Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Pendidikan Jasmani Dan

Kesihatan
Unit PAK(Kumpulan 1 dan 2)
Tarikh soalan diberikan:
17 Julai 2015
1.1 Definisi kesihatAN
diri

KONSEP KESIHATAN MENYELURUH

HUBUNGAN KESIHATAN ,KESEJAHTERAAN DAN


KUALITI HIDUP
KONSEP KESIHATAN MENYELURUH

• Definisi kesihatan
-Kesihatan ialah sesuatu yang sempurna dari
segi fizikal,mental dan sosial dan bukan hanya
tiada penyakit atau cedera sahaja
-Kesihatan ialah kualiti hidup yang melibatkan
sosial,emosi,mental,spiritual dan kecergasan
biologikal individu hasil daripada adaptasi
individu terhadap persekitaran
(Dubos R;1968)
• Kesihatan secara
menyeluruh
 kesihatan fizikal
Kesihatan mental
Kesihatan sosial
Kesihatan emosi
Kesihatan persekitaran
Kesihatan rohani
I. Kesihatan fizikal
• Kesihatan fizikal bermaksud segala fungsi fisiologi dan
anatomi badan berfungsi dengan baik dan badan tidak mudah
diserang penyakit. Tahap kesihatan fizikal dapat diukur dengan
memeriksa suhu badan, tekanan darah, denyutan jantung dan
kandungan air kencing.
• 5 aspek kesihatan fizikal iaitu:
1)kardiovaskular
2) kekuatan otot
3)ketahanan otot,
4)fleksibiliti
5)komposisi tubuh
Kesihatan fizikal merangkumi 7
aspek
• i. sihat dan sempurna tubuh badan
ii. keadaan dalam dan persekitaran rumah
yang bersih dan teratur
iii. keadaan alam sekeliling yang tidak
menjejaskan hidupan
iv. tempat tinggal yang sempurna
v. pemakanan yang seimbang
vi. bekalan air yang bersih
vii. udara yang bersih
ii. Kesihatan mental
• Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, - Kesihatan Mental merujuk
kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi
di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang
optima dan penggunaan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan
perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang
konsisten dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada)
• Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda:
o Selesa dengan diri sendiri
o Selesa dengan orang lain
o Selesa dengan persekitaran
o Dapat memenuhi tuntutan kehidupan
• Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi,
sosial dan kerohanian yang baik
iii. Kesihatan sosial
• Kesihatan sosial secara kebiasaannya merujuk
kepada keupayaan individu untuk memenuhi
hubungan interpersonal.
• Ini bermakna seseorang dapat berinteraksi dengan
individu lain keluarga dan masyarakat dengan baik.
• Disamping itu juga,individu yang mencapai tahap
kesihatan sosial berupaya untuk mengadaptasi
situasi-situasi sosial yang dialaminya dalam
kehidupan seharian
iv. Kesihatan emosi
• Kesihatan emosi melibatkan keupayaan
individu untuk mengawal emosinya. Individu
yang mempunyai tahap kesihatan emosi yang
baik berupaya menangani dan menghadapi
pelbagai tekanan hidup seharian dengan
tenang dan bersahaja.
v. Kesihatan persekitaran
• Individu yang mencapai tahap kesihatan
persekitaran mempunyai apresiasi yang baik
terhadap persekitaran luaran. Beliau berupaya
untuk memainkan peranan yang baik dan
berkesan demi melindungi serta
mempertingkatkan keadaan persekitaran
vi. Kesihatan rohani
• Kesihatan rohani biasanya dikaitkan dengan
aspek-aspek kerohanian seperti falsafah hidup,
kepercayaan dan keyakinan diri. Individu yang
mencapai tahap kesihatan rohani ini
mempunyai kesedaran dan sentiasa
mengamalkan prinsip-prinsip hidup yang
positif
Kesimpulan
• Individu yang benar-benar sihat bukan sahaja
bebas daripada penyakit atau cacat cedera
malah beliau juga sihat dari segi fizikal, sosial,
mental, emosi, persekitaran dan rohani. Inilah
yang dikatakan konsep kesihatan menyeluruh.
Apabila individu telah mencapai tahap
kesihatan menyeluruh maka ia seterusnya
akan mencapai kesejahteraan hidup
Komponen kesejahteraan
5 komponen dimensi kesihatan dan
kesejahteraan
-Fizikal
-Emosi
-Rohani
-Intelektual
-Sosial
Kesejahteraan Fizikal

• Merupakan proses aktif yang berterusan


untuk mengekalkan tahap aktiviti fizikal
secara optimum yang memfokuskan kepada
nutrisi, penjagaan diri dan gaya hidup yang
sihat.
Kesejahteraan Emosi
• Merupakan sikap dan kepercayaan individu
terhadap diri dan kehidupan. Ianya
merangkumi konsep kendiri yang positif dan
realistik, identiti diri, tahap penghargaan
kendiri dan kesedaran dalam mengawal
perasaan.
Kesejahteraan Rohani

- Kesedaran tentang hubungan harmoni dengan


alam semesta.
- dimensi yang holistik merangkumi pencarian
makna dalam kehidupan, nilai-nilai intrinsik,
hubungan dengan tuhan, dan komuniti
spiritual.
Kesejahteraan Intelektual

• Merupakan situasi dimana individu


melibatkan diri dalam aktiviti kreatif serta
menggunakan sumber-sumber yang ada untuk
meluaskan ilmu pengetahuan, perkembangan,
aplikasi dan artikulasi pemikiran yang kritis.
Kesejahteraan Sosial

• Merangkumi kadar dan kualiti interaksi


dengan orang lain, komuniti, dan persekitaran.
Sekian,terima kasih

You might also like