Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PENGISYTIHARAN & PENYERAHAN WATIKAH


PERLANTIKAN BARISAN PIMPINAN PELAJAR SAMTTAR
Terima kasih diucapkan kepada pengerusi majlis.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam SAMTTAR Bumi Rohmah,

YANG BERUSAHA TN. HJ. MOHD YAZID BIN SHARIF, PENGETUA SEKOLAH
AGAMA MENENGAH TINGGI TENGKU AMPUAN RAHIMAH

PN. HJH. MAZINAH BINTI KASRAN, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

TN. HJ. MOHD ZAINORDIN BIN SURIP, PENOLONG KANAN HAL EHWAL
MURID
TN. HJ. AHMAD ZAWAVE BIN MOHD HASSAN, PENOLONG KANAN
KOKURIKULUM

PN. HJH. NORLINA BINTI SHAHARUDDIN, PENOLONG KANAN TINGKATAN 6

Barisan Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran, Rakan-rakan Guru, Barisan


Kepimpinan Pelajar serta para pelajar SAMTTAR Yang Dikasihi Sekalian

Untuk makluman, berdirinya saya di sini pada hari ini adalah untuk
mengendalikan majlis yang penuh bermakna pada hari ini, iaitu MAJLIS
PENGISYTIHARAN & PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN BARISAN
PIMPINAN PELAJAR SAMTTAR TAHUN 2019
Hadirin Sekalian,

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengiktiraf peranan pemimpin


pelajar dalam menyumbang kepada kejayaan sekolah disamping
untuk menyemai sikap bertanggungjawab terhadap tugasan yang
telah diamanahkan.

Semoga dengan pengiktirafan ini akan menjadikan mereka sebagai


seorang pemimpin pelajar yang berdedikasi dan amanah dalam
menjalankan tugas mereka kelak.

MENGUMUMKAN PERARAKAN MASUK BARISAN PIMPINAN PELAJAR


SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI TENGKU AMPUAN RAHIMAH KE
DALAM DEWAN.
Bagi menyempurnakan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan suka
citanya mempersilakan Tuan Pengetua, TN. HJ. MOHD YAZID BIN SHARIF
untuk menyampaikan ucapan serta merasmikan MAJLIS
PENGISYTIHARAN DAN PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PIMPINAN
PELAJAR SAMTTAR bagi tahun 2019.

Majlis dengan suka citanya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua, TN. HJ.
MOHD YAZID BIN SHARIF di atas kesudian beliau menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini.

Semoga amanat yang disampaikan tadi dapat dijadikan sebagai


pembakar semangat para pemimpin pelajar kita untuk melangkah lebih
jauh lagi pada masa hadapan. Insyallah
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyerahan watikah perlantikan
kepada ketua-ketua badan pimpinan pelajar SAMTTAR bagi tahun 2019.

Untuk itu, majlis mempersilakan Pengetua SAMTTAR, TN. HJ. MOHD YAZID
BIN SHARIF diiringi oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, TN. HJ. MOHD
ZAINORDIN BIN SURIP bagi menyempurnakan upacara tersebut.

Dipersilakan, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 merangkap


Ketua Umum SAMTTAR, SAUDARA MUHAMMAD HARRIS SYAZWAN BIN
ISMAIL serta Timbalan untuk menerima watikah perlantikan mewakili
MPP Tingkatan 6 2019

Seterusnya, dipersilakan Ketua Pengawas SAMTTAR, SAUDARA AHMAD


MUSTAQIM BIN KHAIRUDIN dan Timbalan untuk menerima watikah
perlantikan mewakili Pengawas Sekolah 2019.
Seterusnya dipersilakan, Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya
SAMTTAR, SAUDARA MUHAMMAD AZFAR BIN JAMALI dan Timbalan untuk
menerima watikah perlantikan mewakili PRS 2019.

Seterusnya, dipersilakan Ketua Pengawas Pusat Sumber, SAUDARA


MUHAMMAD FIRDAUS BIN AZMI dan Timbalan untuk menerima watikah
perlantikan mewakili PPS 2019

Seterusnya, dipersilakan, SAUDARA ARIF IKHWAN BIN ABDUL WAHID bagi


mewakili Ketua Exco Asrama, SAUDARA AHMAD AMINUDDIN BIN
AHMAD YUSRI dan Timbalan untuk menerima watikah perlantikan
mewakili Exco Asrama 2019

Dan dipersilakan, SAUDARA KHAIRUL NAZHAN BIN HIDAYAT, Ketua Kelas


6 Ibnu Sina dan Pen. Ketua Kelas untuk menerima watikah perlantikan
bagi mewakili semua Ketua & Penolong Ketua Kelas SAMTTAR 2019.
Terima kasih diucapkan kepada Tn. Pengetua dan PK HEM atas
kesudian menyempurnakan upacara sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Lafaz Ikrar Penerimaan


Tanggungjawab daripada barisan kepimpinan Pelajar tahun 2019 yang
akan diketuai oleh Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar
Tingkatan 6 SAMTTAR, SAUDARA AMINUL ASEEM BIN JAWAWI

Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas bacaan lafaz ikrar sebentar tadi. Mudah-
mudahan dengan lafaz tersebut akan menjadikan barisan pemimpin
pelajar di sekolah ini lebih komited dan mantap dalam menjalankan
tugas masing-masing.
Tuan-tuan, puan-puan dan sidang hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Presiden Majlis Perwakilan


Pelajar Tingkatan 6 yang juga merupakan Ketua Umum SAMTTAR,
SAUDARA MUHAMMAD HARRIS SYAZWAN BIN ISMAIL untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih kepada Ketua Umum SAMTTAR atas ucapan sebentar tadi.

Dengan berakhirnya ucapan beliau itu maka selesailah sudah Majlis


Pengisytiharan dan Penyerahan Watikah Perlantikan Pimpinan Pelajar
SAMTTAR bagi tahun 2019. Dengan ini saya menyerahkan kembali majlis
kepada pengawas yang bertugas.

Assalamualaikum w.b.t

You might also like