Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PENAAKULAN MORAL OLEH

LAWRENCE KOHLBERG
PENGENALAN
 Teori yang dikemukakan oleh Lawrence Kohlberg ialah
lanjutan daripada teori Jean Piaget (ahli psikologi
Swiss) dan ahli falsafah John Dewey.
 Menurut Kohlberg, pada tahap perkembangan
tertentu, kanak-kanak akan mempelajari apa yang
betul dan apa yang salah.
 Daripada kajian beliau, Kohlberg (1983) menyarankan
tiga tahap utama perkembangan moral dan tiap-tiap
tahap boleh dibahagikan kepada dua peringkat.
 Seperti Piaget, Kohlberg juga berpendapat
penaakulan moral berkait rapat dengan
perkembangan kognitif seseorang individu walaupun
kadang-kadang tahap pemikiran kognitif seseorang
tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap
penaakulan moral seseorang.
3 TAHAP MORAL

1. PRA KONVESIONAL
2. KONVESIONAL
3. POS-KONVESIONAL
PRA KONVESIONAL
 Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran atau hukuman
yang akan diberikan akibat perlakuan tersebut
 Peringkat pertama di dalam tahap ini ialah orientasi
kepatuhan dan hukuman. Kanak-kanak akan mematuhi
peraturan atau mengikut arahan kerana takutkan
hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar
peraturan tersebut.
 Peringkat kedua pula ialah orientasi jangkaan individu.
Peringkat ini tingkahlaku didorong untuk memuaskan
kehendak sendiri. Sebagai contoh, ”Apa yang saya akan
dapat sekiranya saya melakukan kerja tersebut?”.
Kanak-kanak melakukan sesuatu kerana inginkan
sesuatu ganjaran
KONVESIOANAL

 Dalam tahap ini individu sudah mula


mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu
yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru dan
komuniti
 Dalam tahap ini, peringkat tiga ialah orientasi
perlakuan baik. Peringkat ini menunjukkan kanak-
kanak atau remaja mengaplikasi ukuran moral yang
telah ditetapkan oleh ibubapa, guru atau orang di
persekitaran. Mereka menghargai nilai kepercayaan
dan kepatuhan terhadap peraturan yang telah
ditetapkan. Mereka ingin dianggap sebgai anak yang
baik dan mengikut arahan.
 Peringkat empat ialah akur kepada sistem sosial dan
etika peraturan. Perlakuan atau penaakulan moral
berdasarkan peraturan, undang-undang dan
ketetapan yang telah ditetapkan oleh masyarakat.
Pada peringkat ini individu percaya terhadap
keutuhan undang-undang. Peraturan dan undang-
undang perlu dipatuhi untuk menjaga keselamatan
komuniti.
POS KONVESIONAL

 Merupakan tahap yang paling tinggi dalam


perkembangan moral kohlberg. Tahap ini
menerangkan bahawa individu mula meneroka
pilihan, memilih kaedah-kaedah yang lain di
dalam penaakulan moral. Mereka mula
mempunyai kod dan etika yang tersendiri
 Peringkat 5 di dalam tahap ini ialah etika
kontrak sosial dan hak individu di mana pada
peringkat ini individu mula berhujah mengenai
hak, nilai dan prinsip. Mereka menilai undang-
undang berdasarkan hak individu. Mereka
berpandangan bahawa unadang-undang sebagai
suatu yang fleksibel dan mempunyai alternatif.
 Peringkat yang keenam pula ialah etika prinsip
sejagat. Pada peringkat ini individu telah
memiliki kod-kod moral dan etika yang
memenuhi kehendak hak-hak individu sejagat.
Mereka mementingkan kesamaan hak kepada
semua individu dan menghormati maruah dan
pinsip individu lain.
APLIKASI TEORI
LAWRENCE KOHLBERG
PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK
 Guru dan ibubapa perlu mendidik anak-anak
dengan bersifat lebih ke arah untuk mendidik
dan bukan menghukum.
 Sebagai contoh, jika mereka melakukan
kesalahan, guru dan ibubapa hendaklah tidak
bersikap terburu-buru dengan memberikan
hukuman kepada mereka.
PERINGKAT PERTENGAHAN KANAK-KANAK
 Guru-guru boleh menerapkan nilai-nilai murni
pengajaran kurikulum dalam subjek
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
 Sebagai contoh, murid yang mempelajari adab
terhadap jiran dalam subjek pendidikan Islam
semasa di sekolah dapat menterjemah
kefahaman mereka melalui penerapan nilai-
nilai murni yang dipelajari di sekolah dengan
sentiasa berbuat baik terhadap jiran mereka.
PERINGKAT PERMULAAN PERKEMBANGAN
 Terdapat beberapa contoh kaedah yang boleh
dipraktikkan oleh ibubapa dalam membantu
perkembangan moral kanak-kanak
 Pertama, ibubapa boleh menjarakkan kasih
sayang (Love Withdrawal). Teknik ini di mana
ibubapa menjarakkan perhatian dan kasih
sayang terhadap anaknya seperti tidak
bercakap dan memberitahu bahawa kita
tidak suka terhadap perbuatannya.
 Sebagai contoh, “Umi tidak suka Alia buat
begini. Umi tidak mahu bercakap dengan
Alia sekiranya Alia berperangai sebegini.
 Kedua, ibubapa perlu menunjukkan kuasa
mereka sebagai ibubapa dan mengawal segala
tingkah laku mereka dan memberi hukuman
terhadap tingkah laku mereka yang salah.
 Contoh hukuman fizikal yang boleh digunakan
ialah seperti, merotan, mengugut, mendenda
atau menarik semula kemudahan yang telah
diberikan.
 Ketiga, ibubapa perlu mendorong kanak-kanak
untuk berfikir sebab dan menerangkan akibat
dari perbuatannya itu.
 Contohnya, “Mengapa Aiman memukul budak
itu?Apakah yang dia telah lakukan pada
Aiman?”. Ibubapa menerangkan tentang akibat
kepada perlakuan tadi dan membincangkan
sebab kenapa anaknya berkelakuan begitu.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like