Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

BAB 6

ISU-ISU SEMASA DAN


CABARAN MASA DEPAN
1) DUNIA BERBILANG TAMADUN

• Pengajaran untuk Tamadun Barat daripada Tamadun Islam dan Tamadun


Asia:
i. Masyarakat timur memiliki pengalaman beratus tahun hidup bersama
dengan harmoni walaupun berlatarbelakangkan tamadun-tamadun
yang berbeza.
ii. Bertunjangkan nilai toleransi dan persefahaman
iii. Barat perlu sedar dan ikuti bukan bersikap mendominasi
2) CABARAN GLOBALISASI
• Globalisasi merujuk kepada aliran bebas sumber ekonomi dan faktor-
faktor pengeluaran merentasi sempadan dan kedudukan geografi
negara, dan mewujudkan ekonomi dunia yang semakin bersepadu.

• Ia beransur-ansur menjadikan dunia satu entiti bersepadu atau


negara tanpa sempadan.

• Dengan kata lain, globalisasi adalah satu proses yang menjadikan


dunia seolah-olah mengecil seperti sebuah perkampungan global.

• Globalisasi merujuk kepada peralihan ke arah ekonomi dunia yang


lebih bersepadu dan saling bergantung serta kesannya terhadap
politik, sosial, gaya hidup, ekonomi, dan lain-lain.
Sistem
komunikasi yang
semakin canggih
dan murah
Penubuhan Kebangkitan
organisasi syarikat
antarabangsa transnasional

Penambahbaikan Punca Kemunculan


pengangkutan Globalisasi masalah global
[Kesan Positif Globalisasi]

• Meningkatkan kemakmuran dan peluang ekonomi, pasaran yang


berkualiti
• Ketinggian tahap politik dan kebebasan ekonomi dalam bentuk demokrasi
• Kualiti Hidup: meningkatkan taraf hidup - pengurangan taraf kemiskinan
• Meningkatkan jangka hayat manusia
• Penyelesaian dalam Sains & teknologi: Peningkatan produk saintifik,
penciptaan penyelesaian kepada masalah sains dan teknologi.
• Perkongsian Bijak: Perkongsian dan persahabatan dengan negara-
negara lain. Ia memberikan kestabilan dan keselamatan kepada negara-
negara yang ingin kekal aman dan makmur
• Meluaskan peluang pekerjaan
• Meningkatkan mobiliti sosial
[Kesan Negatif Globalisasi]

• Peningkatan kerosakan alam sekitar


• Peningkatan taraf kemiskinan, ketidaksamaan, kezaliman
• Hakisan budaya tradisional
• Syarikat-syarikat didorong oleh keuntungan
• Perkembangan ekonomi global yang membawa kepada ketegangan
kaum, agama, dan puak yang membawa kepada peperangan dan
keganasan
• Syarikat-syarikat membentuk dasar politik negara-negara (cth:
overfishing)
[Konsep Dominasi Barat / Hegemoni]
• Penguasaan / Hegemoni bermakna penguasaan dan kawalan satu kumpulan ke atas
kumpulan lain samada melalui ancaman dan kekerasan atau tidak.
• Objektif Dominasi/Hegemoni Barat: Untuk mengembalikan idea hegemoni (dalam
aspek politik, ekonomi, budaya, media, sosial, intelektual, ketenteraan, pendidikan,
undang-undang dan lain-lain) ke arah kumpulan dominan sehingga mereka menerima
dan mengaplikasikan dalam konteks kehidupan mereka.

Kebendaan

Budaya Politik

Dominasi
Barat

Meidia Ekonomi
Impak Budaya Kebendaan Barat
• Cabaran tamadun Islam dan tamadun Asia masa kini ialah arus globalisasi kebudayaan
kebendaan tamadun Barat moden.

• Impak dunia Barat hampir menghilangkan ciri-ciri jatidiri seseorang Islam atau Asia sama ada
di peringkat individu, budaya dan tamadun

• Dunia kini seolah-olah sebuah dunia Barat yang besar yang bersifat hegemoni dengan
memperlihatkan identiti tamadun Barat.

• Pengaruh Barat ke atas dunia berpunca daripada sejarah penjajahan yang memberi kesan
kepada masyarakat Islam dan Asia dari aspek ekonomi, institusi politik dan nilai budaya.

• Kesannya, tamadun Barat dijadikan piawai utk menilai pencapaian ketamadunan manusia
dan keadaan ini memperkukuhkan dominasi Barat.

• Walaupun negara2 Islam dan Asia telah merdeka, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi
penjajah masih ketara.
Dominasi Politik
– Terdapat negara yang dikatakan merdeka tetapi masih
terikat dengan telunjuk Barat / negara kuasa besar
dalam membuat keputusan politik.

– Dasar penguasaan di kalangan negara-negara Barat


(Amerika Syarikat) ke atas negara-negara bukan barat
(cth: Dasar berat sebelah dalam kuasa tentera aspek-
nuklear, biologi dan senjata kimia).

– Keadaan ini mencerminkan kuasa politik untuk


menguasai dunia.
• “Kuasa Veto” Majlis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
merujuk kepada kuasa veto yang dipegang oleh lima kuasa
besar anggota tetap Majlis PBB Keselamatan (China, Perancis,
Rusia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat) yang
membolehkan mereka untuk mengelakkan penggunaan mana-
mana draf resolusi Majlis yang hakiki, tanpa mengira tahap
sokongan antarabangsa bagi draf tersebut.
– Namun begitu, keputusan-keputusan yang dibuat dipengaruhi
oleh USA yang mempunyai kepentingan. Malah USA
adakalanya bertindak sendirian dgn membelakangkan Majlis
Keselamatan PBB seperti pengeboman ke atas Sudan dan
Afghanistan (1998) dan Iraq (2003).
– USA menganggap diri sebagai ‘polis dunia’ dan terlibat dalam
persengketaan wilayah dan negara seperti yang berlaku di
Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, dll.
– Ini menunjukkan USA mendominasi kuasa politik dunia kerana
memiliki kekuatan ketenteraan dan tiada negara pesaing
setelah Soviet Union berpecah pada 1991.
Dominasi Ekonomi
– Pada zaman penjajahan, penjajah barat mendominasi sumber semulajadi wilayah
jajahan.

– Kini syarikat-syarikat multinasional dari Barat menguasai perdagangan


antarabangsa dgn mendominasi sumber alam, perindustrian, sains dan teknologi
dan juga sistem kewangan.

– Pola dominasi ekonomi ini disokong oleh institusi seperti International Monetary
Fund (IMF), World Bank, World Trade Organisation (WTO).

– Negara-negara membangun dan miskin sekadar memenuhi keperluan sumber


tenaga manusia untuk mencapai kepentingan Barat.

– Inilah kesan perdagangan bebas dan tanpa sempadan (economic globalisation)


yang didominasi Barat.
– Contoh situasi dominasi ekonomi:
i. Mengawal dunia melalui dasar ekonomi mereka atau agenda
Liberalisasi Pasaran (Market Liberation). Contoh: Perjanjian
Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement).

ii. Sistem Perbankan Antarabangsa seperti International Monetary Fund


(IMF) dan Bank Dunia (World Bank) memberi wang ke Indonesia,
Mexico, Korea.

iii. USA menguasai matawang dunia dengan meletakkan US Dollar


sebagai kayu pengukur untuk matawang kewangan dunia.
Dominasi Media
– Melalui teknologi komunikasi dan maklumat, Barat mendominasi penyebaran
berita antarabangsa.
– Media cetak dan elektronik kini dikuasai syarikat besar dunia seperti CNN,
BBC, Bloomberg, Reuters dll.
– Mereka yang menentukan bagaimana suatu berita diolah dan disebarkan
kepada masyarakat dunia.
– Malah sesuatu peristiwa yang berlaku sering dipesongkan atau
dimanipulasi atas tujuan atau kepentingan tertentu seperti melabelkan
pejuang Islam sebagai pengganas / terrorist bagi menjatuhkan maruah
orang Islam dan agama Islam.
– Ia dipanggil sebagai neo-kolonialisme ke arah negara-negara Islam (versi
baru penguasaan yang dipromosikan oleh Barat).
– Istilah Islamofobia timbul.
– Siri hegemoni untuk menakluk dan meluaskan kuasa dengan menyerang
Afghanistan, Iraq, Iran dan lain-lain
– Contoh situasi dominasi media:
i. Dominasi dari segi ICT dan Bahasa - dalam usaha untuk menjadi
taraf antarabangsa, kita harus mengakui bahasa Inggeris sebagai
bahasa antarabangsa pengantar.

ii. Melabel Islam sebagai rangkaian keganasan melalui saluran "CNN-


Cable New Rangkaian" dan penyiaran antarabangsa.

iii. Menyebar idea bahawa Islam adalah pengganas, keganasan,


pelampau, fanatik, radikal, tidak bertolak ansur (cth: Tragedi World
Trade Center (WTC) pada 11 September 2001)
Dominasi Budaya
– Barat khususnya USA sememangnya telah mendominasi budaya dunia
terutama dalam dunia hiburan.

– Gaya hidup Barat berteraskan hedonisme melalui filem, muzik, nyayian,


kartun telah tersebar luas ke seluruh dunia.

– Rancangan-rancangan televisyen seperti American Idol telah ditiru oleh


kebanyakan stesen tv.

– Jenama-jenama Barat seperti McDonalds, Levi’s, Pepsi dll menjadi


sebahagian gaya hidup global.
– Contoh situasi dominasi budaya:
i. Menggalakkan falsafah hedonistik dan materialisme sebagai satu
cara hidup seperti Skinhead, Black Metal, Sekularisme, Atheisme,
Punk, K-Pop dan lain-lain.

ii. Menggalakkan hak asasi manusia dan demokrasi menurut versi


Barat (cth Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender-LGBT)

iii. Meniru segala-galanya daripada Barat sebagai gaya hidup mereka


contohnya 4F (Food, Fun, Fashion, Film) sehingga mengabaikan
bahasa ibunda dan aspek rohani, tabiat merokok, minuman keras,
homoseksual & gaya hidup bebas.
3) TEORI PERTEMBUNGAN TAMADUN
• Pada tahun 1989, Francis Fukuyama mengemukakan teori ‘The End of History’
yang menyatakan dunia akan menjadi homogeni (dunia berada di bawah satu
gagasan pemikiran liberalism dan demokrasi Barat) dengan dicirikan oleh
pemikiran liberalism dan demokrasi Barat setelah keruntuhan Komunisme.
• Menurutnya, liberalism dan demokrasi ala Barat akan mencorakkan hala tuju
sosial, ekonomi dan politik seluruh dunia.
• Pada tahun 1993, Samuel P. Huntington menjangkakan akan berlaku
pertembungan antara tamadun Barat dengan tamadun-tamadun lain.
• 3 andaian Huntington:
a) Selepas perang dingin, perbezaan paling ketara antara masyarakat ialah
budaya bukan ideology, politik dan ekonomi.
b) Tamadun merupakan entiti budaya yang terbesar, konflik akan timbul
menerusi perbezaan budaya.
c) Perbezaan yang wujud antara tamadun merupakan isu utama agenda
antarabangsa.
• Perang terhadap keganasan oleh USA dan sekutunya membuktikan kebenaran
• Teori konflik tamadun antara Barat-Islam semakin kelihatan reallitinya
selepas peristiwa 11 September 2001.
• Impak Peristiwa 11 September:
− 11 September 2001 adalah kemuncak konflik antara Islam dan Barat
− Menyemarakkan konflik Barat-Islam
− Perasaan curiga terhadap Islam (Islamophobia) telah melanda hampir
seluruh dunia
− Di negara-negara Barat seperti Amerika, Eropah dan Australia, banyak
masjid-masjid telah dibakar dan orang-orang Islam menerima pelbagai
diskriminasi.
− Banyak pergerakan Islam di seluruh dunia telah dianggap pengganas oleh
Amerika (cth: perjuangan rakyat Palestin, Kashmir dan Chechnya di tanah
air mereka dikatakan perbuatan pengganas)
− Operasi ketenteraan USA di Iraq dan Afghanistan dikatan operasi
memerangi keganasan dan dilihat sebagai kesinambungan konflik Barat-
Islam
− “whether you’re with the West or the rest” – George W. Bush (ketika
meminta negara-negara lain di dunia menyokong operasi ketenteraan
4) DIALOG PERADABAN
• Situasi politik dunia dan konflik berterusan membawa kepada pemikiran – kekerasan
tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk
mewujudkan dialog antara tamadun.

• PBB telah mengisytiharkan 2001 sebagai Tahun Dialog Peradaban atas cadangan
Presiden Iran Mohammad Khatami.

• Terdapat ketidakadilan dan penindasan dalam hubungan antara tamadun hari ini.
Permasalahan yang diwarisi perlu diatasi secara dialog bukan keganasan dan
konfrontasi.

• Manusia perlu sedar setiap agama, budaya dan tamadun mengandungi nilai dan
pandangan semesta mengiktiraf kesatuan, kejujuran, keamanan, maruah dan
kebebasan. Melalui dialog pastinya dapat menentang dominasi oleh pihak tertentu
terutama kuasa Barat.
• Melalui dialog segala kemelut dalam kalangan manusia dapat diatasi
seperti isu perpaduan, peperangan, alam sekitar, pergolakan politik,
rasuah, dan sebagainya.

• Dialog ini penting untuk mengatasi salah faham, prejudis, jurang


komunikasi dan juga konfrontasi.

• Masalah-masalah ini tidak dapat diatasi melalui konflik atau keganasan,


sebaliknya melalui persetujuan bersama dan kefahaman antara satu
sama lain.

• Oleh itu, dialog peradaban/antara tamadun adalah penting.


[Dialog antara Tamadun di Malaysia]
• Melibatkan golongan etnik yang berlainan budaya.

• Melalui dialog akan menyuburkan rasa penghargaan,


pemahaman dan penerimaan akan hakikat kepelbagaian
tamadun, budaya dan agama.

• Antara perkara yang perlu diambil perhatian:


– Persefahaman antara kaum yang berasaskan nilai budaya dan
tamadun sepunya
– Rukun negara sebagai asas tamadun Malaysia
– Mengambil kira kepercayaan dan amalan setiap budaya dan tamadun
di Malaysia
• Antara kepentingan dialog peradaban di Malaysia:
– Memupuk semangat perpaduan
– Elakkan perselisihan
– Mencari titik persamaan
– Menghargai budaya yang berbeza
– Bersatu menentang budaya negatif asing
– mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri
Langkah Memperkembangkan Dialog Peradaban di Malaysia:
– Peranan media massa
– Peranan institusi pendidikan
• Kursus kenegaraan
• Pengajian ilmu peradaban
• Wujudkan sekolah wawasan
– Peranan badan-badan bukan kerajaan
• Wujudkan rukun negara, persatuan penduduk, program muhibah
– Peranan pemimpin agama dan masyarakat
• Mengadakan ceramah kesedaran
• Penekanan melalui khutbah
• Aktiviti gotong royong
5) PEMUPUKAN NILAI-NILAI SEPUNYA
• Dialog patut diadakan di semua peringkat: sekolah, universiti,
pertubuhan.

• Media cetak dan elektronik seharusnya mengenengahkan isu-isu


peradaban.

• Pengajian Tamadun Islam dan Asia mesti dimasukkan ke dalam


kurikulum di peringkat sekolah.

• Dipraktikkan dalam kehidupan berbilang kaum, budaya dan agama;


bergaul, berkenalan, kegembiraan dan kedukaan.

• Halangan dialog; terdapat pihak tidak bersetuju, fanatik.


• Dialog antara masyarakat Islam dan Asia penting kerana masyarakat Islam
dan Asia harus mencari kata sepakat sesama sendiri antara tamadun Islam,
Melayu, Cina dan India.

• Ini kerana mereka mempunyai persamaan antara agama, budaya dan


tamadun masyarakat Timur.

• Setiap agama menekankan kebaikan sesama manusia, memuliakan


manusia dan kebebasan manusia.

• Masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama hendaklah bergaul


dan memahami antara satu sama lain. Dengan ini, sensitiviti sesebuah
kaum dapat dipelihara.

• Kaum yang berlainan adat resam juga dapat mempelajari adat resam
kaum-kaum yang lain selagi tidak melanggar perintah agama mereka.
6) ISU-ISU DALAM DIALOG TAMADUN

• Isu-isu yang perlu disentuh dalam dialog-dialog tamadun ialah:


1. Keganasan dan ketidakadilan – ini berpunca daripada kegagalan beberapa pihak
untuk mencapai persamaan dan kata sepakat dalam rundingan.

2. Perebutan kuasa politik dan ekonomi – perebutan sumber-sumber ekonomi seperti


perebutan telaga minyak di Teluk Parsi.

3. Kejahilan tentang tamadun lain – gagal memahami atau melihat tamadun lain dari
sudut sendiri (ethnocentric).

4. Layanan buruk/diskriminasi – layanan buruk dan diskriminasi ini menyebabkan tindak


balas yang buruk.
• Kebencian, kecurigaan dan keganasan bukan sahaja ditolak oleh
Islam, malah hampir semua agama-agama di dunia.

• Jika kesefahaman bersama dapat dicapai, maka jurang yang


wujud itu akan dapat dikurangkan ataupun dirapatkan demi
masa depan manusia yang lebih baik.

• Pilihan yang diberikan kepada masyarakat antarabangsa adalah


samada mencapai kesefahaman bersama untuk keharmonian
sedunia ataupun terus bertelingkah untuk selama-lamanya.

You might also like