Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Bahasa Melayu Komunikasi

(Komunikasi Lisan)

Pengacara
Majlis
Komunikasi
penghantaran, penerimaan atau pertukaran
maklumat, pendapat atau idea dengan tulisan,
percakapan atau imej visual supaya bahan yang
dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa
yang terlibat.
Dapat disimpulkan bahawa komunikasi merupakan
proses penyampaian maklumat daripada satu pihak
(penyampai) kepada satu pihak lain (penerima).
Guru adalah orang perantaraan dalam bentuk
komunikasi yang berterusan (dalam bilik darjah atau di
luar secara langsung dan tidak langsung).
Oleh itu, untuk menjadi seorang yang mahir
berkomunikasi, kita perlulah terlebih dahulu memahami
konsep dan teori komunikasi.
Komunikasi berkesan
penyampai maklumat yang dapat
menyampaikan maklumat atau perutusan, idea
atau pengetahuan itu kepada penerima dengan
baik, tepat dan maksudnya sama tanpa
menimbulkan kekeliruan atau salah faham.
menghasilkan maklum balas dan seterusnya
tindak balas yang diharapkan oleh pihak
penyampai dan penerima.

Komunikasi Lisan
Maklumat dan maksudnya dinyatakan dengan
suara dan penggunaan perkataan (perbualan
antara penyampai & penerima).
Komunikasi Lisan
Komunikasi lisan terbahagi kepada:
1. Perbualan tidak terancang
2. Perbualan yang dirancang secara tidak
formal
3. Perbualan melalui telefon
4. Mesyuarat
5. Pengajaran
6. Temu duga
7. Pengucapan awam
Ciri-ciri asas komunikasi berkesan
1. Kandungan
2. Kejelasan
3. Konteks Sosial
4. Kepercayaan
5. Kaedah Penyampaian
6. Kesinambungan
7. Keupayaan Pendengar
Pengacaraan Majlis
Lebih dikenali sebagai penganjur majlis.
Satu kemestian bagi sesebuah institut
perguruan dalam majlis-majlis rasmi.
Kewibawaan dan kejayaan sesebuah institut itu
banyak bergantung kepada kesempurnaan
pengendalian majlis yang dianjurkan.
Kegagalan dalam menganjurkan sesuatu majlis
secara professional mencerminkan betapa
ketidaktelitian pihak penganjur menyelaras dan
menguruskannya.
Kegagalan  memberi kesan negatif kepada
institut berkenaan sekaligus mencemarkan imej
golongan pendidik terbabit.
Aspek-aspek Penting Dalam Pengacaraan Majlis

A) TATACARA PENGACARAAN MAJLIS RASMI


- majlis yang berlansung tanpa sebarang
gangguan dan kecacatan, lancar serta berkualiti.

B) PENUBUHAN JAWATANKUASA MAJLIS


- penting untuk melaksanakan sesuatu majlis.
- mengendalikan sesuatu majlis.
- satu jawatankuasa yang mempunyai ahli yang
bilangannya terhad.
- tugas atau tanggungjawab yang ditetapkan.
- berfungsi untuk merancang dan melaksanakan
majlis tersebut.
Sambungan..
C) ATUR CARA MAJLIS
- acara dalam sesuatu majlis dari mula
hingga akhir.
- Majlis siang, biasanya ditamatkan sebelum
jam 12.15 tengah hari manakala majlis
sebelah malam dimulakan selepas jam 8.00
malam dan ditamatkan selewat-lewatnya jam
11.20 malam.
- menyenaraikan acaranya mengikut urutan 
letakkan masa akhirnya  dari waktu akhir ke
waktu permulaan diletakkan waktunya selepas
menentukan masa bagi setiap acara.
Sambungan..
D) JURUACARA
- sesorang yang berkebolehan.
- untuk memaklumkan kepada tetamu apa yang
akan berlaku mengikut urutan acara majlis.
- Pengerusi boleh menjadi juruacara majlis tetapi
pengacara tidak boleh menjadi pengerusi majlis.
- Teks juruacara haruslah ditiap dan satu muka
surat hanya dimuatkan satu pengumuman sahaja.
- Setiap pengumuman mengandungi butiran masa
anggaran, cue (paduan juruacara) dan teks
pengumuman.
-Gaya dan teks juruacara tertakluk  majils rasmi,
majlis separuh rasmi dan majlis tidak rasmi
- harus diluluskan oleh pengerusi majlis.
Sambungan..
E) ATUR CARA PENTADBIRAN
 Atur cara yg baik mengandungi masa,
keterangan terperinci acara, pengerusi yang
bertanggungjawab.
 Atur cara majlis yang ditulis secara terperinci
dengan tujuan sebagai:
- Panduan pegawai pengendali
- Panduan semua pegawai dan staf yang terlibat
- Menentukan majlis berjalan mengikut
peraturan dan protokol,yang betul.
- Mengawal masa.
- Menjadi rekod.
- Menjadi panduan masa akan datang.
Sambungan..
F) RAPTAI
- penting bagi sesuatu majlis rasmi
- untuk memastikan kelancaran dan kejayaan
majlis.
G) PEMILIHAN TETAMU KHAS
- perlu mendapat persetujuan daripada
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
(BPG).
- berpandukan Surat Pekeliling KP/BPG
9416/JLI.10(4) bertarikh 30 April 1991 BPG.
Sambungan..
H) TEMPAT MAJLIS
- Lazimnya di dewan besar.
- ditentukan seawal mungkin kerana ini
melibatkan bilangan tetamu dan anggaran
perbelanjaan.
- harus senang dituju, sesuai dengan majlis,
tempat letak kereta mencukupi, mempunyai
kemudahan asas, ruang legar dan tempat
menanti.
Sambungan..
I) KAD JEMPUTAN
- Nama Majlis
- Penganjur atau yang menjemput
- Tempat majlis
- Masa Majlis bermula dan masa akhir majlis
- Masa ketibaan tetamu
- Etika berpakaian
- Nama dan nombor telefon rujukan
- Atur cara majlis (ikut keperluan)
- Pelan tempat majlis (ikut keperluan)
Sambungan..
J) MENU UNTUK JAMUAN
- jamuan ringan, majlis khas jamuan
ringan, jamuan makan
K) SUSUNAN TEMPAT DUDUK
- mesti memenuhi susunan keutamaan
yang diwartakan (susunan kekananan).
L) PENYAMBUT TETAMU
M) PERALATAN DAN KEMUDAHAN
- disediakan dalam keadaan baik (atas/bawah)
pentas.
Sambungan..
N) MERANCANG BEBERAPA
ALTERNATIF
- memastikan majlis berjalan dengan
lancar jika berlaku kecemasan atau
bekalan elektrik terputus.
M) TATACARA MENGHADIRI MAJLIS
- panduan bagi menghadiri sesuatu majlis.
- Kecacatan majlis disebabkan oleh tetamu,
tanggungjawab tetamu apabila menerima
kad jemputan, persiapan untuk menghadiri
majlis, ketibaan di tempat majlis, dalam
majlis dsb.

You might also like