Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

FRASA KERJA

Frasa kerja ialah perkataan atau sederetan


perkataan yang digunakan untuk
menggambarkan perbuatan , sama ada
melibatkan pergerakan atau tidak,
oleh manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak.
Ia adalah antara empat kategori frasa yang
terdapat dalam bahsa melayu.
Frasa kerja (FK) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu ia boleh
didahului oleh kata bantu (aspek dan ragam). Contoh FK yang didahului oleh
kata bantu ialah :

1. Contoh:
a. akan tidur
b. sedang menonton televisyen
c. hendak makan
d. suka membaca

Dalam (1), FK “akan tidur”, “sedang menonton televisyen” masing-


masing didahului oleh kata bantu aspek “akan” dan “sedang”. FK “hendak
makan” dan “suka membaca” pula masing-masing didahului oleh kata bantu
ragam “hendak” dan “suka”.
JENIS
FK boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu tak transitif dan transitif.
Perbezaan antara kedua-duanya ialah FK tak transitif tidak
mempunyai objek sementara FK transitif mempunyai objek. Perbezaan lain ialah
FK transitif boleh dipasifkan manakala FK tak transitif tidak.

FRASA KERJA TAK TRANSITIF


Contoh:
a. Bayi itu menangis.
b. Dia sudah keluar.
c. Mereka sedang bermain.

“Menangis” , “sudah keluar” dan “sedang bermain” ialah FK


tak transitif kerana masing-masing tidak mempunyai objek.
FK tak transitif tak berpelengkap

FK tak transitif tak berpelengkap ialah FK yang tidak memerlukan


sebarang unsur untuk menyempurnakan maksudnya. Contohnya :

a. Bayi itu menangis.

b. Dia sudah keluar.

c. Mereka sedang bermain.

Maksud ayat yang mengandungi FK tak transitif tak berpelengkap


“menangis”, “sudah keluar” dan “sedang bermain” sudah sempurna
walaupun tiada sebarang unsur mengiringi FK berkenaan.
FRASA KERJA TAK TRANSITIF BERPELENGKAP

FK tak transitif berpelengkap ialah FK yang memerlukan kehadiran unsur untuk


menyempurnakan maksudnya.

Contoh:

a. Siti menjadi guru.


b. Keadaannya beransur baik.
c. Dr Ali pergi ke Pulau Pinang.

Maksud ayat yang mengandungi FK tak transitif tak berpelengkap “menjadi”,


“beransur” dan “pergi” tidak akan sempurna tanpa unsur pelengkapnya, iaitu
“guru”, “baik” dan “ke Pulau Pinang”.

a. Siti menjadi.
b. Keadaannya beransur.
c. Dr Ali pergi.
Frasa Kerja Transitif

Frasa Kerja dengan Satu Objek

Binaan Frasa Kerja dengan


Objek

Frasa Kerja dengan dua objek


• Kami makan ayam goreng itu.
• Ayam goreng itu kami makan.

• Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya.


• Harimau itu ditembak oleh pemburu dengan senapangnya.

• Budak itu membaca buku.


• Buku dibaca oleh budak itu.

• Anaknya menghidangkan sedulang makanan.


• Sedulang makanan dihidangkan oleh anaknya.
• Saya menjawab surat itu.

• Mesin itu mengepam air.

• Dia tidak mengabaikan tugasnya.

• Filem itu sungguh menyeramkan (kami).

• Keputusannya amat menggembirakan (saya).

• Saya percaya peristiwa semalam sangat menakutkan anda.


• Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.
• Ahmad menghadiahi Ali buku.

• Wanita itu membeli baju untuk anaknya.


• Wanita itu membelikan anaknya baju.

• Dia mencarikan isterinya buah nangka.


• Dia mencari buah nangka untuk isterinya

• Ibu memasakkan tetamu makanan.


• Ibu memasak makanan untuk tetamu.
• Sultan menamai tempat itu Melaka.

• Dia menjadikan budak itu anak angkatnya.

• Sultan menamakan Melaka untuk tempat itu.

• Dia menjadikan anak angkatnya bagi budak itu.


FRASA KERJA DENGAN
AYAT KOMPLEMEN
Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa
yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang
dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat.
Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), frasa kerja sama ada
jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat
komplemen. Dalam binaan predikat, frasa kerja jenis ini
ditandai dengan penggunaan kata kata hubung bahawa, demi,
supaya, semoga dan untuk. Apabila keadaan sedemikian
berlaku, maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk.
• Frasa kerja transitif dengan ayat
komplemen
i. Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.
ii. Penulis itu mengesahkan bahawa dia telah memenangi peraduan mengarang
cerpen.
iii. Berita itu menyatakan bahawa semua penumpang terselamat.
iv. Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan komando.
v. Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat sampai ke
destinasi.
• Frasa kerja tak transitif dengan ayat
komplemen
i. Pak Abu berkata bahawa tetamu anaknya dari kota.
ii. Mereka berhujah bahawa projek itu dapat diselesaikan dalam masa dua
tahun.
iii. Penduduk kampung itu beranggapan bahawa penghulu mereka sudah
berpindah.
iv. Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung.
v. Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar.
Unsur keterangan dalam
frasa kerja
• Terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja dengan lebih
lanjut lagi.
• Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek.
• Unsur keterangan terdiri daripada.
Frasa sendi nama
Frasa nama
Frasa adjektif
Frasa nama dan kata adverba
contoh : Sungai Perak mengalir dengan tenangnya.
Rombongan pengantin itu tiba pada malam tadi.
Frasa keterangan terbahagi kepada 8
kumpulan
1) Keterangan tempat atau arah
2) Keterangan waktu
3) Keterangan cara
4) Keterangan tujuan atau harapan
5) Keterangan alat
6) Keterangan penyertaan
7) Keterangan hal
8) Keterangan bagai
Keterangan tempat atau arah

Unsur yang membincangkan lokasi terjadinya


sesuatu peristiwa yang bentuknya terdiri daripada
frasa nama.
Kata sendi nama : di, ke, dari, daripada, kepada,
pada
Contoh :
Mereka berasal dari Sabah
Adik terjun ke dalam laut
Tembakannya kena pada sasaran.
Keterangan waktu

Frasa sendi nama Frasa nama

pada, dalam, semalam / dua


sejak, hingga dekat yang lalu
Contoh : 1) Kuliah tamat pada pukul 4.00 petang.
2) Dia menyelesaikan tugasnya dalam masa 3 jam
3) peristiwa itu berlaku dua dekat yang lalu.
Keterangan cara

Frasa sendi nama mengandungi


Kata adjektif yang berfungsi kata sendi nama (dengan) diikuti
sebagai kata adverba. kata adjektif yang menerima
pembenda –nya.

Contoh:
- Kereta api itu bergerak laju. (KA berfungsi sbg Kadv)
- Bas itu bergerak dengan lajunya. (FS)
- pembahas itu berhujah dengan lantangnya. (FS)
Keterangan tujuan atau harapan

Unsur yang menerangkan maksud sesuatu


perbuatan atau kejadian yang bentuknya terdiri
daripada frasa sendi nama.
Kata sendi nama : demi, untuk, bagi
Contoh :
Kita berjuang demi keadilan undang – undang.
Mereka bertindak untuk kepentingan bersama.
Dasar baharu itu dilaksanakan bagi kesejahteraan
rakyat.
Keterangan alat

Unsur yang menerangkan perkakas atau benda


yang digunakan.
Bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama.
(dengan)
Contohnya :
Rombongan pelajar itu dating dengan bas.
Dia memukul ular itu dengan buluh.
Mereka menyeberangi sungai dengan rakit.
Keterangan penyertaan

Unsur yang menerangkan maksud ikut bersama


– sama yang bentuknya terdiri daripada frasa
sendi nama. (dengan)
Contoh :
Pelajar baharu itu dating dengan ayahnya.
Murid – murid melawat muzium dengan guru mereka.
Keterangan hal

Unsur yang menerangkan keadaan bentuknya


terdiri daripada frasa sendi nama.
Kata sendi nama : tentang, mengenai,
terhadap
Contoh :
Mereka sedang berbincang tentang perkara itu.
Jawatankuasa membuat teguran terhadap laporan
kewangan.
Keterangan bagai

 Unsur menerangkan keserupaan yang bentuknya terdiri


daripada frasa sendi nama.
 Kata sendi nama : seperti, bak, bagai, sebagai
 Contoh :
 Dia berlagak seperti pegawai.
 Muka tuan puteri bercahaya bak bulan purnama.
 Pasangan pengantin itu bagai pinang dibelah dua.
 Saya berperanan sebagai pembantunya.
SEKIAN TERIMA
KASIH…..

You might also like