Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Isu-isu dalam

pengajaran tajuk
ruang
Raudah binti Mohd Yunus
Kekeliruan tentang ciri-ciri bentuk 2D.
• Murid akan menghadapi masalah untuk membezakan
antara bucu dan sisi sekiranya guru tidak memberikan
maksud yang jelas bagi kedua-dua istilah tersebut. Hal
iniakan menyebabkan murid sukar mengenal pasti ciri-
ciri bentuk yang diberikan.
Kesilapan dalam mengenal pasti
bilangan paksi simetri
• Murid sukar untuk menentukan bilangan paksi simetri bagi
sesuatu bentuk disebabkan kurangnya daya imaginasi.

• Hal ini juga boleh terjadi jika murid tidak faham maksud paksi
simetri.

• Kedua-dua perkara ini akan menyebabkan murid gagal mencari


bilangan paksisimetri dengan tepat.
• Contohnya: Bagi bentuk segi empat sama, sebilangan
murid-murid akanmengatakan bahawa bentuk ini
mempunyai 2 paksi simetri iaitu, bahagian
tengahmenegak dan tengah melintang. Sebenarnya,
bentuk ini mempunyai 4 paksi simetriiaitu pada bahagian
tengah menegak dan melintang dan juga pada dua
bahagian pepenjuru
Menganggap bentuk 2D hanya terdiri
daripada bentuk-bentuk yang mempunyai sisi
lurus sahaja.

• Murid sering kali beranggapan bahawa bentuk 2D ialah


bentuk yang mempunyai garis lurus. Mereka sering
menganggap bentuk-bentuk seperti bulatan, bujur
danseparuh bulatan bukan terdiri daripada kumpulan
bentuk 2D.
• Hal ini terjadi kerana apabila murid melihat bentuk
bulatan contohnya, murid tidakdapat mengenal pasti
bilangan sisi malah ada yang menganggapnya tidak
mempunyai sisi. Maka disebabkan itu mereka
meminggirkan bentuk-bentuk yangmempunyai sisi
melengkung
Menganggap bahawa bentuk 2D hanya
bentuk yang mempunyai nama berdasarkan
bilangan sisinya

• Contohnya : Murid tidak menganggap bentuk bulan sabit sebagai


bentuk 2D kerana tidak ada nama tertentu yang diberikan.

• Murid juga sering beranggapan bahawa bintang bukan bentuk 2D


kerana bintang mempunyai bentuk yang berlainan dengan bentuk
lain.
Tidak dapat membayangkan objek yang
tersembunyi
• Garis, permukaan, kubus

• Contohnya, Pepejal ini terdiri daripada 2cm kubus, cari


jumlah isipadu pepejal
Teknik hafalan mengelirukan
• Pelajar yang belajar secara menghafal cenderung untuk
melupai maklumat yang telah dihafal, keliru, ataupun
tidak mampu untuk mengaplikasikan maklumat tersebut
kepada situasi yang berbeza

• Contohnya, murid sukar untuk mengingati dengan nama-


nama bentuk 2D dan 3D sekiranya guru hanya
menunjukkan gambar atau rajah sahaja.

You might also like