Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

AH20203

UNDANG-UNDANG PERBURUHAN
Disediakan oleh :
1. Mohd Syazwan Arif Bin Abdull Majid (BA17161065)
2. Ahmad FAdhil Bin Saminin (BA17161062)
3. Khairul Fikri Bin Sapar (BA17161058)
4. Tan Godson (BA17110449)
Pengenalan: Definisi pekerja
• Definisi pekerja ialah orang yang melakukan sesuatu tugas yang telah
diarahkan oleh orang atasan atau memberikan sesuatu perkhidmatan
kepada pelanggan, pekerja juga bertugas untuk mendapatkan upah atau gaji
untuk menerusikan kehidupannya.
• Terdapat pelbagai jenis pekerja mengikut akta-akta, akta-akta ini juga
berbeza mengikuti kawasan dan jenis pekerjaan seperti di dalam konteks
Malaysia, akta-akta tersebut berbeza dan tidak tidak boleh digunakan di
Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta tidak mengikuti peredaran zaman.
• Jenis pekerja boleh dibahagi kepada pekerja sepenuh masa, pekerja
sambilan, pekerja kontrak, pekerja bawahan dan pekerja atasan bergantung
kepada seksyen-seksyen dalam akta dan carta organisasi, struktur
pekerjaan serta budaya pengurusan sesebuah syarikat.
Akta Kerja 1955 dan Akta Perusahaan 1967

Takrif Majikan
• Majikan adalah mana-mana individu yang memasuki Kontrak Pekerjaan
untuk mengupah atau menggaji mana-mana orang lain sebagai pekerja
termasuk ejen dan pengurus.
Takrif Pekerja
• Pekerja merupakan mana-mana orang tidak kira pekerjaannya yang telah
memasuki kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan yang mana upah
tidak melebihi dua ribu ringgit (RM2000.00) sebulan. Pekerja juga adalah
mana-mana orang yang tidak kira gajinya yang telah memasuki kontrak
perkhidmatan dengan seorang majikan buruh kasar (Manual Labour).
Definisi Pekerja Ordinan Buruh Sarawak
• Ordinan berikut merupakan undang-undang buruh utama yang
dikuatkuasakan di Sarawak berperanan mengawal hubungan
antara majikan dan pekerja di sektor swasta. Perkara demikian
mengandungi peruntukan mengenai hak-hak pekerja dan
standard-standard minimum pengajian.

• Ordinan tersebut bertujuan untuk mengawal selia standard


minimum terma dan syarat pekerjaan bagi pekerja dalam sektor
swasta, sama ada berkesatuan atau tidak berkesatuan di Negeri
Sarawak.
Definisi Pekerja berdasarkan Ordinan Buruh Sabah
• Objektif penggubalan tersebut ialah untuk mengawal selia standard minima
terma dan syarat pekerjaan bagi pekerja dalam sektor swasta, sama ada
berkesatuan atau tidak berkesatuan di negeri Sabah.
• Hal yang demikian bertujuan untuk melindungi pekerja dalam perkara biasa
seperti bayaran gaji, waktu berkerja , cuti sakit, cuti tahunan, faedah bersalin
dan lain-lain.
• Oleh yang demikian semua majikan perlulah mengikut peraturan-peraturan
yang dinyatakan.

You might also like