Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

AUTOMATIC

TRANSMISSION
PENGENALAN

 AUTOMATIC TRANSMISSION adalah sistem kotak gear automotif yang


boleh menukar gear secara automatik semasa kenderaan sedang
bergerak tanpa memerlukan pemandu untuk menukar gear secara
manual.
FUNGSI AUTOMATIC TRANSMISSION
 Penukar kilasan (torque converter) - mengambil alih tugas klac bagi
penghantaran manual serta menghasilkan sedikit gelinciran bagi membolehkan
enjin terus beroperasi tanpa terhenti akibat putaran enjin yang rendah, seperti
semasa mengundur ataupun mula bergerak dalam gear 1.
 Set gear planetari - set gear planetari majmuk dengan klac dan jalur brek
dikendalikan oleh servo hidraulik hasil aktiviti sistem hidraulik pada badan injap,
menghasilkan beberapa nisbah gear termasuk gear undur.
 Badan injap - pusat kawalan sistem hidraulik yang menerima bendalir
penghantaran automatik (ATF) bertekanan tinggi daripada pam utama yang
digerakkan oleh penukar kilasan. Tekanan bendalir ATF seterusnya menggerakkan
keseluruhan sistem hidraulik yang terdiri daripada sejumlah injap, bebola
kawalan, omboh servo, dsb. Sebarang perubahan pada kelajuan enjin, kelajuan
kenderaan dan kedudukan injak pendikit mempengaruhi operasi sistem hidraulik,
menyebabkan sistem hidraulik menukar gear bersesuaian dengan keadaan
pemanduan. Kini, kebanyakan kotak gear automatik moden dikendalikan secara
elektronik, menjadikan rekabentuk badan injap dipermudahkan serta menambah
baik kecekapan operasi penghantaran automatik.
 Bendalir penghantaran automatik (ATF) - ATF digunakan sebagai bendalir
bahantara bagi sistem hidraulik pada penghantaran automatik serta melincirkan
komponen-komponen dalaman kotak gear. Bendalir ATF perlu diperiksa atau
ditukar secara berkala.
MOD AUTOMATIC TRANSMISSION

 P (Park) - Membebaskan gear seperti posisi N (neutral), serta mengunci penghantaran supaya
kenderaan tidak boleh bergerak. Mod ini digunakan ketika meletak kereta serta hanya boleh
digunakan semasa kenderaan tidak bergerak supaya tidak mengakibatkan kerosakan. Sesetengah
kereta memerlukan pemandu untuk menggunakan brek kaki semasa menukar gear dari P ke posisi
lain.
 R (Reverse) - Untuk mengundur kenderaan. Seperti posisi P, pemandu mesti berhenti terlebih
dahulu sebelum menukar ke posisi R untuk mengelak kerosakan pada kotak gear.
 N (Neutral) - Membebaskan gear dan tidak mengunci penghantaran.
 D (Drive) - Membolehkan kenderaan bergerak ke hadapan. Di dalam mod ini, kotak gear akan
menukar gear secara automatik pada semua gear kelajuan, sama ada 3, 4, 5 dan seterusnya.
Bilangan gear automatik tertinggi ialah 8 pada beberapa model terbaru kereta Lexus. Sesetengah
gear automatik 4 kelajuan mempunyai suis OD (overdrive), maka dalam posisi D, gear 4 hanya dapat
ditukar apabila suis OD dihidupkan dan penukaran gear hanya terhad sehingga gear 3 apabila suis
tersebut dimatikan.
 3/D3 - Sama seperti D tetapi penukaran gear hanya terhad sehingga gear 3 sahaja. Berguna
semasa melalui jalan raya pergunungan yang curam.
 2/S (Second) - Sama seperti D, tetapi penukaran gear terhad sehingga gear 2 sahaja. Berguna
semasa melalui jalan raya pergunungan yang sangat curam serta bagi pemanduan musim sejuk.
 1/L (Low) - Kenderaan hanya boleh bergerak dalam gear 1 sahaja. Berguna semasa pemanduan
musim sejuk serta semasa menunda kenderaan lain.
JENIS RANGKAIAN PEMACU
 1. Enjin hadapan Pacuan Belakang
Enjin diletakkan di hadapan ruang penumpang dan menggunakan
rangkaian klac, kotak gear, aci pendorong , unit Kerbeza dan aci
hab(axle). Sistem ini banyak digunakan dalam industri automotif
sehingga 1970.
 2. Enjin Hadapan Pacuan Hadapan
Aci pendorong (Propeler shaft)tidak diperlukan dan kotak gear disatukan
dengan unit karbeda. Enjin Lurus Pacuan hadapan. Enjin di cagakkan di
hadapan dan didudukkan diatas gandar hadapan. Kotak gear pacuan roda
hadapan biasanya dipanggil transaxle, iaitu gabungan kotak gear dan unit
kerbeda(transmission dan axles)
 3. Enjin Belakang Pemacu Belakang
Enjin dicagakkan dibelakang gandar belakang dan kotak gear di hadapan
axle belakang.Enjin ini disuaikan untuk kenderaan ringan sahaja.
INHIBITOR SWITCH
 • INHIBiTOR SWITCH merupakan suis sentuhan yang digunakan bagi
kenderaan automatik apabila pemandu menggerakkan tuil untuk
kemasukan gear.
FUNGSI INHIBITOR SWITCH
 • Bagi transmisi yang dikawal secara mekanikal , suis perencat
merupakan mekanisme penghidup keselamatan. Bila tuil pemilih tidak
berada di kedudukan “P” atau “N” , litar elektrik yang diguna untuk
menghidupkan enjin berada di keadaan OFF. Oleh itu , enjin tidak
hidup dalam keadaan ini walaupun suis pencucuhan telah dipusing ke
kedudukan “START”. Suis perencat dipasang pada bekas trans-gandar
dan disambung dengan aci kawalan manual. Suis perencat mempunyai
litar dalaman untuk mengesan kedudukan tuil pemilih , isyarat ini
diguna untuk menunjukkan gear yang dipilih di dalam kelompok
peralatan. Bagi transmisi-transmisi yang dikawal secara elektronik ,
contohnya siri Hivec , isyarat-isyarat kedudukan anjakan digunakan
oleh unit kawalan elektronik untuk memilih julat anjakan yang betul.
Fungsi elektrik yang betul bagi suis boleh diperiksa menggunakan
multi meter , dengan mengukur kesinambungan di antara terminal-
terminal yang berkaitan.

You might also like