Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PENGURUSAN

BILIK
DARJAH
Konsep Rutin
• Merujuk kepada aktiviti pengurusan harian bilik darjah.
• Ia juga adalah satu prosedur yang tetap dan perlu dijalankan
sebagai aktiviti harian bilik darjah
• Rutin pengurusan bilik darjah yang sistematik bukan hanya
membentuk persekitaran bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga meningkatkan
semangat kekitaan murid, keselamatan dan meningkatkan
disiplin kendiri murid.
• Ia juga menjimatkan masa dan tenaga murid dan guru serta
memupuk sikap yang baik dalam diri murid seperti bersifat
koperatif dan bertanggungjawab
Jenis-Jenis Rutin
Rutin
Rutin
Rutin Kelas Pergerakan
Pentadbiran
Murid

Rutin Rutin
Rutin
Pengurusan
Pembelajaran Interaksi
Tugasan
Rutin kelas (bukan akademik)
• Seorang guru perlu mewujudkan persekitaran fizikal bilik darjah
yang kondusif dan membuat beberapa peraturan dan prosedur
asas bilik darjah untuk memudahkan proses pelaksanaan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengurusan
peraturan dan kebersihan bilik darjah juga bertujuan untuk
mengurangkan masalah disiplin dan memastikan bilik darjah
berada dalam suasana yang kondusif.
• Contoh rutin bilik darjah: mengurus kebersihan bilik darjah,
termasuk menyapu lantai, menyusun kerusi dan meja serta
membersihkan papan tulis, membentuk peraturan dan jadual
bertugas murid.
Rutin Pentadbiran
• Guru juga memainkan peranan sebagai seorang pentadbir.
Adalah penting bagi seorang guru mengurus pentadbiran bilik
darjah secara berkesan kerana ini akan membantu murid-murid
belajar dalam suasana yang selesa dan tenteram. Ini dapat
menjimatkan masa dan tenaga guru serta murid. Ini boleh
memberi manfaat kepada pembelajaran murid. Murid akan
lebih berasa selamat dan berdisiplin.
• Contoh rutin pentadbiran: mengambil kehadiran murid,
memungut yuran (seperti yuran peperiksaan, derma PIBG),
menyediakan laporan kemajuan murid dan rekod kesihatan
murid.
Rutin Pergerakan Murid
• Murid perlu tahu prosedur pergerakan dari satu aktiviti atau bilik
darjah kepada yang lain. Contohnya kebanyakan sekolah
memerlukan murid untuk beratur sebelum pergi ke makmal sains
dan komputer, bengkel kemahiran hidup dan Sains
Rumahtangga. Ini bertujuan untuk melatih murid agar lebih
berdisiplin sewaktu bergerak ke makmal atau mengikuti aktiviti
luar.
• Contoh rutin pergerakan murid: murid bergerak dari
i. aktiviti dalam ke aktiviti luar,
ii. aktiviti kelas kepada aktiviti kumpulan,
iii. kelas ke makmal komputer.
Rutin Pengurusan Tugasan
• Rutin jenis ini termasuklah persediaan guru terhadap tugasan,
aktiviti sumber pengajaran dan pembelajaran dan membina
pusat aktiviti.
• Untuk memastikan kelicinan dalam mengimplementasikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memberitahu murid
tentang hasil pembelajaran yang diharapkan, apa yang perlu
mereka lakukan dan cara mereka mengetahui pencapaian hasil
pembelajaran mereka.
• Guru juga perlu memantau aktiviti bilik darjah dan menilai
pencapaian murid.
Rutin Pembelajaran
•Rutin jenis ini berlaku dalam pada setiap hari
dan ini membantu menyokong aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Prosedur yang
betul sewaktu menjalankan rutin adalah penting
dan murid harus melibatkan diri secara langsung
di mana perlu. Contoh rutin pembelajaran:
memungut buku latihan, memeriksa latihan,
mengagihkan sumber dan buku.
Rutin Interaksi
• Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
menekankan aktiviti yang berfokuskan murid. Interaksi
seperti interaksi murid-murid dan guru-murid adalah
digalakkan. Murid perlu tahu prosedur bertanya atau
menjawab, perkara yang diharapkan semasa berada di
pusat pembelajaran semasa menjalankan perbincangan
dan aktiviti bilik darjah yang lain.
• Contoh rutin interaksi: Perbincangan kelas dan kumpulan
kecil, membuat uji kaji makmal, aktiviti kumpulan seperti
main peranan dan projek.

You might also like