Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

Reka bentuk

Eksperimen
JENIS DAN PELAKSANAANNYA

Nurhazlina binti Nordin (P96009)


Nurul A’syiqin binti Haris (P93524)
Kajian Reka Bentuk Eksperimen
Prosedur penyelidikan kuantitatif bagi mengkaji kesan intervensi
APA
atau rawatan ke atas hasilan daripada peserta kajian

Untuk menguji atau menentukan sebab kepada sesuatu kesan

Untuk membentuk hubungan akibat dan kedua-dua kajian sebab


TUJUAN
– akibat tersebut melibatkan perbandingan kumpulan
Melibatkan kumpulan kawalan/bebas dan kumpulan
rawatan/eksperimen
Mempunyai Kumpulan Rawatan/Eksperimen dan Kumpulan
Kawalan/Bebas

CIRI-CIRI Mempunyai Ujian Sebelum dan Selepas (Pre & Post Test)

Mempunyai Pembolehubah Bebas (kumpulan rawatan/eksperimen) dan


Pembolehubah Bersandar (kumpulan kawalan)
Jenis Kajian Reka bentuk
Eksperimen
Rekabentuk ekperimen
sebenar

Rekabentuk kuasi
eksperimen
Reka Bentuk Eksperimen Sebenar
 Reka Bentuk Kumpulan Kawalan Ujian Pasca
Sahaja
(Post-test Only Control Group Design)

 Reka Bentuk Kumpulan Kawalan Ujian Pra dan


Pasca
(Pre and post-tests control group design)

 Reka Bentuk Solomon Empat Kumpulan


(Solomon four-group design)
Reka Bentuk Kumpulan Kawalan
Ujian Pasca Sahaja
 Dua kumpulan sahaja (Kumpulan Eksperimen dan
Kumpulan Kawalan)
 Tiada ujian pra
 Subjek diagih secara rawak kepada dua kumpulan
(Rawatan dan Kawalan).
 Ujian Pasca dijalankan kepada kedua-dua kumpulan
bagi membandingkan keberkesanan olahan/rawatan

Subjek Rawatan Pasca ujian


Kumpulan X1 o
Rawatan

Kumpulan X2 o
Kawalan
Reka Bentuk Kumpulan Kawalan
Ujian Pra dan Pasca
 Reka bentuk eksperimen asas.
 Melibatkan dua kumpulan yang diagihkan secara
rawak
 Ujian Pra (O1) diberikan kepada kedua-dua kumpulan
 X1 adalah kaedah baharu (olahan) ke atas kumpulan
rawatan
 X2 adalah kaedah tradisional atau sedia ada
 O2 adalah ujian pasca bagi kedua-dua kumpulan
 Rekabentuk ini sangat disyorkan kepada penyelidik
 Set instrumen/item semasa ujian pra dan pasca
mestilah sama
Reka Bentuk Kumpulan Kawalan Pra
dan Pasca Ujian
 Samb…

Kump. Pra ujian Rawatan Pasca ujian

Rawatan O1 X1 O2

Kawalan O1 X2 O2
Reka Bentuk Solomon Empat
Kumpulan
 Diagihkan kepada 4 kumpulan secara rawak
 Kumpulan rawatan – satu kumpulan diberi ujian pra
dan satu lagi tidak
 Kumpulan kawalan – satu kumpulan diberi ujian pra
dan satu lagi kumpulan tidak
 Semua kumpulan melalui ujian pasca
 Reka bentuk ini mengawal pembolehubah luaran
(ancaman) dengan baik dan mempunyai kesahan
dalaman yang tinggi
 Gabungan antara reka bentuk pertama dan kedua
(reka bentuk kumpulan ujian pasca sahaja dan reka
bentuk kumpulan kawalan ujian pra-ujian pasca)
 Kelemahan – memerlukan sampel yang ramai untuk
diagihkan kepada empat kumpulan
Reka Bentuk Solomon Empat
Kumpulan
 Samb…

Kump. Pra ujian Rawatan Pasca ujian

Rawatan O1 X1 O2
Rawatan X1 O2

Kawalan O1 X2 O2
Kawalan X2 O2
Reka Bentuk Kuasi Eksperimen

 Dijalankan apabila kajian eksperimen sebenar tidak


dapat dijalankan atas sebab beberapa perkara tidak
boleh dikawal. Umpamanya, pengagihan tidak secara
rawak.
BIL
BIL KUMPULAN INTERVENSI BIL DV
JENIS RAWAK
PERBANDINGAN YANG DIUKUR
DGUNAKAN

Eksperimental
✔ 2 @ lebih 1 @ lebih 1 kali

Kuasi
Eksperimen ✖ 2 @ lebih 1 @ lebih 1 kali
Pengenalan Artikel

KESAN FROG VLE SECARA


PEMBELAJARAN KOOPERATIF
TERHADAP PENCAPAIAN, KBAT DAN
MINAT PELAJAR BAGI SUBJEK KIMIA
(2017)
Pengenalan Artikel
• Reka bentuk kajian ini ialah kuasi eksperimen bagi
kumpulan tidak setara dengan menggunakan dua
kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan.

• Kumpulan rawatan pertama akan belajar mengunakan


Frog VLE secara pembelajaran kooperatif, kumpulan
rawatan kedua hanya belajar secara kooperatif dan
manakala kumpulan kawalan akan belajar secara
konvensional.
Reka Bentuk Kajian
• Kuasi eksperimen iaitu Reka bentuk Kumpulan Tidak
Setara (RKTS). Dalam RKTS, penyelidik menggunakan
kumpulan intact, iaitu kelas yang sedia ada seperti yang
ditetapkan oleh pihak sekolah sebagai kumpulan
eksperimen dan kawalan (Campbell & Stanley, 1963).

• Pemilihan kumpulan yang hampir sama dilakukan supaya


perbandingan yang adil dapat dilaksanakan ke atas ketiga-
tiga kumpulan rawatan dan kawalan.
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kumpulan rawatan dan kawalan

Kumpulan Ujian Pra Strategi Pengajaran Ujian Pasca

Kumpulan O1 X1 ( Menggunakan Frog O2


Rawatan 1 VLE Dan Kaedah
Pembelajaran Kooperatif)

Kumpulan O3 X2 ( Kaedah Pembelajaran O4


Rawatan 2 Kooperatif)

Kumpulan O5 X3 (Kaedah Konvensional) O6


Kawalan
Populasi Dan Sampel Kajian
• Populasi bagi kajian ini adalah pelajar tingkatan 4 aliran
sains tulen bagi tiga buah Sekolah Menengah
Kebangsaan Daerah Jasin, Melaka.
• Sampel kajian diambil daripada populasi secara pemilihan
persampelan tujuan (purposive sampling) bagi
menentukan kelas dan sekolah yang dipilih sebagai kajian.
• Pemilihan sampel daripada pelajar tingkatan 4 bertujuan
untuk menjamin kualiti dan kredibiliti kajian, kerana sampel
kajian mempunyai kematangan yang hampir sama
antara kumpulan dan sampel juga memiliki kesetaraan
tahap pengetahuan. Bagi menentukan kumpulan rawatan
dan kawalan, penyelidik menggunakan kaedah
pensampelan rawak mudah supaya setiap sampel tidak
dipilih secara “bias” dan mempunyai kesamarataan dalam
pemilihan.
Populasi Dan Sampel Kajian
• Kajian ini melibatkan seramai 67 orang responden.
Kumpulan rawatan pertama terdiri daripada 20 orang
responden iaitu 9 orang lelaki dan 11 orang perempuan.
Bagi kumpulan rawatan kedua, melibatkan 23 orang
responden iaitu 5 orang lelaki dan 18 orang perempuan
manakala bagi kumpulan kawalan seramai 24 orang
responden yang terlibat iaitu 8 lelaki dan 16 orang
perempuan. Kumpulan sampel ditentukan berdasarkan
pencapaian dalam subjek Sains dan Matematik ketika
peperiksaan Penilaian Tingkatan 3 (PT3).
Instrumen Kajian

Borang soal selidik

Kertas soalan bagi ujian


Pra

Kertas soalan bagi ujian


ujian Pasca
Ujian Pra dan Pasca
• Soalan Kertas 1 Kimia yang mempunyai beberapa
soalan aras tinggi yang digunakan untuk analisis
pencapaian dan KBAT pelajar.
• Soalan ujian merangkumi semua silibus Kimia
Tingkatan 4 dan soalan berbentuk KBAT.
• Jadual spesifikasi ujian dibina bertujuan untuk
menghasilkan himpunan item yang mengikuti aras
Taksonomi Bloom.
Soal Selidik
• Instrumen soal selidik adalah untuk pengujian minat,
KBAT serta pembelajaran koperatif terhadap subjek Kimia
pelajar.
• Instrumen ini dibina berdasarkan rujukan instrumen lepas
iaitu Tuan Mastura (2011).
• Instrumen ini juga diberikan kepada 3 guru Bahasa Melayu
yang berpengalaman hampir 10 tahun dalam bidang
bahasa untuk meneliti kesesuaian penggunaan bahasa
• Soal selidik dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu
demografi pelajar, minat pelajar terhadap mata pelajaran
Kimia, KBAT pelajar dan juga pembelajaran kooperatif
berbantukan komputer dan ICT
Instrumen Kajian

Jadual : Konstruk dan bilangan item soal selidik yang


dibina dalam kajian sebenar
Dapatan Kajian dan Perbincangan
Analisis Dapatan Kajian
• Analisis dapatan kuantitatif dilakukan secara deskriptif
dan disusuli dengan analisis inferensi yang melibatkan
analisis Wilcoxon Signed Rank dan Kruskal-Wallis.

• Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang


signifikan antara kesan penggunaan Frog VLE secara
pembelajaran kooperatif terhadap pencapaian, KBAT
dan minat pelajar bagi subjek Kimia.

• Kajian ini menyimpulkan penggunaan Frog VLE secara


pembelajaran Kooperatif dapat memberi kesan yang
positif terhadap pencapaian, KBAT dan minat pelajar.
Perbezaan Bagi Median Gred Ujian Pra Dan Pasca Bagi
Tahap Pencapaian

Berdasarkan Jadual 4, ujian Wilcoxon Signed Ranks Test menunjukkan


terdapat perbezaan signifikan tahap pencapaian pelajar bagi ujian
pra dan pasca, z = -2.98, p < 0.05, dengan saiz kesan sederhana (r =
0.26). Manakala pada Jadual 5, nilai median bagi pencapaian ujian Pra
(Md=4.00) menaik untuk Pasca (Md = 5.00). Ini menunjukkan bahawa
berlakunya peningkatan gred bagi ujian Pasca berbanding ujian
Pra.
Kesan Frog VLE Secara Pembelajaran Kooperatif
Terhadap Pencapaian

Keputusan ujian Kruskal –Wallis dalam Jadual 6, menunjukkan terdapat


perbezaan yang signifikan terhadap kumpulan dan tahap
pencapaian pelajar (Rawatan 1, n=20, Rawatan 2, n=23,
Kawalan,n=24), χ2 (2,n=67) = 20.31, p =0.000. Dalam Jadual 7 pula,
kumpulan rawatan 1 mempunyai kedudukan min yang paling tinggi
(M= 49.43) berbanding rawatan 2 (M= 31.67) dan kawalan (M=23.38).
Kesan Frog VLE Secara Pembelajaran Kooperatif
Terhadap Pencapaian

Kumpulan rawatan 1 juga mempunyai median skor yang paling tinggi


(Md=7) daripada kumpulan rawatan 2 (Md=4) dan kawalan (Md=3)
seperti dalam Jadual 8. Berdasarkan analisis ujian di atas, dapat
disimpulkan kaedah rawatan 1 iaitu pembelajaran menggunakan
Frog VLE secara Kooperatif memberi impak yang lebih baik
berbanding pembelajaran secara Kooperatif sahaja dan Konvesional.
Kesan Frog VLE secara pembelajaran Kooperatif
terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Berdasarkan Jadual 9, keputusan ujian Kruskal –Wallis menunjukkan terdapat


perbezaan yang signifikan terhadap kumpulan dan tahap pencapaian
pelajar (Rawatan 1, n=20, Rawatan 2, n=23, Kawalan,n=24), χ2 (2,n=67) =
26.11, p =0.000. Dalam Jadual 10 pula, dapat dilihat bahawa kumpulan
rawatan 1 mempunyai median skor yang paling tinggi (Md=4.19) berbeza
daripada kumpulan rawatan 2 (Md=3.54) dan kawalan (Md=3.62). Berdasarkan
analisis item soal selidik terhadap tahap Berfikir Aras Tinggi pelajar,
kumpulan rawatan 1, rawatan 2 dan kawalan bersetuju (label 4 = ‘setuju’)
bahawa penggunaan Frog VLE memberi kesan terhadap Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi pelajar.
Kesan Frog VLE Secara Pembelajaran Kooperatif
Terhadap Minat

Melihat kepada keputusan ujian Kruskal –Wallis dalam Jadual 11, menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kumpulan dan tahap pencapaian
pelajar (Rawatan 1, n=20, Rawatan 2, n=23, Kawalan,n=24), χ2 (2,n=67) =
33.40, p =0.000. Berdasarkan Jadual 12, kumpulan rawatan 1 mempunyai
median skor yang paling tinggi (Md=4.11) diikuti kumpulan kawalan (Md=3.36)
dan rawatan 2 (Md=3.29). Ujian median ini dapat menyatakan bahawa kumpulan
rawatan 1, bersetuju (label 4 = ‘setuju’) bahawa penggunaan Frog VLE secara
kooperatif menarik minat mereka untuk belajar, manakala kumpulan rawatan
2 dan kawalan kurang bersetuju (label 3 = ‘kurang bersetuju’).
Perbincangan
● Keseluruhan dapatan kajian menjawab hipotesis
penyelidik iaitu terdapat perbezaan bagi setiap pemboleh
ubah bersandar berdasarkan kumpulan pemboleh ubah
bebas / tidak bersandar.
● Hal ini menunjukkan bahawa pengajaran yang
menggunakan Frog VLE secara pembelajaran Kooperatif
memberi kesan yang positif terhadap pencapaian,
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan minat pelajar
terhadap subjek Kimia.
Perbincangan
● Berdasarkan dapatan kajian juga, tenyata penggunaan
Frog VLE secara pembelajaran Kooperatif adalah
kaedah yang terbaik dalam meningkatkan pencapaian
pelajar dalam subjek Kimia.
● Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan
dapat dipertingkatkan dengan penggunaan Frog VLE.
Frog VLE bukan sahaja memudahkan kerja guru dan
pelajar malah membantu mempertingkatkan teknik
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
● Impak penggunaan Frog VLE menjadi lebih berkesan
dengan menggunakan kaedah teknik pembelajaran yang
tepat iaitu pembelajaran secara Kooperatif.
Kesimpulan
● Penggunaan Frog VLE secara pembelajaran Kooperatif
merupakan kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan di
sekolah kerana hampir seluruh sekolah di Malaysia telah
di bina pencawang internet Yes bagi tujuan mengakses
sistem Frog terutamanya maka tiada kekangan yang
besar untuk perlaksanaan ini dijalankan.
● Penulis mencadangkan agar kajian tentang kaedah
pembelajaran lain yang bersesuaian untuk Frog VLE
atau mengkaji kesan penggunaan Frog VLE terhadap
subjek-subjek lain dan penerimaan pelajar dan guru
terhadap Frog VLE ini.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like