Kasut

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

*

*
Kian kita lupa
pada usul jerih bangsa
bila mewah harta di birai mata.

Kian kita lupa


pada derita moyang dahulu kala
bila asyik riak dan berbangga.

Kian kita lupa


pada azab dan seksa di sana
bila Tuhan melimpahkan kurnia.
Tetapi
kita hanya tak lupa
bila terlewat masa
untuk menyesali segala
terlanjur laku dan bicara
bahagia bertukar derita
gembira menjadi duka
R1: Manusia semakin melupakan
asal usulnya dan kesusahan
bangsanya sendiri apabila
hidup dalam kemewahan.
R2: Manusia semakin melupakan
penderitaan dan kesusahan
generasi dahulu apabila
perasaan sombong dan bangga
memenuhi dada pada zaman
moden ini.

*
R3: Manusia semakin melupakan keseksaan
hukuman yang bakal diterima di negara
apabila lalai menyalahgunakan pemberian
Tuhan dalam alam fana ini.
R4: Manusia hanya akan beringat-ingat
apabila sudah menyesal atau sudah
terlanjur kata mahupun keterlaluan dari
segi sikap. Pada waktu itu, kegembiraan
sudah menjadi kesedihan dan kebahagiaan
sudah menjadi penderitaan.
*Sajak ini membawa tema manusia
selalunya akan lalai dan melupai
Tuhan apabila memiliki kemewahan
hidup.

*
1) Sikap manusia yang lalai dan
sombong apabila mendapat
kemewahan hidup.

2) Sikap manusia yang mudah lupa


akan jasa generasi yang terdahulu.

3) Sikap manusia yang tidak bersyukur


atas nikmat yang diberikan oleh
Tuhan.

*
4) Limpahan harta dan kemewahan menyebabkan
manusia menjadi sombong.

5) Sikap manusia yang sanggup membelakangkan


agama apabila dilimpahi kemewahan.

6) Sikap manusia yang mudah sedar apabila


ditimpa kesusahan.
*Sajak ini membawa nada sinis, iaitu
sindiran terhadap sikap manusia yang
mudah lupa apabila ia diulit
kemewahan.

*
*Sajak ini berbentuk bebas kerana
tidak terikat oleh bentuk puisi
tradisional.
*Terdiri daripada empat rangkap.
Bilangan baris dalam rangkap
pertama, kedua dan ketiga adalah
sama, iaitu tiga baris serangkap.
Bilangan baris dalam rangkap
keempat pula ialah tujuh baris.

*
*Jumlah perkataan dalam setiap baris tidak
sama, iaitu antara stu hingga enam patah
perkataan.

CONTOH:~
Tetapi (Satu patah perkataan)
Pada azab dan seksa di sana (Enam patah
perkataan)
1. Asonansi: iaitu pengulangan huruf vokal
dalam baris sajak.
Contohnya pengulangan vokal “a” dalam baris
pertama, iaitu kian kita lupa

2. Aliterasi: iaitu pengulangan huruf


konsonan dalam baris sajak.
Contohnya pengulangan konsonan “d” dalam
barisan kedua, rangkap kedua, iaitu pada derita
nenek moyang dahulu kala.

*
3. Rima akhirnya bebas. Contohnya rima rangkap
pertama, kedua dan ketiga ialah aaa.
Bagaimanapun, rima akhir rangkap keempat
ialah abbbbbb.
*
i. Anafora (pengulangan kata): Contoh, kian
ii. Inversi (pembalikan kata): Contoh, kian kita lupa
sepatutnya ditulis “Kita kian lupa”
iii.Sinkope (penggunaan singkatan kata): Contoh, kita
hanya tak lupa
iv. Metafora: Contoh, di birai mata & jerih bangsa
v. Epifora (pengulangan pada bahagian akhir):
Contoh, lupa
vi. Penggunaan bahasa Arab: Contoh, Azab & Kurnia
*
Nilai berhemah tinggi: Pengarang meminta manusia
menjaga maruah diri supaya tidak menjadi lupa
daratan.

Nilai mengenang jasa: Manusia semakin lupa akan


bangsa sendiri apabila dirinya kaya harta benda.

Nilai kesederhanaan: Pengarang menasihati


manusia supaya hidup dalam kesederhanaan
walaupun kaya kerana merendah diri adalah lebih
baik daripada bangga diri.
 Nilai menghargai budi: Manusia diminta
menghargai budi generasi terdahulu daripada
hanya berperasaan bangga diri.

 Nilai kesyukuran: Manusia harus bersyukur


atas nikmat yang diberikan oleh Tuhan.

 Nilai keinsafan: Pengarang meminta manusia


insaf akan kesalahan sebelum terlewat supaya
tidak mengalami kesedihan dan derita.
Kita mestilah menghargai jasa dan
pengorbanan orang yang terdahulu.

Kita wajarlah bersyukur atas kurniaan nikma


yang diberikan oleh Tuhan.

Janganlah kita bangga akan kemewahan diri


sehingga bersikap lupa diri.

*
Kita haruslah sentiasa bersederhana dan
berpegang kepada agama apabila diberi
kemewahan dan kesenangan.

Janganlah kita hanya mengingati Tuhan apabila


diduga dengan kesusahan dan penderitaan.

Kita patutlah menjaga tingkah laku kita supaya


maruah diri terpelihara.

Kita hendaklah insaf apabila ditimpa kesusahan


dalam kehidupan.
DISEDIAKAN OLEH,
KUEH PEI GEE
IGNATIUS LIAO
PHELIDIA TAY
YII WAN YING

You might also like