Program Imersif Tinggi

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PROGRAM

IMERSIF TINGGI
(HIGHLY
IMMERSIVE
PROGRAMME)
Presented by:
Maria Jafflic
PK 1
SK. Ansip, Keningau
Apakah Program Imersif Tinggi
(HIP)?
 HIP merupakan satu program dengan
harapan dapat mengingkatkan
penguasaan Bahasa Inggeris dalam
kalangan murid-murid melalui
pendedahan yang lebih tinggi kepada
bahasa tersebut di sekolah.
 Ia juga bertujuan untuk memupuk sikap
dan pandangan yang positif terhadap
pembelajaran dan penggunaan Bahasa
Inggeris di kalangan murid dan ibubapa.
Adakah HIP suatu program
baharu?
 Tidak,
ianya bukan sebuah program
baharu, malah is merupakan
pengukuhan terhadap pekeliling
Kementerian Pendidikan Malaysia
yang dikeluarkan pada tahun 1999 untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti penguasaan
Bahasa Inggeris di dalam dan di luar
kelas.
AKTIVITI LUAR KELAS
 Aktiviti
luar kelas adalah aktiviti sokongan
Bahasa Inggeris yang dijalankan di luar
kelas dan aktiviti ini melibatkan guru dari
semua mata pelajaran dan juga ibubapa
pelajar.
 Outreach – Sekolah hendaklah
mengadakan aktiviti outreach sekurang-
kurangnya sekali dalam setahun.
Outreach adalah aktiviti sokongan
Bahasa Inggeris yang melibatkan
ibubapa serta masyarakat.
Apakah peranan murid-murid
dan ibu bapa dalam HIP?
 Murid-murid dan ibubapa perlu terlibat
dan komited untuk menjayakan
perlaksanaan HIP.
 Murid-murid adalah teras kepada
program ini, dan peranan mereka adalah
menjaga pembangunan peribadi dan
pembelajaran serta memberi sokongan
kepada guru-guru dalam menjalankan
aktiviti-aktiviti. Maklum balas daripada
murid-murid juga penting dalam
memastikan penambahbaikan HIP yang
berterusan di sekolah.
 Ibubapa dan masyarakat memainkan
peranan sebagai “Penyokong”. Mereka
boleh membantu sekolah dengan
pelbagai cara, seperti menyediakan
kepakaran, menjadi sukarelawan dan
memberi bantuan di mana sahaja dan
bila-bila diperlukan serta meyediakan
bantuan kewangan sekiranya perlu.
 Maklum balas ibubapa mengenai
perkembangan anak-anak mereka
adalah penting.
PENGLIBATAN IBUBAPA
 Penglibatan ibubapa merupakan satu
usaha bagi meningkatkan penglibatan
ibubapa dalam pembelajaran anak-anak
di dalam dan di luar sekolah. HIP
menggalakan ibubapa memainkan
peranan penting dalam pembelajaran
Bahasa Inggeris anak mereka.
 Ibu bapa menyediakan peluang dan
ruang belajar yang seluas-luasnya untuk
anak mereka belajar di rumah.
 Ibubapa juga boleh menyokong sekolah
dalam perlaksanaan aktiviti HIP seperti
aktiviti luar kelas, aktiviti luar bimbingan
dan aktiviti outreach dengan pelbagai
cara seperti menyediakan kepakaran,
menjadi sukarelawan dan memberi
bantuan di mana sahaja yang
diperlukan. Maklumbalas ibubapa
mengenai perkembangan anak-anak
mereka dalam pembelajaran Bahasa
Inggeris kepada guru dan sekolah
merupakan faktor penting dalam
menjayakan HIP di sekolah.
KEBERHASILAN HIP
 Keberhasila HIP adalah berdasarkan
kepada:

i. Peningkatan tahap immersive Bahasa


Inggeris di sekolah.
ii. Peningkatan peratus penglibatan murid
dalam aktiviti HIP.
iii. Persekitaran sekolah mempunyai unsur-
unsur perlaksanaan HIP.
Kesimpulan:
 Kerjasama dari pihak sekolah dan
ibubapa merupakan satu asas utama
dan penting dalam peningkatan prestasi
sekolah serta mengujudkan hubungan
yang lebih mantap dikalangan ibubapa
dan guru.
 Program-program sekolah yang
dirancang akan lebih cemerlang dengan
adanya sokongan yang kuat dari
ibubapa.
SEKIAN TERIMA KASIH.

You might also like