Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

ARAS 1 (KARBOHIDRAT)

• Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang baik untuk anak kecil


yang aktif dan sedang membesar. Jumlah karbohidrat yang diperlukan
berjulat dari 55-75% daripada jumlah tenaga. Fungsi utama
karbohidrat adalah untuk membekalkan tenaga ke sel-sel di seluruh
badan.
• Karbohidrat adalah kanji dan gula di dalam makanan
• Kanji merupakan komponen utama bijirin, kekacang, bijian dan
sayuran berubi
• AAP menyarankan karbohidrat akan menyumbang 50% hingga 60%
tenaga apabila anak berusia 5 tahun.
• Anak kecil dan kanak-kanak memerlukan tenaga kira-kira 980 kalori
bagi membolehkan badan mereka berfungsi dan bergerak aktif. Ia
juga diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan
• Tenaga dan nutrien yang mencukupi penting untuk tumbesaran
tulang, gigi dan tisu otot yang berterusan.
• Badan mendapat tenaga daripada lemak, karbohidrat dan protein
ARAS 2 (SERAT, MINERAL DAN
VITAMIN)
Serat
• Serat adalah bahagian bijirin dan sayuran yang tidak diuraikan dalam
usus kecil dan penting untuk mencegah sembelit dan gangguan usus
yang lain
• Oligofruktosa adalah serat diet terlarut yang dikelaskan sebagai
karbohidrat tidak boleh cerna. 
• Oligofruktosa boleh membantu pencernaan, meningkatkan ketetapan,
merangsang najis lebih lembut dan mengurangkan risiko sembelit.
• Di Malaysia, pengambilan nutrien yang disarankan (MRNI) berjulat dari
19-25 g/hari daripada jumlah serat untuk kanak-kanak.
Vitamin
• Vitamin adalah bahan organik kompleks yang diperlukan dalam jumlah yang sangat
kecil untuk menjalankan banyak proses penting dalam badan
• Diet kanak-kanak mesti membekalkan jumlah vitamin yang betul untuk memastikan
tumbesaran yang baik. Setiap vitamin memainkan peranan penting masing-masing
dalam perkembangan kanak-kanak.
Vitamin A
• Menjaga kesihatan kulit dan membran mukus
• Penting untuk fungsi mata.   
Vitamin B
• B1 /Tiamina – diperlukan untuk penghasilan tenaga daripada karbohidrat
• B2/Riboflavin – diperlukan untuk penghasilan tenaga daripada protein, lemak dan
karbohidrat
• B12/Cyanocobalamine – diperlukan untuk penghasilan sel darah merah
Vitamin C
• Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
• Menyumbang kepada penyerapan zat besi daripada makanan
Vitamin D
• Membantu badan memanfaatkan kalsium dan fosforus
• Diperlukan bagi penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus
• Kekurangan vitamin D yang teruk boleh menyebabkan riket, penyakit
yang dikategorikan oleh pemineralan tulang yang lemah, contohnya
seperti kaki bengkok, berjalan dengan lambat atau pergelangan
tangan dan buku lali bengkak.
Mineral
• Mineral adalah bahan tidak organik yang diperlukan oleh badan untuk
menjalankan pelbagai fungsi
Mineral tidak boleh dihasilkan oleh badan dan mesti diperoleh daripada diet. Zat
besi, zink, kalsium dan fosforus adalah antara mineral paling penting untuk kanak-
kanak membesar.
Zat besi
• Merupakan satu faktor dalam pembentukan sel darah merah.
• Satu komponen hemoglobin dalam sel darah yang membawa oksigen ke seluruh
badan. Zat besi juga kritikal untuk fungsi motor yang betul.
• Jika anak tidak mendapat zat besi yang mencukupi untuk satu tempoh yang lama,
dia boleh mendapat anemia kekurangan zat besi, satu keadaan yang
membataskan keupayaan darah untuk membawa oksigen. Ia boleh mengganggu
perkembangan minda, menjejaskan kemahiran motor anak dan keupayaannya
untuk belajar.
Zink
• Penting untuk tumbesaran.
Kalsium
• Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat
ARAS 3 (PROTEIN)
• Protein diperlukan untuk membina, menjaga dan membaiki tisu
badan, serta untuk menghasilkan enzim yang mengawal banyak fungsi
badan.
• Tubuh badan seseorang menghasilkan banyak proteinnya dengan
sendiri, protein ini melakukan banyak fungsi yang berlainan dalam
badan. Tetapi tidak seorang pun, terutamanya kanak-kanak, boleh
menghasilkan semua protein yang diperlukan untuk menjadi sihat.
• Pakar menyarankan kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun mengambil
13 gram protein sehari.
• Keperluan yang disarankan oleh Malaysia Recommended Nutrient
Intake (MRNI) ialah kanak-kanak dari usia 1-3 tahun hendaklah
mengambil protein sebanyak 17 g/hari
• Protein yang ideal mengandungi semua asid amino perlu -  binaan sel
yang digunakan oleh badan untuk menghasilkan protein - dalam
jumlah yang berpatutan.
• Protein lengkap mengandungi semua asid amino perlu dalam jumlah
yang berpatutan. Makanan haiwan seperti susu, daging dan ikan
adalah protein yang lengkap.
ARAS 4 (LEMAK)
• Lemak diet membekalkan sumber tenaga pekat dan asid lemak perlu
yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dengan sendiri. Asid lemak
perlu membenarkan badan menyerap vitamin tertentu dan
mempengaruhi fungsi badan lain.
• Kanak-kanak memerlukan lebih banyak lemak daripada orang dewasa
kerana badan mereka menggunakan lebih banyak tenaga semasa
mereka membesar dan berkembang.
• Untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 2 tahun, pengambilan lemak
yang membekalkan 30% hingga 40% kalori disarankan.
• Untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun, pengambilan lemak
yang membekalkan 30% hingga 35% kalori disarankan.
• lemak hendaklah datang daripada punca lemak politaktepu dan
monotaktepu, seperti ikan, kekeras dan minyak sayuran.
• Di Malaysia, pengambilan nutrien yang disarankan (MRNI)
menunjukkan kanak-kanak dari usia 1-3, mempunyai julat
pengambilan lemak yang lebih tinggi iaitu 25-35% kcal

You might also like