Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 19

EKONOMI

• Jurang ekonomi antara kaum sangat ketara


• Kaum Cina lebih menguasai ekonomi dalam perniagaan
• Kaum bumiputera kebanyakannya hanya berkerja di dalam sektor
kerajaan
• Timbul rasa cemburu, sangsi dan tidak puas hati antara kaum.
• Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa
penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah
dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara.
• Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut
bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian
dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung.
• Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar
kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka.
• Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah.
• Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan
hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.
• Selepas merdeka, didapati orang-orang Melayu berada di dalam
kemiskinan manakala masyarakat Cina pula terus menguasai bidang
perniagaan dan bidang ekonomi yang lain.
• Golongan Bumiputera terus bimbang bahawa orang-orang asing akan
menguasai semua bidang dan mereka akan tenggelam di tanah air mereka
sendiri disebabkan kemiskinan.
• Kaum Cina dan India pula bimbang kerana syarat-syarat hak kerakyatan
mereka akan tergugat walaupun mereka bersedia menumpukan perhatian
taat setia kepada negara ini.
• Mantan Perdana Menteri kita Tun Abdul Razak Dato’ Hussein telah
memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada 1971 bagi mencapai
perpaduan dan integrasi nasional.
• Beliau digelar Bapa Pembangunan.
SEJARAH

GLOBALISASI
SEKOLAH
BUDAY
SEJARAH
• Antaranya ialah faktor sejarah di mana penjajah Inggeris telah
melaksanakan dasar pecah dan perintah di Tanah Melayu ini dan
menyebabkan tiga kaum utama di negara ini telah diasingkan di tiga
lokasi yang berbeza.
• Hal ini telah menghalang interaksi antara kaum-kaum yang berbeza,
kesefahaman yang terhad, sehingga berlakunya kejadian 13 Mei 1969.
• Sampai hari ini, masalah lokasi ini masih belum diatasi sepenuhnya,
sama juga pada masalah sistem pendidikan yang berbeza di negara
kita ini.
• Tiga kaum yang mempunyai jenis pekerjaan yang jelas berlainan
memburukkan keadaan ini.
SEKOLAH
• Halangan integrasi nasional yang disebabkan kewujudan sekolah jenis
kebangsaan merupakan satu cabaran yang serious dalam pendidikan semasa.
• Walaupun penyelarasan kurikulum dan kokurikulum telah dilaksanajan di semua
sekolah Malaysia, namum perpaduan dan integrase nasional masih susah dicapai
kerana terdapat sekolah-sekolah jenis kebangsaan masih menempatkan pelajar-
pelajar yang terdiri dari kaum yang sama dalam satu sekolah dan telah
mengurangkan peluang-peluang untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar dari
kaum yang berlainan.
• Maka semangat kekeluargaan tidak dapat dipupuk dan seterusnya menjadi
penghalang kepada perpaduan.
• Dari persepektif ibu bapa, mereka lebih cenderung menghantar anak-anak
mereka ke sekolah-sekolah jeni kebangsaan Cina atau India, kebanyakkannya
disebabkan tidak yakin dengan pengurusan sekolah-sekolah kebangsaan yang
kebanyakkannya terdiri dari pelajar-pelajar Melayu.
BUDAYA
• Malaysia merupakan satu negara yang rakyatnya terdiri dari kaum and
etnik yang berbeza dan berbilang.
• Cara hidup yang berbeza antara kaum menyusahkan lagi komunikasi
antara mereka.
• Hal ini ditambah buruk lagi apabila wujudnya sikap kurang toleransi
dan tidak menghormati kepercayaan sesuatu agama seperti wujudnya
golongan yang mempertikaikan ibadah gurban.
• Selain itu, perbezaan kebudayaan akan menimbulkan prasangka,
perkauman dan etnosentrisme yang merupakan sumbangan utama
kepada masalah perpaduan.
SEKOLAH WAWASAN

1 MALAYSIA

RUKUN NEGARA

KERAJAAN
WAWASAN 2020

DEB

DASAR PEMBANGUNAN
NASIONAL
DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
SEKOLAH WAWASAN
• Sekolah Wawasan Konsep Sekolah Wawasan dicadangkan dan dilancarkan
oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1997.
• Sekolah Wawasan merupakan sekolah rendah yang menggabungkan tiga
buah sekolah berlainan aliran dan berkonsepkan belajar bersama-sama
dalam satu kawasan yang same tanpa mengira kaum dan latar belakang.
• Dalam Sekolah Wawasan, kemudahan-kemudahan asas dikongsikan oleh
semua pelajar serta Bahasa Malaysia digunakan sebagai Bahasa utama dan
bahasa-bahasa lain dipertingkatkan.
• Contohnya, Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam perhimpunan
mingguan di Sekolah Wawasan manakala Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
juga boleh digunakan untuk memperjelaskan isu-isu tertentu jika
diperlukan.
SEKOLAH WAWASAN
• Matlamat utama Sekolah Wawasan ditubuhkan adalah untuk mengeratkan
perpaduan dalam kalangan pelajar dan melahirkan generasi yang saling
memahami antara satu sama lain dan bertoleransi sejak di bangku sekolah
rendah di mana kanak-kanak mudah dilenturkan.
• Sekolah Wawasan mampu memberi kesempatan kepada setiap bangsa
untuk bertolak ansur dan mampu mewujudkan persaingan yang sihat dari
aspek akademik.
• Penggunaan satu bahasa yang sama iaitu Bahasa Malaysia bukan sahaja
meningkatkan pemahaman pelajar terhadap budaya, bahasa dan
pemikiran kaum lain tetapi juga menimbulkan rasa taat setia dan
pengabdian yang tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan negara.
1 MALAYSIA
• Konsep 1 MalaysiaKonsep ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib
Tun Abdul Razak.
• Menurut beliau, 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang
seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.
• Terdapat 8 nilai dalam konsep ini, termasukah budaya kecemerlangan, ketabahan,
rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integrity.
• Dengan pelaksanaan 1Malaysia, semua rakyat harus mengikuti prinsip-prinsip utama
iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging).
• Asas konsep ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, di mana nasib semua kaum
akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.
• Kemajuan semua kaum akan diambil kira. 1Malaysia menghargai dan menghormati
prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum, dan
menganggapnya sebagai satu kelebihan yang patut dibanggakan.
RUKUN NEGARA
• Rukunegara merupakan dokumen awal yang menanamkan semangat
kesetiaan, kesopanan dan kesusilaan bagi mewujudkan pelbagai kaum.
• Menurut Tengku Anuar dalam bukunya Pengetahuan Kenegaraan Malaysia
mengatakan rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang bertujuan
untuk menyatukan fikiran, pendapat dan perasaan rakyat tanpa mengira
perbezaan yang berdasarkan asal keturunan, bahasa, agama dan budaya.
• Tercetusnya masalah perpaduan pada 13 Mei 1969 telah mendesak
kerajaan menjalankan dasar yang lebih tegas. Rukunegara diperkenalkan
pada 31 Ogos 1970 dan digubal oleh Majlis Perundangan Negara untuk
memupuk integrasi nasional.
• Secara terperinci, objektif rukunegara diperkenalkan adalah untuk
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat iaitu
menghapuskan perasaan kedaerahan dan perkauman.
• Seterusnya ialah membentuk sebuah negara yang adil dan saksama tanpa
mengira kaum dan agama, memelihara dan mengekalkan prinsip
demokrasi, membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang liberal dan
membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden.
• Rukun Negara melaksanakan dasar dan garis panduan supaya proses
perpaduan dapat dipercepatkan.
• Ia juga menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan oleh
rakyat.
• Tidak dilupakan ia menyedarkan rakyat tentang kesan buruk yang menimpa
Negara akibat tragedi tersebut.
• Rukun Negara membolehkan rakyat mengamalkan toleransi dan tatasusila
yang mulia.
WAWASAN 2020
• Wawasan 2020 satu pandangan jauh yang diasaskan oleh bekas mantan
PerdanaMenteri kita, Dato Sri Dr. Mahathir bin Mohamad.
• Wawasan 2020 termaktub dalam cabaran pertama bagi membentuk satu
Bangsa Malaysia yang bersatu-padu serta menyanjung masa hadapan yang
dikongsi bersama.
• Sebenar nya Wawasan 2020 bukan satu dasar tetapi satu tindak balas
kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di
peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat
kepada negara.
• Wawasan 2020 berobjektif untuk membentuk sebuah negara yang benar-
benar maju menjelang tahun 2020 bukan sahaja dalam bidang ekonomi
tetapi merangkumi segala aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial,
kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
DEB
• Peranan dan penyertaan kerajaan dalam kegiatan pembangunan
ekonomi negara melalui DEB amat jelas dimana DEB dijalankan bagi
mencapai matlamat mengimbangi perbezaan kedudukan ekonomi
antara kaum DEB dan secara jelas menetapkan kadar kuantitatif
minimum 30 peratus sebagai matlamat pekuiti di sektor korporat dan
dalam penyusunan semula guna tenaga supaya mencerminkan
komposisi penduduk.
• Berbagai usaha yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi
masalah sosial ekonomi dan pelan pembangunan telah dirangka
supaya dapat mengatasi beberapa masalah.
• Antaranya ialah:

• Mewujudkan peluang pekerjaan


• Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
• Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di antara kaum dan di antara
kawasan bandar dan luar bandar.
• Memodenkan kehidupan di luar bandar
• Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputra.
• Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat.
• Meningkatkan kemudahan infrastruktur
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
• Selepas Dasar Ekonomi Baru berakhir, Dasar Pembangunan Nasional telah
dilancarkan pada 17 Jun 1991 hingga 2000 oleh Yang Amat Berhormat Dato
Seri Dr. Mahathir Mohamad.
• Dasar Pembangunan Nasional juga berfokus kepada perpaduan negara
seperti Dasar Ekonomi Baru kerana masyarakat yang bersatu-padu penting
untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan
pembangunan ekonomi yang berterusan.
• Salah satu daripada Dasar Pembangunan Nasional adalah menggalak dan
memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidak-
seimbangan ekonomi berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan
pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan
memperkukuhkan perpaduan negara.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
• Pengaruh kebudayaan amat penting dalam memupuk dan mewujudkan perpaduan negara. Dasar
Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan sebagai satu langkah untuk mencapai integrasi nasional.
Terdapat tiga ciri utama dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:
• i.Kebudayaan kebangsaan negara mestilah berasaskan kepadakebudayaan penduduk asal atau asli
atau peribumi negara ini.
• ii.Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai, wajar dan munusabah diterima dan digabungkan
dalam kebudayaan kebangsaan.
• iii.Islam akan menjadi unsur penting dalam pembentukkan kebudayaan kebangsaan.
Pada awalnya, komponen kebudayaan kebangsaan merujuk kepada aspek-aspek kesenian dan
pakaian. Malah kebudayaan kebangsaan tidak hanya penyataan-penyataan artistik dan simbolik
(kesenian dan pakaian) tetapi bahasa serta norma dan nilai. Dari segi bahasa, dalam kebudayaan
kebangsaan Bahasa Melayu / Malaysia dijadikan bahasa pengantar dan digunakan secara meluas.
Norma dan nilai pelbagai etnik seperti Cina dan India diterapkan ke dalam kebudayaan
kebangsaan dan ini telah menjadi nilai sejagat yang positif yang boleh mewujudkan kesatuan dan
kesetiaan kepada negara. Penerimaan unsur-unsur kebudayaan lain telah membolehkan
wujudnya perpaduan serta integrasi nasional.

You might also like