Bab 5

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

BAB 5

PEMFUAKATAN POLITIK DALAM


HUBUNGAN ETNIK
HASIL PEMBELAJARAN
• Mengetahui perkembangan parti politik di
Malaysia.
• Menghuraikan usaha yang diambil untuk
mengukuhkan kesepaduan sosial melalui
politik.
• Mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam
memupuk integrasi etnik di negara ini dalam
konteks politik.
PENGENALAN
• Latar belakang politik di Malaysia:
– Kewujudan Kesultanan Melayu Melaka.
• Dibantu oleh pembesar berempat
• Memiliki undang-undang Kanun Melaka
– Konsep politik tradisional: Sultan mempunyai kuasa mutlak dan rakyat
menjunjung kedaulatan raja.
– Kemasukan penjajah terutama penjajah Inggeris telah mengubah kuasa
institusi kesultanan Melayu bermula pada tahun 1870-an.
• Penubuhan NNMB pada tahun 1896.
• NNMTB ditubuhkan melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909. Ditadbir
bersama-sama dengan negeri Johor.
– Malayan Union : kemuncak kepada kuasa penjajah yang ditentang oleh orang
–orang Melayu.
• Penubuhan UMNO untuk menetang Malayan Union.
• Pemansuhan Malayan Union & digantikan dengan Persekutuan Tanah
Melayu 1948.
PEMBANGUNAN POLITIK
• Malayan Union membawa kepada penyatuan orang-orang
Melayu.
• Kewujudan parti-parti politik mewakili pelbagai etnik sama
ada di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah atau pun
Sarawak.
• Pembentukan gabungan politik.
• Pemuafakatan politik berteraskan prinsip tolak ansur,
tawar-menawar, akomodasi dan konsensus.
• Pemuafakatan tersebut mewujudkan kestabilan politik
kerana mereka mengutamakan pengagihan sumber
kekayaan kepada semua etnik.
• Dewan Rakyat & Dewan Undangan Negeri dianggotai oleh
beberapa buah parti politik.
• Barisan Nasional (BN)
– UMNO
– MCA
– MIC
– Parti Progresif Penduduk (PPP)
• Sabah
– Parti Demokratik Sabah (PDS)
– Parti Liberal Demokratik (LDP)
– Parti Bersatu Sabah (PBS)
• Sarawak
– Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
– Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
– Parti Rakyat Sarawak (PRS)
– Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP)
• PAS anggotai BN pada tahun 1974. Keluar pada tahun 1977.
• PBS keluar daripada BN Sabah pada tahun 1987. Menyertai semula pada tahun 1994
MATLAMAT PEMBANGUNAN POLITIK
• Pembinaan negara bangsa iaitu satu wilayah yang mempunyai sempadan,
kerajaan dan warga negara/ bangsa.
• Pendekatan untuk membina negara bangsa:
– Penerapan nasionalisme melalui simbol & ritual negara seperti lagu
kebangsaan, bendera kebangsaan & perayaan hari kemerdekaan.
• Masalah dalam mewujudkan negara bangsa antaranya:
– Aspek kesan penjajahan
– Kepelbagaian suku kaum
– Gabungan wilayah dan gabungan kerajaan.
• Kewujudan amalan demokrasi ditentukan dengan:
– Parti politik
– Parlimen
– Perlembagaan
– Pilihan raya
PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK SECARA
FORMAL DALAM POLITIK
• Pelaksanaan Malayan Union
– Corak pemerintahan unitary: penguasaan majoriti oleh British & rakyat
ditadbir sebagai satu bangsa
• Parti bercorak multietnik, Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) diasaskan oleh
Dato’ Onn Jaafar telah tewas dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran KL 1952.
• Gabungan UMNO dan MCA yang bertanding menentang IMP dalam
Pilihanraya 1952 telah menang 9/12 kerusi yang dipertandingkan.
• Kewujudan Parti Perikatan – gabungan tiga parti politik iaitu UMNO, MIC dan
MCA.
• Parti Perikatan menang 51/52 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihanraya
Persekutuan 1955.
• Parti Perikatan mengamalkan konsep perkongsian kuasa atau pakatan politik.
• Konsep ini terbukti diterima oleh rakyat melalui pilihan raya 1955 sehingga
kini.
DEMOGRAFI POLITIK
• Aspek demografi mempunyai pengaruh yang
kuat terhadap demografi politik dan proses
politik khususnya dalam pilihan raya.
• Komposisi dan pola taburan penduduk di
sesuatu kawasan pada amnya menentukan
parti yang mewakili kawasan tersebut.
PAKATAN POLITIK DI SABAH
• Di Sabah, tidak terdapat kelompok dominan dari segi penduduk.
• Empat kelompok bumiputera tidak jauh berbeza dari segi
peratusnya.
• Etnik Kadazan Dusun merupakan etnik terbesar, iaitu mewakili
24.8% dan diikuti oleh kategori peribumi lain sebanyak 20.6%, suku
kaum Bajau mewakili 18.5% dan etnik Melayu pula 18.5%.
• Kemunculan parti politik merupakan reaksi terhadap cadangan
pembentukan Persekutuan Malaysia.
• Berusaha mendapatkan sokongan daripada etnik tertentu sama ada
yang beragama Islam mahupun Kristian.
• Parti politik pertama: United National Kadazan Organization (UNKO)
• Kerjasama antara kolompok etnik diwujudkan dengan pakatan
antara pelbagai parti politik.
PAKATAN POLITIK DI SARAWAK
• Pada umumnya tidak terdapat satu kumpulan etnik yang majoriti secara
mutlak di Sarawak.
• Jumlah penduduk di Sarawak ialah 2.5 juta orang.
– Etnik Dayak: 44.3%,.
– Etnik Melayu mewakili 23.2% .
– Etnik Melanau seramai 5.7% daripada 73.2% kelompok yang
membentuk kelompok peribumi.
• Parti politik pertama ditubuhkan ialah Sarawak United People’s Party
(SUPP).
• Penubuhan pelbagai parti politik menjelang penubuhan Persekutuan
Malaysia.
• Pada peringkat awal penubuhan, keanggotaan parti politik di Sarawak
bersifat berbilang kaum.
• Kemudian, berubah ke arah keanggotaan dan perjuangan yang menuju
kepada perkauman.
TSUNAMI POLITIK: POLITIK
PERKAUMAN SEMAKIN MENGENDUR
• Tsunami politik – pilihan raya umum 2008.
• Perubahan trend dan corak pengundian.
• Masyarakat pelbagai etnik beralih angin –
semakin kurang menyokong politik berasaskan
perkauman.
KESIMPULAN
• Perpaduan dikalangan rakyat tercapai kerana
setiap kaum bersedia untuk menjalin
kerjasama, berkongsi kuasa & permuafakatan
dari segi politik.
• Ini dapat dicapai melalui kerjasama kerajaan
mahupun pembangkang.

You might also like