Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SOALAN TUTORIAL:

M8 : Menggalurkan proses pembentukan


perlembagaan
1946 1949 1963
1 April 1946 Jawatankuasa Hubungan Perlembagaan
Antara Kaum (CLC) Malaysia 1963
(Perlembagaan Malayan
Union)

1948 1957
1 Februari 1948 (Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan
Tanah Melayu 1948) Kemerdekaan 1957
1946
1 April 1946 (Perlembagaan Malayan Union)

British Military Administration (BMA) telah dibubarkan pada bulan Mac 1945.
diikuti dengan pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1
April 1946.
terbentuk hasil dari Perjanjian Mac Michael pada tahun 1945.
Perjanjian ini memberi peruntukan kepada British bagi mentadbir Tanah
Melayu dalam perintah-dalam-Majlis berpandukan kepada Arahan Diraja (Royal
decree) bertarikh 23 Mac 1946.
semua peristiwa yang berlaku ini dipanggil sebagai Perlembagaan Kesatuan
Tanah Melayu 1946.
Bagaimanapun, perlembagaan dan perjanjian ini mendapat tentangan yang
kuat dari raja-raja Melayu dan Rakyat Tanah Melayu.
1948
1 Februari 1948 (Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948)

• Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.


• Hasil dari perjanjian ini satu perlembagaan baru telah digubal dan berkuat
kuasa pada 1 Februari 1948 = Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu,
1948.
• Mengikut perjanjian ini, Kerajaan Pusat akan mengandungi seorang
Pesuruhjaya Tinggi British, sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis
Perundangan.
• Majlis Perundangan (Legislative Council) mempunyai anggota rasmi dan
sebilangan besar anggota tidak rasmi akan dipilih dan dilantik oleh
Pesuruhjaya Tinggi British.
1949
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)

• Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (1949) terdiri daripada


pelbagai hubungan etnik telah berusaha menyelesaikan masalah
perlembagaan, politik dan ekonomi.
• Ia wujud kerana permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik.
• CLC ditubuhkan secara tidak rasmi untuk membincangkan isu seperti
kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar
pendidikan.
• Melalui CLC ini pemimpin dari pelbagai golongan etnik berbincang
secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud dan mencari
jalan penyelesaian.
• tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato’ Onn
Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lok, C.C. Tan,
Dr. J. S. Goonting dan E.E.C. Thuraisingham.
• Kebanyakan cadangan CLC telah dimasukan ke dalam usul-usul
perundangan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan.
• Jawatankuasa ini telah berjaya memupuk persefahaman antara
pemimpin pelbagai kaum.
1957
Perlembagaan Kemerdekaan 1957

Rundingan Kemerdekaan 1956

• Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan


ke London
• Melalui Perjanjian London 1956, Kerajaan
british bersetuju mengisytiharkan
kemerdekaan bagi Tanah Melayu pada akhir
bulan Ogos 1957.
• Persetujuan juga dicapai untuk menubuhkan
Suruhanjaya reid.
Suruhanjaya Reid 1956

• Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada tahun 1956 untuk


menggubal perlembagaan baru bagi Persekutuan Tanah
Melayu yang merdeka.
• Anggotanya ialah Lord Reid (Britain-Pengerusi), Sir Ivor
Jennings (Britain), Sir William Mckell (Australia), B. Malik
(India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
• Laporan Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja
yang terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu, Parti Perikatan,
Pesuruhjaya tinggi, Ketua Setiausaha dan Peguam Negara.
• Rang Perlembagaan yang dipinda diluluskan oleh Majlis
Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957.
Kemerdekaan 1957

• Kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan


oleh tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos
1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
• Perdana Menteri Tanah Melayu yang
pertama ialah Tunku Abdul rahman.
• Yang di-Pertuan Agong yang pertama ialah
Tuanku Abdul Rahman (Yang Dipertuan
Besar Negeri Sembilan)
1963

Perlembagaan Kemerdekaan 1957


• Pada 9 Julai 1963, kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, United
kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura telah menandatangani
Perjanjian Malaysia Borneo Utara, Sarawak dan Singapura akan bersekutu
dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada, dan
persekutuan ini dinamakan Malaysia.
• Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk
meminda Perkara 1(1) dan Perkara (2) Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957.
• Akta ini berkuatkuasa pada 16 September 1963. Pada masa yang sama juga
Queen Great Britain melepaskan bidang kuasa baginda di Borneo Utara,
Sarawak dan Singapura.
• Maka dengan ini wujudlah Persekutuan Malaysia yang merdeka
dan berdaulat dengan mempunyai perlembagaannya sendiri.
• Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan
asas kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
• Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada 16
September 1963.
• Bagi sabah dan Sarawak draf Perlembagaan Persekutuan
Malaysia telah dilampirkan dalam Jadula Perjanjian Malaysia dan
perlembagaan itu kemudiannya telah diisytiharkan sebagai
Perlembagaan Negeri Sabah dan Sarawak.

You might also like