Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

SGDU5024

LEADERSHIP IN EDUCATION

KULIAH 4

ISHAK BIN SIN


PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
27 JANUARI 2019

1
PENGENALAN
• Kepimpinan Karismatik
• Kepimpinan Transformasional
– Keunggulan Pengaruh (Idealized Influence)(Atribut)
– Keunggulan Pengaruh (Idealized Influence)(Bahavior)
– Inspirasi Motivasi (Inspirational Motivation)
– Stimulasi Intelek (Intellectual Stimulation)
– Pertimbangan Secara Individu) Individual
Consideration
• Kepimpinan Servant (Berkhidmat)(Servant
Leadership)
2
1. KEPIMPINAN KARISMATIK

• Ciri-ciri peribadi individu yang berkualiti yang


membezakannya dengan orang biasa yang
mana ia dianggap sebagai orang istimewa
yang boleh dijadikan contoh teladan dan
mampu menarik orang lain menjadi
pengikutnya secara sukarela disebabkan
tarikan peribadi dan tingkah lakunya.

3
Kepimpinan Karismatik

• Berorientasikan pencapaian.
• Berkecenderungan menjadi orang yang
kreatif dan inovatif.
• Berinspirasi (inspirational)
• Mempunyai tenaga yang kuat.
• Berkeyakinan yang tinggi.
• Berkeinginan tinggi untuk mempengaruhi
orang lain.
4
Kepimpinan Karismatik

• Sanggup menanggung risiko.


• Berkecenderungan untuk mengasuh dan bertimbang
rasa.
• Mempunyai wawasan yang jelas.
• Sanggup berkorban demi orang lain.
• Sanggup berkongsi kuasa.

5
Kesan Kepimpinan Karismatik

• Mempunyai kesan ke atas emosi pengikut.


• Mampu mengubah keperluan, nilai, dan
aspirasi pengikut daripada untuk kepentingan
diri kepada kepentingan umum.

6
Questionnaire to measure Charismatic
Leadership
Conger, J. A. & Kanungo, R. N. (1994).
Charismatic leadership in organizations:
Perceived behavioral attributes and their
measurement. Journal of Organizational
Behavior, 15(5), pp. 439-452

7
2. KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL
Kepimpinan transformasional ialah satu gaya
kepimpinan di mana pemimpin bersama-sama
pengikut mengenal pasti perkara yang perlu dibuat
perubahan melalui pembentukan wawasan yang
bertujuan memberi arah tuju yang hendak dicapai
dengan cara memberi inspirasi berterusan kepada
pengikut supaya lebih komited. Ia juga bertindak
sebagai pembakar motivasi, semangat dan prestasi
kerja dengan mengikatkan pengikut dengan projek
supaya wujud rasa termilik, melalui tingkah laku
suri teladan, mencabar pengikut melaksanakan
kerja melalui kaedah baru, di samping melalui
tindakan memberi tugasan kepada pengikut
berdasarkan kebolehan masing-masing.
8
Kepimpinan Transformasional
• Memupuk motivasi dalaman pengikut.
• Membangkitkan kesedaran tentang moral.
• Mana-mana yang penting didahulukan.
• Membina nilai-nilai bersama dan standard etika.
• Menggalakkan pengikut bertindak demi
kepentingan organisasi.
• Mempromosikan kerjasama dan keharmonian
dalam organisasi.
• Mempengaruhi pengikut melalui hujahan.
• Memberi tujuk ajar kepada pengikut.
9
Kepimpinan Transformasional
• Terdapat EMPAT komponen. Yang dikenali sebagai the 4 I's
iaitu
• Keunggulan Pengaruh (Idealized Influence (II) - Pemimpin
bertindak sebagai suri teladan kepada pengikut. Dan
mengotakan janji yang diucapkan.
• Mencetus dan Membangkitkan Motivasi (Inspirational
Motivation (IM) - Berkebolehan memberi inspirasi kepada
pengikut.
• Pertimbangan Individu (Individualized Consideration (IC) -
Memberi perhatian secara perseorangan untuk mengenal
pasti keperluan dan memenuhkannya termasuk yang
berkaitan dengan psikologi.
• Merangsang Intelek (Intellectual Stimulation (IS) -
Pemimpin mencabar pengikut supaya lebih inovatif dan
kreatif.
10
1. Keunggulan Pengaruh (Idealized Influence)

“Jika anda percaya anda betul, maka


anda tidak perlu takut…”
• Yakin dengan visi.
• Bertanggungjawab terhadap segala tindakan.
• Mempunyai tujuan dan kepercayaan.
• Menekankan pencapaian.

11
...Keunggulan Pengaruh (Sambungan)

• Meletakkan piawai moral yang tinggi.


• Menjadi suri teladan (role model).
• Mempamerkan kebolehan luar biasa.
• Menunjukkan cara mencapai kejayaan.
• Menimbulkan keyakinan di kalangan orang
bawahan.
• Meraikan kejayaan pengikut.

12
...Keunggulan Pengaruh (Sambungan)

• Membangkitkan semangat untuk berjaya.


• Mewujudkan suasana keyakinan yang tinggi.
• Mengurangkan ketegangan.
• Mempamerkan semangat dedikasi yang tinggi.
• Tidak mementingkan diri sendiri.

13
2. Mencetus dan Membangkitkan Motivasi
(Inspirational Motivation)

“Jika anda cuba melakukan yang terbaik….”


• Menjelaskan keadaan masa depan.
• Melihat ancaman sebagai peluang.
• Meningkatkan harapan dan jangkaan.
• Menjelaskan misi.
• Menjajarkan matlamat individu dan organisasi

14
...Mencetus dan Membangkitkan Motivasi
(Sambungan)
• Menjadi contoh yang boleh diikuti.
• Mempamerkan kemahuan dan komitmen
yang tinggi untuk mencapai matlamat.
• Menjelaskan gambaran masa depan yang
boleh dicapai secara optimistik.
• Menjelaskan makna sesuatu tindakan.
• Mengukuhkan harapan.
• Membangkitan emosi pengikut untuk
menempuh cabaran.

15
3. Pertimbangan Individu (Individualized
Consideration)

“Saya memberi perhatian kepada masa


depan anda dan anda sebagai individu….”

• Cakna (Caring).
• Beri perhatian
• Empati.
• Sentiasa berusaha mengenali keperluan
individu.

16
...Pertimbangan Individu (Sambungan)

• Berusaha memenuhi keperluan individu.


• Menyediakan cabaran yang sesuai kepada
orang bawahan.
• Menyediakan peluang mempelajari sesuatu
kepada orang bawahan.
• Mendelegasi tugas kepada orang bawahan
dengan tujuan memperkembangkan potensi
mereka.

17
...Pertimbangan Individu (Sambungan)

• Memberi kerja berdasarkan kebolehan


individu.
• Menggalakkan perbincangan dua hala.
• Berinteraksi dengan pengikut secara individu.
• Sentiasa bersedia untuk berbicang dengan
orang bawahan.

18
4. Merangsang Intelektual (Intellectual
Stimulation)

“Jika anda menukar andaian anda,


mungkin…..”
• Menghargai keintelektualan seseorang.
• Menggalakkan imaginasi.
• Mencabar kaedah/idea/cara lama.
• Mempertikaikan status-quo.
• Menjana cara penyelesaian yang mudah.

19
...Merangsang Intelektual (Sambungan)

• Menggunakan hujah-hujah yang mantap dan


juga emosi dalam mempengaruhi orang
bawahan.
• Tidak mengkritik secara terbuka orang
bawahan yang melakukan kesalahan.
• Menggunakan contoh yang lampau untuk
menyelesaikan masalah semasa.

20
Kajian-kajian Kepimpinan Transformasional

Keith Leithwood (1994) membuat kajian


tentang kesan kepimpinan transformasional:
1. Kepimpinan transformasional mempunyai
kesan secara langsung ke atas prestasi
sekolah.
2. Kepimpinan transformasional mempunyai
kesan keatas psikologi guru iaitu kepuasan
kerja dan komitmen guru kepada
organisasi.

21
Questionnaires to measure Transformational
Leadership
Avolio, B. J., & Bass, B. M. (2004). Multifactor
leadership questionnaire. Manual and
sampler set (3rd ed.). Redwood City, CA:
Mindgarden.
Hinkin, T. R., & Tracey, B. J. (1999). The relevance of
charisma for transformational leadership in
stable organizations. Journal of Organizational
Change Management, 12(2), pp. 105 – 119.
Bycio, P., Hackett, R. D., & Joyce S. Allen, J. S. (1995).
Further Assessments of Bass's (1985)
Conceptualization of Transactional and
Transformational Leadership. Journal of
Applied Psychology, 80(4), pp. 468-478.
22
3. Kepimpinan Transaksional
Kepimpinan Transactional , dikenali juga sebagai
managerial leadership, yang memberi fokus
kepada penyeliaan, menyelaras, dan prestasi
organisasi. Kepimpinan transaksional menekankan
kepada kepatuhan pengikut kepada kehendak
pemimpin dan sebagai balasannya diberi ganjaran
atau hukuman. Kepimpinan transaksional
berusaha mengekalkan status quo organisasi.
Apabila prestasi organisasi tidak mencapai sasaran,
kepimpinan transaksional akan mencari salah
pengikut.
23
Kepimpinan Transaksional
Kepimpinan transaksional melakukan:
• Menetapkan matlamat dan jangkaan bagi
setiap pengikut, dan bagaimana melakukan
tugasan serta bagaimana ganjaran akan
diberikan apabila mencapai matlamat yang
ditetapkan. Beliau juga memberi maklum
balas kepada setiap pengikutnya.
• Memberi fokus kepada bagaimana menjadi
cekap melalui penerbitan peraturan dan
prosedur kerja yang standard.
24
Kepimpinan Transaksional
• Kepimpinan transaksional menggunakan ganjaran bagi
tujuan mendapat kepatuhan daripada pengikut.
• Kepimpinan transaksional berunding dengan pengikut
matlamat yang hendak dicapai dan bentuk ganjaran
yang akan diberi.
• Lazimnya dua tindakan berikut dilakukan oleh
kepimpinan transaksional iaitu: contingent reward dan
management-by-exception.
• Contingent reward menyediakan ganjaran jika
mencapai matlamat yang ditetapkan.
• Management-by-exception mengekalkan status quo
dan hanya bertindak apabila pengikut gagal mencapai
matlamat yang ditetapkan.
25
Questionnaires to measure Transactional
Leadership
Avolio, B. J., & Bass, B. M. (2004). Multifactor
leadership questionnaire. Manual and sampler
set (3rd ed.). Redwood City, CA: Mindgarden.

Bycio, P., Hackett, R. D., & Joyce S. Allen, J. S. (1995).


Further Assessments of Bass's (1985)
Conceptualization of Transactional and
Transformational Leadership. Journal of
Applied Psychology, 80(4), pp. 468-478.

26
4. KEPIMPINAN BERKHIDMAT (SERVANT
LEADERSHIP)
• Kepimpinan Servant adalah berdasarkan idea
mengutamakan pemberian perkhidmatan kepada
orang lain termasuk subordinat.
• Oleh kerana itu kepimpinan servant berkongsi kuasa
dan meletakkan keperluan subordinat ditempat
pertama dan membantu meningkatkan kebolehan
mereka hingga menjadi subordinat yang berprestasi
tinggi.
• Kepimpinan servant adalah pemimpin yang lebih
kepada berorientasikan kemanusiaan berbanding
dengan berorientasikan tugas.

27
Ciri-ciri Kepimpinan Servant
• Mendengar (Listening) – satu kaedah yang
baik untuk meyakinkan/memujuk (persuade)
orang lain.
• Empati (Empathy) – berupaya memahami
emosi orang lain.
• Melegakan orang lain (Healing) – Bertindak
untuk melegakan kesusahan orang lain.
• Pemujukan (Persuasion) – Bertindak dengan
memberi keyakinan kepada orang lain dan
bukan melalui paksaan supaya orang lain
menjayakan tugasannya.
28
…Ciri-ciri Kepimpinan Servant…
• Kesedaran (Awareness) – menyedari apa
yang berlaku dan ditanggung oleh orang lain.
• Berpandangan jauh (Foresight) – kebolehan
menjangka apa yang akan berlaku.
• Penanggapan (Conceptualization) – Berupaya
melihat dalam satu kerangka yang besar. Oleh
kerana itu pemimpin servant banyak
bergantung kepada kemahiran konseptual dan
bukan kemahiran teknikal.
29
…Ciri-ciri Kepimpinan Servant…
• Komitmen kepada kemajuan (Commitment to
growth) – Pemimpin ini suka mendidik orang
bawahan .
• Pengawasan (Stewardship ) – Menjaga dan
mengawasi orang bawahan supaya sentiasa berada
dalam keadaan selamat dan boleh melakukan kerja
dengan baik.
• Fokus kepada ahli (Focus on community) –
Membentuk ahli-ahli organisasi sebagai sebuah
komuniti yang bersatu padu.

30
Questionnaire to measure Servant Leadership

Barbuto, JR. J. E., & Wheeler, D. W. (2006). Scale


development and construct clarification of
servant leadership. Group & Organization
Management, 31(3), 300-326.

31
Thank You

32

You might also like