Sharing Is Caring

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

“SHARING IS CARING”

PERUBAHAN KERJA (PK) / VO


BAGI PROJEK DI BAWAH HAD NILAI RM500K
APA ITU PERUBAHAN KERJA (PK)?

1 Pekeliling Perbendaharaan - PK 4.1


AP202.1

AP202
1(a) Sesuatu perubahan daripada kontrak kerja bermaksud
sebarang penyimpangan daripada perjanjian kontrak berkaitan
dengan pelan, spesifikasi dan atau senarai kuantiti sama ada
dipinda, ditambah atau dikurangkan.
(b) Setiap perubahan daripada kontrak kerja hendaklah
memenuhi kriteria berikut: -
(i) Tempoh kontrak masih berjalan
(ii) Tidak menukar sebahagian besar skop kerja asal
(iii) Bagi kerja tambahan, pelaksanaannya hendaklah
di tapak bina kontrak
(iv) Bagi kerja gantian, perubahan adalah di dalam
skop kontrak asal
(c) Sekiranya mengganggu atau menjejaskan kontrak
yang sedang berjalan, hendaklah dibuat
secara sebut harga berasingan.

(d) Amalan mengeluarkan kerja yang terkandung dalam


sesuatu kontrak untuk dilaksanakan oleh pihak lain
atau pihak sendiri tidak dibenarkan.
PK UNTUK SEBUTHARGA?

 Dibenarkan sekiranya perlu dengan syarat mendapat kelulusan


Jawatankuasa Sebut Harga terlebih dahulu.
 Sebut Harga yang berasaskan kuantiti sementara hendaklah dibuat
pengukuran semula kuantiti.
 Pegawai Inden hendaklah memastikan peruntukan mencukupi bagi
menampung perbelanjaan tambahan bagi perubahan kerja dan
pengukuran semula kuantiti.
 PK hendaklah diarahkan secara bertulis.
 Hanya PK yang telah diluluskan sahaja boleh dibayar.
BERAPA HAD NILAI APK BAGI SEBUTHARGA?

- Jumlah harga tambahan termasuk pengukuran kuantiti sementara


tidak melebihi 20% nilai kontrak atau tidak melebihi RM100,000.00
mengikut mana yang terendah.
- Sekiranya melebihi had nilai, hendaklah dirujuk untuk kelulusan
Kementerian Kewangan.
BAGAIMANA MENILAI KADAR
HARGA PK?

- Menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai


Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga.
- Jika tidak ada kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang
dipersetujui oleh Pegawai Inden dan Kontraktor digunakan.
BQ KUANTITI SEMENTARA?
- Semua kuantiti sementara hendaklah dikira semula selepas kerja
siap dilaksanakan.
- Kuantiti muktamad hendaklah dipersetujui bersama antara pihak
kontraktor dan Pegawai Inden.
Tambahan? Kurangan?

- Kelulusan JKSH - Kelulusan Pegawai Inden


- Borang JKR-KKS - Borang JKR-PHK
- Jadual perincian dan - Jadual perincian
justifikasi
- Dimuktamadkan dengan
Borang JKR-PHK
PK TAMBAHAN?
- Kelulusan JKSH
- Borang Permohonan Untuk Mendapat Kelulusan Perubahan Kerja
JKR-KPK
- Diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada
dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga.
- Jika tidak ada kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang
dipersetujui oleh Pegawai Inden dan Kontraktor digunakan.
- Selepas KPK diluluskan, arahan kepada kontraktor hendaklah
dibuat menggunakan Borang JKR-APK
- Senarai Semak
PK KURANGAN?
- Kelulusan Pegawai Inden
- Diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada
dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebut Harga. Nilai bersih
adalah hasil penilaian PK untuk bahagian/elemen/komponen
kerja yang sama.
- Ada surat permohonan dari Jabatan/ Kementerian Pelanggan yang
ditandatangani oleh Pegawai Diberi Kuasa, jika PK diminta oleh
Pelanggan.
- Kerja tidak diperlukan dan tidak akan dilaksanakan.
- Menggunakan Borang JKR-APK dan dimuktamadkan di Borang
JKR-PHK.
- Senarai Semak
PELARASAN HARGA KONTRAK
(PHK)
- Kenapa perlu PHK?
- Memuktamadkan APK
- Pelarasan Wang Kos Prima
- Perbelanjaan Wang Peruntukan Sementara
- Pengukuran Semula Kuantiti Sementara
- Kesilapan Kuantiti/ Peninggalan Kerja Dalam Senarai Kuantiti
- Kelulusan Pegawai Inden
- Borang Perakuan Pelarasan Harga Kontrak JKR-PHK
- Senarai Semak
CONTOH PROJEK

 KERJA MEMBINA RETAINING WALL DI JALAN KG. ULU BAKUT, TUARAN,


SABAH.
 HARGA ASAL KONTRAK: RM 474,740.00
 BQ ALL PROVISIONAL QUANTITIES
 SITUASI:-
1. Semasa pembinaan, didapati kaedah Micropiles adalah tidak
sesuai digunakan di lokasi cerun dan digantikan dengan
kaedah Soil Nailing.
2. Semasa musim hujan, kontraktor telah diarahkan untuk menutup
kawasan cerun yang telah dikorek dengan canvas sebagai
perlindungan sementara dan untuk mengelakkan daripada tanah
runtuh.
3. Kontraktor telah diarahkan untuk memasang lapisan Erosion
Control Mat di kawasan penanaman rumput untuk mengukuhkan
lagi cerun dan mengelakkan hakisan tanah di kawasan berkenaan.
4. Kontraktor diarahkan untuk membina jalan konkrit di kawasan
tersebut dan kerja ini tidak dinyatakan dalam BQ.
BQ KUANTITI SEMENTARA

 Pengukuran Semula Kuantiti Sementara apabila kerja


telah siap dilaksanakan dibuat bersama-sama kontraktor
dan wakil PP/ Penyelia Tapak Bina – samada terdapat
penambahan ataupun pengurangan.
 Sekiranya melibatkan tambahan, dapatkan kelulusan
JKSH, menggunakan Borang JKR-KKS. Pengiraan semula
yang dijalankan bagi projek ini secara keseluruhannya
melibatkan pengurangan, lampirkan butiran pengukuran
semula kuantiti sementara dan teruskan dengan Borang
JKR-PHK.
Kes 1: Semasa pembinaan, didapati kaedah Micropiles adalah
tidak sesuai digunakan di lokasi cerun dan digantikan
dengan kaedah Soil Nailing

Tindakan:-
a) Sediakan Jadual Omission / Addition
 Omit semua kerja yang berkaitan dalam BQ dan Add kerja baru
yang digantikan.
 Oleh kerana tidak terdapat rujukan harga pada BQ, kadar harga
munasabah diambil (rujuk JKH, projek terdahulu, built-up rate) dan
mendapat pesetujuan kedua-dua pihak.

b) Oleh kerana PK melibatkan tambahan, dapatkan kelulusan


JKSH. Sediakan Borang JKR-KPK, Lampiran KPK.
c) Selepas mendapat kelulusan JKSH, sediakan Borang JKR-
APK, Ringkasan APK dan dapatkan tandatangan kontraktor.
d) Apabila kerja telah disiapkan, buat pengiraan muktamad,
sekiranya melibatkan tambahan, dapatkan kelulusan JKSH,
sekiranya melibatkan pengurangan ataupun jika tiada
perubahan, teruskan dengan Borang JKR-PHK.
Kes 2: Semasa musim hujan, kontraktor telah diarahkan untuk
menutup kawasan cerun yang telah dikorek dengan canvas sebagai
perlindungan sementara dan untuk mengelakkan daripada tanah
runtuh.

Tindakan:-
a) Sediakan Jadual Addition
 Dapatkan kuantiti luas kawasan yang perlu ditutup dengan canvas
 Oleh kerana tidak terdapat rujukan harga pada BQ, dapatkan harga
daripada kontraktor dan buat semakan (jika ada). Sediakan built-up
rate, dan dapatkan persetujuan kontraktor.
 Oleh kerana PK melibatkan tambahan, dapatkan kelulusan JKSH.
Sediakan Borang JKR-KPK, Lampiran KPK.

b) Selepas mendapat kelulusan JKSH, sediakan Borang JKR-


APK, Ringkasan APK dan dapatkan tandatangan kontraktor.
c) Apabila kerja telah disiapkan, buat pengiraan muktamad,
sekiranya melibatkan tambahan, dapatkan kelulusan JKSH,
sekiranya melibatkan pengurangan ataupun jika tiada
perubahan, teruskan dengan Borang JKR-PHK.
Kes 3: Kontraktor telah diarahkan untuk memasang lapisan
Erosion Control Mat di kawasan penanaman rumput untuk
mengukuhkan lagi cerun dan mengelakkan hakisan tanah di
kawasan berkenaan.

Tindakan:-
a) Sediakan Jadual Addition
 Dapatkan kuantiti luas kawasan turfing
 Oleh kerana tidak terdapat rujukan harga pada BQ, dapatkan harga
daripada kontraktor dan buat semakan (jika ada). Sediakan built-up
rate, dan dapatkan persetujuan kontraktor.
 b) Oleh kerana PK melibatkan tambahan, dapatkan kelulusan JKSH.
Sediakan Borang JKR-KPK, Lampiran KPK.

c) Selepas mendapat kelulusan JKSH, sediakan Borang JKR-


APK, Ringkasan APK dan dapatkan tandatangan kontraktor.
d) Apabila kerja telah disiapkan, buat pengiraan muktamad,
sekiranya melibatkan tambahan, dapatkan kelulusan JKSH,
sekiranya melibatkan pengurangan ataupun jika tiada
perubahan, teruskan dengan Borang JKR-PHK.
Kes 4: Kontraktor diarahkan untuk membina jalan konkrit di
kawasan tersebut dan kerja ini tidak dinyatakan dalam BQ.

Tindakan:-
a) Sediakan Jadual Addition
 Dapatkan kuantiti jalan konkrit yang perlu dibina
 Oleh kerana tidak terdapat rujukan harga pada BQ, dapatkan harga
daripada kontraktor dan jika tiada boleh merujuk kepada kadar
harga semasa, dan dapatkan persetujuan kontraktor.
 b) Oleh kerana PK melibatkan tambahan, dapatkan kelulusan JKSH.
Sediakan Borang JKR-KPK, Lampiran KPK.

c) Selepas mendapat kelulusan JKSH, sediakan Borang JKR-


APK, Ringkasan APK dan dapatkan tandatangan kontraktor.
d) Apabila kerja telah disiapkan, buat pengiraan muktamad,
sekiranya melibatkan tambahan, dapatkan kelulusan JKSH,
sekiranya melibatkan pengurangan ataupun jika tiada
perubahan, teruskan dengan Borang JKR-PHK.
SEMAKAN

 Sediakan Jadual Pelarasan Jumlah Harga Kontrak (PJHK)

You might also like