Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

PROSES HIDUP

MANUSIA
S A I N S , TA H U N 4
S K N A N G A YO N G
(A) PERNAFASAN MANUSIA

• Bernafas merupakan satu proses hidup manusia.


• Peparu ialah organ pernafasan yang menjalankan pertukaran
oksigen dan karbon dioksida.
• Organ yang terlibat semasa pernafasan: Hidung, Trakea,
Peparu.
PERNAFASAN MANUSIA
• SEMASA MENARIK NAFAS
• Udara masuk dari: Hidung -> Trakea -> Peparu.
• Peparu mengembang.
• Dada naik dan mengembang.
• Diafragma mengendur dan turun ke bawah.

• SEMASA MENGHEMBUS NAFAS


• Udara keluar dari: Peparu -> Trakea -> Hidung.
• Peparu mengempis.
• Dada turun dan mengempis.
• Diafragma mengecut dan naik ke atas.
• KADAR PERNAFASAN IALAH BILANGAN PERGERAKAN DADA NAIK
DAN TURUN DALAM MASA SATU MINIT.
• Kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan.
• Kadar pernafasan rendah: tidur, membaca
• Kadar pernafasan sederhana: bermain boling, berbasikal
• Kadar pernafasan tinggi: berenang, berlari
• Semasa melakukan aktiviti cergas, badan memerlukan lebih banyak udara. Oleh
itu, peparu memerlukan lebih banyak udara dan menyebabkan kadar pernafasan
bertambah.
• Hubungan: Semakin cergas aktiviti yang dilakukan, semakin tinggi kadar
pernafasan.
• Kesimpulan: Setiap orang mempunyai kadar pernafasan yang berbeza.
(B) PERKUMUHAN

• Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan buangan


daripada badan.
• Bahan buangan akan memudaratkan kesihatan jika tidak
disingkirkan daripada badan.
• Terdapat 3 organ perkumuhan: Ginjal, Kulit dan Peparu.
(C) PENYAHTINJAAN
• Penyahtinjaan ialah proses menyingkirkan sisa-sisa
makanan keluar melalui dubur sebagai tinja.
• Penyahtinjaan berlaku kerana ada sisa-sisa makanan
yang tidak dapat dihadamkan oleh perut kita.
• Perkumuhan dan penyahtinjaan penting bagi badan
kita.
• Jika hasil perkumuhan dan penyahtinjaan tidak disingkirkan,
bahan tersebut akan terkumpul dalam badan kita dan menjadi
toksik atau beracun.
• Pelbagai penyakt boleh berlaku jika perkumuhan dan
penyahtinjaan tidak berlaku:
• Jika tidak berlaku perkumuhan, kita boleh menghidapi masalah
batu karang atau kencing berdarah.
• Jika tidak berlaku penyahtinjaan, kita boleh menghadapi masalah
kanser usus, radang usus atau usus tersumbat.
(D) GERAK BALAS TERHADAP
RANGSANGAN
• Rangsangan ialah keadaan atau perubahan yang dapat dikesan oleh
manusia.
• Gerak balas ialah tindakan yang diambil terhadap rangsangan.
• Manusia dapat mengesan dan bergerak balas terhadap rangsangan
dengan menggunakan organ-organ deria, iaitu lidah, mata, hidung,
telinga dan kulit.
• Gerak balas terhadap rangsangan penting bagi manusia untuk
mengesan perubahan dan mengelakkan diri daripada bahaya,
kecederaan dan sebagainya.
• Contoh gerak balas terhadap rangsangan:
– Menggunakan payung untuk mengelakkan diri daripada cuaca panas
(kulit).
– Memakai tuala tebal dalam keadaan kesejukan (Kulit).
– Mengangkat dan menarik kaki apabila terpijak benda tajam (kulit).
– Menggunakan cermin mata gelap semasa cahaya matahari terik
(mata).
– Menutup hidup apabila terhidu bau kuat (hidung).
– Terkejut apabila mendengar bunyi kuat daripada hon kereta (telinga).
• Kesimpulan: Manusia bergerak balas terhadap rangsangan.
(E) PEWARISAN

• Pewarisan ialah ciri-ciri yang diwariskan oleh ibu bapa


mereka.
• Anak-anak mewarisi ciri-ciri persamaan daripada ibu bapa
mereka, seperti:
• Rupa Paras
• Warna kulit
• Jenis rambut
• Ciri-ciri pada anak juga boleh diwarisi daripada keturunan.
• Contoh penyakit Keturunan:
– Kencing Manis (Diabetis)
– Asma
– Albino
– Buta warna
– Down syndrome
– Hemofilia
(F) TABIAT YANG PERLU DIELAKKAN

• Tabiat buruk mengganggu proses hidup dan pertumbuhan manusia.


• Antara kesan utama amalan tabiat yang buruk ialah:
• Memudaratkan kesihatan
• Mengganggu tumbesaran
• Melambatkan gerak balas terhadap rangsangan
• Contoh tabiat buruk dan kesannya:
(G) AMALAN HIDUP SIHAT
• Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjaga kesihatan
badan.
• Contoh amalan gaya hidup sihat:
– Membawa bekal makanan yang berkhasiat ke sekolah.
– Mengambil makanan yang seimbang.
– Minum lapan gelas air sehari.
– Menonton televisyen dan berehat bersama-sama keluarga.
– Tidur yang mencukupi.
– Meluangkan masa untuk bersukan dan berjoging bersama-sama rakan-rakan.
– Menjaga kebersihan diri dengan menggosok gigi dan mandi.
– Mengelakkan tabiat-tabiat yang buruk.

You might also like