Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 36

PAK 1014

Pengenalan Program
Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Pensyarah : En. Zukefli Bin Ahmad

Disediakan Oleh : Doris Ho


Susie Kong
Tie Wen Liang
Pengenalan PAKK
• Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan
peringkat awal usia kanak-kanak.
• Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada
tempoh masa kanak-kanak sejak lahir hingga ke
tahap umur lapan tahun.
• Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun (Taska)
tertakluk kepada Akta Taman Asuhan 1984 dan
kanak-kanak di bawah umur 6 tahun (Tadika)
tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996.
Pengenalan PAKK
• Mengikut ‘The National Association for The
Education of Young Children (NAEYC)’ atau
Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-
Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk
kepada segala program pendidikan yang memberi
layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak
dari lahir hingga ke umur lapan tahun.
Konsep PAKK
 Mengikut dua peringkat berdasarkan tahap
umur kanak-kanak.
• Peringkat pertama:
Taska untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun.
• Peringkat kedua:
Prasekolah / Tadika untuk kanak-kanak
berumur 4 hingga 6 tahun.
• Pendidikan Awal Kanak-kanak adalah program
yang menyediakan pengalaman pembelajaran
kanak-kanak yang berumur4-6 tahun selama
setahun sebelum masuk ke tahun 1.
Latar Belakang PAKK
• Sebelum wujudnya Pendidikan Awal Kanak-kanak, di
negara Malaysia telah terdapat Akta Taman Asuhan
Kanak-kanak (Akta Taska 1984). Akta ini juga dikenali
sebagai Akta 308.

• Akta ini mewajibkan semua Taska didaftarkan di


bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk
tujuan pemantauan kualiti dan bantuan khidmat
perundingan dan latihan.
Latar Belakang PAKK
• Semua pihak yang ingin membuka Taska atau
yang berminat menjadi pengasuh di Taska
diwajibkan mengikuti Kursus Asas Asuhan
Kanak-kanak (KAKK).
• Selain itu, terdapat pula Akta Kanak-kanak
2001 dan pindaan 2011 (yang dinamakan
Akta 611). Akta ini dibentuk sehaluan dengan
Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu mengenai Hak Asasi Kanak-kanak
yang ditandatangani oleh Negara Malaysia
pada tahun 1995.
Latar Belakang PAKK
• Akta 611 menyatakan dengan jelas hak kanak-
kanak untuk mendapat pendidikan yang
berkualiti, selain daripada hak untuk
mendapat penjagaan dan perlindungan
daripada ibu bapa/penjaga atau Negara
daripada kemiskinan, penderaan, pengabaian
dan eksploitasi dan hak untuk bersuara.
Objektif PAKK
• Menyediakan asas kepada pembangunan
potensi insan yang seimbang dan optimum
berlandaskan acuan tersendiri dengan
mengambil kira nilai-nilai tempatan dan
amalan bijak antarabangsa.
• Menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4
tahun mendapat asuhan dan didikan yang
berkualiti bagi merangsang perkembangan
awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan
umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-
emosi dan rohani dalam persekitaran yang
selamat, sihat dan menyeronokkan.
Objektif PAKK
• Mewujudkan kemudahan infrastruktur dan
persekitaran pembelajaran termasuk peralatan
pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan
pencapaian hasil pembelajaran yang positif.

• Menggalakkan penglihatan dan hubungan yang


teguh antara ibu bapa, kerajaan, pihak swasta dan
juga badan bukan kerajaan serta kumpulan
masyarakat setempat di dalam pengasuhan dan
pendidikan awal kanak-kanak.
Objektif PAKK
• Meningkatan kesedaran awam terhadap
keperluan memberikan pendidikan awal
kanak-kanak dari lahir hingga ke 4 tahun
sebagai asas utama pembangunan holistik
mereka sebelum memasuki pewujudan dan
pelaksanaan keberkesanan program asuhan
dan didikan awal kanak-kanak.
Kepentingan Pendidikan Awal
Kanak-Kanak
• Kanak-kanak dapat banyak didedahkan kepada
pembelajaran asas yang baru dan menarik bagi
mereka dengan awal iaitu mempelajari huruf,
nombor, bentuk dan sebagainya.

• Kanak-kanak dapat mengenal diri mereka,


memperkembangkan pembentukan peribadi yang
baik dan perwatakan yang positif serta mempelajari
cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang
mudah dan dapat meningkatkan keyakinan diri dalam
seseorang kanak-kanak tersebut.
• Kanak-kanak juga berpeluang untuk mempelajari
cara untuk berkomunikasi secara berkesan dengan
rakan-rakan sebayanya dan guru mereka.
• Kanak-kanak dapat membentuk sahsiah yang
terunggul dan berwawasan serta dapat menyemai
nilai-nilai murni, kerohanian dan moral yang terpuji.
• Kanak-kanak dapat memperoleh ilmu pengetahuan
yang berguna daripada guru-guru dan
memperkembangkan daya kreatif dan estetika.
• Kanak-kanak dapat menjadi generasi yang
mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan cukup
kuat untuk menempuh cabaran dari aspek fizikal dan
mental pada masa hadapan.
Program Pendidikan
Awal Kanak-Kanak
Mengikut Jenis Pusat
Penjagaan

Di Rumah

Penjagaan Pengasuhan Di Penjagaan


Keluarga Rumah Tumpang
Penjagaan Keluarga
Penjagaan keluarga biasanya merujuk kepada
penglibatan ahli keluarga dalam sesebuah keluarga
yang dipertanggungjawabkan untuk memberi
penjagaan, bimbingan dan pendidikan secara tidak
formal kepada anak-anak mereka khususnya ibu bapa.
Segelintir ibu bapa berpendapat bahawa penjagaan
keluarga mendatangkan kebaikan kepada anak-anak
mereka. Antaranya ialah:
• Kanak-kanak akan berasa selamat dan selesa di
rumah sendiri.
• Hubungan kekeluargaan bertambah erat
• Pergerakan anak-anak dapat sentiasa dipantau oleh
ibu bapa mereka sendiri.
Pengasuhan Di Rumah

Punca utama wujudnya pengasuhan di rumah


disebabkan oleh ibu bapa yang sibuk bekerja. Oleh itu,
mereka terpaksa mendapatkan perkhidmatan pembantu
rumah untuk menjaga anak-anak mereka. Pembantu
rumah biasanya diperolehi menerusi perkhidmatan
agensi yang ditauliahkan oleh pihak kerajaan.
Kebanyakan pembantu rumah tersebut mempunyai
pengalaman menjaga kanak-kanak.
Antaranya kebaikan penjagaan kanak-kanak
berasaskan pengasuhan di rumah ialah:
• Pengasuhan anak dilakukan sepanjang masa
di rumah sendiri.
• Ibu bapa dapat menjimatkan masa tanpa
menghantar anak- anaknya ke tempat
pengasuhan.
• Cara penjagaan dibimbing dan ditentukan
oleh ibu bapa kepada pengasuh tersebut.
Penjagaan Tumpang
Penjagaan tumpang merupakan penjagaan bersifat sementara
dalam sesuatu tempoh. Keadaan ini berlaku apabila ibu bapa
yang sibuk bekerja menghadapi masalah penjagaan anak
sementara untuk mendapatkan khidmat penjagaan kanak-kanak
yang tetap. Biasanya kanak-kanak ditumpangkan kepada jiran
atau kenalan ibu bapa. Kebaikan penjagaan tumpang ialah:
• Dapat menyelesaikan masalah penjagaan anak secara
sementara.
• Kanak-kanak dapat berasa lebih selesa dengan persekitaran
dan orang kenalan yang menjaganya.
• Ibu bapa mengetahui segala pergembangan anak-anak melalui
orang kenalan yang menjaga anak-anak mereka.
Program Pendidikan
Awal Kanak-Kanak
Mengikut Jenis Pusat
Penjagaan

Di Institusi

Taska Tadika Pusat Jagaan


Taska
Taska dikenali sebagai Taman Asuhan Kanak-Kanak dan
merupakan sebuah pusat perkhidmatan penjagaan kanak-
kanak yang berumur di bawah 4 tahun. Setiap taska
diwajidkan untuk mempunyai kelulusan pendaftaran
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pengasuh yang
bertugas di taska telah diberi latihan kemahiran untuk
memastikan perkhidmatan jagaan kanak-kanak berkualiti.
kanak-kanak di taska ialah:
• Semua aktiviti yang dilaksanakan di bawah perhatian
pengasuh taska.
• Kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai kemahiran.
• Dapat bergaul dengan rakan sebaya dan orang dewasa.
Tadika
Tadika juga dikenali sebagai Taman Didikan Kanak-Kanak.
Tadika ialah pusat pendidikan tidak formal kepada kanak-kanak
yang berumur 5 tahun hingga 6 tahun. Setiap tadika telah
diwajidkan untuk mendapatkan kelulusan penubuhan dan
didaftarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Kurikulum prasekolah
Kebangsaan wajib digunakan di setiap tadika menurut Akta
Pendidikan 1996. Guru-guru terlatih prasekolah kebanyakannya
mempunyai ijazah dalam Pendidilkan Awal Kanak-Kanak.
Kebaikan kanak-kanak belajar di tadika ialah:
• Memperoleh pendidikan yang sesuai dengan tahap usia.
• Membantu memperkembangkan kognitif,fizikal dan mental
kanak-kanak.
• Berpeluang membentuk hubungan sosialisasi dengan rakan
sebaya.
Pusat Jagaan
Pusat jagaan merupakan sebuah pusat yang menyediakan
perkhidmatan kepada kanak-kanak mengikut pelbagai
peringkat usia dan kategori. Pusat jagaan tersebut khas
kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa,
kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak yang telah
diabaikan oleh keluarganya. Kanak-kanak tersebut diberi
perlindungan dan jagaan yang baik di bawah pengurusan
dan seliaan pihak kerajaan.
Kebaikan pusat jagaan terhadap kanak-kanak terbiar ialah:
• Kanak-kanak tidak tersisih tanpa bimbingan yang betul
• Keselamatan dan kesihatan kanak-kanak dapat terjamin
• Berpeluang mendapat pendidikan dan kemahiran hidup
melalui aktiviti yang diadakan di pusat jagaan.
Program Pendidikan
Awal Kanak-Kanak
Mengikut Jenis Pusat
Penjagaan

Penjagaan
Alternatif

Pusat Beli Belah Rumah


Kebajikan
Pusat Membeli-Belah
Kebanyakan pusat membeli belah di bandar telah
menyediakan tempat penjagaan kanak-kanak sementara untuk
memudahkan para ibu bapa untuk membeli-belah. Pusat
penjagaan tersebut telah menyediakan pelbagai kemudahan
dan aktiviti menarik yang sesuai untuk kanak-kanak. Kebaikan
kanak-kanak dihantar ke pusat jagaan di pusat membeli-belah
ialah:
• Kanak-kanak dapat berkenalan dengan rakan baru di
samping meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan
rakannya
• Kanak-kanak dapat membentuk minat dan mencapai
kemahiran baru.
• Kanak-kanak dapat meningkatkan keyakinan diri.
Rumah Kebajikan
Rumah kebajikan ialah sebuah tempat perlindung bagi
kanak-kanak yang telah disisih oleh ibu bapa dan
keluarganya. Rumah kebajikan tersebut ditubuh dan diberi
bantuan oleh agensi kerajaan iaitu Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan badan-badan sukarelawan. Kebaikan
rumah kebajikan disediakan kepada kanak-kanak ialah:
• Keselamatan dan kesihatan kanak-kanak terjamin
• kanak-kanak khususnya anak yatim piatu dapat
mempelajari kemahiran baru untuk meneruskan
kehidupannya
• Kanak-kanak dapat mendapatkan pendidikan yang
sempurna
JAGAAN SELEPAS SEKOLAH
Perkhidmatan jagaan selepas sekolah
sangat diperlukan oleh ibu bapa bekerja
kepada kanak peringkat tadika dan sekolah
rendah.
Pelbagai program pergayaan disediakan
seperti aktiviti fizikal (berenang, tae kwan do,
silat ), muzik, komputer, bahasa kedua dan
lain-lain.
Faktor anak di pusat jagaan selepas sekolah
Ibu dan bapa bekerja.
Pelbagaikan minat anak.
Bergaul dengan rakan sebaya.
Memberi pendedahan yang lebih luas.
JAGAAN HARIAN
• Pusat jagaan kanak-kanak (juga dikenali
sebagai pusat jagaan harian atau nurseri)
adalah tempat di mana kanak-kanak dijaga
dalam persekitaran yang selamat dan
merangsangkan.
• Jumlah kanak-kanak dalam setiap pusat
jagaan adalah berbeza, bergantung kepada
jumlah pekerja yang berkelayakan.
Terdapat beberapa jenis pusat jagaan yang
berbeza

• Pusat jagaan harian di tempat bekerja.


(disediakan oleh syarikat-syarikat besar atau
antarabangsa)
• Pusat jagaan kelolaan kerajaan atau badan
amal.
• Pusat jagaan swasta yang biasanya turut
menempatkan taska dan tadika.
Waktu operasi pusat jagaan kanak-kanak

• Kebanyakan pusat jagaan memenuhi


keperluan ibu bapa yang bekerja sepenuh
masa iaitu biasanya dibuka dari jam pukul 8
pagi (atau lebih awal) hingga 6 petang .
• Kebanyakan pusat mungkin tutup selama
beberapa minggu sewaktu cuti sekolah atau
perayaan seperti Hari Raya atau Tahun Baru
Cina.
Aktiviti kanak-kanak di pusat jagaan

• Anak-anak boleh bermain, belajar, makan dan


berehat.
• Mereka berpeluang untuk melakukan aktiviti
seperti melukis, mendengar cerita, bermain dan
mereka boleh memilih aktiviti apa yang mereka
suka.
• Pusat jagaan biasanya mempunyai rrutin tertentu
bagi kanak-kanak (tidak bagi bayi) dan mereka
digalakkan untuk menuruti rutin itu.
• Contohnya, kebanyakan pusat menggalakkan
kanak-kanak tidur sebentar selepas makan
tengahari.
JAGAAN MENGIKUT
KEPERLUAN
Pusat jagaan mengikut keperluan ialah tempat
di mana anak-anak dilayan pada siang hari
sementara ibu bapa mereka melakukan
sesuatu yang lain, terutamanya bekerja,
belajar atau berbelanja.
Pusat jagaan mengikut keperluan adalah
bertujuan untuk memenuhi permintaan
mengikut keadaan semasa dan dikhususkan
kepada golongan yang memerlukan.
Senarai pusat jagaan mengikut keperluan

Pusat Anak PERMATA Negara-Malaysia


Special Child Care Centres (SCCCs)-Hong Kong
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)-Pulau
Pinang
Objektif Pusat Anak Permata Negara
ditubuhkan
• Keperluan ibu bapa .
• Keperluan kanak-kanak .
• Membantu golongan kanak-kanak dari
kalangan keluarga yang tidak berkemampuan.
• Keperluan kehidupan seharian.
• Membantu meningkatkan perkembangan
JERIS.
Special Child Care Centres(SCCCs)-HONG KONG

 Menyediakan perkhidmatan menjaga dan


mendidik kanak-kanak berkeperluan khas.
 Sesi dijalankan sepanjang lima hari seminggu.
 Bertujuan membantu membina kemahiran dan
kebolehan kanak-kanak kurang berupaya ke
tahap yang lebih tinggi.
 Kanak-kanak akan melalui tempoh pemerhatian
dan peniaian pada tempoh masa tertentu.
 Melalui hasil pemerhatian , satu program khas
akan dibina berdasarkan tahap kemampuan
mereka.
Pemulihan Dalam Komuniti(PDK)-Pulau
Pinang
 Merupakan salah satu program yang melibatkan
pembabitan secara aktif ibu bapa/penjaga ahli keluarga
golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk
membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan
diintegrasikan dalam masyarakat.
 Menampung 659 kanak-kanak istimewa.
 Menawarkan pelatih /penjaga kanak-kanak khas.
 Melibatkan pasukan terapi profesional bagi tujuan
menyokong dan menjaga kanak-kank istimewa.
 Contoh:ahli terapi pertuturan, jurupulih, pakar
fisioterapi.

You might also like