Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 31

DALAM

KONTEKS
Pengenalan
• Dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183
perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia.

• Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah


dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu ;
i. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
ii. Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957
• Perlembagaan Malaysia adalah
> Bertulis
> Mengandungi 15 bab, 183 perkara & 13 jadual
> Menyentuh bidang kuasa kehakiman, perundangan &
juga eksekutif
> Mengandungi aspek bahasa, agama,
kewarganegaraan, hak istimewa & sebagainya
Konsep ketinggian Perlembagaan
Perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang
tertinggi.
• Menjadi punca kepada semua undang-undang.
• Semua undang-undang tidak boleh berlawanan dengan
perlembagaan.
• Undang-undang tersebut dianggap batal jika berlawanan.
• Membantu kerajaan persekutuan menjalankan kuasa
pemerintahan dengan licin.
• Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-
undang yang digubal oleh parlimen
• Walaupun Yang Dipertuan Agong merupakan ketua
negara,baginda tertakluk kepada perlembagaan
• Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi
kuasa dan kedudukan perlembagaan.
• Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap
bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.
• Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang
persekutuan
• Bahagian 2 - Kebebasan asasi
• Bahagian 3 - Kewarganegaraan
• Bahagian 4 - Persekutuan
• Bahagian 5 - Negeri-negeri
• Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-
negeri
• Sejarah penentangan terhadap penjajah dan kemunculan
nasionalis Melayu membangkitkan usaha menuntut
kemerdekaan daripada penjajah Barat.
• Perjuangan menuntut kemerdekaan selepas Perang Dunia
Kedua dan pengenalan Perlembagaan Malayan Union serta
Persekutuan Tanah Melayu oleh kerajaan British di Tanah
Melayu.
• Persiapan ke arah berkerajaan sendiri menerusi pengenalan
Sistem Ahli dan Pilihan raya di Tanah Melayu.
• Penubuhan Parti Perikatan – kerjasama yg lebih erat antara
orang Melayu dan bukan Melayu bagi memenuhi syarat yg
ditetapkan oleh British iaitu: “Kemerdekaan hanya akan
diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu dan boleh
bekerjasama”.
• Rombongan kemerdekaan ke London oleh pemimpin Perikatan
(pelbagai kaum)
• Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yg merdeka 1957.
• Iaitu kedudukan istimewa orang-orang
Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah
kaum lain.
• memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong
menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan
penduduk asal Malaysia, dirujuk sebagai Bumiputera.
• Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan
menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang
belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan
menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas
kemerdekaan.
• Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan
peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk
mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan
kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-
ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa
yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu
harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya
dihapuskan.
• Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang
menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang
merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung
tanpa sebarang peristiwa.
Konsep Perkara 153
Perkara 153

• Perizaban kuota berkenaan dengan


perkhidmatan, permit, dan sebagainya bagi
orang Melayu dan anak negeri mana -
mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
• Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160), Melayu itu
ditakrifkan sebagai:
– Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu.
– Menganut agama Islam.
– Mengamalkan adat istiadat Melayu.
• Manakala takrifan bumiputera ;
– Sarawak
• terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan,
Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan,
Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu,
Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit
atau dia berketurunan campuran dari kaum tersebut.

– Sabah
• anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum asli
Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.
Rasional Perkara 153
• Beberapa cadangan telah diberi pertimbangan
untuk disepakati semasa penggubalan
Perlembagaan dilakukan.
Kaum Melayu melonggarkan syarat kerakyatan
bagi bukan Melayu.
Kaum bukan Melayu menerima hakikat
kedudukan istimewa kaum Melayu.
Kaum Melayu menerima prinsip jus soli.
• jus soli – mengurniakan kerakyatan bagi
mereka Yang lahir selepas merdeka
dan kerakyatan yang lebih longgar
bagi etnik bukan Melayu yang
dilahirkan sebelum merdeka.
• Lebih 800.000 orang bukan Melayu diberi hak
kerakyatan selepas pelaksanaan prinsip ini.
Rasional Perkara 153
Perkhidmatan awam
• Menjadi tanggungjawab Yang Di-Pertuan Agong
untuk menentukan rizab bagi orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak.
– Memperuntukkan suatu kadar bilangan jawatan
dalam perkhidmatan awam persekutuan yang
baginda fikirkan perlu.
• Merizabkan untuk orang Melayu dan Bumipuera
Sabah dan Sarawak suatu kadar bilanngan dalam
perkhidmatan persekutuan adalah rasional
kerana bilangan orang Melayu yang bekerja
dengan kerajaan pada zaman penjajah dan pada
awal kemerdekaan sangat sedikit.
Ekonomi
• Menurut Banci Penduduk 1979,Jabatan
Perangkaan, pada tahun 1970, kebanyakan
orang Melayu berada dalam kemiskinan
berbanding bukan Melayu, terutama orang
Melayu di kawasan luar bandar.
• Negeri-negeri yang majoriti penduduknya
Melayu dan Bumiputera juga mempunyai
kadar kemiskinan yang tertinggi, iaitu 60
peratus pada tahun 1970.
• Membantu orang Melayu dan Bumiputera dengan
memperkenalkankan Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera(MPPB) agar mendapat
penyertaan yang menggalakkan daripada mereka
dalam sektor ekonomi.
• Antara rasional Perkara 153 dalam sektor ini ialah
memberi kemudahan lesen perniagaan dan premis
perniagaan yang strategik.
• Sangat penting Perkara 153 memperuntukkan orang
Melayu mendapat keistimewaan dalam bidang
ekonomi agar jurang perbezaan ekonomi dapat
dihapuskan.
Pendidikan
• Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh
penjajah British mengekalkan kedudukan
orang Melayu sentiasa ditindas.
• Kekurangan kemudahan menyebabkan ibu
bapa tidak percaya sekolah Melayu
lagi(Laporan Barnes, 1951).
• Pada tahun 1970, terdapat perbezaan yang
ketara dalam profesion antara etnik.
• Keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dalam
pendidikan hendaklah sentiasa dipelihara bagi
mengurangkan perbezaan dengan bukan Melayu.
• Namun demikian, pada masa yang sama, kemudahan
dan kelonggaran juga diberikan kepada bukan Melayu
dari segi pendidikan.
– Tidak menghapuskan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
Cina dan Tamil.
– Kuota 10 peratus diperuntukkan untuk bukan Melayu bagi
kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan
matrikulasi.
– Kemasukan pelajar ke IPTA tidak lagi menggunakan sistem
kuota tetapi menggunakan sistem meritokrasi iaitu
pemilihan pelajar berdasarkan prestasi akademik.
• Hal ini demikian kerana mahu merapatkan lagi
hubungan etnik di Malaysia.
KEPENTINGAN

 Kepentingan Perkara 153


adalah untuk memelihara hak
keistimewaan orang Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak .
 Yang di-Pertuan Agong melaksanakan
dasar-dasar bagi melindungi kedudukan
istiemewaan orang melayu dan bumiputera
Sabah dan Sarawak dari segi Jawatan dalam
perkhidmatan awam,pemberian biasiswa dan
bantuan,kemudahan pelajaran serta lesen
untuk
perniagaan.
 Kedudukan istimewa orang Melayu
juga termasuk Perkara 89 dan Perkara 90
Perlembagaan persekutuan yang
berkaitan dengan tanah Rizab Melayu.
Peruntukan ini menguatkuasakan
undang-undang yang sedia ada untuk
melindungi tanah rizab orang Melayu
daripada diambil alih atau dijual kepada
orang bukan Melayu.
 selain daripada itu, kedudukan
istimewa orang Melayu turut
memperuntukkan secara khusus
kemasukan perkhidmatan orang Melayu
ke dalam Rejimen Askar Melayu, tanpa
melibatkan penyertaan kaum-kaum lain.

 pengecualian penyertaan kaum-kaum


lain diperuntukkan dalam Perkara 8 (5)(f)
Perlembagaan Persekutuan.
 mengelakkan terhapusnya ketuanan
Melayu

 meningkatkan ekonomi orang Melayu.


Majoriti orang Melayu adalah miskin
terutama di luar bandar. Orang Melayu
masih kurang menceburi bidang
perniagaan dan perlu dibantu dan
dibimbing.
 Meningkatkan tahap pendidikan anak-
anak Melayu. Peratusan pelajar Melayu
dalam bidang sains juga rendah. Bantuan
seperti biasiswa dapat diberikan agar
anak-anak Melayu dapat menyambung
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
KESIMPULAN
– Orang-orang Melayu serta bumiputera Sabah dan
Sarawah haruslah bersatu mempertahankan hak-
hak serta ketuanan orang Melayu.

– Takkan melayu hilang di dunia

You might also like