Professional Documents
Culture Documents
Interaksi Antara Tamadun Di Asia
Interaksi Antara Tamadun Di Asia
Positif Negatif
Kesan Positif :
(Tamadun Islam,Yahudi,Kristian)
Beberapa kesan positif telah dikesan semasa
zaman kemunculan Islam di Tanah Arab
Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah
Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad
saw,di Madinah hak-hak orang Kristian dan
Yahudi serta penganut-penganut agama lain
telah diberi perlindungan.
Di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis
dan ahli intelektual daripada kalangan individu-
individu Yahudi dan Kristian.
Kesan Positif : (India, Cina)
Agama Buddha disebarkan ke Negara China
melalui interaksi ini.
Astronomi India turut diperkembangkan di
Negara China oleh ahli-ahli astronomi India
Terdapat kemahiran teknologi membuat gula
daripada tebu dari India telah
diperkembangkan kepada orang-orang China.
Antaranya ialah teknologi pembuatan kertas,
bahan letupan, percetakan, penggunaan kompas
dan lain-lain.
Selain itu, usaha-usaha penterjemahan buku-
buku koleksi astronomi India telah
diterjemahkan ke dalam bahasa China.
Kesan Positif :
(Islam, China)
Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan
penting dalam interaksi ini
Interaksi ini menyebabkan perkahwinan campur antara
pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan.
Hasil daripada interaksi ini wujud penyebaran agama
Islam di negara China yang akhirnya mewujudkan
komuniti Islam tempatan Cina
Mempelajari mengenai kompas,teknologi percetakan,
teknologi bahan letupan dan pembuatan kertas.
Turut berlaku dalam teknologi logam dan pembuatan
tembikar
Tamadun China pula mendapat pelbagai ilmu
pengetahuan baru seperti perubatan, astronomi dan
farmasi
Kesan Positif :
(Islam, Melayu)
Hubungan antara tamadun Islam dengan tamadun Melayu
telah meninggalkan kesan yang amat ketara melalui
perdagangan.
Kesan positif yang penting ialah tersebarnya agama Islam di
Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam
tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani,
Sulu, Banten, Demak, Tuban dan Mataram.
Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-
orang Melayu.
Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting
dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu.
Pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan,
kesenian,material seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah
Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.
Kesan Positif :
(China, Melayu)
Melahirkan kesan positif dalam kemahiran dan
teknologi serta kebendaan.
Tamadun China membawa teknologi membuat gula
daripada tebu ke Kepulauan Melayu, perusahaan
sutera, pembuatan tembikar serta pertukangan
logam.
Interaksi antara tamadun China dengan tamadun
Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman
dan secara konflik peperangan.
Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti
perdagangan, imigrasi dan hubungan diplomatik.
Contohnya kemuncak hubungan diplomatik Negara
China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman
Kesultanan Melaka.
Kesan Positif :
(China, Jepun)
Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan
tulisan.
Agama Buddha dari Negara China telah
dikembangkan dalam Tamadun Jepun.
Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan
dengan agama asal orang Jepun, iaitu agama Shinto
Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun.
Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak
semasa zaman Nara dan Heian.
Di samping agama, tulisan adalah satu lagi
kesan penting yang dibawa oleh Tamadun
China ke Jepun
Tulisan Cina telah menjadi asas kepada
pembentukan tulisan Jepun
Ajaran falsafah Konfusianisme dari China
turut diasimilasikan dalam tamadun Jepun.
Ajaran Konfusianisme yang memberi
penekanan kepada institusi keluarga telah
memantapkan lagi institusi kekeluargaan
Jepun.
Interaksi antara tamadun China dengan Jepun
telah berlaku secara aman dan penerapan
tamadun China dalam Tamadun Jepun telah
memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.
Kesan Negatif :
(Yahudi, Kristian, Islam)
Di Eropah misalnya hubungan antara orang-orang Kristian dengan
Yahudi telah mengalami kemerosotan sejak awal.
Kesan konflik tersebut maka berlakunya pembunuhan orang Yahudi
secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan ke-18 Masihi.
Perkara ini berlaku akibat daripada faktor-faktor perbezaan agama,
ketidakseimbangan ekonomi dan sosial.
Islam dengan Kristian bertembung dalam zaman pertengahan di
Eropah.
Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak
melancarkan beberapa siri ke atas orang-orang Islam yang dikenali
sebagai peperangan Perang Salib
Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam dan
Yahudi.
Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama,
ekonomi dan politik
Kesan Negatif :
(India, Islam)
Terdapat peristiwa-peristiwa yang mana orang-orang
Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-
raja India yang beragama Hindu
Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-
penganut agama Hindu dan kuil Hindu yang
dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam
Raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah
mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan
beberapa upacara keagamaan Hindu.
Aurangzeb merupakan raja Moghul yang bertindak
keras terhadap penganut-penganut Hindu.
Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang
baru, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai
Jamuna, mengharamkan upacara sati dan sebagainya.
Kesan Negatif :
(India, China)
Tamadun India dengan tamadun China juga
berlaku konflik terutama semasa agama
Buddha mula diperkenalkan ke dalam
masyarakat Cina pada zaman pemerintahan
Dinasti Han Timur
Kemasukan agama tersebut telah mendapat
tentangan cendekiawan Konfusianisme yang
amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti
Han.
Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil
Buddha dimusnahkan untuk menghalang
perkembangan agama tersebut
Kesan Negatif :
(Islam, China)
Berlaku interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun China
pada tahun 751 masihi.
Tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah
mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao
Hsien-chih
Pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiyah mempunyai
hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di Negara Chin
Permusuhan antara orang Islam dengan orang China juga
dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian
ekonomi pihak yang bertentangan.
Pada abad ke-8 Masihi penduduk Han di tenggara negara China
telah bermusuh dengan orang Islam kerana iri hati dengan
kemewahan yang dinikmati oleh orang Islam dalam aktiviti
perdagangan.
Pada 876 masihi berlaku pemberontakan di Canton
menyebabkan lebih kurang 120,000 terbunuh
FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI ANTARA
TAMADUN
Toleransi kepimpinan
Nilai
Pemikiran
Keinsanan
Geografi
Institusi
Interaksi Tamadun China
dan India
Tamadun ini telah berinteraksi kira-kira pada abad ke-2 sebelum
masihi
Penyebaran Agama Buddha ke China pada masa pemerintahan
Dinasti Han (zaman Han Timur) merupakan kemuncak kepada
interaksi antara tamadun China dan India.
Oleh kerana Buddhisme lahir dalam suasana budaya India, maka
China juga telah berkongsi banyak persamaan dengan budaya
masyarakat India.
Selain itu, berlakunya persamaan dalam aspek kesusasteraan,
kesenian, muzik dan sebagainya.
Pada peringkat awal penyebaran Buddha di China,berlaku
penentangan antara budaya dalam ajaran Buddha dari sudut
kekeluargaan, politik,etika serta moral orang-orang China yang
telah pun meresap dalam falsafah-falsafah warga tempatan China
terutama falsafah Konfusianisme.
Agama Buddha kemudiannya telah mengalami proses
penyesuaian dengan tradisi budaya China tetapi prinsip-
prinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas.
Kesan interaksi positif antara tamadun China dengan
India ialah beberapa alat muzik dan struktur muzik India
diasimilasikan dalam tamadun China.
Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular
di istana dan di kalangan bangsawan China.
Semasa Dinasti Tang ( 618-907), teknologi membuat gula
dari tebu diperkembangkan pada zaman Tamadun China.
Manakala kesan positif interaksi tamadun yang diterima
oleh India pula terdapat ciptaan-ciptaan sains dan
teknologi orang China yang telah berkembang di dalam
masyarakat India.
China juga mendapatkan khidmat ahli-ahli cendekiawan
India dalam bidang astronomi seperti Gautama yang
telah diambil berkhidmat dalam kerajaan Dinasti Tang.
Beliau bertanggungjawab memperkenalkan sistem
kalendar China yang lebih tepat daripada tahun 727
masihi
Perkembangan dalam bidang kesusasteraan juga
turut menerima kesan interaksi antara tamadun
China dan India.
Kewujudan pelbagai jenis puisi, cerita dongeng,
kisah-kisah teladan,kias yang berkaitan dengan
Buddha telah mempengaruhi tulisan sastera China.
Selain itu, percampuran dan penyerapan bahasa
Sanskrit dan Pali ke dalam bahasa China turut
berlaku.
Contoh yang paling ketara ialah kemunculan
pengajian fonetik di zaman Dinasti Sui adalah kesan
perhubungan tamadun China dan India.
Selepas abad ke-10 masihi, perkembangan ini agak
merosot dan lebih bersifat hubungan diplomatik
dan perdagangan.
Interaksi Tamadun Islam dan
China
Berlaku pada awal abad ke-3 masihi dan telah adanya
utusan dari Parsi dihantar ke istana kerajaan Wei.
Orang-orang Arab menggunakan dua laluan penting
untuk ke China iaitu :
Buku :
Penerbit Universiti Malaya,Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala
Lumpur,Universiti Malaya, 2001.
Mahayudin Hj. Yahaya, Tamadun Islam,Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,Shah
Alam,Selangor Darul Ehsan, 2001.
Azhar Hj. Mad. Aros,Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS),Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan, 2004.
Sazelin Arif,Ahmad Ridzwan Mohd Noor,Nooraini Sulaiman,Mahadi Abu
Hassan,Ali Hafizar Mohamad Rawi, Tamadun Islam dan Tamadun Asia,McGraw-
Hill (Malaysia) Sdn. Bhd., Shah Alam,Selangor Darul Ehsan,2007