Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 24

Program-program berkala

Objektif Penyediaan Program

• Memudahkan pihak pengurusan merancang


aktiviti untuk kanak-kanak selain daripada aktiviti
harian
• Ibu bapa berpeluang mengetahui dan melibatkan
diri dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang
tahun
• Kanak-kanak mendapat faedah daripada aktiviti
yang dijalankan
• Memudahkan kakitangan merancang aktiviti
untuk kanak-kanak
BULAN AKTIVITI TINDAKAN

JANUARI Pendaftaran dan minggu suai kenal

FEBRUARI Mesyuarat Pemuafakatan Ibu Bapa Guru

MAC Gotong royong


Sambutan Hari Jadi
APRIL Lawatan

MEI Hari Ibu/Bapa/Kanak-kanak/Guru


Perjumpaan Ibu bapa
JUN Sambutan Hari jadi

JULAI Lawatan

OGOS Minggu Kesihatan

SEPTEMBER Sambutan hari Jadi


Hari Potensi/Bakat
OKTOBER Hari Terbuka/konvokesyen
JENIS-JENIS AKTIVITI YANG BOLEH DIRANCANG

1. Pendaftaran dan minggu suai kenal


2. Mesyuarat Pemuafakatan Ibu bapa Guru
3.Perjumpaan Ibu bapa
4. Lawatan
5.Sambutan Hari Jadi
6. Sukan
7. Hari Potensi/bakat
8. Hari Graduan/Konvokesyen
1. Pendaftaran dan minggu suai kenal
tujuan
• Berkenalan dengan rakan-rakan baru secara
tidak formal
• Aktiviti yang dijalankan membantu kanak-
kanak berinteraksi dan berkomunikasi
• Kanak-kanak boleh memilih aktiviti yang
digemari
• Guru/pengasuh dapat mengenali kanak-kanak
dengan lebih dekat lagi
Perkara-perkara yang perlu dirancang semasa
program itu berjalan adalah seperti berikut:

• Menyediakan profil setiap kanak-kanak


• Membuat penyelarasa aktiviti supaya hari
pertama persekolahan tidak jadi kelam kabut
• Menyediakan keadaan persekitaran yang kondusif
dan dapat menarik minat kanak-kanak hadir ke
tadika/taska
• Perkara rutin yang perlu diamalkan oleh kanak-
kanak di taska/tadika
• Persediaan menghadapi ibu bapa terutama
semasa proses membuat pembayaran yuran
Penekanan penglibatan ibu bapa
• Membantu dalam proses perkembangan kanak-kanak
yang seimbang dari segi fizikal, emosi dan sosial
• Membina keyakinan diri kanak-kanak dengan
memberikan gambaran dan sokongan positif pada
taska/tadika
• Membina hubungan baik dengan pihak taska/tadika
• Mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan oleh tadika/taska
• Wujudkan kesinambungan pemupukan nilai murni di
rumah
Pelaksanaan melalui aktiviti yang disediakan perlu
selari dengan objektif taska/tadika.

*Aspek pengurusan kelas: aktiviti rutin


- mengambil kedatangan, mengutip yuran, menguruskan kebersihan dan
fizikal
kelas di samping menanamkan amalan membaca doa bagi yang Islam.
*Aktiviti fizikal: bertujuan menggalakkan kecergasan kanak-kanak dan dapat
memupuk hubungan mesra dan saling kenal mengenali antara satu dengan
yang lain dalam suasana yang menyeronokkan.
*Aktiviti kerohanian dan nilai-nilai murni: dijalankan secara gabung jalin
dengan aktiviti-aktiviti lain seperti amalan memabaca doa, aktiviti bercerita
dan lawatan.
*Aktiviti membina semangat patriotik: melalui nyanyian lagu Negaraku,
aktiviti kumpulan
2. Mesyuarat Pemuafakatan Ibu bapa Guru
• Buku peraturan mengandungi:
Bab 1 Tafsiran persatuan
Bab 2 Nama, alamat, tempat mengadakan mesyuarat dan bahasa rasmi persatuan
Bab 3 Matlamat dan tujuan
Merapatkan hubungan dan kerjasama antara ibu bapa dan guru di taska/tadika
Membantu dan memberi peluang dalam usaha meningkatkan mutu pembelajaran pada
kanak-kanak
Membantu menggiatkan usaha taska/tadika bagi memenuhi kehendak dan keperluan
kebendaan kanak- kanak di taska/tadika
Memberi peluang pada ibu bapa serta lain-lain pihak yang terlibat turut serta dalam
program-program yang diaturkan oleh pengurus taska/tadika demi kemajuan kanak-kanak
Bab 4 Bidang kuas dan batasan persatuan
Bab 5 Keahlian: Jenis Ahli dan hak ahli
Bab 6 Pegawai-pegawai persatuan: Jumlah AJK
Bab 7 Tanggungjawab jawatankuasa: Tugas umum, mesyuarat jawatankuasa, surat
pekeliling, catatan di buku peringatan, kegagalan menghadiri mesyuarat, gantian
dan penubuhan biro
Bab 8 Kewajipan pegawai: Tugas Yang Dipertua(YDP), Naib Yang Dipertua(NYDP), kuasa
menandatangani cek, sekatan perbelajaan, tahun kewangan, penyata kira-kira
Bab 10 Hal-hal lain: Pindaan ataupun pemansuhan undang-undang, pembubaran, tanggungan
persatuan dan pemilihan
juru audit
Perjumpaan Ibu bapa
tujuan
• membolehkan guru dapat mengenali ahli keluarga
kanak-kanak, mencungkil dan memahami dengan lebih
mendalam karakter kanak-kanak semasa di rumah.
• membincangkan tentang masalah pada kanak-kanak
khususnya berkenaan perkembangan kanak-kanak
dapat memudahkan guru merancang pendekatan yang
bersesuaian dengan anak mereka.
• Perjumpaan ibu bapa lebih membincangkan kemajuan
dan masalah perkembangan kanak-kanak daripada
pelbagai aspek perkembangan.
Masa perjumpaan di atur oleh pengurus mengikut garis
panduan berikut:

• Setengah jam bagi ibu bapa


• Disusun mengikut kesesuaian masa ibu bapa
• Jadual disediakan
• tiada ibu bapa lain menunggu
• guru betul-betul memahami perkembangan
kanak-kanak dan yakin pada pernyataan yang
diberikan kepada ibu bapa.
• berhemah tinggi dan tahu cara berinteraksi
positif dengan ibu bapa.
• bersedia dengan bukti iaitu rekod penilaian dan
pentaksiran yang tepat berkenaan sesuatu
peristiwa kanak-kanak dan cadangannya sekali.
Lawatan

• sekurang-kurangnya dua kali setahun.


• Kanak-kanak perlu didedahkan dengan
persekitaran yang kaya dengan pengalaman
baru secara hands-on.
• Mereka perlu diberi persekitaran yang dapat
merangsang, meneroka dan mengambil
sesuatu pengetahuan itu secara mereka sedari
dan yang paling penting melalui pengalaman
yang menyeronokkan.
Perancangan yang perlu dibuat untuk lawatan:

• Peruntukan
• Surat menyurat
• Pengangkutan
• Peraturan
• Keselamatan
• Makanan
• Kelengkapan yang perlu dibawa: jelaskan pada
ibu bapa barang yang perlu dibawa.
Selepas lawatan
• aturkan aktiviti susulan berkenaan tempat
lawatan
Sambutan hari jadi

• menghargai kanak-kanak supaya mereka rasa


seronok.
• boleh dibuat secara berkumpulan dengan
mengumpul beberapa bulan sekali kanak-
kanak menyambut hari jadi.
• Persediaan termasuk aktiviti sambutan,
tempat dan makanan.
• boleh memohon sumbangan samada
kewangan atau bahan.
Sukan
tujuan

• Melahirkan kanak-kanak yang aktif bersukan dan


sihat
• Merapatkan hubungan dengan ibu bapa dalam
bersama-sama membuat persiapan dengan
menjadi AJK, semasa dan selepas aktiviti.
• Memupuk semangat bekerjasama dan
bertanggungjawab di kalangan kanak-kanak
semasa menjalankan aktiviti kumpulan
• Tentukan tarikh dan masa yang sesuai dengan
penyertaan ibu bapa.
• Peruntukan dan anggaran perbelanjaan perlu
disediakan oleh pengurus.
Tugasan kerja:
• Aktiviti
• Pengurus peserta
• Peralatan
• Makanan
• Pemarkahan
• Keselamatan
• Kebajikan
• Hadiah
• Pastikan setiap kanak-kanak terlibat dalam
aktiviti sukan dan mendapat hadiah.
Hari Potensi/bakat
tujuan
• mengasah bakat yang ada pada kanak-kanak
• meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak
apabila berhadapan dengan orang ramai.
Hari Graduan/konvokesyen

• Tujuan:meraikan kanak-kanak yang tamat pengajian


mereka di peringkat taska/tadika.
: meningkatkan semangat dan motivasi kanak-kanak
• Biasanya kanak-kanak dipakaikan jubah.
• Kejayaan mereka semasa di taska/tadika dihargai.
• Bagi yang berumur enam tahun, mereka akan memulakan
alam yang baru iaitu pengalaman di sekolah rendah.
• Perancangan perlu rapi dan melibatkan ahli-ahli
Pemuafakatan sebagai ahli jawatankuasa.
• Acara sambutan meliputi persembahan kanak-kanak dan
penyampaian sijil serta hadiah dan anugerah kanak-kanak
cemerlang.
Kesimpulan

• Program perlu dirancang rapi kerana ia banyak


melibatkan ibu bapa kanak-kanak.
• Ini dapat meyakinkan ibu bapa tentang
kepimpinan taska/tadika.
• Aktiviti yang dilaksanakan perlu mengikut
tarikh dan masa yang ditetapkan pada awal
tahun.
• Contoh kertas kerja

You might also like