Watak Dalam Air Mata Dalang

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Watak dalam

Air Mata Dalang


• Pak Yasok
• Nora
• Faezah
• Watak ialah sesuatu objek atau pelaku, baik
manusia mahupun makhluk lain seperti haiwan
tumbuhan dan sebagainya.
• Wataklah yang mengembangkan tema dan
persoalan serta plot melalui aksi, tindakan,
dialog dan konflik.
• Perwatakan ialah ciri-ciri yang ditonjolkan
melalui perlakuan watak.
• Perwatakan boleh dijelaskan melalui ciri
lahirlah seperti bentuk, paras rupa dan tingkah
laku serta yang berupa jasmaniah yang
berkaitan dengan perasaan sikap dan
pemikiran.
Jenis-jenis watak
• Watak Dinamik – watak yang situasinya boleh
berubah-ubah, sama ada menjadi baik atau jahat.
• Watak Bulat – watak utama yang memainkan
peranan penting dalam sesebuah cerita. Ianya juga
penggerak kepada cerita tersebut.
• Watak Sampingan – watak yang ditimbulkan
oleh penulis untuk mendokong tindak tanduk watak
bulat / watak utama.
• Watak Pipih – Watak yang tidak dibangunkan
secara keseluruhan seperti watak utama.
Perwatakan luaran adalah watak
yang boleh dilihat, dirasai dan
didengar contohnya watak Pak
Yasok yang peramah,
mahir membuat wayang kulit
dan merupakan seorang dalang
wayang kulit di kampungnya.
Perwatakan dalaman pula merujuk
kepada sifat dalaman sesuatu watak
misalnya seperti sifat baik hati, rendah
hati dan ikhlas. Contohnya menerusi
watak Pak Yasok dapat melihat bahawa
Pak Yasok mempunyai perwatakan
dalaman seperti baik hati, penyayang,
pemaaf dan mudah terasa hati.
Watak Pak Yasok
Pak Yasok memainkan peranan yang amat
penting sebagai lambang seorang anak
bangsa yang sangat menghargai warisan
wayang kulit. Watak Pak Yasok ini
berperanan untuk menggerakkan cerita Air
Mata Dalang dan memberikan kesedaran
kepada orang ramai supaya kembali
mencintai warisan wayang kulit.
Soalan:
1. Apakah definisi bagi watak dan perwatakan
dalam Kesusasteraan Melayu ?
2. Berdasarkan watak Nora di dalam cerpen Air
Mata Dalang , huraikan jenis watak bagi watak
tersebut.
3. Nyatakan dan senaraikan peranan watak Pak
Sayok selaku watak utama yang terdapat di
dalam cerpen Air Mata Dalang.

You might also like