Pengenalan Kebudayaan Melayu

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 43

KEBUDAYAAN MELAYU

DISEDIAKAN OLEH:
HEMANANTHINI A/P KRISHNAN
Definisi

• Menurut kamus, kebudayaan


didefinisikan sebagai satu cara
kehidupan. Dalam bahasa Inggris,
kebudayaan disebut culture, yang
berasal dari kata Latin Colere, iaitu
mengolah atau mengerjakan. Boleh
diertikan juga sebagai mengolah tanah
atau bertani. Kata culture juga ada kala
diterjemahkan sebagai "kultur" dalam
bahasa Indonesia.
Pendapat Tokoh

• Prof. Dr. Koentjaraningrat dalam bukunya


Pengantar Antropoloji menyatakan bahawa
kata kebudayaan berasal daripada kata
Sanskrit buddhayah iaitu bentuk jamak dari
buddhi yang bererti ”budi” atau ”akal”.
• Ralph L. Beals dan Harry Hoijer dalam
bukunya An Introduction to Anthropology
menyatakan bahawa konsep kebudayaan
ialah mengenalpasti kelakuan yang biasa
dipraktikkan, diperolehi melalui
pembelajaran oleh sesuatu kumpulan
masyarakat.
• Prof. Kroeber dan Kluckhohn dalam
bukunya Culture : A Critical Review
of Concept and Definition telah
mengkaji 160 definisi kebudayaan dan
mendapati kebanyakannya berbeza-
beza berdasrkan kepada disiplin
pengkaji itu. Kalau pengkaji itu
terdiri daripada ahli ekonomi, mereka
menitikberatkan unsur ekonomi,
begitulah seterusnya.
• Edward B. Taylor dalam bukunya
Primitive Culture, kebudataan ialah
satu keseluruhan sistem yang kompleks,
di dalamnya terkandung unsure-unsur
pengetahuan, kepercayaan, seni, moral,
undang-undang, adapt istiadat dan yang
sehubungan dengannya. Semua gejala
ini dipraktikkan oleh sesuatu
masyarakat secara turun-temurun
• Lucy Mair dalam bukunya An Introduction to
Social Anthropology menyatakan bahawa
kebudayaan ialah milik bersama sesuatu
masyarakat yang mempunyai tradisi yang
sama.
Ciri-ciri Kebudayaan :

• Perkaitan antara wujudnya masyarakat dengan


wujudnya kebudayaan. Kebudayaan tidak wujud
sekiranya tidak ada masyarakat, kerana
kebudayaan meliputi seluruh sistem dan aktiviti
kehidupan sesuatu masyrakat.
• Kebudayaan bersifat dinamik.
• Kebudayaan yang diwarisi dan diperturunkan
dari generasi ke generasi
HUBUNGAN ANTARA KEBUDAYAAN,
MASYARAKAT, DAN PENDIDIKAN

• Kebudayaan berkait rapat dengan


masyarakat dan pendidikan.
• Tanpa pendidikan, budaya tidak dapat
dimiliki dan tanpa pendidikan juga
masyarakat juga mungkin tidak akan
wujud.
• Pendidikan membentuk keperibadian,
keperibadian itu sesuai dengan
kebudayaan yang wujud .
PERKEMBANGAN
KEBUDAYAAN DI
MALAYSIA
ZAMAN MASYARAKAT MELAYU
ANIMISME

• Amat sukar untuk dikaji kerana bukti


dan kesannya hanya dapat dikesan
berdasarkan kepada hasil sastera lisan.
• Perkembangan budaya zaman ini dilihat
dari skop:
Politik
Integrasi masyarakat
Pendidikan
Adat istiadat
Politik

• Ketua mereka terdiri daripada orang tua


yang dah berumur kerana mempercayai
golongan ini banyak pengalaman dan
pengetahuan.
• ”Ketua” berasal daripada ”tua”,
morfem “ke” hanya sebagai imbuhan
dalam perkataan “ketua” iaitu merujuk
kepada seseorang yang menjadi
pemimpin.
Contoh:
• Ketua itu boleh jadi ayah atau datuk kepada keluarga
asas .
• Pemimpin masyarakat rumah panjang di Sarawak
dikenali sebagai ”Tuai” .
• Peranan ketua adalah menjadi pemimpin dalam satu
kelompok yang kecil manakala kelompok yamg besar
pula pemimpin ini dikenali sebagai ”tuan” .
INTEGRASI MASYARAKAT

• Pada zaman ini integriti dijadikan peraturan


yang dimanifestasikan secara lisan dan
memainkan peranan yang penting bagi
memelihara integrasi sosial.
INDIVIDU DAN KELUARGA ASAS

• Sistem masyarakat pada zaman ini


memperlihatkan wujudnya saling
bergantungan antara sistem kehidupan dengan
peranan individu dan keluarga asas .
INTELEKTUAL / PENDIDIKAN

• Pendidikan dan keintelektualan juga menjadi


tunjang dalam pembentukan dan
perkembangan kebudayaan.
• Pendidikan yang diamalkan lebih kepada tidak
formal tetapi tetap melahirkan golongan
cerdik pandai .
IDENTITI DAN ADAT-ISTIADAT
MASYARAKAT

• Peraturan dalam masyarakat amat penting


demi menjaga keamanan dan taatsusila
masyarakat itu .
• Individu yang menentang adat istiadat
dianggap sebagai ”kurang ajar”.
PANTANG LARANG DALAM
MASYARAKAT MELAYU

• Perkataaan pantang membawa maksud


tegahan daripada melakukan sesuatu
kerana dipercayai akan membawa
akibat yang buruk .
• Misalnya pantang membawa kanak-
kanak keluar pada waktu senja kerana
takut keteguran. Pada waktu itu
dipercayai hantu syaitan sedang banyak
berkeliaran.
• Perkataan larang juga memberi erti tegahan daripada
melakukan sesuatu kerana kuatkuasa undang-undang
atau peraturan, sama ada yang tertulis ataupun tidak.
• Contohnya, pada zaman dahulu rakyat tidak boleh
bepakaian kuning kerana warna kuning dikhaskan untuk
kerabat raja .
• Meskipun perkataan pantang larang di atas
mempunyai pengertian yang berbeza tetapi
seringkali kedua-duanya digunakan sebagai
istilah dari kata majmuk yang membawa maksud
peraturan .
• Dalam masyarakat Melayu terdapat banyak
pantang larang.
• Misalnya, anak dara tidak boleh menyanyi di
dapur nanti dapat suami orang tua .
PERKEMBANGAN KEBUDAYAAN PADA
ZAMAN PENGARUH HINDU

• Pengaruh Hindu kukuh dalam kalangan


sistem kerajaan manakala kehidupan
masyarakat umum hanyan dipengaruhi
oleh aspek estetik yang terdapat di
dalam agama Hindu itu sahaja .
• Sistem kerajaan memperlihatkan raja
berfungsi sebagai penjelmaan dewa
Hindu, unsur ini jelas terdapat dalam
kalangan raja-raja Jawa.
• Antara adat istiadat dan urusan kehidupan
masyarakat yang dipengaruhi pengaruh Hindu
adalah seperti berikut :

 PERKAHWINAN
 Adat merisik bagi pihak lelaki diwakilkan
oleh ibu.
 Tujuannya adalah untuk memastikan gadis
yang mahu dipinang belum berpunya dan
pihak keluarga gadis bersetuju menerima
pihak lelaki.
Adat melamar -di mana pihak lelaki menghantar utusan
secara rasmi terdiri daripada keluarga dan orang
kepercayaannya bagi menyampaikan hantaran tanda
pertunangan antara dua pasangan yang biasanya
sebentuk cincin yang disarung ke jari manis tangan kiri
gadis itu.
Sebelum dinikahkan , diadakan malam berinai.
Paginya keesokkan harinya selepas diijabkabulkan,
diadakan pula persandingan di atas pelamin .
. Pengantin lelaki dan wanita akan ditepung tawar dan
direnjis dengan air mawar.
Mandi Safar

• Mandi safar ini ialah upacar mandi beramai-


ramai kerana manolak bala yang kerapkali
berlaku di bulan safar.
• Upacara ini memang masih berlaku di Sungai
Ganges dan Jumna, di Benares India.
• Amalan ini amat dihormati oleh orang Melayu
terutamanya di Tanjung Keling, Melaka.
• Kini upacara ini digantikan dengan pesta
kebudayaan yang diadakan di tempat yang sama
di Melaka.
Perkembangan Kebudayaan Pada
Zaman Pra-Islam
• Kebudayaan Melayu pra-Islam sedikit sebanyak
masih tidak dapat lari daripada kepercayaan
animisme yang wujud dalam kalangan nenek
moyang mereka dahulu.
• Walau bagaimanapun, kedatangan Islam yang
sampai ke Tanah Melayu telah menghapuskan
kepercayaan lama.
• Namun tidak dapat dinafikan kepercayaan ini
masih menebal biarpun sesudah muncul gerakan
modenisme Islam
Kepercayaan Pada Nyawa atau Roh

• Dalam kepercayaan di Malaysia, terdapat istilah yang


membawa pengertian yang sama dengan roh, iaitu
nyawa.
• Istilah itu mula dikenali sebagai roh, iaitu satu istilah
Arab setelah kedatangan Islam.
• Orang Melayu memepercayai bahawa roh orang yang
telah mati akan kembali ke dunia dalam bentuk
hantu dan menggangu manusia.
• Terdapat juga kepercayaan bahawa hubungan antara
yang hidup dan si mati akan renggang jika tidak dipuja.
• Namun setelah kedatangan Islam, al-Quran dijadikan
sumber rujukan pertama. Al-Quran menyatakan bahawa
roh adalah urusan Alllah, manusia hanya diberi
pengetahuan yang sedikit mengenai roh.
Sakti

• Sakti merupakan pemikiran orang Melayu


yang mempercayai sesuatu perkara terjadi
dengan bantuan kekuatan ghaib.
• Pemikiran ini sama dengan konsep ’mana’
dalam masyarakat Polinesia.
• Contohnya, jika seseorang itu mendapat
untung ; maka keuntungan itu dipercayai
diperoleh dengan bantuan azimat.
• Kepercayaan ini mendorong penggunaan tangkal
antaranya tangkal bertujuan untuk kebal, murah rezeki,
cantik dan pelbagai lagi.
• Dalam Islam, konsep berusaha diutamakan.
• Setelah itu berdoa dan bertawakal kepada Allah.
• Orang Islam dianjurkan beriman kepada qada’ dan qadar
Allah sebagaimana tercatat dalam rukun iman.
Perkembangan Kebudayaan Pada
Zaman Penjajahan
• Perkembangan kebudayaan pada zaman ini menjadi
pencorak dan perintis dalam kebudayaan rakyat
Malaysia pada hari ini.
• Pada abad ke-19, penaklukan ekonomi Semenanjung
telah bermula.
• Modal mula mencurah masuk diikuti dengan
kemasukan pekerja-pekerja lombong keturunan Cina.
• Pekembangan perusahan getah juga telah menyebabkan
kemasukan kaum India untuk bekerja di estet-estet
getah.
• Kemasukan kaum imigran ini membentuk masyarakat
majmuk.
• Masyarakat majmuk didefinisikan sebagai masyarakat
yang berbilang kaum.
• Semasa zaman penjajahan terdapat empat golongan
masyarakat yang utama iaitu masyarakat elit,
masyarakat Melayu, masyarakat Cina dan masyarakat
India.
Masyarakat Melayu

• Kehidupan orang Melayu di luar bandar dan


mengamalkan sistem pertanian sara diri.
• Teknologi tradisi digunakan dalam pertanian seperti
parang, cangkul, kuku kambing dan sebagainya.
• Ikan dapat diperolehi dari sawah padi dan di atas
batas sawah itu ditanam sayuran.
• Waktu malam mereka beramai-ramai keluar menunaikan
solat berjamaah di surau atau masjid berdekatan.
• Selepas itu mereka belajar agama, mengaji al-Quran,
berzanji atau belajar marhaban.
• Ada juga yang belajar kompang dan seni
mempertahankan diri orang Melayu iaitu silat.
• Orang Melayu juga terkenal dengan budi bahasa dan
sopan santunnya di mana yang tua dihormati yang muda
disayangi.
PERMAINAN TRADISIONAL

• Layang-layang
• Congkak
• Gasing
Layang-Layang

• Permainan layang-layang atau wau


mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli
terutama pada bentuk layang-layang atau
wau itu sendiri.
• Di Malaysia lazimnya permainan layang-
layang dilakukan selepas musim menuai padi
atau pada masa nelayan tidak dapat pergi ke
laut menangkap ikan.
• Antara jenis layang-layang ialah Layang-
layang Baruk, Layang-layang Puyuh, Layang-
layang Burung dan yang terkenal ialah Wau
Bulan.
Congkak

• Merupakan jenis permainan Anjung.


• Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran
menapak akhir.
• Bilangan pemain ialah seorang sepasukan.
• Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah
Papan congkak dan cakak.
• Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang
mengandungi sekampung 5, 7, 8 atau 9.
Gasing

• Permainan gasing merupakan permainan


untuk orang lelaki muda dan dewasa.
• Pada masa dahulu permainan gasing
merupakan sejenis permainan yang mendapat
perhatian umum dan ramai peminatnya.
• Di samping bermain sebagai riadah dan
memenuhi masa lapang, permainan ini
dimeriahkan melalui perlawanan antara
pasukan di peringkat kampung, daerah dan
negeri.
Perkahwinan Tradisional
Masyarakat Melayu
• Adat perkahwinan tradisional masyarakat
Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa
proses.
• Antaranya ialah merisik atau meninjau;
melamar; upacara peminangan; upacara
menghantar tanda; hantaran belanja;
menjemput; upacara nikah; berinai besar;
hari persandingan; jemput menantu.
PERAYAAN

• Hari Raya Aidil Fitri


• Tahun Baru Cina
• Perayaan Deepavali
• Perayaan Gawai Dayak
Hari Raya Aidil Fitri

• Merupakan perayaan masyarakat Melayu dan


penganut agama Islam.
• Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat
puasa di bulan Ramadan.
• Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada
siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih
pada sebelah malamnya.
• Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di
mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan.
• Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran.
• Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung
mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim.
• Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan
tetamu datang berkunjung.

You might also like