Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

TATAHIAS PAKAIAN

DAN GAYA

SHAH ANUAR HARUN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 Kepentingan Tatahias

 Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk


kepada tahap atau taraf majlis tersebut.
Penampilan seseorang individu dalam sesuatu
urusan rasmi sentiasa diiringi oleh dua
bentuk imej:-

 Imej organisasi di mana ianya berkhidmat .


 Imej peribadi.
\
Kesesuaian pakaian wanita
 

 Perkara seperti berikut harus diberi perhatian :-

 Elakkan daripada memakai kain berkilat / berkilau pada


siang hari.
 Elakkan daripada memakai satu warna sahaja.
 Jangan melebihi empat warna pada satu masa
 Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna
kulit dan bentuk badan.
 Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai.
 Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak
jarang.
 Bila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan.
 Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat.
 Rambut hendaklah tersisir rapi.
\
Kesesuaian pakaian wanita
 

 Perkara seperti berikut harus diberi perhatian :-

 Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai


tudung.
 Jika memakai mini telengkong, warna tudung hendaklah
bertentangan dengan warna baju.
 Bila gunakan sarung kaki pilih warna ‘skin colour’
 Corak fabrik tidak lebih dari empat warna.
 Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh, rantai tangan
yang berloceng yang akan membuat bunyi apabila anda berjalan.
 Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol (frills) ataupun
berbunga besar.
 Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata.
 Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan ditangan yang
sama.
Kesesuaian Pakaian Lelaki

  
 Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher.
 Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher
(kecuali butang kolar).
 Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang.
 Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang
 Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian
kepala tali pinggang.
 Sesuaikan warna tali leher dengan baju.
 Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak.
 Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet
 Sesuaikan warna stoking dengan seluar.
 Kasut hendaklah bersih dan berkilat.
 Stoking putih tidak sesuai dalam majlis.
Kesesuaian Pakaian Lelaki

  
 Gunakan ‘cologne’ dan deodoron yang kembut. Jika bergaul dengan orang
ramai sapukan ‘cologne’ di kedua belah bahu.
 Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan sampai kelihatan singlet
tersebut.
 Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan bahan (material)
 Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama.Lain-lain warna tanpa corak (light
and plain) sebagai pilihan kedua.
 Baju hendaklah sentiasa dimasukkan dalam seluar.
 Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan pergerakan badan dan
tangan.
 Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis berjalur keseluruhannya.
 Seluar jangan terlalu labuh hingga memecah lantai ataupun singkat hingga
kelihatan tergantung. Jangan memakai seluar yang ketat (drainpipe).
 Stokin berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat melainkan
berpakaian putih / berpakaian sukan.
 Kasut bersukan walaupun mahal, tidak ada tempat dalam urusan rasmi.
 
 
SUSUNAN TEMPAT DUDUK

  
 Dalam majlis rasmi dan formal susunan tempat duduk mesti mematuhi susunan keutamaan yang
diwartakan. Jika majlis diadakan di negeri dan tetamunya pula terdiri daripada tetamu persekutuan
dan negeri maka satu persetujuan hendaklah dicapai antara Protokol Persekutuan dan Protokol
Negeri mengikut prinsip-prinsip yang ditetapkan. Dalam apa jua majlis kecuali Majlis Konvokesyen
Universiti dan jamuan makan tetamu yang duduk di pentas atau meja khas hendaklah dihadkan.
  
 Penentuan Susunan Tempat Duduk
  
 Bentuk-bentuk susunan tempat duduk.
 Susunan Keutamaan
 Dif-dif paling hampir sekali dengan Tetamu Khas ialah dif terkanan. Kekananan bermula dari
kanan Tetamu Khas.
 Susunan tempat duduk di pentas dan dif-dif hendaklah mengikut kekananan.
 Pentas utama – acara perasmian dsb.
 Majlis jamuan rasmi
 Jumlah ganjil atau genap
 Hadkan 3 , 5 , 7 | 4 , 6 , 8
 Perhatian berpusat ke Tetamu Kehormat
 Dif yang paling hampir dengan Tetamu Khas ialah dif yang paling utama sekali.
 Keutamaan bermula dari kanan tetamu kehormat.
 PAKAIAN-PAKAIAN YANG DITETAPKAN PADA MASA BEKERJA
◦ Pakaian Lelaki
 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan A 2 dan B3,“lounge suit” atau “bush-jacket”
dengan bahan kain yang sesuai; atau seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali
leher; dan jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan
dilipatkan.
 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan C dan D 4, seluar panjang beserta baju
kemeja dengan warna yang sesuai; baju hendaklah dimasukkan ke dalam; jika baju
tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.
 Pakaian baju Melayu lengkap dengan bersamping; atau pakaian baju yang mirip
dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang; pakaian Melayu
dengan kain sarung tidak dibenarkan.
 Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari 5, pegawai-pegawai awam yang tidak
dikehendaki memakai pakaian seragam boleh memakai baju batik berlengan panjang
atau pendek, dengan syarat baju batik yang dipakai itu adalah buatan Malaysia.
 “Jeans” atau seluar pendek tidak boleh dipakai semasa bekerja.
 Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal boleh dipakai dengan
pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping.
 Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

  Pakaian Wanita
 2.2.1. Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa
bekerja. “Jeans”, “slacks” seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka 6 tidak
boleh dipakai semasa bekerja.
 Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan
pakaian yang ditetapkan; kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.
◦ Pakaian Seragam (Lelaki dan Wanita)
 Pakaian seragam hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja bagi mereka yang dibekalkan dengannya.
◦ Pakaian batik (Lelaki dan Wanita)
 Pegawai-pegawai awam yang menyertai rombongan ke luar negara atas urusan rasmi ataupun dengan
anjuran jabatan masing-masing hendaklah pada masa, tempat dan upacara yang sesuai, dan jika
dibenarkan, memakai batik buatan Malaysia. Pegawai-pegawai awam adalah juga digalakkan memakai
batik buatan Malaysia jika keadaan membenarkan apabila menyertai rombongan ke luar negara dengan
anjuran persatuan, pertubuhan atau koperasi masing-masing.
 Pegawai-pegawai awam yang menghadiri sesuatu upacara, perjumpaan atau mana-mana jemputan, jika
ditetapkan memakai batik, hendaklah memakai batik buatan Malaysia.
◦ Pakaian Lain (Lelaki dan Wanita)
 Pakaian-pakaian jenis lain termasuk jenis kasut, boleh dipakai oleh pegawai-pegawai awam semasa
bekerja jika tugas-tugasnya memerlukan pakaian demikian dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan masing-
masing.
◦ Pakaian Yang Menjolok Mata (Lelaki dan Wanita)
 Pegawai-pegawai awam tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata.
 3.             PAKAIAN-PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI
◦ Pakaian Rasmi (Formal) Untuk Lelaki
 Seseorang pegawai awam, yang berhak memakai uniform ataupun dikehendaki memakai
uniform yang khas hendaklah memakai uniform tersebut apabila menghadiri upacara-
upacara rasmi. Peraturan-peraturan pakaian seperti yang telah ditetapkan melalui surat
edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA. SULIT, 2578/Pt.1 35
bertarikh 8hb. Jun 1970 di Lampiran “A” mengenai Pakaian Seragam Pegawai-Pegawai
Tadbir dan Professional dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas seperti dipinda oleh
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 1975, hendaklah dipatuhi pada masa
menghadiri istiadat-istiadat rasmi yang menetapkan dif-dif jemputan memakai pakaian
seragam atau pakaian rasmi kebangsaan. Sekiranya pegawai itu tidak mempunyai
uniform, maka “lounge suit” bolehlah dipakai kecuali jika peraturan pakaian khas
ditetapkan.
◦ Pakaian Untuk Upacara Separuh Rasmi (Lelaki)
 3.2.1Untuk upacara-upacara separuh rasmi yang lain, seperti menghadiri upcara-
upacara pembukaan seminar, adalah diputuskan bahawa bagi peringkat kebangsaan
(national), di mana tidak ada perwakilan daripada luar negara, maka pakaian waktu
bertugas di pejabat seperti yang ditetapkan di dalam pekeliling ini hendaklah dipakai.
Untuk upacara-upacara peringkat antarabangsa (International), maka pakaian “lounge
suit” hendaklah dipakai.”

You might also like