Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

Prinsip-Prinsip

Matematik
Disediakan oleh:
Joanne Sim Sing Rui
Izyan Jawahir Ahmad Shakri
Pensyarah: Puan Rajmah Othman
Merupakan satu proses matematik yang
mana kanak-kanak memperoleh dan
menggunakan pengetahuan matematik.
Penyelesaian Penaakulan Komunikasi
Masalah

Perkaitan Perwakilan
Penyelesaian
Masalah
Apakah yang dimaksudkan oleh penyelesaian
masalah??

Penyelesaian masalah merupakan keupayaan


menggunakan minda untuk mencari idea dan
langkah-langkah alternatif untuk mengatasi
kekurangan atau halangan yang ada untuk
mencapai objektif yang dihasratkan.
Melibatkan proses memperoleh jawapan serta
bagaimana kanak-kanak mengaplikasikannya
dalam kehidupan seharian dan membentuk
pembelajaran bermakna.
• Penyelesaian masalah merupakan fokus utama
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

• Oleh itu,perkembangan kemahiran penyelesaian


masalah perlu diberi penekanan sewajarnya supaya
murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah
secara berkesan.

Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah seperti


berikut:
1. Memahami dan mentafsirkan masalah.
2. Merancang strategi penyelesaian.
3. Melaksanakan strategi.
4. Menyemak semula penyelesaian.
Strategi oleh The National Council of
Teachers of Mathematics (NCTM)
2000

1. Memudahkan masalah
2. Melukis gambar rajah
3. Mengenal pasti pola
4. Membuat simulasi
Memudahkan masalah
• Memudahkan masalah ialah satu cara
memudahkan proses penyelesaian masalah.
• Menulis semula masalah dengan menggunakan
nombor-nombor yang lebih kecil atau menukarkan
masalah kepada bentuk yang lebih bermakna akan
membantu menentukan penyelesaian sesuatu
masalah
Melukis gambar rajah

• Melakar dan melukis gambar adalah satu strategi


yang boleh membantu dalam penyelesaian masalah.

• Murid dapat menterjemahkan masalah dalam


bentuk matematik dengan melukis gambar/ rajah
yang sesuai kerana gambar menjadi perantara antara
konkrit dan abstrak.
Mengenal pasti pola
• Suatu pola ialah pengulangan sistematik yang tetap.
• Ia mungkin dalam bentuk angka, visual atau perlakuan.
• Dengan mengenalpasti pola, murid
boleh meramalkan apa akan berlaku seterusnya.
• Mencari pola ialah satu strategi yang
penting dalam penyelesaian masalah , dan boleh
digunakan untuk menyelesaikan pelbagai jenis masalah.
• Kadang-kadang, guru boleh menyelesaikan
masalah hanya dengan mengecam pola,
tetapi selalunya murid perlu melanjutkan pola untuk
mencari penyelesaian.
Contoh:
Membuat simulasi

• Kadangkala sesuatu masalah itu sukar


digambarkan atau dikenalpasti prosedur yang
sesuai untuk menyelesaikannya.

• Melakonkan situasi masalah itu mungkin boleh


membantu menyelesaikan masalah tersebut.
• Guru boleh menggunakan orang atau objek sebenar
seperti yang diceritakan dalam masalah tersebut atau
mewakilinya dengan objek lain.

• Melakonkan semula masalah akan membantu


menyelesaikan masalah tersebut atau pun
membantunya menjumpai strategi lain yang boleh
menentukan penyelesaian masalah tersebut. Strategi
ini sangat efektif untuk kanak-kanak
Kepentingan Penyelesaian Masalah kepada
kanak-kanak Prasekolah:
• Membentuk konsep dan pengetahuan
mengenai matematik
• Mencungkil semangat ingin tahu kanak-kanak
ketika menyelesaikan masalah.
• Membentuk sikap bekerjasama sesama kanak-
kanak.
• Melihat proses penyelesaian masalah bukan
hasilnya semata-mata.
Penaakulan(Reasoning)

• Penaakulan merupakan asas penting untuk


memahami matematik dengan lebih
berkesan kerana ia merupakan salah satu
proses meningkatkan pemahaman konsep.
• Berkait rapat dengan perkembangan
intelek dan komunikasi pelajar.
• berupaya mengembangkan bukan sahaja
kapasiti pemikiran logikal malah turut
meningkatkan kapasiti pemikiran kritis yang
juga merupakan asas kepada pemahaman
matematik secara mendalam dan
bermakna.
• boleh dilakukan secara induktif melalui
aktiviti matematik yang melibatkan
pengenalpastian pola dan membuat
kesimpulan berdasarkan pola tersebut.

Mengapa
penaakulan???

 mengelakkan pelajar dari menganggap matematik


sebagai hanya satu set prosedur atau algoritma yang
perlu diikuti bagi mendapatkan penyelesaian, tanpa
memahami konsep matematik yang sebenarnya.
 mengubah paradigma pelajar dari sekadar belajar
kepada berfikir dan memberi pengupayaan
intelektual
Kepentingan Penaakulan kepada kanak-
kanak Prasekolah:

• Dapat merangsang murid-murid untuk


meramal dan membina pendapat dalam
menyelesaikan masalah
• Membantu murid-murid kenal pasti,
mengembangkan ramalan dan membina
kemahiran tentang math melalui pemikiran
logik.
Komunikasi
• Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam
memastikan pembelajaran matematik yang bermakna.

• Melalui komunikasi, idea matematik dapat diluahkan


dan difahami dengan lebih baik.

• Komunikasi secara matematik, sama ada secara lisan,


penulisan atau menggunakan simbol dan perwakilan
visual (dengan menggunakan carta, graf, gambar rajah
dan lain-lain), dapat membantu murid memahami dan
mengaplikasikan matematik dengan lebih efektif
• Komunikasi berkesan memerlukan persekitaran yang
sentiasa peka terhadap keperluan pelajar untuk berasa
selesa semasa bercakap, bertanya soalan, menjawab
soalan dan menghuraikan pernyataan kepada rakan
sekelas dan juga guru.

• Penilaian terhadap keupayaan pelajar untuk


berkomunikasi secara matematik dengan berkesan
perlu menunjukkan bukti bahawa pelajar dapat
menjana, menjelaskan dan berkongsi idea matematik
melalui pelbagai bentuk komunikasi dalam pelbagai
persekitaran.
Kepentingan komunikasi kepada
kanak-kanak prasekolah:

• Membentuk keyakinan dalam diri murid-murid.


• Melatih murid-murid menjadi pendengar yang aktif.
• Membina kefahaman murid-murid mengenai math
dengan lebih mendalam.
• Menjana minda murid-murid untuk mengaitkan
idea-idea baru dengan kehidupan seharian.
PERKAITAN/ HUBUNGKAIT (CONNECTION)

 Kajian Meissner (1983) menyatakan kefahaman perkaitan


merupakan kunci kejayaan pelajar dalam mata pelajaran
matematik.
 Tonggak yang keeempat dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik
 Dalam kurikulum matematik, peluang untuk membuat kaitan perlu
diwujudkan supaya murid-murid dapat mengaitkan topik-topik dalam
matematik khususnya dan bidang lain secara amnya dalam
kehidupan seharian mereka.
 Tonggak ini mengaitkan pengetahuan konseptual dan prosedual
serta topik-topik dalam matematik khususnya dan bidang lain
secara amnya dalam kehidupan seharian.
 Terdapat dua perkaitan dalam matematik iaitu perkaitan antara tajuk-
tajuk matematik yang dipelajari dan perkaitan antara matematik yang
dipelajari dengan pengalaman di luar bilik darjah.
 Perkaitan antara tajuk-tajuk matematik yang dipelajari dalam
kurikulum matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang
diskrit seperti perhitungan, geometri, algebra, pengukuran dan
penyelesaian masalah.
 Murid akan mengingati terlalu banyak konsep dan kemahiran secara
berasingan sekiranya tidak membuat perkaitan antara bidang-bidang
ini.
 Apabila murid-murid mampu mengaitkan konsep matematik dengan
rutin kehidupan, mereka telah berjaya memahami tentang
kepentingan Matematik.
LANGKAH MENGHUBUNGKAIT

Aktivitiyang menggalakkan murid berfikir secara


individu.
Bertukar pendapat bersama pasangan.
Berkongsi bersama rakan sekelas.
Menggunakan semua deria.
Pendekatan pengajaran yang berbeza.
PERWAKILAN/ GAMBARAN
 Proses menganalisis sesuatu masalah matematik dan menterjemahkan
daripada satu mod ke mod yang lain (Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).
 Goldin (1992) menyatakan penyelesaian masalah melibatkan himpunan
proses psikologi yang kompleks termasuk antaranya proses lisan dan
sintaktik, perwakilan, penggunaan pelbagai heuristik yang kompleks,
pemahaman konseptual, pelbagai respons afektif, proses metakognitif dan
sistem kepercayaan tentang matematik.
 Kejayaan pelajar menyelesaikan masalah banyak bergantung kepada
kebolehan mereka untuk membina perwakilan masalah yang bersesuaian.
 Pelajar menggunakan perwakilan masalah sebagai bantuan untuk memahami
maklumat dan hubungan yang terdapat dalam situasi masalah (Cifarelli
1998).
 Perwakilanmasalah dapat membantu pelajar menjana
idea,dan dengannya mereka akan lebih luwes dalam
mengaplikasikan pengetahuan dan strategi untuk
menyelesaikan masalah matematik (Stix 1994).
 Konsep matematik menggunakan takrif atau rajah sebagai
perwakilan fizikal kepada murid pada peringkat operasi
konkrit iaitu peringkat perkembangan kognitif Piaget.
 Membantu murid mencari perkaitan idea dengan
kehidupan seharian secara informal, pemikiran abstrak dan
intuisi.
 Melalui simbol, grafik, rajah dan model.
 Model Terjemahan Lesh (Crame, K dan Karnowski, 1995),
mencadangkan idea matematik boleh diwakilkan dalam lima cara
iaitu manipulatif, gambar, kontekstual, simbol bahasa lisan dan
simbol tulisan.
RUJUKAN
 https://www.scribd.com/document/240770933/Tonggak-Keempat-perkaitan-Matematik

 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Kurikulum


Bersepadu Sekolah Menengah: Spesifikasi Kurikulum Matematik Tingkatan 4. Putrajaya: Author.

 Cifarelli, V.V. 1998. The development of mental representationsas a problem solving activity.
Journal of Mathematical Behaviour 17(2): 239-264.

 Goldin, G.A. 1992. Meta-analysis of problem-solving studies: acritical response.


Journal for Research in Mathematics Education 23(3): 274-283.

 Nor Aimi Harun, Rohani Abdullah dan Rajmah Othman. (2014). Perkembangan Kognitif Kanak

kanak dalam Matematik dan Sains. Sungai Petani: Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak.
PERBINCANGAN

 Apakahkepentingan bagi lima prinsip matematik tersebut


kepada kanak-kanak prasekolah? Bincangkan di dalam
kumpulan dan bentangkan.

You might also like