300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 111

300 HADIS BIMBINGAN

KE ARAH MENCARI REDA ALLAH


BAHAGIAN 1
BAB 1

ILMU DAN ULAMA


1. Niat: Permulaan Segala Amalan
3

Daripada Amirul Mu’minin Abu Hafs b al-Khattab r.a.,


aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah
dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan
niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan
Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya
menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang
berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita
untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut
tujuan hijrahnya itu.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


2. Balasan Mengkhianati Ilmu
4

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Sesiapa yang sengaja membuat
pendustaan ke atasku maka sediakanlah
tempatnya didalam neraka.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


3. Kewajipan Menyampaikan Ilmu
5

Daripada Abdullah b ‘Amr r.a., sesungguhnya Nabi


s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah daripadaku
walaupun satu ‘ayat’ dan ceritakanlah mengenai
Bani Israil. Tiada sebarang kesempitan dan dosa.”
(Riwayat al-Bukhari)

‘ayat’ bermaksud nasihat/pedoman yg membezakan baik dan buruk

Telaga Biru Sdn. Bhd.


4. Faedah Menyampaikan Ilmu
6

Daripada Zaid b Thabit r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Allah


menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada
kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan
kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa
sesuatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami.
Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu
kefahaman sebenarnya ia tidak memahami.”
(Riwayat Abu Daud & at-Tirmizi)

‘menyerikan’ bermaksud mengelokkan akhlak dan meniggikan darjat

Telaga Biru Sdn. Bhd.


5. Tiada Pengecualian Menuntut Ilmu
7

Daripada Anas b Malik r.a., bersabda


Rasulullah s.a.w.: “Menuntut ilmu adalah
wajib ke atas setiap muslim.”
(Riwayat Ibnu Majah & Abu Ya’la)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


6. Ilmu Asas Kebaikan
8

Daripada Muawiyah b Abu Sufyan r.a., Nabi


s.a.w. bersabda: “Siapa yang Allah mahukan
kebaikan padanya, nescaya Allah
memberikan kefahaman agama
kepadanya.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


7. Keutamaan Menuntut Ilmu
9

Daripada Saad b Abu Waqqas r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada
kelebihan ibadah. Kebaikan dalam agama kamu
ialah wara’.”
(Riwayat al-Hakim)

“Kelebihan ilmu” : menambah ilmu lebih disukai dan lebih utama


daripada menambahkan ibadah
“Wara’” : meninggalkan perkara syubhah

Telaga Biru Sdn. Bhd.


8. Warisan Yang Menguntungkan
10

Daripada Abu Darda’ r.a., Nabi s.a.w. bersabda:


“Sesungguhnya para ulama adalh pewaris para
nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan
dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang
mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang
banyak dan sempurna.”
(Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, Ibn Majah & Ibn Hibban)
“Dinar dan dirham” : perkara dunia

Telaga Biru Sdn. Bhd.


9. Ketinggian Darjat Orang Yang Berilmu
11

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi


s.a.w. bersabda: “Kelebihan seorang yang
berilmu dan seorang abid adalah seperti
kelebihanku dengan orang yang paling
rendah darjatnya di kalangan kamu.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


10. Ganjaran Menyampaikan Ilmu
12

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi


s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah,
malaikat ahli(penduduk) langit dan bumi;
sehingga semut di dalam lubang dan juga
ikan paus (meliputi semua haiwan di darat
dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas
orang yang mengajar perkara baik kepada
manusia.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


11. Berhati-hati Menyampaikan Ilmu
13

Daripada Jarir b Abdullahal-Jabali r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Siapa yang mengadakan ikutan yang
baik dalam Islam, ia mendapat ganjaran amalan
itu dan ganjaran orang yang mengamalkan
selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun. Dan
siapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam
Islam, ia mendapat dosa daripada amalan itu dan
dosa orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa
kekurangan sedikitpun.”
(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


12. Menunjuk Contoh Teladan yang Baik
14

Daripada Abu Mas’ud al-Ansori r.a., Nabi


s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang
menunjukkan kepada kebaikan, ia
mendapat ganjaran amalannya itu dan
ganjaran seumpama orang yang
mengikutinya.”
(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


13. Keikhlasan dalam Beragama
15

Daripada Tamim al-Dari r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Agama adalah ‘nasihat’.” Kami
bertanya: “Terhadap siapa?” Baginda
menjawab: “Terhadap Allah, kitab-Nya,
Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin dan kaum
Muslimin umumnya.”
(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


14. Ancaman Menyembunyikan Ilmu
16

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Sesiapa ditanya tentang ilmu
yang diketahui; kemudian ia
menyembunyikannya, ia akan dikekang
dengan kekangan daripada api neraka pada
hari kiamat.”
(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


15. Bahana Kehilangan Ulama’ & Ketandusan Ilmu
17

Daripada Abdullah b ‘Amr r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak mencabut
(menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi
Allah mencabut ilmu dengan mencabut roh
(mematikan) para ulama’. Sehinggalah tiada lagi
orang alim (ulama’) yang tinggal. Ketika itu,
manusia akan melantik ketua mereka orang yang
jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka
mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka,
sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain.”
(Riwayat al-Bukhari)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


16. Pemimpin yang Sesat
18

Daripada Thauban khadam Rasulullah r.a.,


Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya
perkara yang aku takuti ke atas umatku
ialah para pemimpin yang sesat.”
(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

“Pemimpin yang sesat” : menyeru ke arah malakukan bid’ah,


kefasikan dan maksiat.

Telaga Biru Sdn. Bhd.


BAB 2

BERAMAL DAN BERJAMAAH


17. Cara Melaksanakan Agama
20

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Sesungguhnya agama adalah
mudah. Tiada seorang pun yang berlebih-lebihan
dalam agama melainkan ia dikalahkan.
Perbetulkanlah (bersederhana), dekatkanlah dan
bergembiralah. Bantulah diri kamu sendiri
dengan beramal selepas subuh, selepas gelincir
matahari dan sebahagian malam.”
(Riwayat al-Bukhari)
“Bantulah diri” : Memudahkan diri mengamalkan ibadat secara berterusan
dengan melakukannya di waktu yang sesuai
Telaga Biru Sdn. Bhd.
18. Jangan Membebankan Diri
21

Daripada Anas b Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda:


“Permudahkanlah, jangan menyusahkan,
tenangkanlah dan jangan melakukan sesuatu yang
menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Hadis ini menggesa agar berlemah-lembut dan bersefahaman kerana
kebanyakan kemashalatan terhasil dengan cara persetujuan dan
persefahaman. Apabila wujud perselisihan maka hilanglah persefahaman.
(Syarah Sohih Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


19. Allah s.w.t. Bersama Jamaah
22

Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda:


“Pertolongan Allah bersama jamaah.”
(Riwayat al-Tirmizi)

“Jamaah”: Majoriti umat Islam yang mengikut sunnah di bawah satu


kepimpinan atau dalam suatu urusan agama.

Telaga Biru Sdn. Bhd.


20. Bidaah adalah Suatu Keburukan
23

Daripada Aiyshah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda:


“Sesiapa yang mengadakan perkara baru yang tiada
di dalam agama Islam, maka ia adalah ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

“Tiada dalam agama”: Tiada sandaran yang nyata (zahir)/ tidak nyata
(khofi) dari al-Quran dan sunnah.
(‘Aun al-Ma’bud)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


21. Mesti Mengamalkan Islam Walaupun dalam Keadaan
Terasing
24

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:


“Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan
kembali asing seperti permulaannya. Maka
berbahagialah untuk orang yang terasing.”
(Riwayat Muslim)
Mereka mengecapi kebahagiaan kerana mendapat ganjaran atas kesabaran
menghadapi kesusahan ketika berada dalam keadaan terasing. (Tuhfah al-
Ahzawi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


22. Melakukan Amalan secara Berterusan
25

Daripada Aiyshah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda:


“Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut
kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu
sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah
sukai ialah amalan yang berterusan walaupun
sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


23. Tiada Guna Melengah-lengahkan Amalan
26

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:


“Siapa yang melambat-lambatkan amalannya;
keturunannya tidak akan bersegera untuknya.”
(Riwayat Muslim)

“Bersegera untuknya”: Menampung kekurangan amalannya. (Syarah


Sahih Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


24. Merasai Kemanisan Iman
27

Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda:


“Dapat merasai kemanisan iman, orang yang
meredai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama
dan Muhammad sebagai Rasul.”
(Riwayat Muslim)
“Meredai”: Tidak berkehendak selain kepada Allah s.w.t., tidak peduli
selain jalan Islam, dan tidak menuruti selain apa yang selari daripada
syariat Muhammad s.a.w. (Tuhfah al-Ahzawi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


25. Keredaan Hakiki
28

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Rasulullah s.a.w.


berkata kepadanya: “Wahai Abu Said! Siapa yang
meredai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai
agama, dan Muhammad sebagai nabi; maka
wajiblah baginya syurga.”
(Riwayat Muslim)
Menurut Qadhi ‘Iyad: Hal yang demikian kerana sesiapa yang meredai sesuatu
perkara maka urusannya menjadi mudah. Begitu juga orang beriman tatkala
iman menguasai hati maka mudahlah ia melakukan ketaatan dan merasai
kelazatannya. (Syarah Sohih Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


26. Tanda Kemanisan Iman
29

Daripada Anas b Malik r.a., bersabda Rasulullah


s.a.w. : “Tiga perkara apabila terdapat pada diri
seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang
cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada
cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya
kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan
kerana tujuan duniawi); dan ia membenci kembali
kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya,
sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam
api.”
(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


BAB 3

KEISTIMEWAAN NABI S.A.W.


27. Rasulullah s.a.w. Penghulu Manusia
31

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Akulah penghulu manusia pada
hari kiamat.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


28. Rasulullah sebagai Rahmat
32

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Sesungguhnya aku diutuskan
sebagai rahmat.”
(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


29. Pendidik Insan Berakhlak Mulia
33

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Sesungguhnya aku diutuskan
untuk menyempurnakan akhlak yang baik.”
(Riwayat Ahmad)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


30. Keistimewaan pada Penyampaian Rasulullah
34

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:


“Sesungguhnya aku diutuskan dengan perkataan-
perkataan yang ringkas dan padat.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
“Perkataan-perkataan yang ringkas dan padat” : Al-Quran dan
hadis Nabi s.a.w. yang mengandungi lafaz-lafaz yang ringkas dan
makna yang banyak. (Tuhfah al-Ahzawi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


31. Nabi s.a.w. Mendahului Umatnya
35

Daripada Jundub b Sufyan r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Aku mendahului kamu tiba ke kolam di
syurga.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
“Aku mendahului” : menyediakan dan memberikan apa yang kamu
perlukan. (Syarah Sohih Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


32. Jaminan Kemenangan
36

Daripada Thauban r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Allah


telah menghimpunkan bumi untuk aku sehingga aku
dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya
kekuasaan umatku akan meliputi keluasan buku
yang dihimpunkan kepadaku.”
(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


33. Kesedaran Untuk Beramal
37

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:


“Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui
nescaya kamu kurang ketawa dan banyak
menangis.”
(Riwayat al-Bukhari)
Yakni mengetahui tentang keagungan Allah, balasan terhadap pelaku maksiat
dan kegerunan yang berlaku pada saat nyawa dicabut, selepas mati, dan
keadaan di dalam kubur dan hari kiamat. (Fath al-Bari)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


34. Bumi sebagai Masjid
38

Daripada Jabir r.a., Nabi s.a.w. bersabda:


“Dijadikan untukku bumi sebagai masjid
(tempat sujud) yang suci.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Al-Khottobi mengatakan: Umat sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diharuskan
sembahtang di tempat tertnetu sahaja seperti rumah ibadat dan tempat
pertapaan. (Fath al-Bari)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


35. Kesempurnaan Syafaat Rasulullah s.a.w.
39

Daripada Anas b Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda:


“Bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah
dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku
telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk
umatku pada hari kiamat.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Setiap nabi telah mendoakan agar umatnya dibinasakan, melainkan
Nabi Muhammad s.a.w. tidak mendoakan sedemikian. Ini kerana
baginda akan memberi syafaat sebagai balasan kesabaran umatnya
menanggung kesusahan di dunia. (Fath al-Bari)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


36. Pelbagai Golongan Mendapat Syafaat
40

Daripada Anas r.a., Nabi s.a.w. bersabda:


“Aku boleh berikan syafaat kepada umatku
yang melakukan dosa besar.”
(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


37. Kelebihan Selawat
41

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Orang yang berselawat ke
atasku sekali, Allah berselawat ke atasnya
sepuluh kali.”
(Riwayat Muslim)

“Allah berselawat”: Rahmat dan gandaan ganjaran daripada Allah


s.w.t.

Telaga Biru Sdn. Bhd.


38. Orang Bakhil yang Sebenar
42

Daripada Ali b Abi Talib r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Orang yang bakhil ialah orang
yang mendengar namaku disebut tetapi
tidak berselawat ke atasku.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


39. Ucapan Salam untuk Rasulullah
43

Daripada Abdullah b Mas’ud al-Ansori r.a.,


Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya untuk
Allah terdapat malaikat yang berlegar-legar
di muka bumi. Mereka menyampaikan
kepadaku salam daripada umatku.”
(Riwayat al-Nasa’I & Ibn Hibban)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


BAB 4

KELEBIHAN PARA SAHABAT


40. Larangan Mencela Sahabat Rasulullah s.a.w.
45

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Janganlah kamu mencela sahabatku.
Demi yang diriku di tangan-Nya, jika salah seorang
daripada kamu membelanjakan emas sebanyak
bukit Uhud, nescaya tidak menyamai secupak
daripada apa yang mereka belanjakan, malahan
setengah cupak juga tidak menyamai.”
(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


41. Dua Orang Penghulu Syurga
46

Daripada Anas b Malik r.a., beliau berkata bahawa


Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Abu Bakr dan
Umar: “Inilah dua orang penghulu ahli syurga yang
‘dewasa’ dikalangan golongan yang terdahulu dan
terkemudian melainkan para nabi dan rasul.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


42. Keistimewaan Tertentu Bebebrapa Sahabat
Nabi
47

Daripada Anas b Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda:


“Daripada kalangan umatku: Abu Bakr adalah yang paling
mengasihani umatku; Umar adalah yang paling kuat dalam
agama Allah; Uthman adalah yang paling benar bersikap
malu; Ubai b Ka’ab adalah yang paling mengetahui cara
membaca al-Quran; Zaid b Thabit adalah yang paling
mengetahui ilmu faraidh (mawarith); Mu’az b Jabal adalah
yang paling mengetahui perkara halal dan haram.
Sesungguhnya bagi setiap umat ada orang yang jujur;
manahaakala dari kalangan umat ini Abu Ubaidah b al-
Jarrah adalah yang paling jujur.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


43. Keistimewaan GolonganAnsar
48

Daripada Anas b Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda:


“Tanda orang munafik ialah membenci orang Ansar;
tanda orang Mu’min ialah mengasihi orang Ansar.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


BAB 5

KELEBIHAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W.


44. Pejuang Kebenaran
50

Daripada Thauban r.a., Nabi s.a.w. bersabda:


“Sekumpulan daripada umatku akan
berterusan menzahirkan kebenaran.
Walaupun terdapat orang yang
mengecewakan (tidak membela dan
menolong) mereka, sehinggalah tiba hari
kiamat, mereka tetap dalam keadaan
demikian.”
(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


45. Semaian Allah
51

Daripada Abu ‘Inabah al-Khaulani r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Allah akan terus ‘menyemai’ di dalam
agama ini suatu ‘semaian’ yang Allah
menggunakannya untuk ketaatan kepada-Nya.”
(Riwayat Ibnu Majah)
Di kalangan ahli agama terdapat mujaddi yang diutuskan pada setiap seratud s
tahhun dan perndakwah. Mereka menyeru manusia untuk mendirikan agama
Allah dan sunnah Nabi s.a.w. (Syarah Sunan Ibn Majah)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


46. Mendapat Kekuasaan di Muka Bumi
52

Daripada Ubai b Ka’ab r.a., Nabi s.a.w. bersabda:


“Berilah khabar gembira kepada umat ini dengan
keagungan, ketinggian, kemenangan dan
kekuasaan di bumi. Sesiapa yang mengamalkan
amalan akhirat kerana dunia, ia tidak mendapat
bahagian (ganjaran baik) di akhirat.”
(Riwayat Ahmad & al-Hakim)

“Sesiapa yang mengamalkan amalam akhirat kerana dunia”: Orang yang


berniat dan menjadikan amalan akhrat sebagai wasilah untuk mendapatkan
dunia semata-mata.

Telaga Biru Sdn. Bhd.


47. Tiada Perbezaan Darjat antara Umat
Rasulullah
53

Daripada Anas b Malik r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Perumpamaan umatku adalah
seperti hujan; tidak diketahui samada
awalnya atau akhirnya yang baik.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


48. Hikmah Berkasih Sayang
54

Daripada Abdullah b Mas’ud r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Seorang itu adalah bersama
dengan orang yang ia kasihi.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


BAB 6

RUKUN ISLAM, CABANG IMAN DAN JANJI ALLAH


49.Binaan Islam
56

Daripada Abdullah b Umar r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Islam itu dibina atas lima perkara:
Mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah
melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya
dan Rasul-Nya; mendirikan solat; menunaikan zakat;
menunaikan haji ke Baitullah; dan berpuasa pada
bulan Ramadhan.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


50. Cabang Iman
57

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:


“Iman terdapat tujuh puluh tiga hingga tujuh puluh
sembilan cabang- atau enam puluh tiga hingga
enam puluh tujuh cabang- Kalimah Lailahaillallah
adalah yang paling afdal, membuang duri di jalan
adalah yang paling rendah, dan malu adalah salah
satu cabang iman.”
(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


51. Iman yang Sebenar
58

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang
daripada kamu sehinggalah ia lebih
mencintaiku daripada bapanya, anaknya dan
manusia seluruhnya.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


52. Yakin dengan Allah untuk Istiqamah
59

Daripada Sufyan b Abdullah al-Thaqofi,


beliau berkata: Aku berkata: “Wahai
Rasulullah! Katakan padaku suatu kata-kata
yang tak perlu lagi aku bertanya kepada
sesiapa mengenainya selepas engkau.”
Baginda bersabda: “Katakanlah: ‘Aku
beriman’, kemudian istiqomahlah (tetap
teguh di atas jalan yang betul).”
(Riwayat Muslim & Ahmad)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


53. Penilaian Allah terhadap Hamba-Nya
60

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak
melihat kepada jasad atau rupa bentuk
kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati
kamu.”
(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


54. Merebut Peluang untuk Beramal
61

Daripada Abdullah b Abbas r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum
lima perkara: Muda sebelum tua, sihat
sebelum sakit, kaya sebelum engkau miskin,
kelapangan sebelum engkau sibuk, hidup
sebelum engkau mati.”
(Riwayat al-Hakim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


55. Nikmat yang Boleh Memperdayakan Manusia
62

Daripada Abdullah b Abbas r.a.,Nabi s.a.w.


bersabda: “Dua nikmat yang ramai
manusia terpedaya dengannya: Sihat dan
kelapangan.”
(Riwayat al-Bukhari)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


56. Amalan Semata-mata bukan Penyelamat
63

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Amalan kamu tidak akan
menyelamatkan seseorang pun daripada
kamu.” Seorang lelaki berkata: “Tidak juga
engkau wahai Rasulullah.” Baginda
bersabda: “Begitu juga aku, melainkan Allah
meliputi aku dengan rahmat daripada-Nya;
akan tetapi lakukanlah yang betul.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


57. Ketaatan yang Dilarang
64

Daripada Abdullah b Mas’ud r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Tiada ketaatan kepada makhluk
pada menderhakai Allah ‘Azzawajalla.”
(Riwayat Ahmad)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


58. Mu’min Sebenar
65

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi


s.a.w. bersabda: “Sesiapa bersukacita
dengan kebaikannya dan berdukacita
dengan keburukannya, ia adalah Mu’min.”
(Riwayat Ahmad & al-Hakim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


59. Balasan Takut kerana Allah
66

Daripada seorang lelaki Badwi r.a. Nabi


s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya engkau
tidak meninggalkan sesuatu kerana takutkan
Allah ‘Azzawajalla melainkan Allah
memberikan suatu yang lebih baik daripada
perkara itu.”
(Riwayat Ahmad)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


60. Pengakhiran Suatu Ketentuan
67

Daripada Sahl b Saad al-Sa’idi r.a., Nabi


s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya ketentuan
amalan adalah dengan yang terakhir.”
(Riwayat al-Bukhari)

Dirahsiakan amalan terakhir seseorang supaya ia merasa takut dan


sentiasa berharap. (Fath al-Bari)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


61. Jalan Syurga dan Neraka
68

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Jalan ke syurga dibentangi
dengan perkara yang tidak disukai
manakala jalan ke neraka dibentangi
dengan syahwat.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
“Syahwat” yang diharamkan seperti arak, zina, melihat wanita ajnabi,
mengumpat dan melakukan sesuatu yang melalaikan. Tidak termasuk dalam
hadis ini syahwat yang diharuskan, tetapi makruh membanyakkannya kerana
dikhuatiri boleh membawa kepasa suatu yang haram, mengeraskan hati dan
meniggalkan kataatan. (Tuhfah al-Ahzawi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


62. Ganjaran untuk Orang Soleh
69

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Allah ‘Azzawajalla berfirman: Aku
sediakan untuk hambaKu yang soleh suatu
yang tidak pernah dipandang oleh mata,
tidak pernah didengar dengan telinga dan
tidak pernah terlintas di hati.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


63. Pohon Syurga
70

Daripada Anas b Malik r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “ Sesungguhnya di dalam syurga
terdapat sejenis pohon; jika seorang
penunggang melaluinya ia akan terus
berada di bawah naungan pohon itu selama
seratus tahun belum melepasinya.”
(Riwayat al-Bukhari)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


BAB 6

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN SOLAT


64. Amalan Membawa ke Syurga
72

Daripada Abu Umamah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Bertakwalah kepada Tuhan
kamu, tunaikanlah solat lima waktu kamu,
berpuasalah pada bulan kamu (Ramadhan),
tunaikanlah zakat harta kamu, dan taatilah
orang yang mengendalikan urusan kamu;
nescaya kamu memasuki syuraga Tuhan
kamu.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Telaga Biru Sdn. Bhd.
65. Amalan Pertama Dihisab
73

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:


“Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba
yang dihisab pada hari kiamat ialah solat.”
(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi )

Telaga Biru Sdn. Bhd.


66. Kesan Wuduk
74

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Sesungguhnya umatku datang
pada hari kiamat dalam keadaan bersinar-
sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang
berupaya melebihkan basuhan wuduknya,
maka lakukanlah.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


67. Berwuduk & Bersiwak
75

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Sekiranya aku tidak
menyusahkan umatku, aku akan
perintahkan umatku berwuduk setiap kali
solat dan bersiwak pada setiap kali wuduk.”
(Riwayat Ahmad)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


68. Menyempurnakan Wuduk & Doa Selepasnya
76

Daripada Uqbah b Amir r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Tidak seorang pun daripada kamu
yang berwuduk dan melebihkan basuhannya
kemudian berdoa: ‘Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah melainkan Allah dan
utusan-Nya’; melainkan dibukakan untuknya
lapan pintu syurga, ia boleh memasukinya
melalui pintu yang ia kehendaki.”
(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


69. Solat Sunat Selepas Berwuduk
77

Daripada Uqbah b Amir r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Tidaklah seorang Muslim yang
berwuduk dengan cara yang baik, lalu
mendirikan solat dua rakaat, sambil
melakukan kedua-dua perbuatan ini dengan
hati yang khusyuk dan perwatakan
merendah diri; melainkan wajib baginya
syurga.”
(Riwayat Muslim)
Telaga Biru Sdn. Bhd.
70. Tempat yang Disukai dan Dibenci
78

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Tempat yang paling disukai Allah
ialah masjid. Tempat yang paling dibenci
Allah ialah pasar.”
(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


71. Mendirikan Masjid kerana Allah
79

Daripada Uthman b Affan r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Sesiapa yang mendirikan masjid
kerana Allah, nescaya Allah binakan
untuknya rumah di syurga.”
(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


72. Membanyakkan Masa Iktikaf di Masjid
80

Daripada Abu ad-Darda’ r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Sesungguhnya Allah
‘Azzawajalla memberi jaminan kepada
orang yang menjadikan masjid seperti
rumahnya akan keamanan dan melepasi
titian Sirat pada hari kiamat.”
(Riwayat al-Bazzar)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


73. Berjalan di dalam Gelap Menuju ke Masjid
81

Daripada Buraidah b al-Husaib al-Aslami


r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Berilah khabar
gembira kepada mereka yang berjalan di
dalam gelap menuju ke masjid, dengan
cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”
(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


74. Berulang-alik ke Masjid
82

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Sesiapa yang keluar ke masjid
pada waktu pagi atau petang Allah akan
sediakan kepadanya di syurga tempat
berteduh pada setiap kali ia keluar.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


75. Kelebihan Solat Berjamaah
83

Daripada Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Solat berjamaah lebih afdal
daripada solat bersendirian sebanyak dua
puluh tujuh darjat.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


76. Kelebihan Doa Antara Azan & Iqamah
84

Daripada Anas b Malik r.a.,Nabi s.a.w.


bersabda: “Doa tidak ditolak di antara waktu
azan dan iqamah.”
(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


77. Doa Selepas Azan
85

Daripada Jabir b Abdullah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Siapa yang berkata (berdoa) selepas
mendengar azan: ‘Ya Allah, Tuhan bagi seruan
(tauhid) ini yang sempurna dan solat yang
didirikan; berikanlah kepada Muhammad
kedudukan dan kelebihan yang tinggi, dan
tempatkanlahnya ditempat yang terpuji yang telah
Engkau janjikan’; maka ia berhak mendapat
syafaatku pada hari kiamat.”
(Riwayat al-Bukhari)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


78. Doa Masuk & Keluar Masjid
86

Daripada Abu Humaid r.a. atau Abu Usaid


r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila kamu
masuk ke dalam masjid maka berdoalah:
‘Ya Allah bukakanlah untukku puntu rahmat-
Mu’. Apabila ia keluar berdoalah: ‘Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon kelebihan
daripada-Mu.’”
(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


79. Solat Tahiyatul Masjid
87

Daripada Abu Qatadah al-Sulami r.a., Nabi


s.a.w. bersabda: “Apabila kamu masuk ke
dalam masjid maka dirikanlah solat dua
rakaat sebelum duduk.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


80. Kedudukan Imam & Muazzin
88

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Seorang imam adalah penjamin,
dan muazzin adalah orang yang
diamanahkan. Ya Allah! Berilah petunjuk
kepada para imam dan ampunilah orang
yang melaungkan azan.”
(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


81. Berterusan Mendapat Ganjaran Solat
89

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Seseorang hamba berterusan
mendapat ganjaran solat selagi mana ia
berada di tempat solatnya (menanti untuk
menunaikan solat).”
(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


82. Melintasi Orang Sedang Solat
90

Daripada Abu Juhaim r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Sekiranya seseorang yang
melintasi di hadapan orang yang sedang
solat mengetahui dosa yang akan
menimpanya, nescaya ia berdiri di situ
selama ‘empat puluh’ adalah lebih baik
daripada melintasi di hadapan orang itu.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Haram melintasi orang yang sedang solat tanpa penghadang

Telaga Biru Sdn. Bhd.


BAB 8

BEBERAPA SOLAT SUNAT DAN DOA YANG MA’THUR


83. Solat Sunat Sebelum dan Selepas Solat Zohor
92

Daripada Ummu Habibah r.ha., Nabi s.a.w.


bersabda: “Siapa yang memelihara empat
rakaat sebelum solat Zohor dan empat
rakaat selepasnya; Allah mengharamkannya
daripada api neraka.”
(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


84. Solat Sunat Sebelum Solat Asar
93

Daripada Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Allah merahmati orang yang
solat sunat empat rakaat sebelum asar.”
(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


85. Solat Sunat Sebelum Solat Subuh
94

Daripada Aiyshah r.ha., Nabi s.a.w.


bersabda: “Dua rakaat sebelum solat Subuh
adalah lebih baik daripada dunia dan segala
apa yang ada padanya.”
(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


86. Ganjaran Solat Isyak dan Subuh Berjamaah
95

Daripada Uthman b Affan r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Siapa yang menunaikan solat Isyak
berjamaah, ia mendapat ganjaran seolah-olah ia
melakukan qiamullail separuh malam. Siapa yang
solat Subuh berjamaah, ia mendapat ganjaran
seolah-olah ia melakukan qiamullail sepanjang
malam.”
(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


87. Kemuliaan dan Keperkasaan Mukmin
96

Daripada Sahl b Saad r.a., sesungguhnya


Jibril berkata kepada Nabi s.a.w.:
“Kemuliaan orang mukmin adalah qiamullail,
dan keperkasaannya adalah tidak
bergantung kepada orang lain.”
(Riwayat al-Hakim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


88. Zikir Selepas Solat Subuh dan Solat Maghrib
97

Daripada al-Harith b Muslim al-Tamimi r.a., Nabi s.a.w.


bersabda kepadaku: “Apalagi engkau selesai menunuaikan
solat Subuh, maka katakanlah sebelum engkau berbual:
‘Ya Allah! Lindungi daku daripada neraka’ sebanyak tujuh
kali. Jika engkau mati pada hari itu, Allah akan menetapkan
bahawa engkau terlindung daripada neraka. Apabila
engkau selesai solat Maghrib, maka katakanlah sebelum
engkau berbual: ‘Ya Allah! Lindungi daku daripada neraka’
sebanyak tujuh kali. Jika engkau mati pada malam itu, Allah
akan menetapkan bahawa engkau terlindung daripada
neraka. ”
(Riwayat Abu Daud & al-Nasa’i)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


89. Istighfar dan Memuji Allah Selepas Solat
98

Daripada Thauban r.a., beliau berkata:


“Apabila Rasulullah s.a.w. berpaling
(memberi salam) daripada solatnya, baginda
beristighfar sebanyak tiga kali dan berkata:
“Ya Allah! Engkaulah Yang Maha Sejahtera,
daripada Engkaulah kesejahteraan,
Engkaulah Yang Maha Berbahagia yang
mempunyai kebesaran dan kemuliaan.””
(Riwayat Muslim)
Telaga Biru Sdn. Bhd.
90. Gesaan Berdoa Selepas Solat
99

Daripada Muaz b Jabal r.a., beliau berkata: Rasulullah


mengambil (memegang) tanganku pada suatu hari lalu
berkata: “Wahai Muaz! Demi Allah, sesungguhnya aku
mengasihi engkau.” Muaz berkata: “Aku sanggup menebus
diri engkau dengan ayah dan ibuku wahai Rasulullah; dan
demi Allah aku juga mengasihi engkau.” Maka Rasulullah
berkata: “Aku berwasiat kepada kamu janganlah kamu
meninggalkan pada setiap kali selesai solat untuk
mengatakan: ‘Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati-Mu,
bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-
Mu’.”
(Riwayat Abu Daud & al-Nasa’i)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


91. Membaca Ayat Kursi Selepas Solat
100

Daripada Abu Umamah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Sesiapa yang membca ayat kursi
sesudah setiap kali solat, tidak ada yang
dapat menegahnya daripada memasuiki
syurga sehinggalah ia mati.”
(Riwayat al-Nasa’I & al-Tabrani)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


BAB 9

KELEBIHAN AL-QURAN DAN AHLINYA


92. Orang yang Dikasihi Allah
102

Daripada Anas b Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda:


“Sesungguhnya Allah mempunyai ‘ahli’ daripada
kalangan manusia.” Para sahabat bertanya: “Wahai
Rasulullah! Siapakah mereka itu?” Baginda
bersabda: “Merekalah ahli al-Quran iaitu ‘ahli’ Allah
dan golongan pilihan-Nya.”
(Riwayat Ibn Majah)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


93. Al-Quran Pemberi Syafaat
103

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi


s.a.w. bersabda: “Bacalah al-Quarn,
sesungguhnya ia akan datang pada hari
kiamat memberi syafaat kepada
golongannya.”
(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


94. Manusia Terbaik
104

Daripada Uthman b Affan r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Orang yang terbaik daripada
kalangan kamu ialah orang yang belajat al-
Quran dan mengajarnya.”
(Riwayat al-Bukhari)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


95. Penjagaan al-Quran
105

Daripada Abdullah b Umar r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Golongan yang sentiasa hampir
dengan al-Quran adalah seperti orang yang
menambat unta. Jika ia menambatnya, unta
itu dapat dikawal. Jika ia melepaskannya,
unta itu juga akan terlepas pergi.”
(Riwayat al-Bukhari)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


96. Melagukan al-Quran
106

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Bukanlah daripada golongan
kami orang yang tidak melagukan al-Quran.”
(Riwayat al-Bukhari)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


BAB 10

PESAKIT DAN PENYAKIT


97. Menziarahi Orang Sakit
108

Daripada Thauban r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Orang yang menziarahi orang
sakit sentiasa berpeluang ‘memungut’
ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang.”
(Riwayat al-Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


98. Mengingati Akhirat
109

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi s.a.w.


bersabda: “Ziarahilah pesakit dan iringilah
jenazah, nescaya ia boleh mengingatkan
kamu kepada akhirat.”
(Riwayat al-Haithami)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


99. Doa Menziarahi Orang Sakit
110

Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda:


“Orang yang menziarahi pesakit yang belum
tiba saat-saat kematiannya, lalu ia berkata di
sisinya, sebanyak tujuh kali: ‘Aku bermohon
kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan ‘Arasy
yang agung, agar menyembuhkan engkau’;
nescayaAllah akan menyelamatkannya
daripada penyakit itu.”
(Riwayat Abu-Daud)

Telaga Biru Sdn. Bhd.


100. Doa Melegakan Kesakitan
111

Daripada Uthman b Abu al-Ass r.a., ia mengadu


kepada Rasulullah s.a.w. akan kesakitan dirasai pada
jasadnya sejak ia memeluk Islam, lalu Rasulullah
s.a.w. bersabda kepadanya: “Letakkan tangan engkau
pada bahagian jasad yang engkau merasa sakit, dan
katakanlah: ‘Dengan nama Allah’ sebanyak tiga kali,
kemudian katakanlah sebanyak tujuh kali: ‘Aku mohon
berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya daripada
keburukan yang aku dapati dan aku waspada’.”
(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

You might also like