Penulisan Akademik 1 Isu Trenda

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Isu dan Etika dalam Pelaksanaan

Saringan dan Diagnostik

Nama pembentang: Siti Nurizzati Atiqah Alias


: Nur Fatihah Anuar
Tanggungjawab Pihak Sekolah
• Pentadbiran ujian
1. Merupakan satu perlakuan untuk mengurus
atau bertindak sebagai agen dalam menjalankan
tugas sesebuah organisasi atau pemerintahan.
2. Kebolehtadbiran ialah ciri praktik yang merujuk
kepada kelicinan dan kerja-kerja susulan yang
dapat dijalankan dengan mudah dalam proses
pengujian dan pentaksiran sama ada secara
berpusat atau pentaksiran berasaskan sekolah
• Penskoran ujian
1. Didefinisikan sebagai proses pemberian skor
atau pemarkahan bagi jawapan yang betul
dan salah dalam ujian.
2. Bentuk-bentuk penskoran
a) penskoran objektif bergred
b) Penskoran analitikal
c) Penskoran holistik
Penskoran Objektif Bergred
• Memberikan skor yang penuh kepada respons
yang betul.
• Sekiranya respons tidak menepati ketetapan
tugasan skor akan diberikan pada peringkat-
peringkat yang tertentu dalam persembahan
respons
Penskoran analitikal
• Sesuai digunakan untuk respons yang agak
terhad dengan mengutamakan kejituan dan
ketepatan respons.
• Melaksanakannya dengan satu senarai semak
• Setiap satu isi akan ditentukan skornya
• Skor diberikan berdasarkan isi-isi repons,
calon tanpa mengambil kira respons secara
keseluruhan
Penskoran holistik
• Sesuai digunakan apabila banyak respons murid
perlu diperiksa terutama jenis item respons
terbuka
• Menggunakan pendekatan pemberian skor yang
mengambil kira mutu respons secara
keseluruhan berdasarkan satu piawai yang telah
ditetapkan
• Perkara yang harus dipertimbangkan untuk
menentukan piawai harus dikenal pasti dan
pelbagai tahap pencapaian dapat ditentukan
Pelaporan dan Tafsiran Keputusan
Ujian
• Pelaporan dan tafsiran keputusan ujian
merujuk kepada pelaporan dan penjelasan
tentang keputusan ujian yang diperoleh murid
• Pelaporan dan tafsiran yang baik amat dititik
beratkan memandangkan kemudahan tafsiran
merupakan salah satu ciri pentaksiran yang
baik
Kelayakan
Personel
Kelayakan Personel
• Merujuk kepada kebolehan pegawai atau kakitangan yang bertugas
mengendalikan ujian atau peperiksaan.
• Kebiasaannya guru mata pelajaran bertindak sebagai penggubal
soalan dan pemeriksa kertas jawapan murid
• Kelayakan personel yang mengendalikan ujian pada peringkat
sekolah ada tiga orang:
i. Guru besar-memberi arahan tentang tarikh penggubalan soalan,
tarikh pemeriksaan dan tarikh merekod markah
ii. Setiausaha peperiksaan- dilantik oleh guru besar untuk
memaklumkan tarikh penggubalan soalan, tarikh pemeriksaan
dan tarikh merekod markah
iii. Guru mata pelajaran-bertanggungjawab menggubal soalan,
memeriksa kertas jawapan dan merekodkan markah secara talian
atau melalui buku rekod kemajuan.
BIAS
BIAS
• Bias Dalam Penilaian Isu yang kedua ialah bias dalam
penilaian.
• Terdapat beberapa perspektif yang menjelaskan
tentang definisi bias dalam penilaian.
• Menurut Hambleton, Ronald dan Janne(1995), bias
adalah kewujudan kriteria-kriteria tertentu dalam
memberi kesan yang berbeza terhadap pencapaian
individu dengan kebolehan yang sama dari kumpulan,
etnik, jantina,budaya dan agama yang berbeza.
• Jika sesuatu item itu berfungsi berbeza kepada sesuatu
kumpulan dengan yang lain, ia secara terangan adalah
bias (Dorans dan Holland, 1993).
• Terdapat empat aspek yang dapat menjelaskan kewujudan
bias dalam penilaian iaitu item soalan ujian, penilaian
melalui pemerhatian, penilaian secara lisan dan penilaian
melalui penulisan.
• Aspek yang pertama ialah bias dalam item soalan ujian.
Menurut Zaubedah (2007)dalam kajiannya yang bertajuk
mengesan dif dalam item peperiksaan mata
pelajaranperdagangan sijil pelajaran malaysia (SPM)
sukatan pelajaran tingkatan empat menyatakan bahawa,
sesuatu item itu bias apabila seseorang individu yang sama
tahap kebolehan,daripada kumpulan yang berbeza tidak
mempunyai kebarangkalian yang sama untuk menjawab
item tersebut dengan betul.
• Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan bagi mengesan item-
item ujian yang bias atau tidak memihak kepada responden
mengikut jantina,lokasi sekolah, agama, bangsa dan linguistik.
• Jantina dan lokasi sekolah merupakan dua faktor yang sering
dikaitkan dengan kewujudan bias dalam item soalan. Item soalan
akan menjadi bias mengikut jantina apabila item soalan yang
dibinacenderung kepada satu jantina sahaja.
• Bias berlaku semasa penilaian melalui pemerhatian mungkin
disebabkan oleh persepsi guru terhadap pelajar dan guru hanya
menilai secara mata kasar. Persepsi guru akan mempengaruhi cara
penilaian atau pemarkahan dan mata kasar guru hanyalah
pandangan luaran sahaja yang tidak dapat membuktikan atau
menyatakan keadaan sebenar pelajar.
• Aspek yang seterusnya ialah bias dalam penilaian secara lisan. Penilaian
secara lisan adalah satu proses untuk mengumpul maklumat semasa
interaksi antara murid dengan guru, murid dengan murid atau murid
dengan bahan pengajaran.
• Tujuannya adalah untuk mengesan penguasaan pengetahuan,
pemahaman hasil pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara serta merta.
• Perkara yang dapat dinilai secara lisan ialah kefahaman konsep, kecekapan
mendengar, keyakinan, tahap pemikiran, pengetahuan fakta, kecekapan
mencongak dan penggunaan bahasa yang tepat.
• Bias dalam penilaian secara lisan berlaku di pengaruhi oleh persepsi guru
terhadap pelajar, kesukaran pelajar berbahasa dan ketakutan pelajar
terhadap guru.
• Kesukaran pelajar berbahasa akan menyebabkan guru memberi tanggapan
bahawa pelajar tersebut tidak mencapai tahap pemahaman yang baik
dalam sesuatu subjek.
• Terdapat sesetengah pelajar yang sukar untuk
menyatakan secara lisan disebabkan oleh
kelemahan dalam berbahasa.
• Tetapi kelemahan mereka berbahasa tidak
membawa maksud bahawa mereka langsung
tidakmemahami apa yang telah di ajar oleh guru.
• Selain itu, ketakutan pelajar terhadap guru juga
akan menjadi salah satu penghalang kepada
pelajar untuk memberi pendapat atau jawapan
mereka.
• Aspek yang terakhir ialah bias dalam penilaian melalui penulisan.
• Penilaian melalui penulisan adalah satu proses yang melibatkan
aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan.
Penilaian ini dianggap sebagai satu medium yang boleh dipercayai
dalam menilai pelajar kerana mempunyai hasil atau produk yang
dapat di lihat oleh guru.
• Perkara yang dapat di nilai secara penulisan bergantung kepada
tugasan yang diberi, tetapi secara umumnya terdapat beberapa
perkara yang dapat di nilai seperti kronologi penulisan, kreativiti
penulisan, susunan ayat atau penggunaan bahasa, kaedah atau
formula yang digunakan serta kekemasan.
• Persepsi guru terhadap pelajar akan menyebabkan penilaian ini
menjadi bias kerana cara pemarkahan guru dipengaruhi oleh
pandangan guru terhadap pelajar. Bias akan dapat menyebabkan
penilaian yang kurang baik atau tidak berkualiti terhadap pelajar.
• Apabila tahap bias terlalu tinggi dalam diri seorang guru, ia
akan menyumbang kepada faktor ketidakadilan dalam
penilaian yang mungkin akan menjejaskan prestasi pelajar.
• Bagi mengurangkan bias dalam penilaian, guru haruslah
mengambil beberapa langkah atau inisiatif untuk
mengurangkan bias dalam penilaian.
• Terdapat beberapa cadangan yang dapat guru laksanakan
bagi mengurangkan bias dalam penilaian iaitu guru perlu
bijak dan teliti dalam memilih item soalan ujian, gunakan
borang penilaian yang standard, buat penilaian berulang
kali dan kurangkan sifat bias dalam diri

You might also like