Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

LEMBAGA PERINDUSTRIAN

NANAS MALAYSIA

PRESTASI PROJEK LADANG BERSEPADU NANAS ROMPIN


(ROMPIN INTEGRATED PINEAPPLE PLANTATION - RIPP)

DISEDIAKAN OLEH: HELMI BIN MOHD SALLEH


UNIT LADANG BERSEPADU NANAS ROMPIN
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
NEGERI PAHANG

PENERAJU INDUSTRI NANAS MALAYSIA


(1957 – 2017)
LATAR BELAKANG
 Sektor Nanas telah dikenal pasti dan terpilih sebagai salah satu produk yang bakal memacu pertumbuhan
ekonomi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Projek RIPP ini dilaksanakan secara kolaborasi antara Kerajaan
Negeri Pahang, LPNM dan Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Paintai Timur (ECERDC) dengan melantik Syarikat
Induk dan menggunakan pendekatan pembangunan bersepadu perladangan nanas komersial berskala besar,
penggunaan teknologi moden, penglibatan sektor swasta dan pendekatan secara menyeluruh dalam
memanfaatkan seluruh rantaian nilai di dalam industri nanas.

 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (MMKN) telah meluluskan tanah seluas 5,000 ekar (2,023.47 hektar)
pada 7 September 2009 untuk projek RIPP ini dengan pembahagian 1,500 ekar (607.04 hektar) kepada LPNM dan
3,500 ekar (1,416.43 hektar) kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSK). Namun berikutan dengan
kekangan isu orang asli, projek RIPP hanya dibangunkan di atas tanah LPNM sebagai fasa pertama dan keluasan
sebenar tanah yang telah diberi hakmilik sementara kepada LPNM adalah 1,421.45 ekar (575.24 hektar) pada 18
September 2013.

 Pada 2 Jun, 2011 LPNM telah menandatangani dokumen perjanjian “Implementation and Development of the
Rompin Intergrated Pineapple Project in Pahang Darul Makmur” antara LPNM, ECERDC dan PSK. Pelaksanaan
projek ini akan sentiasa dipantau di bawah Rompin Pineapple Plantation Implementation Committee (RIPPIC)
yang keanggotaannya utama adalah terdiri daripada ECERDC, LPNM dan Kerajaan Negeri Pahang. Selain itu,
RIPPIC berfungsi juga sebagai penasihat dalam pelaksanan, pembangunan dan operasi projek RIPP.
Carta Alir Model Perniagaan Bagi Projek RIPP
OBJEKTIF PROJEK RIPP
1.Pengeluaran nanas premium MD2 yang berkualiti tinggi untuk pasaran eksport dengan sasaran
pengeluaran 10,000 mt setahun,

2.Menarik pelaburan swasta dalam pengeluaran nanas berskala komersial,

3.Mengurangkan jurang perbezaan ekonomi serta meningkatkan nilai dan kualiti kehidupan
masyarakat tempatan terutamanya orang asli, dan

4.Mewujudkan peluang keusahawan melalui sistem pemasaran yang efisyen di antara syarikat
induk dan usahawan kontrak
MAKLUMAT LOKASI
 Lokasi projek yang telah dipilih adalah berdekatan perkampungan masyarakat asli di Kampung
Tanam, Rompin, Pahang (HSD 4801, No. PT 6957) dengan koordinat lokasi ialah Latitude 2.886425
dan Longitude 103.269409. Kedudukan lokasi projek ini juga adalah diantara dua (2) pusat bandar
utama di Daerah Rompin iaitu 41 km daripada Kuala Rompin dan 34 km daripada Muadzam Shah.
PEMBANGUNAN DI ATAS TANAH LPNM
 Pembangunan infrastruktur dan penyediaan kawasan penanaman telah dibangunkan oleh pihak
ECERDC seperti bangunan pusat operasi, pusat komuniti dan jalan utama ladang. Projek ini
dibangunkan bermula pada 11 Oktober 2010 dan telah diserah milik kepada LPNM pada 26 Ogos
2015.
Pecahan pembahagian pembangunan di
atas tanah LPNM adalah seperti berikut:
Bil. Bahagian Keluasan (Hektar) Keluasan (Ekar)

1. Kawasan penanaman Syarikat Induk 300 750


(Nucleus Farm)
2. Kawasan penanaman Koperasi Orang Asli 100 250
Kampung Tanam Berhad
3. Kawasan penanaman Peladang Kontrak 80 200
4. Pembangunan infrastruktur 20 50
5. Tidak dibangunkan 75.24 171.45
JUMLAH 575.24 1,421.45
Jadual 1. Pembahagian Pembanguan Kawasan Atas Tanah LPNM
Gambar 3. Gambaran Pembahagian Kawasan Atas Tanah LPNM
PERANAN DAN TANGGUNJAWAB LPNM
Berikut adalah peranan dan tanggungjawab LPNM di dalam pelaksanaan projek ini:
1. Bertindak sebagai Agensi Pelaksana (Implementing Agency);
2. Menyediakan dan menempatkan kakitangan yang mencukupi untuk menjadi sebagai pemudahcara
projek dan membantu para peserta untuk menguruskan projek;
3. Memajak dan membenarkan Syarikat Induk membangunkan tanaman nanas di tanah LPNM;
4. Menyalurkan bantuan input pertanian melalui “Skim Bantuan Kewangan Untuk Pekebun Kecil”
Kepada Peladang Kontrak / Koperasi Orang Asli;
5. Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan bangunan-bangunan utama, infrastruktur dan utiliti
yang dibina oleh ECERDC di dalam kawasan projek;
6. Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal termasuk menyediakan khidmat kepakaran,
khidmat teknikal dan khidmat teknologi kepada Syarikat Induk, Perladangan Kontrak dan peserta
bagi tujuan memudahkan perlaksanaan operasi dan pengurusan projek;
7. Membantu Syarikat Induk dalam pengkomersialan produk termasuk memudahkan permohonan
import dan eksport, permit bagi penjualan dan pembelian produk;
8. Menangani dan menyelesaikan semua isu-isu pembangunan operasi;
PERANAN DAN TANGGUNJAWAB LPNM (sambungan)
9. Sebagai wakil bagi pihak ECERDC untuk mengurus, memantau dan memastikan bahawa prestasi
Syarikat Induk dan Peladang Kontrak pada setiap masa hendaklah mengikut SOP sepertimana
yang dibangunkan oleh Syarikat Induk dan diluluskan oleh ECERDC untuk melaksanakan operasi
projek dan mematuhi undang-undang, peraturan dan garis panduan yang mungkin relevan dan
terpakai kepada projek dari masa ke semasa;
10. Membuat pelaporan secara berkala kepada RIPPIC berkaitan kemajuan pelaksanaan dan prestasi
kemajuan Syarikat Induk dan Peladang Kontrak terhadap projek yang dijalankan dan memberi
apa-apa maklumat atau dokumen yang diperlukan oleh RIPPIC; dan
11. Mengurus dan mengendalikan program bimbingan dan latihan kepada Peladang Kontrak dan
peserta serta mana-mana pihak yang terlibat dalam projek.
PERANAN DAN TANGGUNJAWAB ECERDC
1. Bertindak sebagai penyelaras utama projek;
2. Menyediakan dan membina model bangunan dan infrastruktur serta model kerja awal (one-off);
3. Menyediakan, membangunkan dan / atau merangka garis panduan dan rangka kerja yang perlu
bagi pelaksanaan projek;
4. Melantik Syarikat Induk (Anchor Company) dan Peladang Kontrak bagi tujuan pelaksanaan projek;
5. Menyelaras dan memantau keseluruhan projek;
6. Memantau prestasi Agensi Pelaksana dan Syarikat Induk;
7. Menyediakan kajian kemungkinan untuk projek ; dan
8. Melaksanakan program pembasmian kemiskinan untuk masyarakat setempat.
PERANAN DAN TANGGUNJAWAB SYARIKAT INDUK
(ANCHOR COMPANY)
1. Mengendali dan mengurus;
a) Nucleus Farm (300 ha)
b) Peladang Kontrak (80 ha)
c) Koperasi Orang Asli (100 ha)
d) Operasi Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC)
2. Pembangunan 480 ha hendaklah dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa;
3. Hendaklah memastikan bahawa bahan-bahan penanaman yang mencukupi untuk penanaman keselurusan di
kawasan projek;
4. Mencadang dan memilih pengusaha Peladang Kontrak melalui senarai yang dicadangkan oleh BPEN Negeri
Pahang dan MPIB;
5. Memastikan projek mencapai akreditasi minimum (MyGAP) dalam tempoh yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa;
6. Menyediakan dokumen “Contract Farming Arrangements” seperti mana yang telah ditetapkan oleh
ECERDCMematuhi kluasa-kluasa dalam Perjanjian Pajakan Tanah dengan LPNM; dan
7. Mematuhi kluasa-kluasa dalam Perjanjian Pajakan Tanah dan sewaan bangunan dengan LPNM.
PELANTIKAN SYARIKAT INDUK

 ECERDC telah memilih dan melantik Rompin Integrated Pineapple Industries Sdn. Bhd.
(RIPI) pada 6 Mac 2013 melalui proses tender terbuka.
 Agrovery Sdn. Bhd. pemegang saham utama RIPI adalah juga syarikat berstatus Bionexus.
 Jenama “Rompine” ketika ini telahpun menembusi pasaran Jepun apabila ekspot pertama ke
Kobe telah dibuat pada awal Mac 2016.
PELANTIKAN KOPERASI

 Penubuhan Koperasi Orang Asli Kampung Tanam Berhad adalah berdasarkan kepada keputusan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (MMKN) bagi menyelesaikan isu orang asli serta memberikan limpahan
hasil daripada pelaksanaan projek ini kepada masyarakat orang asli Kampung Tanam dengan pemberian
dividen kepada setiap ahli.

NAMA KOPERASI KOPERASI ORANG ASLI KG. TANAM


ROMPIN BERHAD

NO. PENDAFTARAN C-3-0679


TARIKH PENDAFTARAN 24 OCTOBER 2011
FUNGSI PERTANIAN
PENGERUSI IBRAHIM A/L JINAL
BILANGAN KEAHLIAN 88 KELUARGA
LUAS KAWASAN PAJAKAN 250 EKAR (100 Ha)
PELANTIKAN PESERTA PELADANG KONTRAK
 Pelantikan Peladang kontrak adalah melalui tawaran terbuka kepada pengusaha pertanian
dan syarikat tempatan untuk turut sama terlibat dalam pelaksanaan projek ini.
 Kaedah pemilihan peserta dibuat adalah secara temuduga dengan jawatankuasa temuduga
terdiri daripada ECERDC, LPNM, Kerajaan Negeri dan Syarikat Induk.
 Antara syarat-syarat pemilihan tersebut adalah memiliki pengalaman dalam bidang
pertanian dan mempunyai modal yang kukuh melalui penyata akaun bank syarikat atau
individu yang perlu disertakan dalam kertas kerja permohonan projek ini.
 Setiap peserta Peladang Kontrak akan diperuntukan kawasan penanaman seluas 10 ekar (4
hektar) dan bilangan sasaran Peladang Kontrak adalah 20 peserta.
 Peladang Kontrak telah dilantik serta diserah kawasan pada 27 Ogos 2014 bagi Fasa
Pertama berjumlah 5 peserta dan pada 5 Ogos 2015 bagi pemilihan Fasa Kedua berjumlah
15 peserta.
Senarai Peladang Kontrak Fasa Pertama
pada 27 Ogos 2014
Bil. Peserta Peladang Kontrak No. Plot
(Nama Pengurus)
1. Pertubuhan Peladang Kawasan Pekan 02
2. Pertubuhan Peladang Kawasan Rompin 03
WKN Construction Sdn. Bhd.
3. (YB. Dato' Wan Kadri Bin Wan Mahusain) 17

Golden Glory Farm Sdn. Bhd.


4. (En. Samim Bin Salimullah) 18

Sumber Anak Bumi Sdn. Bhd.


5. (En. Othman Bin Gudeh) 19
Senarai Peladang Kontrak Fasa Kedua
pada 5 Ogos 2015
Bil. Peserta Peladang Kontrak No. Plot Bil. Peserta Peladang Kontrak No. Plot
(Nama Pengurus) (Nama Pengurus)
1. Jalur Cahaya 01 9. Selasih Padu Enterprise 11
(En.Johar A/L Jainal) (En. Mahizan Bin Mat Isa)
2. Gagasan Management Sdn Bhd 04 10. Peneraju Bersatu Trading 12
(En. Zailan Bin Sudin) (Pn. Marini Binti Muda)
3. Mutiara Bebar Enterprise 05 11. Mat & Kok Kin Trading 13
(En.Hanafia Bin Sidek) (En.Mat Zami A/L Ni)
4. Skh Bina Ent Sdn Bhd 06 12. Bssd Management Sdn Bhd 14
(Cik Nur Aina Mardhiah Binti Abdul Hamid) En. Abu Bakar Bin Mohd Sidek
5. Ceria Tulen Sdn Bhd 07 13. Koperasi Alumni Rancangan Khas Sekolah 15
(Pn.Normaziah Binti Ab.Wahab) Menengah Air Putih Kuantan (Koarksmap Ktn) Bhd.
6. Mjm Pioneer Enterprise 08 14. Agricultural Foundary 16
(Mohd Johari Bin Mashruddin) (Cik Shartolaella Binti Soffian)
7. Wawa Global Trade Sdn. Bhd. 09 15. Fresh Fruit Variety 20
(Ybhg. Dato' Jalaluddin Bin Deli) Pn. Rohana A/P Jainal
8. Kejuruteraan Irsah 10
PRESTSI KEMAJUAN PENANAMAN NANAS
 Varieti nanas yang telah dipersetujui bersama di peringkat RIPPIC untuk dimajukan
adalah nanas MD2. Pemilihan nanas MD2 ini adalah antara buah-buahan yang
disenaraikan sebagai pasaran premium dan merupakan permintaan utama bagi pasaran
eksport.

 Projek ini telah dimulakan pada Mac 2013 oleh Syarikat Induk. Kemajuan penanaman
keseluruhan semasa sehingga 30 April 2018 ialah seluas 1,029.22 ekar (416.52 hektar).
A. PENANAMAN (VARIETI NANAS KESELURUHAN ADALAH MD2)
LUAS (HA) BIL. SULUR
BIL BAHAGIAN CATATAN
SASARAN PENCAPAIAN BERTANAM
Syarikat Induk:
1 Rompin Integreted Pineapple Industries Sdn. Bhd. (RIPI) 300 300.00 18,675,000 Sumber benih tissu culture

Koperasi:

Koperasi Orang Asli Kampung Tanam Berhad - Sumber benih dibekalkan oleh
2 100 90.00 4,459,774
LPNM

20 Peladang Kontrak:
80 26.52 1,326,363
1 Jalur Cahaya 4 - -
2 Pertubuhan Peladang Kawasan Pekan 4 4.00 200,000
3 Pertubuhan Peladang Kawasan Rompin 4 4.00 200,000
4 Gagasan Management Sdn. Bhd. 4 - -
5 Mutiara Bebar Enterprise 4 - -
6 SKH Bina Ent. Sdn. Bhd. 4 2.06 103,150
7 Ceria Tulen Sdn. Bhd. 4 2.55 127,643
8 MJM Pioneer Enterprise 4 0.58 29,015
9 Wawa Global Trade Sdn. Bhd. 4 - -
- Sumber benih dibekalkan oleh
3 10 Kejuruteraan Irsah 4 2.11 105,700
LPNM
11 Selasih Padu Enterprise 4 0.60 30,000
12 Peneraju Bersatu Trading 4 - -
13 Mat & Kok Kin Trading 4 - -
14 BSSD Management Sdn. Bhd. 4 - -
Koperasi Alumni Rancangan Khas Sekolah Menengah Air Putih
15 4 - -
Kuantan (KOARKSMAP KTN) Bhd.
16 Agricultural Foundary 4 - -
17 WKN Construction Sdn. Bhd. 4 4.00 200,000
18 Golden Glory Farm Sdn. Bhd. 4 3.18 158,830
19 Sumber Anak Bumi Sdn. Bhd. 4 3.44 172,025
20 Fresh Fruit Variety 4 - -
JUMLAH SASARAN & PENCAPAIAN KELUASAN PENANAMAN 480 416.52
JUMLAH BENIH YANG DIBEKALKAN OLEH LPNM 5,786,137
JUMLAH KESELURUHAN BENIH NANAS 24,991,992
GAMBARAN PELAN PENANAMAN BAGI KESELURUHAN LADANG
26.52 40.47 300.00
Ha Ha Ha Petunjuk:

Peladang Kontrak

Koperasi

Anchor Company
PENANAMAN LADANG SYARIKAT INDUK (RIPI)
PENANAMAN LADANG KOPERASI ORANG ASLI
BERHAD
PENANAMAN LADANG PELADANG KONTRAK
PENGELUARAN HASIL KESELURUHAN DI PERINGKAT CPPC OLEH RIPI SDN. BHD.
(KUMULATIF DARIPADA JANUARI 2015 HINGGA OKTOBER 2017)

BIL. TAHUN BERAT (mt) BIL. BUAH NILAI (RM)


1 Januari hingga Ogos 2015 255.80 230,527 291,037.54
2 Mac hingga Disember 2016 1,133.13 1,032,071 672,998.37
3 Januari hingga Oktober 2017 1,919.25 1,953,949 978,235.64
JUMLAH 3,308.18 3,216,547 1,942,271.55
TREND PENGELUARAN HASIL BUAH NANAS DARIPADA LADANG KE CPPC
DARI JANUARI 2015 HINGGA OKTOBER 2017
2500000

2000000
1,953,949

1500000
NILAI

1000000 1,032,071
978,235.64

672,998.37
500000

230,527
91,037.54
0 255.8 1,133.13 1,919.25
2015 2016 2017
TAHUN

BERAT (mt) BIL. BUAH NILAI (RM)


Jumlah Pengeluaran Untuk Pasaran Eksport Dari Mac
2016 Sehingga Januari 2018 Oleh Syarikat RIPI

Berat
Negara
Mt
Jepun 1,346.44
Korea Selatan 26.16
Timur Tengah 246.14
China 36.20
JUMLAH 1,654.95
Sekian
Terima Kasih
PROJEK KOLABORASI ANTARA

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

KERJASAMA

You might also like