Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TAJUK

KEBERKESANAN PENGURUSAN
IKLIM SEKOLAH DAN
KEPUASAN KERJA GURU ZON
TIMUR KUALA LANGAT
PENYATAAN MASALAH
• Hubungan di antara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru adalah positif
(Muhammad Arifin, 2015).
• Menurut Brock dan Grady (2000), guru juga boleh mengalami burnout. Kajian-
• kajian terdahulu mendapati pelbagai punca yang boleh menyumbang kepada
masalah burnout.
• Maslach (1982) berpendapat bahawa kejadian burnout banyak disumbangkan oleh
suasana pekerjaan itu sendiri. Menurut mereka, burnout bukanlah disebabkan
oleh individu, sebaliknya disebabkan oleh persekitaran sosial tempat bekerja.
• Kajian-kajian lepas telah membuktikan terdapatnya hubungan yang positif di
antara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru. Kajian mengenai pengaruh iklim
organisasi terhadap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah Kolej Poly-Tech
MARA (KPTM) oleh Farah Liana Hamdan dan Mohd Izham Mohd Hamzah (2016)
juga menunjukkan wujudnya hubungan yang positif.
• Terdapat hubungan yang signifikan positif antara kedua-dua pemboleh
• ubah iaitu iklim sekolah dengan kepuasan kerja guru, (Mohd Saifulkhair Omar,
Mohd Faizul Mohd Noor ,Mohd Isha Awang,2016).
• Seterusnya kajian terhadap 117 orang guru daripada
sekolah tinggi di Bandar Jayapura, Papua, Indonesia
mendapati bahaw hubungan di antara iklim sekolah
dan kepuasan kerjaguru adalah positif (Muhammad
Arifin, 2015).
• Kajian-kajian di atas di sokong oleh Kumar (2014) yang
mendapati hubungan yang positif di antara iklim
organisasi dan kepuasan pekerja; jika iklim di mana-
mana organisasi didapati tidak dapat mewujudkan
suasana yang memuaskan bagi kakitangannya, maka ia
boleh membawa kepada penurunan dalam kesetiaan
dan kepuasan. Aset yang paling penting bagi mana-
mana organisasi ialah pekerja.
KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Schulle,Ostroff
DEMOGRAFI Komunikasi & Kinicki, 2006
Sokongan
• Jantina Ganjaran
• Pengalaman
mengajar
• Kelayakan
akademik

Herzberg, 1959
(Hygien & motivasi)
TUJUAN KAJIAN
• Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji
hubungan di antara pengurusan iklim sekolah
dan kepuasan kerja guru di Zon Timur daerah
Kuala Langat sama ada wujud perbezaan yang
signifikan dalam iklim sekolah dan kepuasan
kerja guru.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti tahap pengurusan iklim sekolah Zon
Timur Daerah Kuala Langat.
2. Mengenalpasti tahap kepuasan guru Zon Timur
Daerah Kuala Langat.
3. Mengenalpasti perbezaan tahap pengurusan iklim
sekolah Zon Timur Daerah Kuala Langat berdasarkan
demografi.
4. Mengenalpasti perbezaan tahap kepuasan guru Zon
Timur Daerah Kuala Langat berdasarkan demografi.
5. Mengenalpasti hubungan pengurusan iklim sekolah
dengan kepuasan kerja guru.
SOALAN KAJIAN
• Apakah tahap iklim sekolah Zon Timur Daerah
Kuala Langat.
• Apakah tahap kepuasan kerja guru Zon Timur
Daerah Kuala Langat.
• Adakah terdapat perbezaan yang signifikan iklim
sekolah dengan faktor demografi.
• Adakah terdapat perbezaan signifikan kepuasan
kerja guru dengan faktor demografi.
• Adakah terdapat hubungan iklim sekolah dengan
kepuasan kerja guru.
HIPOTESIS KAJIAN
• Ho1
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap
pengurusan iklim sekolah dalam kalangan guru Zon Timur
Daerah Kuala Langat berdasarkan faktor demografi.
• Ho2
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kepuasan
kerja guru dalam kalangan guru Zon Timur Daerah Kuala
Langat berdasarkan faktor demografi.
• Ho3
Tidak terdapat hubungan pengurusan iklim sekolah
dengan tahap kepuasan kerja guru di Zon Timur Daerah
Kuala Langat.

You might also like