Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 54

Topik 3 Jenis Ujian dan Penilaian

Ujian ialah satu kaedah atau prosedur yang digunakan


untuk memperoleh maklumat secara sistematik
berkaitan sifat atau trait seseorang berhubung dengan
aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail,
1995).
• Ujian adalah penting untuk menentukan
kejayaan atau kegagalan calon dalam
sesuatu peperiksaan. Selain itu, ia juga
berfungsi untuk menempatkan calon
dalam kumpulan pelajar tertentu dan juga
mengenal pasti kelemahan-kelemahan
mereka.
Jenis ujian
• Ujian Pencapaian
• Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh
guru untuk mengukur sejauh mana seseorang
pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang
telah diajar oleh guru, yang meliputi
pengetahuan, kefahaman dan aplikasi.
Ujian pencapaian
• Ujian rujukan norma dibina untuk
membandingkan pencapaian seseorang pelajar
dengan pelajar-pelajar lain, yang biasanya
meliputi sukatan pelajaran yang lebih luas,
seperti UPSR.
• Ujian rujukan kriteria dibina untuk
membandingkan pencapaian pelajar dengan
beberapa kriteria tertentu, seperti kemahiran
menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk
pecahan.
Ujian kecerdasan
• Ujian kecerdasan, yang juga dikenali sebagai ujian
mental, ialah ujian yang digunakan untuk
mengukur kecerdasan mental seseorang individu
atau perbezaan antara individu.
• Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak
langsung, tentang potensi yang ditunjukkan oleh
murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam
ujian tersebut. Contoh ujian kecerdasan lain ialah
Ujian Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan
Ujian Lorge-Thorndike.
Ujian prestasi
• Ujian prestasi ialah ujian yang digunakan
untuk mengukur keupayaan/kecekapan
pelajar melakukan sesuatu tugas yang
melibatkan manipulasi objek yang konkrit dan
ia memerlukan para pelajar membuat
beberapa tugasan lain sebagai ukuran
tambahan.
Ujian prestasi
• Contohnya ialah ujian pada peringkat
prasekolah yang meminta pelajar membina
semula gambar dengan lengkap daripada
potongan-potongan gambar yang diberi atau
mereka bentuk geometri daripada blok-blok
yang diberikan.
Ujian diagnostik
• Ujian diagnostik ialah ujian yang digunakan
untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi
pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan juga untuk menentukan
punca- punca yang menyebabkan masalah itu
berlaku.
Ujian diagnostik
• Di samping mengadakan secara formal iaitu
melibatkan pensel dan kertas , ujian ini juga
boleh dijalankan secara soal jawab, inventori,
pemerhatian dan tugasan dari semasa ke
semasa.
Ciri-ciri ujian diagnostik
• (i) Ujian ini tidak memberikan skor atau gred
kepada pelajar.
• (ii) Ujian ini dilaksanakan semasa pengajaran
dan pembelajaran berjalan.
• (iii) Laporan ujian dibuat dalam bentuk profil
perkara yang belum dikuasai pelajar.
Ujian bakat
• Ujian bakat ialah ujian yang digunakan untuk
membuat telahan tentang bakat atau
keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar.
• (i) ujian bakat yang berasaskan kepada kajian
besar-besaran, misalnya kajian yang dijalankan
oleh Universiti Minnesota pada tahun 1930
tentang bakat mekanikal seseorang; dan
• (ii) ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan
tertentu.
Ujian personaliti
Terdapat tiga alat yang dapat digunakan guru
untuk mengukur personaliti pelajar, iaitu
• (i) inventori laporan kendiri (apa yang pelajar
kata tentang dirinya)
• (ii) inventori sosiometrik (apa yang pelajar
lain/orang lain kata tentang seseorang pelajar)
• (iii) teknik pemerhatian (apa yang dibuat oleh
pelajar dalam situasi tertentu).
Ujian bakat
• Ujian ini lazimnya digunakan untuk memilih
calon yang sesuai dengan tugas tertentu,
kemasukan ke program latihan, permohonan
biasiswa dan sebagainya. Contoh ujian bakat
ialah Ujian Kemasukan Ke Maktab Perguruan
(UKELP). Ujian bakat juga boleh digunakan
untuk tujuan mengelompokkan individu
dalam kumpulan tertentu mengikut
kebolehannya.
Ujian personaliti
• Ujian personaliti ialah ujian yang digunakan
untuk mengukur personaliti pelajar, seperti
sikap, pendirian, nilai, minat dan motivasi.
Ciri-ciri ini diukur melalui alat-alat psikologi
yang berbentuk ujian, inventori, indikator atau
indeks.
Jenis-jenis penilaian
Penilaian rujukan normal
• penilaian yang dibuat dengan
membandingkan pencapaian seseorang
pelajar dengan pencapaian pelajar/kumpulan
pelajar lain yang mengambil ujian yang sama.
• PRN biasanya meliputi kandungan pelajaran
yang luas, dan dengan demikian, ia tidak
dapat memberikan maklumat tentang
pengetahuan/kemahiran seseorang pelajar
bagi tajuk pelajaran tertentu.
Taburan skor penilaian rujukan norma
Penilaian rujukan kriteria
• Ujian/Penilaian Rujukan Kriteria (PRK)
mempunyai tujuan yang berbeza daripada
ujian/ Penilaian Rujukan Norma (PRN).
Matlamat PRK bukanlah untuk
membandingkan pencapaian pelajar dengan
pelajar lain, tetapi ditumpukan kepada
membandingkan pencapaian pelajar dengan
kriteria tertentu, iaitu sama ada kriteria
tersebut dapat dikuasai pelajar atau tidak.
Penilaian formatif
• Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat
secara berterusan, iaitu sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai
keberkesanan pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang
diajar.
Panilaian formatif
prosedur berikut perlu diberi perhatian oleh
guru:
(a) Menentukan tajuk pengajaran
• Guru perlu menentukan tajuk-tajuk
pengajaran yang perlu dihabiskan dalam satu
tahun persekolahan. Langkah yang terbaik
ialah menyusun tajuk-tajuk ini mengikut
peringkat kesukaran.
Penilaian formatif
(b) Menentukan aspek dan tahap penguasaan
• Guru perlu menentukan aspek-aspek tertentu bagi
setiap tajuk pengajaran yang perlu dikuasai pelajar.
Misalnya, pelajar dapat mengenal warna, simbol dan
membaca mengikut keperluan tajuk berkenaan.
• Menentukan tahap penguasaan pelajar terhadap
aspek-aspek yang ditentukan itu. Misalnya, apabila
80% hingga 90% pelajar menguasai sesuatu tajuk, ini
menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar sudah
menguasai tajuk tersebut.
Penilaian formatif
(c) Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam
tajuk
• Guru perlu menyusun elemen-elemen yang
terdapat dalam setiap tajuk pengajaran pada
peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi
objektif pengajaran. Setelah penyusunan elemen
mengikut tahap perlakuan dibuat, guru
seterusnya mengaitkan semua elemen tersebut
agar ia saling bertautan dan tidak terpisah.
Penilaian formatif
(d) Membina soalan ujian
• Selepas menghubungkaitkan elemen-elemen
berkenaan, misalnya, ada sepuluh elemen
dalam sesuatu tajuk, maka setiap elemen
berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar
sekurang-kurangnya satu soalan. Soalan ujian
yang sesuai perlu dibina untuk mengukur
penguasaan pelajar terhadap elemen-elemen
ini.
Penilaian formatif
(e) Mencadangkan tindakan susulan
• Penilaian formatif dapat mengesan masalah
pembelajaran. Justeru, selepas ujian dibuat,
tindakan susulan perlu dilaksanakan berdasarkan
keputusan ujian ini. Misalnya, jika pelajar-pelajar
masih lemah dalam sesuatu tajuk, sebagai
tindakan susulan, guru perlu mengulang semula
tajuk berkenaan, atau mengubah pendekatan
pengajaran agar pelajar dapat menguasai tajuk
tersebut.
Penilaian formatif
Penilaian sumatif
• Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat
pada akhir pengajaran (akhir penggal/akhir
tahun), yang bertujuan untuk menilai
pencapaian akhir pelajar.
Penilaian sumatif
Penilaian sumatif
(a) Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU)
• Jadual ini mengandungi maklumat yang
lengkap berkaitan tajuk pengajaran, objektif
pengajaran dan bilangan soalan. Jadual ini
juga dapat memastikan kesahan ujian dari segi
cakupan sukatan pelajaran dan objektif
pengajaran yang ingin disampaikan.
Penilaian sumatif
(b) Membina soalan
• Soalan-soalan hendaklah dibina berpandukan
kepada JPU, dan haruslah menguji objektif
pengajaran yang telah ditetapkan. Kertas
soalan perlu mengandungi arahan yang jelas
tentang bilangan soalan yang perlu dijawab.
Penilaian sumatif
(c) Mengumpul soalan secara sistematik
• Soalan perlu dikumpul mengikut bentuknya,
misalnya soalan objektif diasingkan daripada
soalan mengisi tempat kosong, atau esei
berjawapan pendek. Soalan ini juga boleh
disusun mengikut tajuk atau kesukarannya.
Penilaian sumatif
(d) Menguji soalan melalui kajian rintis
• Mengkaji kesesuaian soalan kepada sampel
pelajar dan membaiki soalan-soalan bagi
memastikan ujian mempunyai kesahan yang
tinggi. Selain itu, aras kesukaran dan daya
diskriminasi soalan perlu juga dikira.
Penilaian sumatif
(e) Menyiapkan skema pemarkahan
• Skema ini terdiri daripada jawapan kepada
soalan ujian dan markahnya. Ia menjadi
panduan semasa memeriksa jawapan, yang
dapat menyelaras permarkahan supaya tidak
berlaku bias dalam pemberian markah.
Kaedah pengukuran
pengukuran sesuatu konstruk/ pemboleh
ubah (seperti pencapaian akademik,
personaliti, sikap, kemahiran) boleh dibuat
melalui kaedah pemerhatian, lisan, penulisan,
pertimbangan profesional (professional
judgement) atau potfolio.
Kaedah pengukuran
(a) Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan
maklumat, yang kemudian dijadikan ukuran,
secara memerhati dan merekod apa yang
dilakukan oleh seseorang dan orang- orang lain
yang berkenaan serta keadaan di sekelilingnya.
Kaedah pemerhatian
• (i) Pemerhatian tidak-sistematik merujuk kepada
pemerhatian secara rawak/terbuka

• (ii) Pemerhatian sistematik, pemerhati terlebih


dahulu menetapkan tingkah laku yang ingin di
perhati sebelum membuat pemerhatian.
Kaedah pemerhatian
• (iii) Kaedah pemerhatian mempunyai batasan
tersendiri, seperti pentafsiran terhadap
tingkah laku mungkin tidak tepat,
pemerhatian memerlukan masa yang panjang
dan wujud kesan pemerhatian itu sendiri
kepada orang yang diperhatikan (expectancy).
(b) Kaedah Lisan
Kaedah lisan ialah kaedah pengumpulan
maklumat secara lisan dan merekod apa yang
maklumkan oleh individu yang menjadi subjek
dan oleh orang-orang lain yang berkenaan
tentangnya.
Kaedah lisan
• (i) Temu bual terbuka merujuk kepada teknik
mendapatkan maklumat melalui perbualan yang
tidak tertumpu kepada set soalan tertentu;
manakala temu bual berstruktur cuba mendapatkan
maklumat melalui perbualan tertumpu kepada set
soalan tertentu.
Kaedah lisan
• (ii) Skala penaksiran merujuk kepada teknik
mendapatkan maklumat dengan menggunakan
satu set soalan yang memerlukan seseorang
memberi jawapan dalam skala tertentu, seperti
skala Likert atau anggaran kekerapan.
• (iii) Contoh skala Likert ialah respons Sangat Tidak
Setuju, Tidak Setuju, Sederhana Setuju, Setuju
dan Sangat Setuju. Contoh anggaran kekerapan
ialah respons Tidak Pernah, Kadang-kadang,
Sederhana Kerap, Kerap dan Sangat Kerap.
Kaedah lisan
• (iv) Selain berkongsi batasan kaedah
pemerhatian, kaedah lisan mempunyai dua
batasan lain, iaitu ingatan menjadi tidak tepat
apabila jarak masa adalah lama antara
peristiwa yang berlaku dengan temu bual, dan
kedua maklumat yang diberi mungkin tidak
benar.
Kaedah penulisan
• Kaedah penulisan ialah kaedah pengumpulan
maklumat yang biasa digunakan untuk
mendapatkan ukuran bagi sesuatu konstruk.
Kaedah ini mengunakan teknik penulisan
sebagai respons kepada satu set soalan ujian
atau satu set pernyataan soal selidik.
Kaedah penulisan
Kaedah penulisan
• (i) Ujian merujuk kepada teknik mendapatkan
maklumat daripada jawapan kepada satu set
soalan untuk mengukur pencapaian tertentu;
manakala soal selidik/inventori adalah teknik
mendapatkan maklumat daripada jawapan
kepada satu set pernyataan tertentu.
Kaedah penulisan
• (ii) Maklumat daripada ujian dapat
dibahagikan kepada dua (2) jenis, iaitu
kuantitatif dan kualitatif.
• (iii) Maklumat kuantitatif ini boleh ditafsir
berasaskan kepada dua rujukan, iaitu
pertama, membandingkan markah pelajar
dengan markah pelajar lain (URN) atau, kedua,
membandingkan markah pelajar dengan
kriteria tertentu (URK).
Kaedah pertimbangan profesional
kaedah pengumpulan maklumat melalui
pendapat ahli/kumpulan profesional yang
mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu.
Kepakaran yang diperlukan mungkin dalam
bidang pendengaran, penglihatan, masalah
pembelajaran, pemulihan bacaan dan
sebagainya.
Kaedah pertimbangan profesional
• (i) Pertimbangan daripada pakar neurologi
perlu dijadikan asas apabila guru ingin
membuat keputusan sama ada seseorang
pelajar boleh dikategorikan sebagai pelajar
khas terencat akal.
Kaedah pertimbangan profesional
• (ii) Pertimbangan daripada pakar kaunseling
kerjaya perlu dijadikan asas apabila guru ingin
membuat keputusan sama ada seseorang
pelajar itu sesuai mengikuti sesuatu aliran
pengajian.
Kaedah portfolio
• Kaedah potfolio ialah kaedah pengumpulan
maklumat melalui pendapat penilai terhadap
satu set hasil kerja pelajar. Potfolio melibatkan
pengumpulan hasil kerja pelajar yang berkait
dengan pengetahuan/kemahiran yang ingin
dinilai.
Kaedah portfolio
• (i) Penilaian biasanya dibuat bagi objektif
pengajaran yang lebih tinggi (analisis, sintesis,
penilaian). Bagaimanapun, ia boleh digunakan
untuk menilai pencapaian pada peringkat
yang lebih rendah (pengetahuan, kefahaman,
aplikasi), terutama bagi pelajar khas.
Kaedah portfolio
• (ii) Penilaian juga sesuai untuk menilai
kecekapan/keberkesanan strategi yang dipilih
dan kemahiran yang diguna untuk
menghasilkan sesuatu objek, yang biasanya
merupakan sebuah karya asli (penilaian ini
dipanggil juga penilaian autentik).
Kaedah portfolio
Penilaian menggalakkan kerjasama/kerja
berkumpulan antara pelajar dan juga dengan
guru yang bertujuan untuk menghasilkan
sesuatu yang terbaik serta melatih pelajar
untuk berfikir dan membuat refleksi tentang
kerja yang mereka lakukan.
Kaedah portfolio
• Penilaian menjadi tidak sah disebabkan oleh
beberapa perkara seperti hasil kerja yang
dikumpul tidak sesuai dengan aspek yang
hendak dinilai, hasil kerja tersebut bukan
karya asli pelajar, atau penilainya bukan pakar
dalam aspek yang hendak dinilai.

You might also like