Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

• Kebanyakan spesies yang terdapat di hutan hujan tropika membekalkan

sumber makanan,ubatan dan bahan keperluan.


• 70% daripada tumbuhan yang mempunyai bahan aktif untuk menentang sel
kanser hanya terdapat di hutan hujan tropika.

• Hutan hujan tropika memainkan peranan penting dalam mengawal atur iklim
dunia.
• Hutan hujan tropika juga dikenali sebagai kawasan tadahan karbon bumi
kerana menyerap sejumlah besar karbon dioksida semasa fotosintesis dan
pada masa yang sama membebaskan oksigen ke atmosfera.
• Walaupun hutan hujan tropika begitu penting, namun dianggarkan lebih
daripada 50 juta ekar hutan dimusnahkan/digondolkan.
• Penyahhutanan memberi kesan buruk seperti tanah runtuh, hakisan tanah,
banjir kilat, perubahan cuaca yang mendadak, dan kehilangan
biokepelbagaian bumi.
• Hutan hujan tropika juga merupakan kawasan tadahan air.
• Pokok-pokok yang hidup di sepanjang lereng bukit menstabilkan keadaan
tanah kerana akar pokok mengikat butir-butir tanah bersama.
• Tanaman tutup bumi, daun yang gugur, dan ranting kayu bertindak sebagai
span yang menyerap sebahagian besar air hujan.
• Akan tetapi, tanpa perancangan pembangunan yang rapi, kawasan hutan
yang dibersihkan mudah mengalami hakisan tanah.
• Tanpa system akar yang dapat mencengkam tanah, struktur tanah menjadi
tidak stabil.
• Dengan ini, apabila hujan turun dengan lebat untuk suatu jangka masa yang
panjang, lapisan atas tanah mudah terhakis dan ini menyebabkan tanah
runtuh terutamanya di lereng-lereng bukit.
• Tanah yang terhakis dibawa oleh aliran air hujan dan akan termendap di
dasar sungai.
• Ini menyebabkan sungai menjadi semakin cetek dan apabila hujan lebat
turun, air melimpahi tebing menyebabkan banjir kilat pada musim
tengkujuh.
• Penyahhutanan menjadi penyumbang utama kehilangan biokepelbagaian
dengan kadar yang cepat.

• Haiwan ini ialah badak sumbu jawa yang telah pupus di Malaysia pada tahun
1932.

You might also like