Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 51

TEORI DAN AMALAN KAUNSELING

AFEKTIF
TEORI PSIKOANALISIS
DR. ZAIDA NOR ZAINUDIN
PENGASAS TEORI PSIKOANALISIS
 Teori psikoanalitik telah wujud sejak
tahun 1880-an hasil penyelidikan yang
dikendalikan oleh Sigmund Freud dan
Josef Breur dengan menggunakan
kaedah hipnosis semasa rawatan bagi
pesakit histeria.

 Sigmund Freud dilahirkan di Freiberg,


Moravia (Czechoslovakia) pada 6 Mei
1856.

 Beliau merupakan anak sulung daripada


lapan orang adik-beradik.

*
 Ketika berumur 17 tahun, Freud telah memasuki sekolah
perubatan di Universiti Vienna pada tahun 1873.

 Beliau beragama Yahudi yang sering menghadapi diskriminasi


bagi pemilihan kerja di universiti.

 Beliau telah meninggal dunia pada 1939 di London kerana


penyakit barah rahang.

*
KONSEP UTAMA TEORI
Pandangan Terapi Psikoanalitik Terhadap Kejadian
Sifat Manusia

Pendekatan psikoanalitik adalah merupakan pendekatan


yang muncul dalam tiga pendekatan psikologi yang utama
iaitu pendekatan ketingkahlakuan (behaviorism) dan
pendekatan kewujudan kemanusiaan (humanistic
existential). (Corey, 1977).

Freud menyatakan bahawa seseorang individu normal


adalah mereka yang dapat menikmati kehidupannya dengan
kasih sayang dan bekerja.
Freud telah menegaskan bahawa manusia dilahirkan
dengan dorongan naluri dalaman yang bersifat biologi
atau kebinatangan.

Naluri ini telah dibahagikan kepada dua bahagian


iaitu naluri seksual dan naluri pembinasaan.

Desakan yang lahir secara semula jadi amat penting


dalam mempengaruhi apa sahaja kehendak tingkah
laku yang bersemadi dalam desakan naluri manusia.

*
PRINSIP UTAMA TINGKAH LAKU
MANUSIA

*
PRINSIP UTAMA TINGKAH LAKU
MANUSIA
 Prinsip Keseronokan
- Tingkah laku untuk mengelakkan pengalaman yang
menyakitkan dan mendapatkan keseronokan.

 Prinsip Realiti
- Penyesuaian tingkah laku untuk melihat batasan
realiti dan tidak bertindak mengikut rasa hati sahaja.

*
 Prinsip Mengurangkan Ketegangan
- Manusia hadapi konflik yang melibatkan pemilihan
antara keseronokan dan realiti.

 Prinsip Polariti
- Manusia menemui nilai dalam kehidupan seperti baik,
buruk, salah, hidup, mati.

 Prinsip Pengurangan Aktiviti


- Manusia lakukan tindakan hasil pelaziman dan mereka
lebih cenderung mengulangi apa-apa aktiviti untuk
menyelesaikan permasalahan kehidupan.
*
STRUKTUR PERSONALITI

*
*
Bagi mendapatkan keseronokan dan mengelakkan kesakitan ia telah
menggunakan dua cara yang utama iaitu:-

a) Gerakan pantulan

Tindak balas ini wujud semenjak manusia dilahirkan. Ia berkaitan


dengan tindakan yang tidak disengajakan dan berhubung dengan
sistem saraf. Contohnya, kerdipan mata, bersin, menguap, menggigil
dan sebagainya.

b) Proses Primer

Proses psikologi yang bertujuan untuk mengurangkan ketegangan


dengan membayangkan objek yang dikehendaki. Misalnya, orang
yang lapar akan membayangkan makanan.

*
Ego

Merupakan tenaga jiwa yang berasal dari id.


Bertindak sebagai kuasa eksekutif bagi mengawal
personaliti seseorang dan sebagai pengawal kepada jenis-
jenis tindakan yang sesuai dengan persekitaran.
Misalnya, seseorang dewasa tidak akan membuang air
besar di merata-rata tempat kerana pada masa itu ia dikawal
oleh egonya.
Ego mempunyai kuasa atau kawalan terhadap personaliti.

*
Superego

Bersifat sosial dan bermoral.


Bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan sama ada
yang baik atau buruk, betul atau salah.
Bertindak menyekat ego daripada mematuhi sebarang
kehendak id.
Fungsi utama ialah menyekat desakan-desakan id
terutamanya berkaitan seks.
Superego mempunyai dua sistem iaitu hati nurani yang
menunjukkan pembentukan superego hasil daripada dendaan
atau hukuman.
*
*
 Sedar
• Apa yang anda sedari pada masa tertentu terutama persepsi
masa kini, kenangan, pemikiran, fantasi.
 Separa Sedar
• Meliputi apa-apa ingatan yang mudah diingati atau perkara
yang mudah di bawah kepada paras sedar.
• contohnya, kenangan masa kecil yang anda tidak ingat dengan
jelas namun anda dapat mengingatinya apabila diminta.
 Luar Sedar
• Tersimpannya naluri, rangsangan, dan kenangan-kenangan
yang buruk serta emosi yang berkaitan trauma yang kita tidak
mahu ingati lagi
• Namun pemikiran bawah sedar merupakan sumber motivasi
dan semua keinginan manusia.

*
MEKANISME BELA DIRI
oMekanisme bela diri berlaku bagi menjaga
pembentukan ego yang sedia ada dalam pengalaman
seseorang individu. Antaranya adalah seperti berikut :

1.Pendaman
Memendamkan perasaan, pemikiran dan memori yang
membimbangkan ke dalam minda tidak sedar.
Contohnya, Azlin memendamkan rasa kecewanya setelah
cintanya ditolak oleh seorang lelaki yang diminatinya
sejak tiga tahun yang lalu.

*
2. Penafian
Individu enggan mengakui dan menerima bahawa
sesuatu yang kurang menyenangkan telah menimpa
dirinya.
Sebagai contoh, Haziq telah dimaklumkan oleh doktor
peribadinya bahawa dia menghidap penyakit barah
paru-paru. Namun begitu, Haziq menafikan perkara
tersebut dengan mengatakan bahawa dirinya sihat dan
mampu menjalani kehidupan seperti biasa.

*
3. Regresi
Individu melepaskan tekanan atau ancaman yang terjadi
pada dirinya dengan kembali ke tahap kematangan yang
lebih rendah iaitu melakukan tingkah laku seperti
kanak-kanak.
Contohnya, Azlin menangis teresak-esak di dalam bilik
seperti seorang kanak-kanak setelah dimarahi oleh
suaminya.

*
4. Pembentukan Reaksi
Individu bertindak atau bertingkah laku berlawanan
dengan perasaan sebenar terhadap seseorang atau
sesuatu perkara.
Sebagai contoh, Faris amat membenci rakannya, Adib
kerana telah merebut teman wanitanya tetapi apabila
berhadapan denga Adib, Faris menunjukkan sikap
prihatin dan ambil berat yang berlebihan.

*
5. Penyaluran / Penggantian
Mekanisme untuk melepaskan desakan-desakan kepada
sasaran lain yang lebih selamat.
Contohnya, Zack melepaskan rasa marah terhadap
majikannya di pejabat kepada isterinya di rumah dengan
memukulnya sehingga cedera.

*
6. Projeksi
Individu bertingkah laku menyalahkan orang lain di atas
kegagalan atau keinginan yang tidak dapat dicapai atau
dipenuhi. Mereka juga meletakkan sesuatu ciri yang
negatif yang ada dalam dirinya kepada orang lain.
Misalnya, Fattah yang gagal dalam peperiksaan akhir
tahun kerana sering tidur di dalam kelas telah dipanggil
oleh pengetua ke pejabatnya. Fattah memberitahu
pengetua tersebut bahawa gurunya tidak pandai
mengajar dan banyak topik yang tidak diajar telah
ditanya dalam peperiksaan.

*
7. Sublimasi
Mekanisme bela diri ini adalah untuk melepaskan
tenaga agresif dalam diri individu dalam bentuk yang
paling baik, positif dan boleh diterima oleh masyarakat
sekitarnya.
Sebagai contoh, Aisyah yang berasa sunyi kerana tidak
lagi mempunyai teman hidup telah menggambarkan
kesunyiannya dengan mencipta puisi dan lagu-lagu
cinta.

*
8. Introjeksi
Individu melakukan sesuatu dengan cuba menyifatkan
dirinya seperti orang lain. Mereka mengambil ciri-ciri
orang lain untuk dijadikan ciri dalam dirinya.
Contohnya, Zahirah sering meniru gaya pemakaian dan
tingkah laku artis kegemarannya kerana dia bercita-cita
ingin menjadi seorang artis suatu hari nanti.

*
TAHAP-TAHAP
PERKEMBANGAN SEKSUAL
SIGMUND FREUD
MATLAMAT TEORI

1) Terdapat dua matlamat psikoanalitik iaitu:


2) Membentuk semula watak seseorang individu supaya
segala yang terpendam di alam tidak sedar dapat
dialami di alam sedar.
- Ianya dapat dikembalikan dengan cara mengalami
kembali pengalaman awal masa kecil.

*
Perbuatan membentuk
gambaran, misalnya
tentang sesuatu peristiwa
lalu dengan
mengumpulkan dan
menjalinkan maklumat
yang (dapat) diperoleh

Tafsiran, penjelasan
(tentang makna,
tujuan, implikasi)

*
- Melalui proses kaunseling, struktur perwatakan
individu diubah suai dengan mengubah perkara yang
tidak sedar kepada sedar.
- Ianya juga membantu klien celik akal pada dirinya.
- satu proses dimana klien meneroka atau mendalami
masalah yang menganggu dirinya, sehingga
kesedaran klien meningkat, dan terbuka untuk
menerima pelbagai pilihan dalam hidup.

*
2) Membantu klien mencari pengalaman masa lampau
yang tidak dapat diselesaikan dan menguatkan ego
seseorang individu itu agar dapat berfungsi menurut
prinsip realiti, tanpa dikongkong atau didorong oleh
desakan-desakan id ataupun superego.

*
Teknik Teori Psikoanalitik

*
*
Contoh :-
•Kaunselor meminta klien bercakap apa yang terlintas di
mindanya berkaitan ‘ibu’ tanpa sebarang batasan. Perkara-
perkara bawah sedar akan memasuki pemikiran sedar dan
kaunselor terokai isu yang timbul dengan membuat
tafsiran. Jika klien menggunakan mekanisime bela diri,
kaunselor akan berusaha untuk membuang halangan ini.

•Sekiranya klien terus bertindak memendam perasaan


sebenarnya terhadap ibunya walaupun dia sebenarnya
terluka, maka kaunselor akan menyedarkan bahawa dia
perlu menghadapi perasaan tersebut dengan bercakap
tentangnya.
*
• Pentafsiran ialah prosedur asas yang
digunakan untuk menganalisis perkaitan
bebas, mimpi, penahanan dan
pemindahan.
Pentafsiran
(Interpretation)
• Prosedurnya, kaunselor perlu memberi
petunjuk, penjelasan dan nasihat kepada
klien tentang makna-makna tingkah laku
yang dimanifestasikan.

• Pentafsiran kaunselor membawa klien


kepada celik akal dan sedar segala yang
terpendam di dalam dunia tidak sedar
klien.

*
Contoh dialog :-

•Kaunselor: “Anda merasakan seolah diri anda selalu


dirundung malang. Sejak kecil hingga sekarang anda
terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup
sehingga ada kalanya anda rasa seperti ingin mengalah.
Tetapi hakikatnya anda tidak pernah mengalah. Apa yang
saya lihat ialah kekuatan anda untuk meneruskan kehidupan
dan sikap anda yang tidak pernah berputus asa. Anda amat
beruntung kerana memiliki semangat yang kental.

*
*
Contoh :-

•Seorang klien bermimpi berada dalam sebuah rumah yang


besar dan mewah tetapi klien tidak berasa seronok berada
dalam rumah tersebut kerana hatinya lebih tertarik kepada
keindahan di luar tingkap. Ini mungkin membawa maksud
bahawa klien inginkan kebebasan walaupun kehidupannya
dirasakan agak sempurna. Klien mungkin mencari sesuatu
yang baru dalam kehidupannya selain daripada yang telah
dimiliki.

*
 Penahanan adalah keadaan tidak mahu
atau tidak berupaya melahirkan perasaan.

 Penahanan dilihat sebagai dinamika alam


tidak sedar yang cuba melindungi daripada
Analisa Penahanan menjadi sedar.

 Selagi penahanan ini tidak diatasi maka


selama itulah klien akan mengalami kerisauan
dan permasalahan.

 Oleh itu, kaunselor perlu menjelaskan


perkara ini dan klien mesti menghadapinya
sekiranya ingin menyelesaikan konflik yang
dihadapi.

*
Contoh dialog :-

•Klien: “Saya rasa sesi kaunseling ini tidak akan


membawa apa-apa makna kepada saya. Tidak guna anda
terus cuba membantu saya.”

•Kaunselor: “Saya boleh faham perasaan anda. Anda


rasa sesi itu tidak akan dapat membantu menyelesaikan
masalah anda. Boleh anda terangkan kepada saya
kenapa anda berfikir begitu?”

*
*
Contoh:-

•Apabila klien berkata:


“Saya tidak suka awak, awak macam ayah saya”.

•Kaunselor perlu teroka:


“Boleh anda cerita tentang ayah anda? Kenapa anda
kata saya sepertinya?”

*
HUBUNGAN TERAPUTIK

PERANAN KAUNSELOR

PERANAN KLIEN

HUBUNGAN ANTARA KAUNSELOR DENGAN KLIEN

*
*
*
HUBUNGAN ANTARA KAUNSELOR
DENGAN KLIEN

*
*
PERSPEKTIF PELBAGAI BUDAYA
(1) Melihat dari perspektif agama Islam, konsep id, ego
dan superego boleh disamakan dengan konsep nafsu
dan akal. Namun begitu, Freud percaya bahawa id
adalah elemen yang paling nyata dalam personaliti
manusia.

(2) Teori psikoanalisis lebih menekankan kepada


pembentukan personaliti dalam jangka masa panjang
dan bukannya penyelesaian masalah masa kini.

*
KELEBIHAN

*
LIMITASI

*
*
Tidak sesuai digunakan kepada
klien yang memerlukan
penyelesaian segera.

Memerlukan pembacaan dan


pemahaman yang mendalam
dilakukan oleh terapi.

*
TERIMA KASIH / THANK YOU
www.upm.edu.my

You might also like