Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Bertanggungjawab

Guru adalah pendidik yang dikurniakan


dengan pelbagai tanggungjawab iaitu :
Tanggungjawab terhadap pelajar/murid
• Guru mesti bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor
keturunan, agama, politik dan lain-lain.

• Guru perlu lebih mengutamakan kebajikan murid daripada hal-hal


lain dan membimbing murid di bilik darjah tanpa mengambil
bayaran.

• Guru mesti menunjukkan contoh berpakaian, pertuturan dan


tingkah laku yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar.

• Guru hendaklah memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas


melalui pengajaran, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus
ikhtisas, mensyuarat atau seminar supaya proses pengajaran
mencapai mutu yang tinggi.
Tanggungjawab terhadap ibu bapa
• Sentiasa berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan
kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

• Guru sentiasa memberi maklumat yang terkini kepada ibu bapa


mengenai anak mereka.

• Guru sentiasa berbincang dengan ibu bapa berkaitan sebarang


permasalahan yang dihadapi oleh murid.

• Guru perlu mencuba sedaya upaya untuk mengelak daripada


dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi dan sosial ibu bapa pelajar
dalam membuat sebarang keputusan.
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan
negara
• Guru tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan
murid, masyarakat atau negara ataupun bertentangan dengan Rukun
Negara.

• Guru perlu memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap murid yang dapat
membimbing mereka menjadi warganegara yang setia,
bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaaan
kebudayaan, keturunan dan agama.

• Guru perlu menghormati masyarakat tempat guru berkhidmat dan


memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat .

• Guru mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat.


Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion perguruan
• Guru perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang
kenyataan yang boleh mencemarkan nama seorang guru
lain di hadapan murid atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu
yang boleh menjatuhkan martabat seorang guru.

• Guru tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan


kecekapannya sebagai seorang guru seperti berniaga di
waktu persekolahan.

• Guru perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan


sejawat terutamanya mereka yang baru menjadi seorang
guru.
Intelek
• Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri
sekiranya setiap guru menanamkan sikap ingin
tahu.

• Sifat ingin tahu akan mendorong guru


mempelajari dan menyesuaikan diri dalam
dunia pendidikan yang sering berubah-ubah,
baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun
kaedah mengajar.
• Guru sentiasa memikir dan mencuba pendekatan atau kaedah
mengajar yang baru supaya pengajarannya sentiasa menjadi menarik
dan berkesan.

• Contoh :
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Khair
Mohamad Yusof, pelbagai latihan atau kursus telah
diberikan kepada guru untuk meningkatkan pengetahuan
KBAT mereka iaitu latihan di peringkat PPD, JPN dan KPM
melalui kursus pendek merentasi semua matapelajaran
melalui Latihan Peningkatan Profesional yang dianjurkan
oleh Bahagian Pendidikan Guru

You might also like