Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

PEMBALAKAN HUTAN

SECARA HARAM
PENGENALAN
• khazanah dunia yang amat bernilai.
• membekalkan dengan pelbagai sumber seperti kayu-kayan
dan ubat-ubatan.
• terkenal dengan keindahan alam semulajadinya
• menjadi daya penarik kepada pelancong-pelancong asing.
• akhir-akhir ini, hutan menghadapi ancaman kemusnahan
• daripada pihak-pihak yang tamak dan hanya mementingkan
kekayaan semata-mata.
• Peningkatan aktiviti pembalakan haram bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan
• Jika masalah ini tidak ditangani, sudah tentu kita akan
menghadapi 1001 masalah di hari muka.
BERLAKUNYA BENCANA ALAM
• Seperti banjir, tanah runtuh, hakisan dan perubahan cuaca
• Pembalakan yang tidak terkawal akan menjadikan
permukaan bumi gondol dan terdedah kepada hakisan.
• Bahan yang terhakis akan dibawa dan dimendapkan di
dasar sungai.
• sungai menjadi cetek.
• Apabila hujan lebat, sungai tidak mampu menampung air
yang banyak
• lalu ia melimpah ke kawasan sekitar.
• memusnahkan perkampungan orang asli mengakibatkan
kehidupan masyarakat ini diambang penderitaan.
• TEGASNYA : Pelbagai bencana alam akan berlaku akibat
daripada aktiviti pembalakan haram
KEMUSNAHAN HABITAT FLORA DAN
FAUNA
• hutan merupakan tempat tinggal semula jadi bagi
pelbagai jenis tumbuhan dan spesies haiwan liar.
• Menebang pokok tanpa mengira muda, tua, saiz
dan sebagainya
• Akan memusnahkan habitat flora dan fauna
• Hidupan liar akan berpindah ke tempat lain
• Hilang tempat tinggal dan tidak dapat membiak
dan akhirnya pupus
• Dan memusnahkan alam sekitar
• TEGASNYA: pembalakan haram akan
menyebabkan flora dan fauna musnah dan
terancam
PENINGKATAN SUHU/PEMANASAN
GLOBAL
• Aktiviti pembalakan haram akan meningkatkan kandungan gas
karbon dioksida dalam udara.
• Gas ini mampu memerangkap haba di atmosfera daripada
dipantulkan semula.
• Fenomena inilah yang menyebabkan peningkatan suhu
persekitaran.
• bertambah teruk apabila kurangnya tumbuhan yang menyerap gas
ini.
• Kandungan oksigen semakin kurang
• Tidak dapat melakukakan fotosintesis dengan baik
• turut mengakibatkan kesan rumah hijau dan perubahan suhu
setempat
• Menyebabkan berlakunya pemanasan global
• TEGASNYA : pembalakan haram dapat meningkatkan masalah
pemanasan global
MENJEJASKAN KAWASAN TADAHAN
HUJAN
• menjejaskan kawasan tadahan hujan di tanah tinggi.
• mengurangkan kadar serapan dan penyimpanan air
dalam tanih
• sekaligus menjejaskan bekalan air.
• krisis air yang pernah berlaku di Lembah Klangdan
Melaka menyebabkan aktiviti harian penduduk
• seperti memasak, mandi dan membasuh pakaian
terganggu.
• TEGASNYA : Pembalakan haram boleh menjejaskan
kawasan tadahan hujan di negara ini
KEHILANGAN HASIL KAYU BALAK
• akibat dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
• Hasil kayu-kayan merupakan sumber pendapat negara yang
lumayan.
• Negara kita mempunyai pelbagai spesies kayu yang tinggi
nilainya.
• Contohnya, kayu cengal dan meranti
• Kayu jenis ini kini amat sukar didapati kerana telah dicuri
oleh pihak pembalak haram yang mementingkan
keuntungan peribadi semata-mata.
• Mereka juga tidak langsung memikirkan kesan perbuatan
mereka terhadap alam sekitar kita yang semakin terancam.
• Negara juga akan hilang punca pendapatan
• TEGASNYA: penerokaan hutan secara haram akan
menyebabkan negara kehilangan hasil kayu yang banyak.
KESIMPULAN
• kita harus berkolaborasi bagi membendung kegiatan ini
daripada terus meragut keindahan alam ciptaan ilahi.
• Pihak kerajaan haruslah mengambil tindakan yang tegas
terhadap pesalah yang didapati menjalankan kegiatan
pembalakan haram.
• Orang awam pula hendaklah melaporkan sebarang
pergerakan kenderaan pengangkut balak yang
mencurigakan.
• Dengan adanya kerjasama bagaikan aur dan tebing, sudah
pasti masalah ini dapat diatasi.
• Seperkara lagi, kita perlulah ingat bahawa kita tidak
mewarisi bumi ini daripada nenek moyang kita, tetapi kita
hanya meminjamnya daripada anak cucu kita.
LATIHAN KARANGAN
• Gejala penerokaan hutan secara
haram semakin berleluasa sejak
akhir-akhir ini. Bincangkan kesan-
kesan penerokaan hutan secara
haram terhadap masyarakat dan
negara ini.
TARIKH HANTAR

Selewat-
lewat pada
hari Khamis

You might also like