Gerak Gempur PA 2017

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

GERAK GEMPUR

PENGA JIAN AM
2017
OL EH: P UAN SAL M I AH RAM L I
KESALAHAN-KESALAHAN YANG
SERING DILAKUKAN PELAJAR
DALAM PENULISAN KARANGAN
Pendahuluan karangan
• Pendahuluan karangan hanya perlu menulis
balik soalan dan ubahsuai mana-mana satu ayat.
• Jangan tukar kata kunci soalan kepada
“perkataan yang seerti dengannya”
• Contoh – “Usaha” di tukar kepada “Langkah”,
“Faktor” di tukar kepada “sebab”
Teknik pendahuluan karangan
Pendahuluan:
Wawasan 2020 merupakan agenda kerajaan untuk menjadi
negara maju pada tahun 2020 mengikut acuan sendiri. Banyak cabaran
utama yang harus dihadapi.Terdapat juga pelbagai pendekatan telah
dilaksanakan bagi mencapai wawasan tersebut.
Antaranya adalah dengan memupuk dan membina masyarakat
yang beretika dan mempunyai nilai keagamaan yang tinggi.
Huraian.........
Sepatutnya perenggan 2 :
Cabaran utama yang harus dihadapi ialah penerapan nilai moral
dan etika.
TEKNIK PENULISAN KARANGAN
• Dalam Idea/ isi perkara berikut tidak boleh
dilakukan:-
 Meletakkan idea selain dalam Ayat 1
Ayat yang panjang – perlu ringkas
Tidak boleh letak “subjek” - Kerajaan/ Masyarakat/
keluarga/ ibu bapa dan sebagainya.
Elakkan menggunakan kata hubung - “dan”, ‘supaya’,
‘malahan’
Memasukkan ayat contoh - “seperti” , “contoh”.
Menghuraikan idea
Kedudukan idea mesti dalam ayat 1
Golongan OKU ini menghadapi pelbagai cabaran
dalam bidang pekerjaan. (Ayat 1). Cabarannya ialah sikap
majikan yang tidak mahu mengambil golongan OKU
bekerja.
( kesalahan - Idea dalam Ayat 2)

Jawapan sebenar:
Sikap majikan merupakan cabaran yang dihadapi oleh
golongan OKU dalam bidang pekerjaan. (idea dalam Ayat 1)
Tidak boleh masukkan “subjek” dalam idea

Usaha pihak kerajaan dan pihak-pihak yang


berkepentingan agar prasarana dan kemudahan bagi
golongan OKU ini ditambah baik juga perlu
dijalankan.
Antara usaha yang perlu diambil dengan segera
ialah menubuhkan institusi khas oleh kerajaan atau
badan-badan swasta bagi membantu golongan OKU
ini.
Teknik penulisan IDEA
Kesalahan :-
 Ayat yang panjang – ada huraian
Memasukkan ‘subjek” dalam idea
• Pihak kerajaan dan pihak-pihak yang
berkepentingan dan badan-badan swasta
Menggunakan kata hubung “dan” “agar”
Teknik penulisan IDEA
Selain itu, cabaran kekurangan kemudahan bagi golongan
OKU seperti laluan OKU dan tandas OKU kurang disediakan di
premis-premis perniagaan.
Kesalahan:
 Ayat yang panjang – ada huraian
 Masukkan contoh dalam idea
 Menggunakan kata hubung “dan”

Usaha yang seterusnya adalah dengan menyediakan


kemudahan mesra OKU. Kemudahan awam seperti laluan untuk
OKU dan kemudahan tandas mesra OKU perlu diperbanyakkan di
tempat-tempat awam.
MENGAPA
Cabaran/
Faktor / Sebab
Halangan/
Kekangan/
Masalah

Kata
KESAN Kunci MANFAAT
Soalan

Langkah / Usaha Apakah


meningkatkannya kepentingannya
BAGAIMANA
CARA
Teknik penulisan IDEA
Kata Kunci “ USAHA”
 Jangan masukkan “subjek” dalam idea.
Mulakan dengan kata kerja

I 2 3

• Menyediakan • Meningkatkan • Memperkasa


• Mengadakan • Memperbanyak • Memperluas
• Mewujudkan
Contoh: Laluan Contoh: Progam Contoh: Sistem
peningkatan kesedaran, pendidikan,
mesra OKU
Penguatkuasaan Rangkaian Jalur lebar
undang-undang
Teknik penulisan idea
Pelbagai usaha perlu diambil seperti menyediakan
peluang pendidikan. (idea 1) Kerajaan dan pihak swasta
menyediakan ........... ( huraikan contoh)

Usaha seterusnya adalah dengan memperbanyak


kemudahan mesra OKU. (idea 2) Kemudahan seperti ....

Meningkatkan perkhidmatan kesihatan juga


merupakan salah satu usaha yang boleh dilakukan. (idea 3)
Perkhidmatan perubatan berkualiti perlu kerana ......
TEKNIK PENULISAN KARANGAN
Kata Kunci : “ PERANAN”
 Peranan Kerajaan :
 Memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada
golongan OKU. (idea) (tidak perlu masukkan
subjek sebab ada satu peranan sahaja iaitu
kerajaan)
 Peranan Pelbagai Pihak :
 Nyatakan “subjek” dalam idea contoh Keluarga,
Masyarakat, kerajaan, Pihak media massa, Pihak
berkepentingan dan lain-lain. (hanya satu subjek
sahaja)
TEKNIK KATA KUNCI SOALAN

CABARAN – Isu yang telah berlaku yang


perlu di atasi
Perbanyakkan huraian contoh
Jangan masukkan cadangan
Teknik penulisan idea
Pelbagai cabaran golongan ini hadapi
terutamanya dalam mendapatkan pekerjaan.
Antaranya, sikap majikan. Sebagai seorang majikan
perlulah sentiasa memikirkan kebajikan pekerjanya
iaitu dengan menyediakan tandas khas untuk
golongan seperti ini. Dengan tindakan itu, barulah
mereka akan lebih bermotivasi untuk memberikan
khidmat sepenuhnya di tempat kerja. (Huraian
dengan memberi cadangan dan kesan)
Teknik penulisan idea
Sepatutnya,
Cabaran OKU dalam mendapatkan pekerjaan ialah
sikap majikan. Majikan mempunyai tanggapan yang negatif
terhadap OKU iaitu tidak boleh berdikari dan perlu bantuan
dan sokongan orang lain. Golongan OKU dianggap kurang
produktif kerana kekurangan mereka. Masalah pergerakan
dan tindak balas yang lambat akan menghalang proses kerja
mereka. Majikan juga beranggapan penyediaan kemudahan
untuk OKU meningkatkan beban kewangan syarikat.
(huraikan contoh sikap majikan yang macamana)
TEKNIK PENULISAN KARANGAN
Kata kunci : “KEPENTINGAN”
 Biasakan menggunakan perkataan :-
 dapat mewujudkan masyarakat .......
 dapat melahirkan rakyat ......
Dibenarkan menggunakan “subjek” dalam idea
Elakkan menggunakan ayat atau frasa yang
negatif atau sebaliknya semasa menghurai.
TEKNIK PENULISAN KARANGAN
Kata kunci “BAGAIMANA/ CARA ”
 Huraikan contoh tindakan atau perbuatan
Kata kunci “KESAN / IMPLIKASI ”
 Nyatakan kesan positif dan kesan negatif
Kata kunci “IMPAK”
 Nyatakan kesan yang paling nyata SAMADA
kesan positif ATAU kesan negatif

You might also like