mentafsirkan syarat-syarat memahami makna sosial penemuan. Fokus
yang menghadkan kuasa individu dan kumpulan. kebiasannya pada
dan kawalan yang Fokus adalah kepada pengujian dan penyesuaian
dianggap mempengaruhi pembinaan teori. teori berdasarkan
tingkah laku. penemuan kajian kes.
KAJIAN KES YANG BERKESAN MELIBATKAN:

 perkara yang sebenar dan menarik;


 menimbulkan isu yang mencabar minda;

 mempunyai unsur-unsur konflik;

 menggalakkan empati dengan watak-watak utama;

 tidak mempunyai satu jawapan yang betul atau jelas;

 menggalakkan penyelidik untuk berfikir dan mengambil


ketetapan;
 menggambarkan penentuan keputusan;

 menyediakan data yang banyak tentang sampel, lokasi,


konteks, dan tindakan.
BAGAIMANA DATA HENDAK DISUSUN, DIANALISIS
DAN DITAFSIRKAN

 Memilih kes dan menentukan teknik pengumpulan dan penganalisan data


Pemilihan kes untuk dikaji adalah satu aspek yang sangat penting dan wajar
dititikberatkan.
KAJIAN KAJIAN KES KAJIAN KES
INTRINSIK INSTRUMENTAL KOLEKTIF
Kes yang dipilih atas dasar Kes yang dipilih akan Beberapa kes dipilih dengan
keunikan. membolehkan penyelidik teliti.
Hellstrom et al. telah membuat menyiasat isu atau fenomena. Ini membolehkan perbandingan
kajian terhadap sepasang suami Dalam usaha untuk memahami dibuat di antara beberapa kes.
isteri warga tua mengalami jawapan doktor untuk inisiatif Pemilihan kes yang umum
demensia. dasar kesihatan, Som membolehkan pengujian teori di
Beliau meneroka bagaimana menjalankan satu kajian kes antara beberapa kes.
demensia telah memberi kesan instrumental dan menemuramah Yin mencadangkan 2-3 ulangan
kepada fungsi mereka di dalam pakar klinikal yang mempunyai literal jika teori ini adalah terang
rumah, kehidupan seharian dan pelbagai tanggungjawab dalam dan lima atau lebih jika teori ini
hubungan mereka. tadbir urus klinikal di satu adalah kabur.
hospital amanah.
KELEBIHAN REKA BENTUK KAJIAN KES

 Mempunyai banyak maklumat terperinci kerana


bersemuka terus dengan responden (temubual)

 Kelebihan kajian kes berkeupayaan untuk menjalankan


siasatan terhadap satu fenomena secara realiti dan terus di
persekitaran. Tidak seperti eksperimen makmal.

 Banyak kaedah boleh digunakan dalam kajian kes


iaitu:
 Wawancara
 Ulasan
 Dokumen
 Tinjauan
KELEBIHAN KAJIAN KES
 Kajian kes sesuai bagi kajian yang perlu kepada
penyiasatan yang mendalam dan menyeluruh (Zaidah
2007).
 a) Penilaian dan analisis kandungan dokumen
biasanya dilakukan dalam konteks penggunaannya.
 b) Kepelbagaian dari sudut intrinsik, instrumen dan
pendekatan pengumpulan data membenarkan analisis
kandungan dokumen dilakukan secara kuantitatif dan
kualitatif.
 c) Butiran yang diperoleh melalui kajian kes bukan
hanya membantu meneroka atau memperinci data
dalam persekitaran kehidupan sebenar, tetapi
membantu menjelas kompleksiti situasi kehidupan
sebenar yang mungkin tidak dapat diperoleh melalui
ujikaji atau tinjauan.
KELEMAHAN KAJIAN KES
 Maklumat terlalu panjang kerana dalam bentuk
naratif
 Kajian kualitatif yang dianggap kurang saintifik

 Risiko penyelidik kurang sistematik dalam


mengumpul data
 Kecenderungan bias dalam penyelidikan
KELEMAHAN KAJIAN KES
 a) Kajian kes didakwa tidak bersifat teliti (Zaidah,
2007). Pengkaji mungkin membenarkan
penerimaan bukti yang samar atau terpengaruh
untuk cenderung kepada pandangan tertentu yang
boleh memberi kesan kepada hala tuju penemuan
dan kesimpulan.

 b) Kajian kes menyedia asas yang lemah bagi


menghasil generalisasi saintifik kerana mengguna
bilangan subjek yang kecil.

 c) Kajian kes sering dilabel sebagai kajian yang


panjang, sukar untuk dilaksanakan dan menghasil
dokumen yang banyak.
CONTOH TAJUK PENYELIDIKAN KAJIAN KES

 Hubungan Antara tingkah Laku Asertif Dan Komitmen


terhadap Organisasi : Satu Kajian Kes Di Kalangan
Pembantu Perawatan Kesihatan Di Hospital Sultanah
Aminah Johor Bahru
 Keberkesanan Program Latihan Menunggang Motor
Berkuasa Tinggi Bagi Anggota Pasukan Polis Ibu Pejabat
Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Johor.
 Kajian Tentang Kecenderungan Kakitangan Sektor Awam
Bekerja Sambilan Satu Kajian Di Jabatan Akauntan
Negara, Negeri Johor
 Kajian Perbandingan Faktor-Faktor Stres Dalam
Kalangan Pekerja gred17 Dengan Gred 41 Di Pusat Islam
Iskandar Johor
 Mengkaji Tahap Kesedaran Terhadap Pengurusan
Pengetahuan Dikalangan Lembaga Pertubuhan Peladang
CONTOH TAJUK PENYELIDIKAN KAJIAN KES
 Komitmen Kerja Berpasukan dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Di
Kalangan Juru Audit, Bahagian Assurance, Di ERNST & Young, Kuala Lumpur.
 Hubungan Antara Pemindahan Latihan Dengan Prestasi Kerja dari Persepsi
Pekerja Di Kalangan Kakitangan Sokongan Gred N17 Di BPK, Ibu Pejabat KKM.
 Hubungan Antara Pembelajaran Formal Dengan Kepuasan Kerja Di Kalangan
Kakitangan Sokongan Kajian Kes Di Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota
 Keberkesanan Latihan Asas Penguatkuasaan Ke Atas Pengetahuan dan
Kemahiran Di Kalangan Pembantu Antidadah Gred S17 Agensi Antidadah
Kebangsaan Negeri Pahang
 Hubungan Antara Faktor Inidvidu dan Faktor Persekitaran Dengan Pemindahan
Latihan Di Kalangan Pekerja Di KPPK, Malaysia
 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Persepsi Wanita Memilih Kerjaya Di Sektor
Awam
 Stress Kerja Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi Johor
 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kepuasan Kerja Di Kalangan Pembantu
Tadbir (P/O) di JPJ Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
 Tekanan Kerja di Kalangan Anggota Trafik Unit Peronda Di Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman Kuala Lumpur
 Amalan Gaya Kepimpinan Transformasi Di Kalangan Ketua- Ketua Unit Bank
Simpanan Nasional, Negeri Johor
 Gaya Komunikasi Pegawai Atasan dan Hubungan Dengan Kepuasan Komunikasi
Kakitangan Bawahan dalam Organisasi
 Hubungkait Di Antara Pengurusan tekanan Dengan Prestasi Kerja Di Kalangan
Pegawai Dan Kakitangan Kementarian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
 Perubahan Budaya Kerja Dalam Membangunkan Sumber Manusia Di Kalangan
Kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
CONTOH
Jenis kajian Definisi Contoh jurnal yang
Kes diterbitkan
Explanatory/pe Bentuk kajian kes untuk Joia (2002). Analyzing a
nerangan mencari jawapan kepada
suatu persoalan yang web-based e-commerce
bersifat kompleks dan tidak learning community. A case
dapat diteroka melalui kajian
lapangan atau strategi study in Brazil. Internet
eksperimen. Research 12:305-317.

Exploratory/pe Meneroka situasi sesuatu Lotzkar & Bottorff 2001. An


nerokaan intervensi yang dilihat kurang observational study of the
jelas dan mempunyai sifat development of a nurse-
kemungkinan. patient relationship. Clinical
Nursing Research 10:275-
294.
Jenis kajian Definisi Contoh jurnal yang
Kes diterbitkan
Descriptive Menerangkan intervensi atau fenomena dan Tolson, Fleming, & Schartau
dalam konteks kehidupan sebenar suatu 2002. Coping with
fenomena itu berlaku (Yin, 2003) mensturation: Understanding
the needs of woman with
Parkinson’s disease. Journal
of Advanced Nursing 40:
513-521.

Multiple- Kajian kes pelbagai membolehkan pengkaji Campbell & Ahrens


case study meneroka perbezaan dalaman sesuatu 1998. Innovative
kajian dan membezakan tiap-tiap kajian kes. community service of
Hal ini bertujuan untuk merekaulang hasil rape victims: An
dapatan bagi tiap-tiap kes. Apabila mengolah application of multiple
perbezaan, adalah penting untuk memilih case study
sesuatu kes secara berhati-hati supaya methodology.
pengkaji dapat meramal hasil dapatan bagi American Journal of
tiap-tiap kes, atau meramal berbezaan yang Community 26:537-
berlaku dengan bantuan teori (Yin, 2003). 571.
Jenis Definisi Contoh jurnal yang
kajian diterbitkan
Kes
Intrinsic Stake (1995) menggunakan istilah intrinsic Hellstrom, Nolan & Lundh
dan mencadangkan bahawa pengkaji yang 2005. “We do things together”
mempunyai minat dalam suatu kes perlu
menggunakan pendekatan ini jika tujuan A case study of “couplehood”
pengkaji untuk memahami sesuatu kes. in dementia. Dementia 4(1):7-
22.
Instrum Digunakan untuk mencapai sesuatu Luck, Jackson, & Usher 2007.
ental objektif/sasaran selain memahami suatu STAMP: Components of
situasi. Kaedah ini membantu untuk observable behavior that
indicate potential for patient
memahami sesuatu isu atau membantu
violence in emergency
dalam memperhalusi sesuatu teori. Kajian kes department. Journal of
menjadi secondary interest; mempunyai ciri- Advance Nursing 59: 11-19
ciri menyokong, membantu pengkaji untuk
memahami sesuatu perkara. Kes selalunya
dilihat secara mendalam dari segi konteks,
aktiviti yang diperincikan, ia membantu minat
pengkaji untuk melihat luaran kajian kes
tersebut. Kajian kes mungkin mempunyai
kaitan dengan suatu kes lain atau tidak
Jenis Definisi Contoh jurnal yang
kajian Kes diterbitkan
Collective Kajian kes kolektif mempunyai kesamaan Scheib 2003. Role stress
dengan jenis kajian kes pelbagai (Yin, in the professional life of
2003). the school music teacher:
A collective case study.
Journal of Research in
Music Education 51: 124-
136.

Baxter, P. & Jack, S. 2008. Qualitative case study


methodology: Study design and implementation for
novice researcher. The Qualitative Report 13: 544-559.
RULE OF THUMB, SAIZ SAMPEL DALAM
KUALITATIF

JENIS KAJIAN RULE OF THUMB

Etnografi 30 – 50 temu bual


Kajian kes Sekurang-kurangnya satu, boleh
lebih
Phenomenology 6 peserta
Grounded theory 30 – 50 temu bual
Focus group 7 hingga 10 dalam satu kumpulan
atau lebih dari satu kumpulan

Njie, B., & Asimiran, S. 2014. Case study as a choice in


qualitative methodology. Journal of Research & Method in
Education 4(1): 35-40.

You might also like