Rodhiyah Binti Abdul Hamid Latar belakang Beliau merupakan seorang bekas guru. dilahirkan pada15 Oktober 1957. Merupakan seorang penulis Amerika danpensyarah dalam bidang pendidikan, keibubapaan, dan tingkah laku manusia Banyak menulis dan bercakap tentang tingkah laku individu, pendidikan dan keibubapaan. Beliau banyak berdebat dalam aspek-aspek pendidikan terutama tentang sistem disiplin dalam pendidikan abad ke-21. Keutamaan Kohn ialah membina bilik darjah yang penyayang, prihatin dan menyokong murid-murid untuk meneroka topik atau PdP yang diminati mereka dengan mendalam. Beliau menekankan pendekatan penglibatan sepenuhnya oleh murid di dalam bilik darjah dan menolak pendekatan yang menggunakan ganjaran dan hukuman
memberi kesan negatif kepada murid seperti hilang
kepercayaan, bersikap menghindari dan menunjukkan tingkah laku yang berfokuskan ganjaran. Model Beyond Discipline
Menekankan pembentukan bilik darjah sebagai satu
komuniti di mana murid berasa disayangi dan saling menyayangi antara satu sama lain. Murid-murid bertindak dan berfikir sebagai satu kumpulan, mempunyai rasa saling berkait antara satu sama lain. Murid-murid akan berasa selamat di dalam bilik darjah bukan sahaja dari segi fizikal malahan emosi juga Guru bukan sekadar menetapkan peraturan bilik darjah sebaliknya guru perlu memikirkan tujuan peraturan itu diadakan. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru dalam menetapkan peraturan di dalam bilik darjah:
1. Tujuan : menjaga keselamatan dan hak murid di dalam
bilik darjah. 2. Sekatan : elakkan peraturan yang terlalu banyak sekatan. 3. Fleksible : peraturan boleh diubah mengikut waktu dan keperluan murid. 4. Sesuai dengan perkembangan murid : beri lebih kebebasan berfikir kepada murid dewasa berbanding murid yang muda. 5. Cara penyampaian : arahan diberi secara berhemah dan tidak menjatuhkan maruah murid. 6. Penglibatan murid : minta pendapat murid dalam menyelesaikan masalah di dalam bilik darja