* Akidah berasal daripada perkataan Arab. Dari segi
terminologi, aqidah itu merujuk kepada :
* Perkataan Akidah adalah berasal daripada kata kerja, ‘Aqada
yang bermaksud simpulan atau ikatan (Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali ; 1998). * * Ia juga sering dikaitkan dengan jual beli, contohnya: ‘Aqada al-Bay‘ yang bermaksud melakukan ikatan kontrak jual beli (Ahmad Mohd Salleh & Mohd Farid Hafidz Ahmad ; 2008). * Ia pernah juga dikaitkan dengan perjanjian, contohnya: ‘Aqada al-‘Ahd bermaksud mengeratkan ikatan perjanjian (Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali. ;1998). * Al-Quran kerap menggunakan perkataan ini dengan maksud-maksud di atas, seperti firman Allah SWT: Maksudnya : * “….. dan mana-mana orang Yang kamu telah membuat ikatan setia Dengan mereka (untuk bantu- membantu dalam masa kecemasan dan kesusahan)…..” * (Surah al-Nisa’ : ayat 33) * Perkataan akidah tidak terdapat secara langsung penggunaannya di dalam al-Qur’an. Walau bagaimanapun, terdapat tujuh perkataan yang berakarkan perkataan “aqada” yang bererti simpulan tali, perjanjian dan lain-lain yang digunakan di dalam al-Quran. * Sebaliknya, al-Quran lebih popular menggunakan perkataan iman baik dalam bentuk kata nama iman dan juga kata kerja (kata nama iman ada 45 tempat, manakala kata kerja terdapat lebih dari 515 kali) * Oleh itu, perkataan akidah selalunya dikaitkan dengan perkataan iman seperti “aqaidul iman” yang bermaksud simpulan-simpulan iman atau kepercayaan. * Akidah menurut pengertian istilah pula ditakrifkan dengan pelbagai maksud, antaranya ialah:
* Ibn Taimiyah (m. 1263M) mentakrifkan akidah ialah
perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi tenang kepadanya, beroleh keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan. * Takrif ini membawa erti akidah yang berbeza dengan syariat. Di mana syariat merupakan bebanan kewajipan yang mesti dilakukan dalam bentuk praktikal. Manakala akidah merupakan amalan hati yang berbentuk keyakinan. * Untuk itu, akidah bukan amalan yang berbentuk praktikal, ia hanyalah naluri yang bersifat keyakinan yang wajib ke atas setiap muslim memilikinya. Manakala syariat merangkumi ibadat dan muamalat. * Namun begitu kedua-dua ini tidak dapat dipisahkan kerana Islam itu ialah akidah dan syariat. * Pengertian menurut al-Firuz Abadi (1329-1415M), akidah ialah sesuatu yang diikat dan disimpul di dalam hati dan jiwa serta apa yang dipegang oleh seseorang sebagai agama dengan pegangan benar dan selamat daripada sebarang keraguan.
* Daripada takrif ini, akidah merupakan satu pegangan
yang berbentuk keagamaan. Pegangan ini mestilah pegangan yang benar dan tidak menyeleweng. Sesuatu yang sebati dalam hati dan jiwa merupakan akidah atau pegangan agama seseorang. * Menurut Imam al-Ghazali (1058-1111M), akidah ialah berpegang dan membenarkan dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak. * * Daripada takrif yang dikemukakan ini, jelaslah kepada kita bahawa akidah itu mestilah bersumberkan dalil yang pasti dan meyakinkan. Ianya datang daripada Allah SWT dan atas dasar inilah terangkum di dalamnya beberapa persoalan akidah yang wajib diimani oleh setiap muslim. * Kepercayaan kepada Allah SWT merupakan pokok yang menjadi asas di dalam akidah Islamiyyah. Bertolak daripada asas inilah lahirnya kepercayaan kepada Rasul- rasul, Kitab-kitab, para Malaikat, hari Akhirat serta Qada’ dan Qadar. * Aqidah Dari segi istilah, * Apabila akidah diangkat menjadi istilah khusus atau teknikal, maka ia secara umumnya merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan yang cukup pasti terhadap sesuatu, tanpa sebarang syak dan keraguan (Zakaria Stapa ; 2001). * Oleh itu, dalam perspektif Islam, istilah akidah dalam konteks teknikal ini tidak cukup untuk menjadi boleh diterima sekiranya ia sekadar hanya terungkap dalam pengisytiharan lisan semata-mata, kerana dalam kehidupan biasa ramai orang mengisytiharkan secara lisan bahawa mereka beriman, sedangkan dalam hati mereka tidak pun wujud walau sekelumit iman. * Maksudnya :
* “Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami
telah beriman kepada Allah SWT dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah SWT dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.” * (Surah al-Baqarah : ayat 8-9) *Menurut Hasan Albanna ;1983. *Akidah ialah hal-hal yang berhubungan dengan kepercayaan dan keyakinan di dalam hati sehingga hati dan jiwa itu menjadi tenteram tidak ragu dan tidak bimbang, bersih dan murni dari segala was-was syak wasangka, suatu keyakinan yang kuat dan teguh menghayati seluruh aspek kehidupan dan amal ibadah kepada satu Zat yang Maha Kuasa ( *Syeikh Abdul Aziz al-Bazz : *mentakrifkan akidah yang sahih ialah segala perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang Islam sesuai dengan dalil syarak serta berdasarkan kepada al-Quran dan hadis. Ia diterima oleh Allah SWT dan juga merupakan kemuncak dan asas pegangan hidup seorang Muslim. * Dalil Berpegang Kepada Aqidah yang Benar * Maksudnya : * “Dan mereka bersumpah dengan nama Allah SWT dengan sekuat-kuat sumpah; Sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang pemberi peringatan, nescaya mereka akan lebih mendapat petunjuk dari salah satu umat-umat (yang lain). ketika datang kepada mereka pemberi peringatan, Maka kedatangannya itu tidak menambah kepada mereka, kecuali jauhnya mereka dari (kebenaran)”. * (surah Fatiir : ayat 42) * Berdasarkan pengertian yang diberikan di atas, aqidah itu terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
sahaja sebagai Rabb (pencipta, pemilik, pemerintah, memberi rezeki dan seumpamanya). Iaitu mengesakan Allah SWT dari sudut perbuatannya. Membawa maksud manusia tidak boleh menganggap atau merasakan yang lain sebagai rabb atau bersama-sama Allah SWT menjadi Rabb. Dialah yang mencipta, menghidup dan mematikan serta segala kekuasaan berada padaNya. Maksudnya : * ”Dan jika Allah SWT mengenakan (menimpa) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri, dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dialah Amat Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu ”. * (surah al-An’am ayat 17) * Tauhid Uluhiyyah * * Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang Islam yang beriman dengan keimanan yang sebenar, dia hanya mengambil Allah SWT sebagai IIlah. Dia tidak meletakkan Allah SWT bersama-sama yang lain sebagai Illah. Allah SWT sahaja sebagai pujaan dan Dia sahaja yang layak disembah.
* Maksud Illah ialah sesuatu yang dipuja dan disembah.
Segala ibadat. seperti solat, puasa dan zakat, semuanya dilakukan oleh hambaNya yang hanya ikhlas kerana Allah SWT semata-mata dan kita tidak boleh mengabdikan diri atau sujud kepada selain daripada Allah SWT. * * Tauhid Asma’ Wassifat Tauhid Asma’ Wassifat membawa maksud mengesakan Allah SWT dari sudut segala namaNya dan sifatNya. Hanya Allah SWT yang layak bersifat dan memilih sifat kesempurnaan. Untuk itu kita wajib dan diwajibkan mempercayai dan beriman dengan segala nama dan segala sifat Allah SWT sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran.
Firman Allah SWT ;
Maksudnya: * ”(Dia) Pencipta langit dan bumi. dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan - pasangan (itu pula), dijadikanNya kamu berkembang biak dengan jalan itu. tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat” . * Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa keyakinan dan keimanan kepada Allah SWT bermaksud :
* Membenarkan dengan yakin akan wujudNya Allah SWT,
* Membenarkan dengan yakin akan keesaan Allah SWT, baik dalam perbuatanNya menjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat setiap makhlukNya, * Membenarkan dengan yakin bahawa Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, suci daripada segala kekurangan dan suci juga daripada menyerupai segala yang baharu. * Membenarkan dengan penuh keyakinan dan keinsafan yang perlu diinterpretasi dan dibuktikan melalui amalan dan perbuatan harian makhlukNya sama ada dari segi perbuatan, perkataan dan juga hati sanubari. * Syahadah yahādah ( ,)الشهادةatau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keEsaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad sebagai RasulNya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan rukun pertama di dalam Rukun Islam. Apabila diucapkankan, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan dirinya sebagai penganut baru agamaIslam. Mengucapkan Kalimah merupakan satu amalan kebaikan paling besar disisi Allah, dan tidak mengucapkannya merupakan kemunkaran paling besar disisi Allah. Segala dosa akan diampunkan olah Allah bagi yang mengucapkannya dan bermula dia mengakui Allah sebagai tuhan untuk ditaati dan mengikut cara yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w * Teks bahasa Arab: * ال إله إال هللا محمد رسول هللا * Transliterasi: * LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH. * Terjemahan ke bahasa Melayu * Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah. * Pengucapan Syahādah perlu dilakukan dengan jelas, selain pengucap perlu mengucapnya secara jujur dan ikhlas dalam bahasa Arab, pengucapan perlu dilakukan di hadapan dua orang saksi Muslim. * Biasanya frasa ' أشهد أنašhadu 'an = "Saya bersaksi bahawa" ditambahkan di awal kedua-dua Syahadah. Bagi seseorang yang belum Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam. * Syarat bagi sahnya syahadah adalah: * Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan. * Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut- turut (tanpa diselangi perbuatan lain) * Mamahami makna kedua-duanya mengikut bahasa yang difahami. * Mentaati perintah Allah dengan cara diamalkan Nabi Muhammad saw. * Menggunakan perkataan "asyhadu" ( )ُﺃَﺷْﻬَﺪpada keduanya. * Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya. * Menunaikan Hak Syahadah * Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib baginya menunaikan Hak Kalimah Syahadah. Hak kalimah adalah 'amar maaruf nahi munkar' mengajak kebaikan dan mencegah kemunkaran iaitu untuk disampaikan kepada mereka yang belum mengucapkan kalimah (orang belum Islam) dengan mengajak mereka mengucapkan kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah dan sesama orang Islam diingatkan tentang maksud Kalimah dan diajak taat segala perintah Allah dalam setiap aktiviti sehariannya khususnya dalam Dakwah dan Solat. * Syahadah juga merupakan Rukun Pertama Islam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat di Mekah sebelum datang perintah atau Rukun Islam kedua iaitu Solat. * Setiap insan yang lahir samada dari azalinya memang beragama Islam secara keseluruhannya (Kaffah), yakni kelahirannya dalam keluarga yang ibu bapanya mengamalkan syariat Islam ataupun bagi mereka yang asalnya datang dari keluarga bukan Islam, lalu memeluk Islam samada keseluruhan ataupun dirinya sendiri, perlu menunaikan hak-hak Islam dengan sempurna serta ia akan dipertanggungjawabkan dalam saksinya itu (syahadah) yang dilafazkan sepanjang tempoh kehidupannya. * RUKUN SYAHADAH * Menurut Ulama’ Usuluddin Rukun Syahadah ada 4, iaitu: * 1. Menetapkan zat Allah 2. Mengakui zat dan sifat Allah adalah paling sempurna 3. Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak sama dengan perbuatan makhluk 4. Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah SAW sahaja yang benar * SYARAT SYAHADAH * 1. Menyebut atau mengucapkan kalimah Syahadah (diucapkan dengan lidah) 2. Meyakini dalam hati maksud syahadah iaitu meyakini hak-hak Allah dan Rasul 3. Jangan ada di dalamnya syak, zann dan waham (50 – 50 percaya, 70 – percaya dan 30 tidak atau 70 – tidak percaya dan 30 percaya) 4. Beramal dengan apa yang diyakini, dan menolak segala sesuatu yang merosakkan syahadah * IMPLIKASI SYAHADAH YANG SEBENAR * 1. Kesan Dunia – Memberi kebahagiaan sepanjang hidup dan tidak akan tersesat 2. Kesan Akhirat – Akan membawa syahadah bila bertemu Allah dan Allah akan bertanya kalimah tersebut di alam barzakh sehingga ke padang Mahsyar. 3. Menentukan kebahagiaan kehidupan di akhirat 10 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH * 1. Menyekutukan Allah dengan segala sesuatu 2. Bertawakal kepada makhluk (bergantung nasib kepada makhluk, sedangkan konsep sebenarnya hanya boleh bergantung kepada Allah taala sahaja) 3. Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya dan tidak mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya 4. Yakin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada sistem Islam 5. Mencaci Nabi dan Sunnahnya 6. Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan 7. Menenung nasib dan bermain sihir 8. Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam 9. Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa- apa 10. Menolak sebahagian daripada al-Quran dan menerima sebahagian al-Quran * Rukun Iman * Rukun Iman ada enam (6) perkara : * (1) Beriman kepada ALLAH SWT (2) Beriman kepada Malaikat-malaikat (3) Beriman kepada Kitab-kitab (4) Beriman kepada Rasul-rasul (5) Beriman kepada Hari Kiamat (6) Beriman kepada Qada dan Qadar * 1 ) BERIMAN KEPADA ALLAH SWT * Beriman kepada Allah s.w.t merupakan Rukun Iman yang pertama, yang menjadi dasar keimanan seseorang itu. Beriman kepada Allah s.w.t beerti wajib mempercayai Allah s.w.t itu ada, Ia Maha Berkuasa, Maha Mencipat dan Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit, di udara, di muka bumi dan juga di lautan. Dia adalah Maha Esa, yakni tunggal dan tidak menyerupai dan tidak diserupai oleh sesuatu. * Seperti firman-Nya yang bermaksud : * "Katakanlah wahai Muhammad, bahawa Allah itu satu. Allah tempat segala makhluk bergantung. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak sesiapapun yang setara atau seumpama dengan Allah." * *2) BERIMAN KEPADA MALAIKAT *Beriman kepada malaikat beerti wajib bagi setiap orang Islam mengetahui bahawa malaikat adalah makhluk yang Allah s.w.t jadikan daripada cahaya dan boleh berupa berbagai bentuk, tidak bersifat seperti sifat manusia.
*Malaikat juga menjalankan perintah Allah s.w.t
dengan taat dan patuh. Jumlah malaikat adalah terlalu banyak dan kita sebagai umat Islam wajib mengetahui 10 daripadanya. Nama MalaikatTugasnya *Jibril- Menyampaikan wahyu *Raqib - Mencatat amalan keburukan *Atib - Mencatat amalan kebaikan *Izrail - Mengambil nyawa *Mikail - Menurunkan rezeki *Israfil - Meniup sangkakala *Mungkar - Menyoal orang mati *Nankir - Menyoal orang mati *Malik - Menjaga neraka *Ridzuan - Menjaga syurga * 3) BERIMAN KEPADA RASUL * Beriman kepada Rasul dan Nabi merupakan rukun Iman yang ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah s.w.t telah mengutuskan para Rasul dan Nabi kepada manusia di dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di dunia dan di akhirat. Jumlah Nabi dan Rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang. * 4) BERIMAN KEPADA KITAB * Beriman kepada kitab Allah bererti kita wajib beriktikad dan yakin dengan sebenar-benarnya bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mempunya beberapa kitab suci yang merupakan firman Allah s.w.t yang hakiki. Diturunkan melalui wahyu yang disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Sejak Zaman Nabi Adam a.s sehinnga kepada Nabi Muhammad s.a.w, jumlah kitab suci yang diturunkan adalah sebanyak 104 iaitu 100 buah suhuf dan 4 buah kitab suci. * Senarai kitab dan penerimanya : * Taurat - Nabi Musa a.s * Zabur - Nabi Daud a.s * Injil - Nabi Isa a.s * Al-Quran - Nabi Muhammad s.a.w Nabi-nabi yang menerima suhuf : * Nabi Syits - 50 suhuf * Nabi Idris - 30 suhuf * nabi Ibrahim - 10 suhuf * Nabi Musa - 10 suhuf * Al-Quran merupakan penutup segala kitab. Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tidak akan ada lagi kitab suci lain selepas Al-Quran. * 5) BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT * Percaya kepada hari akhirat ialah kita wajib beriktikad dan meyakini bahawa akan adanya hari akhirat atau hari kiamat (pembalasan) di mana pada hari itu semua manusia akan dibangunkan kembali di padang Mahsyar untuk menerima hukuman berdasarkan segala amal perbuatan mereka semasa mereka hidup di muka bumi Allah s.w.t ini. * Tanda-tanda kecil akan kedatangan hari akhirat : * Sedikit orang alim dan banyak orang jahil. * Perempuan lebih ramai daripada lelaki. * Urusan agama ditakbir oleh orang yang bukan ahli. * pelacuran dan maksiat berlaku dengan meluas. * Minum arak dan benda yang memabukkan menjadi kebanggaan. * Orang miskin menjadi kaya, membina bangunan dan gedung tinggi mencakar langit. * Banyak berlaku gerak gempa. Tanda-tanda besar : * Keluar dajjal merosakkan agama. * Keluar binatang yang dipanggil Dabbatul Ard merosakkan manusia. * Keluar Yakjuj dan Makjuj. * Hilangnya al-Quran dari mashafnya. * Terbit matahari dari sebelah barat. 6) BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR * Beriman kepada qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t. * Erti Qadar : * Ketentuan yang mesti berlaku atas tiap-tiap makhluk, sesuai denag batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t sejak azali lagi sama ada yang baik atau buruk. * Qadar ada dua jenis iaitu : * Berupa aturan atau perjalanan alam ini. * Berupa untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk lain. * Erti Qada : * Ialah pelaksanaan Allah s.w.t terhadap apa yang telah ditetapkan sejak azali lagi. PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
* Mensyirikkan Allah s.w.t, iaitu menduakan Allah dengan yang
lain serta bertawakkal dan bergantung kepada yang lain selain daripada Allah s.w.t seperti menyembah berhala. * Menafikan segala nikmat sama ada yang nampak atau tidak nampak adalah kurnian daripada Allah s.w.t ataupun ciptaan Allah s.w.t. * Melakukan perbuatan yang dilakukan dalam amalam keagamaan lain, yang bertentangan dengan ajaran Islam. * Mengubah hukum Allah s.w.t iaitu, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. * Menolak atau mengubah al-Quran dan hadis. Yakni tidak mahu beiman kepada Nas al-Quran dan sunnah ataupun ingkar terhadap perintah Allah s.w.t dan menafikan kebenaran. *