Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TINGKATAN 4

Bab 9 : Perkembangan di Eropah


7(a) Mengapakah zaman Renaissance
bermula di Itali? (4m)
■ Zaman Renaissance bermula di Itali kerana kemunculan bandar-bandar terkenal
yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa seperti Venice, Genoa, Florence,
Rom, dan Milan. Dari aspek geografi, kedudukan Itali amat strategic, iaitu dikelilingi
oleh Laut Mediterranean yang menjadikan Itali persimpangan utama. Selain itu,
kemunculan pedagang kaya yang menggunakan kekayaan untuk mengindahkan
bandar dan menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan. Para
seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar ke bandar bagi tujuan
menyiapkan tugasan secara tidak langsung menyebarkan idea Renaissance di Itali.
7(b) Terangkan kesan Zaman Renaissance
kepada masyarakat Eropah. (8m)
■ Kesan Zaman Renaissance kepada masyarakat Eropah ialah kemunculan mornaki
baharu yang mempunyai kuasa yang kukuh. Kekuatan dan kekuasaan monarki
naharu ini diasaskan kepada kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan.
Kekuasaan monarki baharu telah diperkukuh dengan amalan pembayaran cukai
secara langsung kepada kerajaan pusat. Selain itu, kegiatan ekonomi sara diri
semakin pupus. Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin
meningkat menyebabkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan berkembang
seiring dengan kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi dan
astronomi. Zaman Renaissance juga melahirkan manusia yang menggunakan
sepenuhnya keupayaan minda. Di samping itu, masyarakat Renaissance
melahirkan aliran pemikiran Individualisme dan Humanisme. Masyarakat telah
memupuk dan melahirkan budaya menyuburkan keyakinan diri.
7(c) Sejauhmanakah kegemilangan Zaman
Renaissance boleh dicontohi oleh rakyat
Malaysia hari ini. (8)
■ Kegemilangan Zaman Renaissance boleh dicontohi oleh rakyat Malaysia ialah
penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan
permasalahan yang dihadapi. Aliran pemikiran ini dikenali sebagai humanisme.
Manusia Renaissance didorong oleh semangat ingin tahu yang kuat. Oleh itu,
mereka bersungguh-sungguh mencari penyelesaian kepada permasalahan hidup
dan bersedia untuk meneroka bidang dan kawasan baharu. Rakyat Malaysia
haruslah memupuk semangat ingin tahu supaya dapat menyelesaikan
permasalahan yang dihadapi. Golongan pedagang kaya berusaha menarik seniman
dan cendekiawan terbaik dalan pelbagai bidang ke bandar masing-masing sehingga
menyebabkan persaingan berlaku. Rakyat Malaysia patut berusaha untuk
mengembang negara kita dengan menyumbang tenaga mereka.

You might also like