Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 49

Selepas

merdeka
Penyata Razak 1956
• Penyata Razak 1956 merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun
1956 sebagai salah satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
• Nama laporan ini telah diambil sempena daripada nama Menteri Pelajaran iaitu
Tun Abdul Razak.
• Matlamat beliau adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di
Malaya.
• Laporan ini telah digabungkan ke dalam Seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran
1957 untuk membekalkan asas kepada rangka pelajaran atau kemerdekaan
Malaya yang akhirnya dikenali sebagai Malaysia.
Tugas jawatankuasa ini ialah
untuk:

membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian


dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain

mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu.


Penyata Razak mempunyai beberapa
tujuan. Antaranya ialah :
a) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa
perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah.

b) Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India


sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu

c) Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara


kaum dapat dikurangkan
d) Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk
melahirkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif.

e) Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan


berkesan.

f) Mewujudkan masyarakat yang bertolerasi, berdisiplin, terlatih, liberal


dan progresif.

g) Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan


sistem pendidikan.
Penyata Razak mengorak langkah dalam membawa perubahan
dalam sistem pendidikan. Antara syor yang membawa kepada
perubahan adalah dalam aspek – aspek berikut :

a) Penubuhan Jawatankuasa

i) Menteri Pelajaran bertanggungjawab terus terhadap aspek yang berkaitan


dengan pelajaran menengah, latihan guru dan merangka dasar pelajaran.

ii) Aspek tentang pelajaran rendah dan pertukangan pula adalah di bawah
Pihak Berkuasa Tempatan.

iii) Jemaah Nazir Sekolah ditubuhkan dan ini diikuti dengan Lembaga Pengelola
Sekolah untuk semua sekolah.
b) Jenis sekolah dan penggunaan bahasa. Sekolah yang dibenarkan untuk diwujudkan
ialah:

i) Sekolah rendah persendirian atau yang menerima bantuan yang sama

ii) Sekolah menengah persendirian atau yang menerima bantuan yang sama.

iii) Satu sekolah menengah kebangsaan terbuka ditubuhkan untuk semua bangsa dan
menggunakan sukatan serta kurikulum yang sama.

iv) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua
sekolah dan menengah.

v) Sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama diadakan untuk semua sekolah.
c) Peperiksaan
i) Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Persekutuan Tanah Melayu

d) Latihan
i) Semua guru dilatih di bawah rancangan latihan yang sama
ii) Pelajaran menengah lanjutan dan sambilan juga diadakan.
iii) Pelajaran teknik disusun semula mengikut keperluan.

4. Di bawah Ordinan Pelajaran (1957), semua syor yang diutarakan dalam Penyata
Razak diterima dan disahkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
Kesan / Implikasi Penyata Razak
(1956)
1. Kementerian Pelajaran diwujudkan dan ini telah merintis jalan ke arah
tertubuhnya satu sistem pentadbiran pendidikan yang berpusat.
2. Sebuah sekolah diwujudkan, iaitu sekolah menengah kebangsaan yang
menggunakan kurikulum serta kokurikulum yang seragam.
3. Peluang pelajaran diperluaskan hingga ke peringkat pengajian tinggi dan aliran
persekolahan dipelbagaikan ke aliran teknik, akademik dan vokasional.
4. Semua calon sekolah menengah menduduki peperiksaan awam yang sama,
iaitu peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Persekutuan Tanah Melayu.
5. Bagi tujuan pemantauan keberkesanan, mutu pelajaran dan sistem
pendidikan di sekolah, sebuah Jemaah Nazir yang bebas telah
ditubuhkan.

6. Bahasa Melayu yang diwajibkan di semua sekolah rendah dan


menengah telah melahirkan beberapa buah institusi, iaitu:

a) Institusi Bahasa di Lembah Pantai, Kuala Lumpur yang berperanan


melatih guru – guru bahasa Melayu.

b) Dewan Bahasa dan Pustaka berfungsi untuk meningkatkan


perkembangan dan pengajiaan bahasa Melayu.
Reaksi terhadap Laporan Razak
• Terdapat pelbagai reaksi dalam kalangan kaum termasuk parti politik
terhadap Laporan Razak. Antaranya ialah:
Orang Melayu
-Tidak berpuas hati dan syak wasangka terhadap kedudukan bahasa Inggeris
di sekolah
-UMNO Johor menentang kerana beranggapan ia membahayakan
kedudukan bahasa Melayu
 Orang Cina

- Kesatuan Guru Sekolah Cina dan akhbar Cina menentang Perkara 12 kerana memperakukan bahawa
objektif akhir adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah.

 Orang India

- Kesatuan Guru Sekolah Tamil menentang kerana berpendapat bahasa kemajuan sekolah Tamil akan
terencat Parti Politik.

- Parti Agama Islam Semalaya (PAS) menentang kerana tiada jaminan bahasa Melayu akan dijadikan
bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi.

- Tiada sebarang perakuan bahasa taraf bahasa Inggeris akan diturunkan

- Malayan Chinese Association (MCA) mengesa kerajaan menerima bahasa Cina sebagai bahasa rasmi
negara dan memberi layanan sama kepada semua sekolah Cina.
LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)
Ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Razak. Diketuai oleh En. Abdul Rahman Talib,
Menteri Pelajaran pada ketika itu.
PENYATA RAHMAN TALIB
Pada tahun 1959, sebuah jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah dibentuk dengan
melantik Y.B Encik Abdul Rahman Talib yang pada ketika itu menjadi Menteri Pelajaran
Malaysia sebagai pengerusinya.
Tujuan perlantikan jawatankuasa tersebut ialah untuk mengkaji semula polisi pendidikan
kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Penyata Razak serta kesan-
kesannya dalam perlaksanaannya.
CADANGAN-CADANGAN PENYATA
RAHMAN TALIB
• Umur persekolahan murid-murid dinaikkan secara automatik daripada 12 tahun kepada
15 tahun. Untuk menampung semua murid sekolah rendah masuk ke sekolah menengah,
adalah dicadangkan menubuhkan sekolah yang dipanggil Sekolah Pelajaran Lanjutan.

• Pihak Kementerian Pelajaran (KPM) menganjurkan latihan separuh masa selama tiga
tahun untuk melatih guru-guru yang akan mengajar di Sekolah Pelajaran Lanjutan.

• Semua Sekolah Rendah Umum dan Sekolah Rendah Jenis Umum dicadangkan
menukarkan namanya menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan.
• Bagi sekolah menengah, semua peperiksaan awam hendaklah dijalankan
dalam bahasa rasmi sahaja, iaitu Bahasa Inggeris atau Bahasa Kebangsaan.

• Kerajaan akan menarik balik bantuan daripada sekolah menengah yang


tidak akur dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan.

• Peperiksaan Junior Middle III dimansuhkan mulai tahun 1961 dan


peperiksaan Senior Middle III dimansuhkan pada tahun 1963. Mulai tahun
1962, Bahasa Kebangsaan akan diwajibkan lulus dalam Peperiksaan Sijil
Rendah Pelajaran.
• Sekolah-sekolah menengah ini yang enggan menukarkan bahasa
pengantarnya kepada bahasa rasmi Negara boleh berdaftar menjadi
Sekolah Menengah Persendirian.

• Jawatankuasa ini mencadangkan penubuhan Institusi Teknologi di Kuala


Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan di Pantai Timur atau di Johor.

• Pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti kursus pertukangan ini boleh


menyertai Skim Aprentis Kebangsaan, iaitu memasuki tahun ketiga di
sekolah Menengah Teknik. Selepas itu mereka boleh mengikuti Kursus
Diploma di Maktab Teknik atau di Universiti Malaya.
• Kemudian hendaklah diberikan untuk mengajar Agama Islam di sekolah
jika terdapat sekurang-kurangnya ada 15 orang murid yang beragama
Islam.

• Pendidikan akhlak untuk murid-murid bukan Islam akan dimasukkan


dalam Sukatan Mata Pelajaran Wajib mulai darjah 4 hingga tingkatan 5.
Unsur-unsur sivik juga disertakan dalam Sukatan Pelajaran Kajian
Tempatan bagi darjah 1 hingga darjah 3.

• Bayaran yuran di semua sekolah rendah dimansuhkan.


• Penguasaan Pelajaran Tempatan yang ditubuhkan di bawah rancangan Penyata
Razak (1957) adalah didapati kurang sesuai dan mencadangkan pembentukan
Lembaga Penasihat Pelajaran Negeri untuk menggantikan tempatnya.

• Jemaah Nazir Negeri ditubuhkan membantu Jemaah Nazir Persekutuan semasa


menjalankan tugas penyeliaan mereka.

• Laporan Rahman Talib dibentangkan di Parlimen dan diluluskan, kemudian


dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan
kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan
kebangsaan yang tercatat dalam Akta 1961 itu.
Dalam usaha untuk mengemas kini dan mengkaji semua syor – syor yang
terkandung di dalam Penyata Razak, maka pada tahun 1959, satu kajian
semula diadakan. Hasil daripada penyemakan inilah, maka Laporan
Rahman Talib diwujudkan pada tahun 1960 dan kemudiannya
dimaktubkan dalam Akta Pelajaran (1961).

• Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia


sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa
pengantar.
• Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun
berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah,dan menengah atas

• Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk


keperluan tenaga mahir.

• Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk


keperluan kerohanian sebagai teras.
• Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat daripada Laporan
Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah:

 Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma yang bermula tahun 1962.

 Semua sekolah rendah bantuan akan dijadikan sekolah kebangsaan dan


sekolah jenis kebangsaan.

 Penubuhan sekolah pelajaran lanjutan bermakna dinaikkan umur untuk


berhenti sekolah kepada 15 tahun. Hal ini membolehkan pelajar menyambung
pelajaran selama tiga tahun lagi yakni pelajaran perusahaan ditekankan.
 Pelajar dinaikkan darjah secara automatik dengan syarat diadakan
peperiksaan sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan juga peperiksaan
tahunan.

 Pelajaran agama Islam disediakan di semua sekolah bantuan bagi


pelajar Islam tidak kurang daripada 15 orang.

 Pendidikan akhlak dititikberatkan.

 Bantuan separuh dihentikan mulai 1 Januari 1962. Sekolah


persendirian diberi kebenaran untuk diteruskan tetapi beberapa syarat
perlu dipatuhi.
 Semua peperiksaan diadakan dalam bahasa rasmi sahaja.

 Guru-guru dijamin untuk menerima gaji mereka sebaik sahaja sekolah


mereka menjadi sekolah bantuan penuh.

 Sistem Lembaga Pelajaran Tempatan digantung.

 Sistem Jemaah Pengurus atau Pengelola diteruskan. Kenaikan pangkat


perlu disahkan oleh menteri pelajaran.

 Penubuhan Jemaah Penasihat Pelajaran Negara dan Jemaah Penasihat


Pelajaran Negeri.

 Sekolah menengah pertukangan dan sekolah menengah teknik diadakan.


 Penambahan sekolah lanjutan kampung yang menyediakan pelajaran vokasional
dan menekankan pelajaran perusahaan kampung menuju kepada Sijil Rendah Pelajaran
dan dibuka kepada lelaki dan perempuan.
 Penambahan guru terlatih terutama yang mengajarkan mata pelajaran vokasional
dan guru bahasa Melayu.
 Perbelanjaan pengajaran di sekolah rendah dibahagi antara kerajaan persekutuan
dengan kerajaan negeri. Di sekolah menengah bantuan, perbelanjaan tersebut
ditanggung oleh kerajaan persekutuan.
 Mengatur langkah lanjutan untuk mengukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan
dalam sistem pelajaran di negara ini.
 Membentuk Jemaah Nazir Tempatan
Akta Pendidikan 1961

• Akta Pendidikan 1961 memaktubkan Dasar Pendidikan Kebangsaan


yang telah dilaksanakan sehingga sekarang. Dasar tersebut diasaskan
kepada peruntukan utama dalam Penyata Razak 1956 dan Laporan
Rahman Talib 1960 dan telah melahirkan Sistem Pendidikan
Kebangsaan yang terdapat pada hari ini.
• Ke arah mencapai matlamat perpaduan masyarakat, Akta ini telah
menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua
peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang
sama untuk semua murid.

• Akta ini menitikberatkan penghasilan tenaga kerja yang dapat menyumbang


kepada pertumbuhan ekonomi.

• Sejak kemerdekaan pelbagai usaha telah dibuat ke arah pembentukan sistem


pendidikan kebangsaan, melaksanakannya dan penyemakan semula dengan
tujuan untuk mengukuhkan pelaksanaannya dan perjuangan bahasa
kebangsaan ke arah memupuk perpaduan kaum.
• Akta ini berdasarkan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Laporan
Razak 1956. Asas utama yang dikemukakan oleh laporan tersebut ialah
pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

• Justeru, akta ini diwujudkan untuk melahirkan masyarakat majmuk yang


bersatu padu.

• Akta ini merupakan satu mandate untuk mewujudkan satu sistem


pendidikan yang bercorak kebangsaan. Sistem ini bertujuan untuk
mewujudkan satu bentuk identity kebangsaan yang menyumbang kea rah
perpaduan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di Negara ini.
Laporan Aminuddin Baki 1964
 Laporan Aminuddin Baki pada tahun 1965 mula member layanan yang
lebih bersesuaian dengan kebolehan yang berbeza dalam kalangan pelajar.

 Iaitu untuk menampung kebolehan dan bakat yang berbeza dalam


kalangan pelajar. Malangnya, laporan Aminuddin Baki tidak mencapai
objektif yang dirancang dengan sepenuhnya kerana kekurangan guru
yang mempunyai kemahiran dalam bidang mata pelajaran elektif dan
juga kurangnya infrastruktur seperti peralatan dan bahan pengajaran.
 Juga terdapat kurang kesinambungan dalam pengajaran
kemahiran dari sekolah menengah, rendah ke sekolah menengah atas.

Contoh :

 Pelajar yang mempelajari pertanian semasa sekolah menengah rendah


tidak dapat meneruskan pelajaran mereka dalam bidang yang sama di
sekolah menengah atas kerana kekurangan sekolah pertanian di peringkat itu.

 Maka, mereka terpaksa mengikuti aliran mata pelajaran teknik di


Sekolah Teknik. Ini membawa kepada kurang tenaga profesional dalam
bidang pertanian.
Berdasarkan Laporan Aminuddin Baki, sistem pendidikan aneka jurusan bagi
sekolah menengah rendah telah dimulakan pada 1965 untuk menggantikan
sekolah pelajaran lanjutan yang telah dimansuhkan. Dengan ini, semua
pelajar yang tamat pelajaran rendah selama enam tahun ditawarkan untuk
melanjutkan pelajaran mereka ke tingkatan satu atau kelas peralihan untuk
meneruskan pelajaran menengah selama tiga tahun lagi. Pendidikan aneka
jurusan ini disediakan kerana:-

1.) Pelajaran menengah rendah selama tiga tahun selepas pelajaran


sekolah rendah perlu disediakan sejajar dengan dasar kerajaan untuk
menaikkan umur berhenti sekolah kepada 15 tahun.
2.) Perlu menyediakan pelajar menjawat jawatan yang sesuai setelah
mereka tamat pengajian.

3.) Menyediakan peluang pelbagai jenis pekerjaan apabila pelajar tamat


pengajian berdasarkan bakat dan kebolehan mereka.

4.) Boleh mempelbagaikan jenis kursus supaya dapat mengeluarkan


pelbagai tenaga manusia yang berkemahiran untuk memenuhi kehendak
tenaga kerja Negara.
Oleh yang demikian, para pelajar dikehendaki mengikuti
kumpulan mata pelajaran wajib dan sekurang-kurangnya satu
mata pelajaran pilihan.
Mata pelajaran wajib ialah:
1.) Bahasa pengantar( bahasa melayu atau bahasa Inggeris )
2.) Bahasa ibunda( bahasa Cina atau bahasa Tamil )
3.) Tawarikh atau Ilmu Alam
4.) Ilmu Hisab
5.) Sains Am
6.) Tatarakyat
7.) Kesihatan dan Jasmani
8.) Lukisan dan Kerja Tangan atau Muzik
9.) Pelajaran Agama Islam/Kristian
10.) Mata Pelajaran pilihan yang terdiri daripada Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga, Sains
Pertanian dan Perdagangan
Setelah tamat tingkatan tiga, para pelajar menduduki peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran ( SRP ). Pelajar berpencapaian tinggi akan mengambil mata pelajaran
asas, iaitu Sains dan Ilmu Hisab II. Pelajar berpencapaian rendah pula akan
memilih mata pelajaran Sains Pertanian, Perdagangan, Sains Rumah Tangga atau
Pertukangan Tangan di samping mata pelajaran asas yang disebutkan tadi.

Selepas keputusan peperiksaan SRP diumumkan, pelajar dialirkan kepada tiga


aliran, iaitu aliran sains, aliran sastera, aliran teknik atau aliran vokasional.
Sekolah menengah vokasional menyediakan kursus untuk pelajar tingkatan
empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran yang ditawarkan ialah Pertukangan,
Pertanian, Sains Rumah Tangga dan Perdagangan.
Di samping itu, sekolah menengah teknik turut diadakan. Tujuannya
adalah untuk menyediakan pelajaran am yang mirip kepada aliran teknik
sebagai asas bagi pelajar melanjutkan pelajaran tinggi di bidang teknikal.
Kursus yang ditawarkan ialah Kaji Sawat, Binaan Bangunan, Perdagangan
dan Sains Pertanian. Semasa berada di akhir tingkatan lima, pelajar ini
akan menduduki peperiksaan SPM. Pelajar berpencapaian baik
dicadangkan melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam, Universiti
Pertanian Malaysia( UPM ) ( Kini, Universiti Putra Malaysia ), Universiti
Teknologi Malaysia ( UTM ) atau Institut Teknologi MARA ( ITM ).
Laporan Jawatankuasa Kabinet
• Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, dibentuk adalah hasil daripada maklum
balas dan laporan daripada Jawatankuasa Kabinet tahun 1974.

• Pembentukan Jawatankuasa Kabinet tahun 1974, adalah kerana berlakunya


peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, pembentukan Rukun negara, 1970 dan
pelancaran Dasar Ekonomi Baru, 1970. Peristiwa-peristiwa tersebut, telah
mendorong kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan sebelum
ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara dan memajukan aspek
sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan negara.
• Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, peranan pendidikan
tidak lagi hanya ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran
sumber tenaga manusia, tetapi pendidikan turut ditumpukan kepada
pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan
kemanusiaan.
Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979
• Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
• Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur
disiplin yang diingini
• Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
• Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
• Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
• Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran
keseluruhan
Akta Pendidikan 1996

• Akta Pendidikan 1996 merupakan akta yang sedang diguna pakai


dalam sistem pendidikan masa kini. Akta ini menjadi panduan dalam
melaksanakan sistem pendidikan dan menjadikan sistem pendidikan
relevan dengan era permodenan ilmu. Ini boleh dibuktikan dengan
menyingkap sejarah perundangan dalam pendidikan negara serta
huraian sebahagian daripada akta-akta yang telah dilaksanakan.
• Menurut Tie Fatt Hee (2002), kemampuan menyediakan suatu sistem
pendidikan yang berkualiti dalam sesebuah masyarakat majmuk
bergantung pada rangka perundangan pendidikan negara tersebut. Di
Malaysia, dasar pendidikan yang disarankan dalam Akta Pelajaran 1961
berusaha untuk mewujudkan suatu system pendidikan kebangsaan yang
boleh memenuhi kehendak Negara dan menggalakkan perkembangan
budaya, sosial, ekonomi dan politik.
Sebelum Akta Pendidikan 1996 digubal, perundangan pendidikan negara telah
melalui beberapa fasa perkembangan.
Secara umumnya, perkembangan rangka perundangan pendidikan di Malaysia
boleh dibahagikan kepada empat fasa iaitu:
a) fasa pendidikan pada peringkat awal di bawah pentadbiran Inggeris;
b) fasa selepas Perang Dunia Kedua apabila 2 ordinan pelajaran telah digubal
dan diluluskan;
c) fasa perlaksanaan Akta Pelajaran 1961 ; dan
d) fasa perlaksanaan Akta Pendidikan 1996
Menurut Jawatankuasa Kongres Pendidikan Melayu (2001), Datuk Dr.Syed
Othman Al-Habshi juga dalam pembentangan kertas kerjanya yang bertajuk
Dasar dan Perlaksanaan Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan di dalam Kongres
Pendidikan Melayu 2001 telah menyenaraikan beberapa perkara penting yang
terlaksana dalam Akta Pendidikan 1996 iaitu :

a) Landasan dan wawasan pendidikan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan


Negara;

b) b) Sisitem Pendidikan Kebangsaan didefinisikan secara jelas yang meliputi


semua peringkat termasuk prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah,
pendidikan pasca menengah dan pendidikan tinggi;
c) Pengukuhan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
dalam sistem pendidikan kebangsaan ;

d) Pendidikan swasta dikawal selia melalui akta lain;

e) Kurikulum kebangsaan diperuntukkan;

f) Peruntukan peperiksaan awam perlu dipatuhi;

g) Bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib;

h) Peruntukan bahasa Cina, Tamil, dan Bahasa Orang Asli;


i) Tempoh pendidikan rendah antara 5 hingga 7 tahun;

j) Pendidikan lepas menengah;

k) Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan;

l) Peruntukan pendidikan khas;

m) Maktab-maktab perguruan;

n) Pengajaran Agama Islam dan Moral.


• Secara kesimpulannya Akta Pendidikan yang dilaksanakan telah
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dinikmati
bukan sahaja kepada pelbagai lapisan masyarakat, tetapi juga kepada
semua kaum yang ada di Malaysia.

• Kurikulum yang telah diselaraskan juga menjadikan sistem pendidikan


negara lebih sistematik dan seragam. Akta ini juga memberi peluang
kepada peningkatan dan memantapkan program lepasan sekolah seperti
di polteknik dan maktab-maktab perguruan.
PIPP 2006-2010
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
2006-2010
• Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama
untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan.

• Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah


dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang
holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia.

• PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad
Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
• PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras iaitu membina Negara
bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah
Kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion
keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
• Membina negara bangsa
Memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan
integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya
bangsa.
• Membangunkan modal insan
Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar
memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.
• Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Menambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua/guru
besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.
• Merapatkan jurang pendidikan

Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar,


mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan
pedalaman.

• Memartabatkan profesion keguruan

Menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan


latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.

• Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Memilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah


kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.
Rujukan
Hasan, D. F. (2003). Pengenalan Falsafah Pendidikan. PTS PUBLICATIONS AND
DISTRIBUTOR SDN.BHD.
Hee, T. F. (2002). Undang-undang Pendidikan di Malaysia. Fajar Bakti
SDN.BHD.
Sazlie. (2015, July 25). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2015.
Retrieved from
http://www.sazlie.com/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gi
d=2&

SZAF. (2015, September 7). Sistem Pendidikan di Malaysia. Retrieved from


http://szmf97.blogspot.my/2015/09/target-negara-maju-2020-idea-
wawasan.html

You might also like