Kuliah 1 Sejarah Pertanian Dan Perkembangannya

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 46

“Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur,

dan tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.


Fikiran membawa kepada pekerjaan.
Pekerjaan membawa kepada kejayaan.
Kejayaan membawa kepada impian.”
Pengenalan kepada
Teknologi Pertanian
SEJARAH PERTANIAN DAN
PERKEMBANGANNYA
 Sejarah pertanian
Elemen utama dalam sejarah manusia
kerana tahap peningkatan pertanian menjadi
satu faktor penting dalam perubahan
sosioekonomi secara global, termasuklah
peningkatan kekayaan dan ketenteraan yang
jarang dilihat dalam budaya "hunter-gatherer"
— di mana petani berupaya mengeluarkan
makanan melebihi daripada keperluan diri
dan keluarganya, dan dengan itu sebahagian
dari ahli puak/kaum/negeri/negaranya boleh
melibatkan diri mereka dalam bidang lain
selain daripada pertanian.
Samb….
 42% daripada pekerja dunia adalah di dalam
bidang pertanian, dan merupakan pekerjaan
yang terbesar di dunia.
 Walaubagaimana pun, pengeluaran pertanian
hanya menyumbang kepada kurang daripada
5% Keluaran Dunia Kasar (iaitu agregat kepada
semua Keluaran Negara Kasar)
DEFINISI PERTANIAN
Terjemahan bahasa Inggerisnya, agri dari
bahasa latin ager, bermakna "a field" (iaitu
sebidang tanah).
culture dari bahasa Latin cultura,
bermakna "cultivation" iaitu tillage of the
soil.
Secara literalnya, pembacaan dalam
bahasa Inggeris menjadikannya : tillage of
the soil of a field.
Samb….
 Dalam pengunaan moden, perkataan agriculture
meliputi semua aktiviti penting bagi pengeluaran
makanan/makanan ternakan/fiber, termasuk
tatacara untuk menternak dan memproses
ternakan.
 "Agriculture" juga merupakan singkatan bagi
pelajaran kaedah pertanian – lebih dikenali
sebagai sains pertanian (agricultural science).
Samb….
 Pertanian meliputi aktiviti mencucuk tanam,
ternakan dan kebun buah-buahan dan ianya
merupakan pengeluaran bahan makanan,
makanan ternakan, fiber, biofuel dan bahan lain
yang melalui suatu sistem ternakan atau
tanaman.
 Dengan lain perkataan, pertanian adalah
amalan mengerjakan sesuatu kawasan untuk
menghasilkan tanaman dan ternakan.
 Pertanian juga melibatkan amalan
penyimpanan, pemprosesan dan pemasaran
hasil pertanian.
DEFINISI PERKEBUNAN
Kebun - tanah yg ditanami sesuatu
(spt. pokok buah-buahan, sayur-
sayuran dll.)
- tanah yg tidak berapa luas (ladang
kecil) dan ditanami pokok buah-
buahan atau sayur-sayuran dll.
Samb….
Perkebunan:
 Hal-hal yang berkaitan dengan kebun
yang terdiri daripada aktiviti pengusahaan
atau pengurusannya daripada peringkat
pemilihan dan penyediaan tapak
sehinggalah kepada pemasaran hasil.
Samb…

 Definition as written by Shakemh:


“To care for plants usually in a garden or
landscape through such formidable chores as
buying and propagating plants, pest control,
fertilizing, pruning, soil management,
transplanting, compost making, watering,
weather forecasting, taking protective measures,
and weeding”.
PERKEMBANGAN DALAM BIDANG PERTANIAN
 Pertanian moden meliputi lebih banyak daripada
pengeluaran tradisional bagi makanan manusia dan
ternakan.
 Pengeluaran pertanian antara lain adalah seperti bunga,
hiasan, nurseri, landskap, ikan dan burung untuk
perniagaan haiwan peliharaan, perhutanan, pembajaan,
kulit, industri kimia seperti kanji, gula, ethanol, alkohol,
plastik, fiber, kapas, bulu, hemp (ganja), bahan api
(methane) dari biomass, biodiesel dan termasuk dadah-
dadah yang dibenarkan ataupun yang dilarang
(biopharmaceutical, tembakau, cannabis, marijuana,
opium, cocaine).
Samb….
 Abad ke20an merupakan perubahan terbesar
dalam bidang pertanian, terutamanya dalam
chemistry agriculture (penggunaan bahan kimia
dalam pertanian)
 Ini termasuklah applikasi baja kimia, racun dan
pengawalan serangga perosak (pest control),
dan chemical fungicides, soil makeup, analisa
produk pertanian, dan pemakanan haiwan dan
ternakan.
 Bermula dari dunia barat, revolusi hijau telah
menyemarakkan perubahan kepada tatacara
pertanian ke seluruh dunia.
Samb…
 Perubahan lain dalam pertanian termasuklah
penanaman secara, hidroponik, pembiakbakaan
tanaman, penghibridan, manipulasi gen,
pengurusan nutrien tanah, dan kawalan rumpai.
 Kejuruteraan genetik telah menghasilkan
tanaman yang bermutu tinggi yang melampaui
tumbuhan semulajadi, seperti hasil yang
berkualiti dan tahap menghindar penyakit
(resistan).
Samb…
 Benih "modified" ini membesar dengan cepat,
dan tidak memerlukan kawasan yang luas.
 Kejuruteraan genetik ke atas tanaman telah
menjadi satu kontroversi, terutamanya dalam
kes racun herba – tanaman yang resistan
(herbicide – resistant plants).
 Kejuruteraan bidang pertanian juga boleh
menghasilkan tanaman-tanaman yang
menggunakan sistem pengairan, saliran,
pemuliharaan dan kejuruteraan pembentongan,
terutamanya bagi kawasan kering (arid) di mana
ianya memerlukan sistem pengairan yang
berterusan dalam ladang yang luas.
Samb….
 Dari segi pembungkusan, pemprosesan, dan
pemasaran produk-produk pertanian juga
bergantung rapat dengan aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan sains.
 Tatacara "quick-freezing" dan "dehydration"
telah meningkatkan pasaran untuk produk
pertanian melalui industri pengawetan makanan
dan membungkus daging. (food preservation
dan meat packing industry).

 Penggunaan haiwan seperti kuda, keldai, lembu,


kerbau, unta, llama, dan anjing turut digunakan
untuk membajak, menuai dan mengangkut
produk pertanian ke pasaran.
Samb…
 Penggunaan haiwan bukan sahaja untuk tujuan
pembiakan dan penternakan haiwan tetapi juga
untuk daging atau hasil sampingannya (seperti
susu, telor, bulu) secara berterusan, dan juga
sebagai pets (haiwan kesayangan).

 Kejenteraan juga telah meninggikan


pengeluaran dan produktiviti pertanian dunia.

 Kapalterbang, helikopter, lori, traktor dan jentera


tuai telah digunakan dalam pertanian di barat
untuk menyemai, menyembur racun serangga
dan penyakit, penuaian dan penghantaran
produk-produk yang tidak tahan lama.
Samb…
 Radio dan televisyen (media massa) telah digunakan
untuk menyebar maklumat cuaca dan maklumat-
maklumat lain seperti keadaan pasaran yang boleh
melibatkan parapetani.

 Komputer juga telah menjadi alatan penting bagi


pengurusan ladang dan penggunaan internet yang
semakin meluas digunakan sebagai sumber ilmu,
rujukan dan meminta pandangan, pendapat dan segala
jenis bantuan dari petani lain.

 Menurut National Academy of Engineering di Amerika


Syarikat, kejenteraan pertanian adalah satu daripada 20
pencapaian kejuruteraan terbesar dalam abad ke20an.
Samb…
 Pada awal abad ke 19, seorang petani Amerika
boleh menghasilkan makanan untuk 2.5 orang.

 Hari ini, dengan menggunakan teknologi


pertanian yang maju, seorang petani boleh
menghasilkan makanan untuk 130 orang.

 Tetapi, ianya dihasilkan dengan kos sampingan


dari segi keperluan tenaga yang besar, yang
kebanyakkannya diambil dari minyak, untuk
memastikan pengeluaran besar tersebut
dikekalkan.
PERTANIAN DI MALAYSIA

Pertanian secara umumnya adalah satu


bidang yang luas dan ianya bersifat
dualisme iaitu:
a. Pertanian secara kecil-kecilan
(sektor pekebun kecil).
b. Pertanian secara komersial dan
intensif (sektor estet).
a. Pertanian secara kecil-kecilan (sektor
pekebun kecil).
 melibatkan petani kecil-kecilan yang
bertani dalam kawasan kecil dan
mengeluarkan produk untuk diri dan
keluarga sendiri.
 terdiri daripada petani yang
mempunyai modal yang lebih kecil
dan sesetengah petani tergolong
dalam kumpulan miskin.
 kebiasaannya merupakan sektor yang
kurang maju.
b. Pertanian secara komersial dan intensif
(sektor estet).
 Melibatkan tanah yang luas atau ternakan yang besar
jumlahnya, memerlukan bahan yang banyak (benih,
racun, baja, pekerja dsb) dan tahap kejenteraan yang
tinggi bagi mengurangkan penggunaan pekerja.
 Merupakan sektor yang bercorak komersial,
berorientasikan eksport dan diuruskan dengan baik.
 Operasinya selalu dikaitkan dengan operasi untuk
memaksimakan keuntungan kewangan dari hasil jualan
produk pengusaha tersebut.
 Seringkala melibatkan beberapa individu secara
kumpulan, syarikat atau agensi kerajaan
KEPENTINGAN PERTANIAN KEPADA MALAYSIA

1. Membekalkan sumber makanan utama seperti


padi, sayur-sayuran, buah-buahan, daging
ternakan, telur dan susu.
2. Membekalkan bahan mentah kepada industri
perkilangan untuk diproses menjadi barang
siap dan barang separuh siap.
3. Sumber pendapatan negara melalui
pengeksportan hasil tanaman saka seperti
kelapa sawit, getah dan koko.
4. Menyediakan peluang pekerjaan pada banyak
peringkat pengeluaran hasil pertanian.
PERKEMBANGAN SEKTOR PERTANIAN
DI MALAYSIA

1. DASAR PERTANIAN NEGARA (DPN)


2. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
3. RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN
(2006-2010)
1. DASAR PERTANIAN NEGARA (DPN)
Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN1)
(1984-1991) dilaksanakan pada tahun 1984
dengan memberi penekanan kepada
dasar expansionary
(perluasan/pengembangan) yang
mengutamakan tanaman komoditi seperti
kelapa sawit dan koko.
Dengan kedudukan tanah dan tenaga
buruh pertanian yang baik, melalui DPN1,
Kerajaan telah melabur dengan banyak di
dalam pembangunan infrastruktur,
pembangunan in-situ dan pembukaan
tanah-tanah baru bagi memajukan dua
tanaman tersebut.
Samb….
 Dasar Pertanian Kedua (DPN2) (1992-1998)
dilaksanakan dengan memberi penekanan
kepada meningkatkan produktiviti,
kecekapan dan persaingan. Tanaman
ladang seperti kelapa sawit diberi perhatian
dengan usaha-usaha meluaskan kawasan
penanamannya.
 Pelaksanaan DPN2 dibuat setelah
mengambilkira kedudukan kekangan tanah,
tenaga buruh yang kian tua dan produktiviti
yang rendah.
 Oleh itu, perubahan telah dilakukan dengan
mengubah penumpuan kepada usaha
pembangunan pertanian ke arah
menghasilkan produk yang mempunyai nilai
ditambah yang tinggi.
Samb….
 DPN2 telah membawa pembaharuan dari segi
memajukan industri asas tani. Ini adalah selaras
dengan strategi perindustrian dan sepertimana
telah dihuraikan dalam Pelan Induk
Perindustrian Pertama dan Kedua.

 Penumpuan ke atas pembangunan industri


asas tani ini bertujuan untuk mengeksploitasi
faedah berbanding dan pasaran niche
(terpencil) untuk menambah peluang-peluang
pekerjaan, menjana pendapatan yang lebih
tinggi melalui peningkatan produktiviti dan
untuk menambah hasil pertukaran asing
negara.
Samb….
 Kos pengimportan bahan-bahan makanan
yang tinggi dan liberalisasi perdagangan di
bawah rangka kerja AFTA dan WTO serta
masalah krisis kewangan pada tahun 1997
telah mendorong penilaian semula terhadap
DPN2.
 Selain dari itu, sektor pertanian negara juga
mengalami perubahan struktur yang ketara
dari segi kekurangan tenaga buruh, kadar
upah yang meningkat berbanding produktivti
pekerja dan sumber tanah dan air yang
semakin terhad disebabkan persaingan
kegunaannya oleh sektor perindustrian,
perumahan dan perbandaran.
Samb….
 Berdasarkan kepada pertimbangan di atas,
pada tahun 1999, Kerajaan telah melancarkan
Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) (1998-
2010) yang menentukan halatuju pembangunan
sektor pertanian negara.
 Selain daripada itu, Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani telah menetapkan sasaran
supaya mencapai lebihan (surplus) dalam
imbangan perdagangan makanan menjelang
tahun 2010 melalui Plan Tindakan BOT
(Balance Of Trade).
Samb….
 Pada masa ini, defisit negara dalam imbangan
perdagangan makanan ialah sebanyak RM4.3
bilion. Jika defisit ini dibiarkan dan tiada
tindakan diambil adalah dijangka defisit ini akan
terus meningkat ke tahap lebih tinggi lagi.
 Pelan Tindakan BOT menggariskan sasaran
serta tindakan yang perlu dilaksanakan untuk
mengurangkan defisit dalam imbangan
perdagangan makanan dan mencapai lebihan
menjelang tahun 2010.
Pendekatan DPN

Dua pendekatan utama diberi tumpuan:


1. Pendekatan Perhutanan Tani
(Agroforestry Approach)
2. Pendekatan Berasaskan Produk (Product-
Based Approach)
i. Pendekatan Perhutanan Tani
(Agroforestry Approach)

Pendekatan ini akan menghasilkan:


a. menggalakkan aktiviti perhutanan tani yang
boleh meningkatkan pulangan pelaburan
perhutanan tani.

b. membenarkan pengeluaran produk


pertanian dan perhutanan diatas tanah
yang sama; ini dapat mengurangkan
tekanan permintaan tanah pertanian baru.
Samb:

c. menyokong usahasama pertanian


perhutanan, umpamanya penanaman spesis
perhutanan bersama tanaman industri
sawit, getah, koko) bagi memaksimumkan
pulangan pelaburan tanah.
d. menggalakkan penyertaan sektor swasta
dalam penanaman hutan secara komersil; ini
akan menambahkan bekalan kayu bagi
pembangunan industri asas kayu.
ii. Pendekatan Berasaskan Produk (Product-
Based Approach)
Pendekatan ini menghasilkan:
a. dapat menguatkan pembangunan sesebuah industri
pertanian kerana ia berasaskan kepada
pengenalpastian peluang pasaran dan cita rasa
pengguna.

b. menggalakkan produk yang berkualiti tinggi dan


secara tidak langsung meningkatkan nilai-tambah
(value added) sektor pertanian.

c. menguatkan aktiviti hiliran dan huluan bagi industri


perhutanan dan pertanian, dan juga hubungannya
dengan sektor ekonomi lain.
Samb….

d. meluaskan skop pembangunan


pertanian dan perhutanan, dan
mengujudkan peluang perniagaan
dan pelaburan.

e. menggalakkan integrasi bagi aktiviti


pengasingan (sorting), penggredan,
pembungkusan, pemprosesan di
peringkat ladang, yang secara tak
langsung dapat meninggikan
pendapatan ladang.
TERAS DAN STRATEGI DASAR PERTANIAN NEGARA
- akan memfokuskan kepada usaha
menangani isu yang berkaitan dengan
pertanian dan ekonomi secara
keseluruhannya.
Isu-isu adalah seperti berikut:-
(i) keselamatan makanan (food security)
dan inflasi;
(ii) produktiviti pertanian;
(iii) penglibatan sektor swasta;
(iv) eksport pertanian;
2. DASAR PEMBANGUNAN
NASIONAL
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan
dasar ekonomi Malaysia yang digunakan sekarang.
Ia merupakan sambungan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang berakhir pada 1990. Walau
bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan
DEB.
Menetapkan langkah permulaan ke arah
membolahkan Malaysia mencapai taraf sebuah
negara maju menjelang 2020.
Maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian,
kejiwaan dan kebudayaan.
Samb….

Kemajuan sepenuhnya akan dicapai dari


segi perpaduan negara dan perpaduan
sosial, ekonomi, keadilan sosial,
kestabilan politik, sistem pemerintahan,
mutu kehidupan, nilai sosial dan
kerohanian, selain mempunyai rasa
bangga dan keyakinan terhadap bangsa
sendiri.
FOKUS
Dasar Pembangunan Nasional (DPN):

i. Membasmi golongan miskin


ii. Menyusun semula masyarakat
PROGRAM DASAR PEMBANGUNAN
NASIONAL
i. Membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat
ii. Memastikan keseimbangan kaum dalam
pelbagai aspek
iii. Meningkatkan penggunaan sains dan
teknologi
iv. Menerapkan nilia sosial, kerohanian, dan
amalan cintakan alam sekitar.
v. Meningkatkan peluang dan kemudahan
pendidikan
3. RANCANGAN MALAYSIA
KESEMBILAN (2006-2010)
 Memperkasa pertanian dan industri berasaskan
pertanian.
 Pembangunan sektor pertanian dalam RMKe-9
akan ditumpukan kepada pembangunan
Pertanian Baru.
 Pendekatan ini melibatkan perkembangan
pertanian komersil berskala besar yang meluas
dan penerokaan aktiviti pengeluaran dan
pemprosesan berkualiti yang mempunyai nilai
ditambah yang tinggi serta memanfaatkan
sepenuhnya potensi dalam bioteknologi.
Samb….
 Produktiviti, kecekapan serta potensi dalam
penjanaan pendapatan dan kekayaan akan
dipertingkatkan melalui penggunaan kaedah
pertanian moden dan ICT, pengukuhan R&D dan
inovasi, peningkatan keupayaan pemasaran dan
penggalakan penyertaan meluas sektor swasta
termasuk usahawan tani dan tenaga kerja mahir.
 Penggunaan tanah secara optimum serta
penyatuan dan pemulihan tanah akan diberi
keutamaan.
 Sektor pertanian dijangka berkembang pada
kadar tahunan purata yang lebih tinggi sebanyak
5.0 peratus. Kadar pertumbuhan industri berasaskan
pertanian, dijangka meningkat kepada 5.2 peratus.
Samb…

 Isu berkaitan kewujudan kelompok kemiskinan


di kalangan petani kecil, proses penukaran
daripada kebun kecil kepada ladang moden
yang perlahan dan kekangan tanah pertanian
akan juga ditangani.
TERAS DASAR RM KE 9:

 Berusaha mengorientasikan semula sektor


ini ke arah pengkomersilan yang lebih meluas dan
melahirkan petani berpendapatan tinggi serta
menggalakkan pelaburan sektor swasta yang lebih
besar termasuk pelaburan asing.
 Teras dasar adalah seperti yang berikut:
i. meningkatkan pengeluaran pertanian
termasuk penerokaan sumber pertumbuhan
baru dengan penyertaan sektor swasta yang
lebih besar.
ii. mengembangkan aktiviti pemprosesan
berasaskan pertanian dan kepelbagaian
produk.
Samb….

iii. memperkukuhkan pemasaran dan


rangkaian global.
iv. meningkatkan pendapatan pekebun
kecil, petani dan nelayan.
v. menambah baik sistem penyampaian
perkhidmatan.
“Berharganya sesuatu itu apabila kita tahu
menghargainya dan berharganya kita apabila ada
orang tahu menghargai kelebihan yang kita ada.
Oleh itu hargai lah akal kerana buah akal ialah ilmu
pengetahuan, buah jiwa adalah iman dan buah
fizikal ialah kemajuan"
Sekian,

“Berharganya sesuatu itu apabila kita tahu menghargainya


dan berharganya kita apabila ada orang tahu menghargai
kelebihan yang kita ada. Oleh itu hargai lah akal kerana
buah akal ialah ilmu pengetahuan, buah jiwa adalah iman
dan buah fizikal ialah kemajuan"

You might also like