Sekolah (2) Hafiz

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PERANAN

SEKOLAH
Definisi Sekolah
 Secara umum sekolah merupakan sebuah lembaga
pendidikan yang bersifat formal, non-formal dan
informal yang didirikan oleh negara atau pihak
swasta yang dirancang untuk mengajar, mendidik
dan mengurus pelajar melalui bimbingan yang
diberikan oleh tenaga pendidik. Untuk menjadi
sebuah sekolah, perlu beberapa sarana dan
prasarana yang harus disediakan, seperti ruang
belajar, perpustakaan, pejabat dan lain-lain lagi.
 Menurut Wikipedia:
Sekolah merupakan sebuah bangunan atau
tempat yang berfungsi untuk memberikan 
pendidikan kepada pelajar, yang merujuk
sesiapa yang belajar di situ. Struktur sekolah
moden mungkin dilengkapi dengan kemudahan 
teknologi maklumat (IT) atau sekadar bilik
darjah sahaja. Selain itu, sekolah biasanya
mempunyai beberapa tenaga pengajar atau 
guru untuk mendidik dan membimbing pelajar.
Pendidikan Formal
Pendidikan formal boleh ditakrifkan sebagai proses
pengajaran-pembelajaran yang dilaksanakan secara rasmi
mengikut sistem yang ditetapkan oleh kerajaan. Proses ini
berlaku di dalam sesuatu Institusi yang mempunyai
struktur dari segi kronologi dan hirarki yang bermula dari
sekolah rendah hingga ke peringkat universiti dan
mempunyai kurikulum yang disahkan oleh pihak berkuasa.
Ini juga termasuk kursus-kursus pra-perkhidmatan di dalam
bidang profesional dan teknikal seperti latihan perguruan,
kejururawatan, juruteknik pertanian dan kursus
perkhidmatan tadbir dan diplomatik. Proses pendidikan
formal ini berakhir dengan penganugerahan sijil, diploma
dan ijazah.
Pendidikan Non-Formal 
Pendidikan non-formal ialah pendidikan yang disusun dan
dilaksanakan di luar daripada sistem pendidikan formal.
Pendidikan ini boleh diperoleh melalui program seperti
latihan, kursus dalam perkhidmatan, seminar, bengkel,
forum dan persidangan. Menurut definisi yang diberikan
oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai
pendidikan, sains dan kebudayaan (UNESCO), program
pendidikan yang bercorak vokasional, teknikal dan
kecekapan dikategorikan sebagai pendidikan non-formal
di mana program tersebut menyediakan orang dewasa di
dalam sesuatu bidang kerja yang baru.
Pendidikan Informal 
Pendidikan informal ialah proses pendidikan pembelajaran
sampingan yang berlangsung secara spontan dan tanpa
struktur. Seseorang itu akan memperoleh dan
menambahkan pengetahuan, kemahiran dan membentuk
sikap serta pandangan berdasarkan pengetahuannya tiap-
tiap hari sama ada di tempat bekerja, di sekolah atau di
tempat rekreasi. Umpamanya, jika seseorang mendapat
pengalaman dan merubah perlakuan melalui membaca
dan menonton televisyen, maka ia boleh dikatakan
mendapat pendidikan informal daripada media massa.
Pendidikan in-formal banyak disalurkan melalui media
massa dan juga melalui interaksi dengan masyarakat.
Peranan Sekolah
 Tempat untuk memperolehi ilmu
pengetahuan- mengembangkan kemahiran
berfikir secara sistematik dan perubahan
besar dari segi sosial.
 Memperkembangan potensi pelajar dari segi
bakat dan kemahiran.
 Membentuk sahsiah pelajar dari segi tingkah
laku dan tanggungjawab
 Menyemai
semangat cintakan negara dan
memupuk perpaduan kaum.
 Memperkembangan emosi pelajar melalui
interaksi sosial dan memahami keadaan orang
lain.
 Menyediakansumber manusia dan melahirkan
bakal pemimpin Negara
 Mempelajari
ilmu agama/moral untuk
membezakan baik dan buruk
Isu-isu Sekolah

Berhubung-kait dengan:
 Kurikulum
 Hal Ehwal Murid/Sahsiah Pelajar
 Ko-Kurikulum
Isu Kurikulum
 Semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
wajib menggunakan Kurikulum Kebangsaan termasuk
sekolah swasta, mata pelajaran teras dalam Kurikulum
Kebangsaan handaklah diajar di sekolah tersebut.
 Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran
menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan
yang berkesan.
 Isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran spt. 
pembekalan komputer yang tidak seimbang antara
sekolah bandar dan luar bandar.
Isu HEM/Sahsiah Pelajar
 Masalah disiplin di sekolah semakin meningkat
dengan kes-kes berat seperti buli, gengsterisma,
bunuh, zina, pengambilan/pengedaran dadah dan
pelbagai lagi.
 Isu kehadiran pelajar dalam APDM yang tidak
dikemaskini pada masa yang ditetapkan.
 Isu
keracunan makanan pelajar di kantin/dewan
makan asrama kerana kecuaian atau sikap tidak
ambil peduli pihak pentadbir sekolah.
Isu Ko-Kurikulum
 Pelantikan
Guru Penasihat tidak berdasarkan Akta
Pendidikan 1996
 Semua Badan Beruniform yang tidak diluluskan
pendaftarannya dikira tidak sah dan segala implikasi
undang-undang adalah di bawah tanggungjawab
Pengetua/Guru Besar.
 Pihaksekolah hendaklah menghormati keputusan
kerajaan yang telah menetapkan 5 hari bekerja.
Seboleh-bolehnya tidak diadakan sebarang aktiviti
sekolah melebihi 2 sabtu yang diberikan kelonggaran.
Implikasi

You might also like