Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PANDANGAN ISLAM

TERHADAP BIDANG SENI


DAN CIRI-CIRI KESENIAN
YANG DIHARUSKAN
DALAM ISLAM
NURHAYATI FADILA BINTI GHANI
NUR AINA BINTI SHUHAIMI
SITI NURUL KARMILA BINTI MOHD BAKRI
SENI SUARA
 Menurut pandangan Islam, seni suara dibahagikan kepada 2
kriteria iaitu seni suara yang baik dan seni suara yang buruk.

 Seni suara yang baik merangkumi bacaan al-Quran dengan suara yang
merdu, syahdu dan lunak, melagukan azan, menyanyikan lagu-lagu
jihad, berzikir, mendendangkan nyanyian hari-hari raya, menyanyikan
selamat jalan dan selamat kembali kepada para jemaah haji, berzanji
dan lain-lain.
 Seni suara yang buruk pula merangkumi nyanyian-nyanyian yang
sering menimbulkan nafsu berahi, lagu-lagu joget dan tarian yang
bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, lagu-
lagu yang boleh merosakkan budi pekerti muda mudi serta melalaikan
mereka dari beribadat kepada Allah.
- Bacaan Al-Quran
 Al-Quran adalah kalam Allah dan kitab suci umat Islam. Ia bukan sahaja
mempunyai nilai sastera yang amat indah dan tinggi tetapi juga mempunyai seni
bacaan yang unik. Oleh itu, membaca al- Quran diberikan prioriti yang pertama
dan utama dalam Islam. Kita dituntut oleh syariat Islam supaya membaca al-Quran
mengikut tajwidnya yang betul dan dengan suara yang baik bukan dengan cara
berlagu sebagaimana lagu-lagu qasidah. Ini kerana ia boleh merosak dan mungkin
akan menambah atau mengurangkan huruf-huruf al-Quran dan dianggap suatu
bida’ah pula.
 Menurut Ibn Hajar al-Haithami dalam kitabnya, Kaff al-Ri’a’ al Muharramat al-
Sama’, kesengajaan membaca al-Quran secara berlagu dengan menambahkan
huruf atau menguranginya untuk memperelokkan dan memperhiaskannya adalah
fasiq.
 Bahkan menurut fatwa Imam al-Nawawi mengenai golongan yang membaca al-
Quran dengan berlagu yang buruk serta banyak perubahannya, maka hukumnya
adalah haram menurut ijmak para ulama’. Pemerintah wajib mengancam dan
meminta mereka bertaubat, malah setiap orang yang mukallaf hendaklah
mengingkarinya seupaya yang mungkin.

You might also like