Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:

TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK


 Menjelaskan sikap akomodatif yang
wujud dalam kalangan pelbagai etnik
semasa penggubalan Perlembagaan
Persekutuan.
 Membahaskan peranan dan kepentingan
unsur-unsur tradisi dan permuafakatan
sosial dalam konteks hubungan etnik di
Malaysia.
 Menganalisis rasional unsur-unsur tradisi
dalam Perlembagaan Malaysia.
 Perlembagaan?
• Dokumen yang mengandungi peruntukan yang
mustahak bagi penubuhan dan kewujudan sesebuah
negara dan sistem politiknya.
 Semua undang-undang lain tidak boleh
bertentangan dengan undang-undang dan
prinsip-prinsip perlembagaan.
 Jika bertentangan?
• Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi
akan diterima pakai sebagai undang-undang utama.
• Ia membatalkan mana-mana undang-undang lain
yang bertentangan dengannya.
 Perlembagaan ialah sebuah dokumen
yang mengandungi peruntukan-
peruntukan asas tertentu yang
mencerminkan suasana muhibbah,
penerimaan yang murni dan
kesefahaman antara rakyat.
 Kesimpulan tentang makna perlembagaan:
• Undang-undang dasar yang menjadi teras panduan
pemerintahan negara.
• Kerangka asas yang membentuk dan memandu
sistem pemerintahan sesebuah negara.
• Undang-undang tertinggi dan asas kepada semua
undang-undang lain dalam negara.
• Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk
pemerintahan negara.
• Mengawal pemerintah dan yang diperintah dalam
mempertahankan kewujudan dan kesinambungan
negara.
 Perlembagaan Persekutuan
mengandungi 15 Bahagian, 183 bidang
kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman,
kedudukan agama Islam,
kewarganegaraan, bahasa kebangsaan,
kedudukan istimewa orang Melayu,
Bumiputera Sabah dan Sarawak serta
lain-lain.
 Perkara 1 hingga 4
Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan
 Perkara 5 hingga 13
Kebebasan Asasi
 Perkara 14 hingga 22
Kewarganegaraan (Bab 1 – Perolehan Kewarganegaraan)
 Perkara 23 hingga 28A
Kewarganegaraan (Bab 2 – Penamatan Kewarganegraan)
 Perkara 29 hingga 31
Kewarganegaraan (Bab 3 – Tambahan)
 Perkara 32 hingga 37
Persekutuan (Bab 1 – Ketua utama negara)
 Perkara 38
Persekutuan (Bab 2 – Majlis Raja-Raja)
 Perkara 39 hingga 43C
Persekutuan (Bab 3 – Pemerintah)
 Perkara 44 hingga 65
Persekutuan (Bab 4 – Badan-badan Perundangan Persekutuan)

Perkara 66 hingga 68
Persekutuan (Bab 5 – Acara perundangan)

Perkara 69
Persekutuan Bab 6 – Keupayaan terhadap harta, kontrak Dan guaman )
Perkara 70 hingga 72
 Negeri-negeri
Perkara 73 hingga 79
Perhubungan Antara persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 1 – Bahagian kuasa-kuasa perundangan)

Perkara 80 hingga 81
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 2 – Pembahagian antara kuasa-kusa pemerintah)

 Perkara 82
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri
(Bab 3 – Pembahagian beban kewangan)
 Perkara 83 hingga 91
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 4 – Tanah)
 Perkara 92
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 5 – Pembangunan negara)
 Perkara 93 hingga 95
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 6 – Tinjauan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan mengenai kegiatan Negeri)
 Perkara 95A hingga 95E
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 7 – Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan)
 Perkara 96 hingga 112
Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 1 – Am)
 Perkara 112A – 112D
Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 2 – Pemakaian Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak)
 Perkara 113 hingga 120
Pilihanraya
 Perkara 121 hingga 131A
Perhakiman
 Perkara 132 hingga 148
Perkhidmatan Awam
 Perkara 149 hingga 151
Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-kuasa Darurat
 Perkara 152 hingga 160B
Am dan Pelbagai
 Perkara 161 hingga 161H
Perlindungan Tambahan bagi Sabah dan Sarawak
 Perkara 162 hingga 180
Peruntukan Sementara dan Peralihan
 Perkara
181
Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja

 Perkara183 hingga 183


Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan
Agong dan Raja-raja
Bagaimanakah pindaan terhadap
Perlembagaan Persekutuan diadakan?
 Perkara 159(4)
• Pindaan dengan sokongan lebih 2/3 setiap dewan tanpa mendapat
persetujuan sesiapa.
• Cth: pemilihan & persaraan ahli-ahli Dewan Negara.

 Perkara 161(E)
• Pindaan dengan sokongan 2/3 setiap dewan & dipersetujui oleh Yang
di-pertua Negeri Sabah & Sarawak.
• Cth: perkara yang melibatkan kepentingan Sabah & Sarawak seperti
bidang kuasa kerajaan negeri & kedudukan istimewa Bumiputera.

 Perkara 159(5)
• Sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-raja.
• Cth: kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu,
bumiputera Sabah & Sarawak, bahasa kebangsaan & agama
persekutuan.
 Perlembagaan Persekutuan mengguna pakai konsep
ketertinggian perlembagaan.
 Tidak terdapat institusi yang mengatasi ketertinggian
Perlembagaan Persekutuan.
 Ketiga-tiga badan kerajaan, iaitu perundangan, kehakiman
dan eksekutif mahupun Yang di-Pertuan Agong tertakluk
kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
 Undang-undang persekutuan atau negeri boleh
diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah jika
undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan.
 Merujuk kepada Perkara 4(1) – Perlembagaan Persekutuan
ialah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa
undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka yang
berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal
setakat yang berlawanan itu.
 Malayan Union
• Gabenor – jawatan tertinggi
• Sultan2 – raja kehormat
• Majlis membincangkan hal ehwal agama Islam dianggotai sultan2
tetapi Gabenor menjadi pengerusi
• Memperkenalkan kerakyatan jus soli- jika seseorang itu dilahirkan di
Tamah Melayu selepas Malayan Union, seseorang itu berhak
mendapat kererakyatan dengan mudah
• Diisytiharkan pada 1 April 1946
• Mendapat tentangan hebat kerana:
 Kuasa Raja2 Melayu dilenyapkan dalam pentadbiran negeri – hanya berkuasa
dalam soal asama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat
Melayu
 Kerakayatan jus soli
 Hak sama rata kepada semua warganegara – peribumi tiada keistimewaan
 Harold Macmichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu melalui
ugutan
 Persekutuan Tanah Melayu 1948
• Menggantikan Malayan Union
• Diisytiharkan pada 1 Februari 1948
• Kedaulatan raja-raja Melayu dikembalikan
• Kedudukan istimewa orang Melayu
dikembalikan
• Prinsip jus soli digugurkan
 Suruhanjaya Reid
• Bertanggungjawab menggubal Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu
• Perlembagaan digubal berdasarkan perkara2 berikut:
 Pembentukan persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat
 Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak
Raja-Raja Melayu
 Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang di-
Pertuan Agong
 Pemeliharaan hak2 istimewa orang Melayu serta hak2 sah
milik kaum2 lain
 Pembentukan sistem kewarganegaraan yang seragam untuk
seluruh Persekutuan Tanah Melayu
PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN

Pemerintahan
Agama Islam
Beraja

Kedudukan
Istimewa orang Bahasa Melayu
Melayu
 Pemerintahan Beraja
• Sistem beraja mutlak ditukar kepada sistem Raja
Berpelembagaan.
• Di peringkat pusat, YDPA menjalankan tugas
menurut nasihat kabinet. Di peringkat negeri,
raja bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat
Negeri.
 Bidang tugas YDPA
• Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu & bumiputera Sabah & Sarawak
serta kepentingan sah kaum lain – lambang perpaduan masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum.
• Panglima Angkatan Tertinggi Tentera Malaysia dan Ketua Agama Islam
di Melaka, P Pinang, Sabah, Sarawak dan WP.
• Kuasa mengampun – segala kesalahan di mahkamah tentera, di mana-
mana wilayah Persekutuan dan kesalahan dari Mahkamah Syariah di
Melaka, P Pinang, Sarawak, Sabah dan W Persekutuan.
• Melantik Ketua Hakim negara, Hakim Besar serta Hakim Mahkamah
persekutuan dan Tinggi atas nasihat PM selepas berunding dengan
MRR
• Perlantikan jawatan – Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam+P/raya,
Ketua Audit Negara, Peguam Negara, Ahli Dewan Negara).
• Diberi kuasa untuk mengurniakan penghormatan, pingat & bintang
kepada pihak yang memberikan khidmat cemerlang kepada negara
tanpa mengira etnik.
 Agama Islam
• Dijadikan sebagai agama rasmi Persekutuan –
Perkara 3.
• Kebebasan beragama terus dipertahankan &
agama-agama lain boleh diamalkan dalam
keadaan aman di mana-mana bahagian dalam
persekutuan.
• Melibatkan Perkara 8, 11, 12, 121 (1A), 150.
• Perkara 8: kesamarataan di sisi undang-undang.
• Perkara 11: kebebasan beragama.
• Perkara 12: kesamarataan dalam pelajaran
• Perkara 121 (1A): Mahkamah Sivil tidak
mempunyai bidang kuasa dengan apa-apa
perkara dalam bidang kuasa Mahkamah
Shariah.
• Perkara 150: Walaupun dalam keadaan darurat,
kedudukan agama Islam tidak boleh dipinda &
perkara ini kekal terjamin
 Bahasa Melayu
• Perkara 152 memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah
bahasa Melayu.
• Tiada sesiapa boleh dilarang atau ditahan daripada
menggunakan atau mengajar atau belajar bahasa lain kecuali
bagi maksud rasmi.
• Perkara 150 (6A): hal-hal yang berhubung dengan Bahasa
Melayu, walaupun dalam keadaan darurat adalah dilindungi
oleh perlembagaan.
• Perkara 10 (4): Bahasa Melayu adalah antara perkara sensitif
yang dilarang daripada dibahaskan di tempat terbuka atas
tujuan keselamatan & ketenteraman awam.
• Perkara 160 (B): jika perlembagaan diterjemahkan ke dalam
bahasa kebangsaan & jika terdapat percanggahan teks
terjemahan dengan teks dalam bahasa Inggeris, maka teks
kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris.
 Kedudukan Istimewa orang Melayu
• Perkara 160 (2), Orang Melayu ditakrifkan
sebagai:
 seorang yang menganut agama Islam
 bercakap dalam bahasa Melayu
 megamalkan adat istiadat Melayu
 Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di
Singapura atau ibu bapanya telah lahir di
Persekutuan atau di Singapura atau pada hari
Merdeka itu ia adalah berdomisil di Persekutuan atau
di Singapura.
 Perkara 153: menjadi tanggungjawab YDPA untuk menjamin
kedudukan istimewa orang Melayu dan juga melindungi hak
kaum lain.
 Jawatan dalam perkhidmatan awam
 Pemberian biasiswa dan bantuan serta kemudahan pelajaran
 Permit dan lesen bagi menjalankan sebarang perniagaan
 Perkara 89
 Menguatkuasakan undang-undang perlembagaan kepada undang-
undang yang sedia ada untuk melindungi tanah rizab orang Melayu
daripada diambil alih atau dijual kepada orang bukan Melayu.
 Perkara 90
 Pengecualian undang-undang yang berkenaan tanah adat di Negeri
Sembilan & Melaka serta undang-undang yang ada di Terengganu
mengenai tanah pegangan orang Melayu.
 Jadual 13
 Penentuan atau penyemakan semula sempada pilihan raya.
 Permasalahan Kebebasan Beragama

 Kesamarataan

 Diskriminasi Perlindungan

 Persoalan Perkara 153

 Perjanjian20 Perkara bagi Sabah dan


Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak
 Permasalahan Kebebasan Beragama
• Isu yang selalu dibangkitkan
 kebebasan orang Islam mengamalkan agamanya
 isu murtad
 penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam.
• Perkara 11(4) memberi kuasa kepada Parlimen atau DUN meluluskan
undang-undang pengawalan agama bukan Islam dalam kalangan
orang Islam.
• Kebebasan beragama ini tertakluk kepada undang-undang awam
 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
 Akta Pertubuhan 1966
 Akta Polis 1967
• Melindungi seseorang itu daripada dipaksa membayar sebarang
cukai yang digunakan untuk agama selain agama anutannya
• Kumpulan-kumpulan agama berhak menubuhkan atau menguruskan
yayasan bagi tujuan agama atau kebajikan mereka serta hak
memperoleh atau memegang harta.
 Kesamarataan
• Perlembagaan memperuntukkan bahawa semua
orang adalah sama di sisi undang-undang dan
berhak mendapat perlindungan yang sama.
• Sebarang bentuk diskriminasi tidak dibenarkan
kepada mana-mana orang, kecuali yang
dibenarkan perlembagaan
 Diskriminasi Perlindungan
• Diberikan kepada golongan minoriti supaya kepentingan mereka
dapat dipertahankan daripada ditelenggami golongan majoriti.
• Cth: dalam Perlembagaan India, hak golongan minotiti seperti bahasa,
kebudayaan dan kepercayaan dijamin dan dipertahankan.
• Betujuan supaya sebarang perubahan secara radikal tidak berlaku
apabila perlembagaan diperkenalkan.
• Perlembagaan memberi kuasa kepada kerajaan untuk memperbaiki
taraf kehidupan dari segi ekonomi, sosial dan kebudayaan masyarakat
mundur.
• Tanpa diskriminasi perlindungan , tidak mungkin masyarakat mundur
itu dapat bangun dan bersaing dengan masyarakat maju.
• Diskriminasi perlindungan berlaku disebabkan oleh kompromi antara
etnik atau kumpulan tertentu semasa perlembagaan digubal.
• Sesuatu yang diberi kepada kumpulan lain bererti kumpulan
memberi itu berhak kepada beberapa keistimewaan yang lain.
 Persoalan Perkara 153
• Mengspesifikasikan bagaimana kerajaan pusat
melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini
dengan memberikan kuota kemasukan ke dalam
perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam
serta penglibatan dalam sektor ekonomi.
• Ia juga dianggap sebagai sebahagian daripada
kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai
pertahanan sah bagi ketuanan Melayu.
• Cara paling berkesan dalam mengatasi kemiskinan
dan kemunduran etnik Melayu khususnya dari segi
pencapaian ekonomi dan pendidikan
 Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18 Perkara
bagi Sarawak
• Perkara 165 dalam Perlembagaan Malaysia memasukkan Perjanjian 20
Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak.
• Antara perkara tersebut adalah:
AGAMA- Sabah menuntut supaya negeri itu tidak memperakukan sesuatu
agama sebagai agama rasmi negeri.
BAHASA- Sabah bersetuju bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi/ kebangsaan,
tetapi memohon supaya bahasa Inggeris boleh terus digunakan tanpa had
masa.
PERLEMBAGAAN- Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas
Perlembagaan Malaysia, tetapi penggubalannya patut melibatkan semua
negeri.
IMIGRESEN- Bersetuju bahawa kuasa imigresen ialah kuasa pusat, tetapi soalan
tentang keluar atau masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah sendiri.
KEWANGAN- Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri.
BUMIPUTERA SABAH- Mendapat hak istimewa seperti orang Melayu
(Persekutuan Tanah Melayu), tetapi formula berkenaan harus disesuaikan
dengan keadaan (sifat demografi) Sabah.

You might also like