Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

TANAH BESAR ASIA TENGGARA

( HST 225/3)

NAMA PENSYARAH :
 PROFESOR DATO’ DR ABU TALIB AHMAD
 DR TAN CHEE SENG

NAMA PEMBENTANG :
 NURUL FARIEZA EMILIA BINTI MAT BAKRI ( 132321 )
 NOOR AIN BINTI MAT ZAIS ( 132266 )
 NOR SYAHEEDA BINTI KAMARUZZAMAN ( 132277 )
 KHAIRUNNISAA’ BINTI MOHAMAD (132232 )
 NUR SYAZWANI BINTI MUHD SHUKRI (132310 )
SOALAN TUTORIAL 1

HURAIKAN SUMBANGAN PROFESOR OLIVER WOLTERS


KEPADA PENGAJIAN ASIA TENGGARA.SEJAUH
MANAKAH BELIAU BOLEH DIANGGAP SEJARAWAN
ASIA TENGGARA PALING MENONJOL PADA ABAD
KE-20?
Kami bersetuju bahawa sememangnya Oliver W
Wolters wajar dianggap sebagai sejarawan
Asia Tenggara paling menonjol pada abad ke
20 berdasarkan sumbangan- sumbangan beliau
kepada pengajian Asia Tenggara.
KERANGKA ESSEI

 PENDAHULUAN
 ISI PENTING (SUMBANGAN PROFESOR OLIVER W. WOLTERS )
i) Menerbitkan kajian yang memfokuskan kepada kejatuhan kerajaan srivijaya yang
secara tidak langsung membawa kepada kemunculan Melaka.
ii) Menggunakan sumber – sumber china sebagai rujukan utama dalam kajian
iii) Memperkenalkan konsep mandala
iv) Mengkaji perbezaan budaya tempatan dari sudut perspektif Sejarah
v) Menggunakan perspektif baru atas bantuan pakar antropologi dan sarjana-sarjana lain
yang bukan dalam kalangan ahli sejarah konvensional
 PENUTUP
PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG PROFESOR OLIVER W. WOLTERS

• Nama beliau ialah Profesor Oliver W. Wolters


• Pernah berkhidmat sebagai pentadbir di Tanah Melayu selepas Perang
Dunia Kedua
• Pertengahan 1950-an, beliau sertai SOAS
• Minat utamanya terdorong kepada Sejarah awal Asia Tenggara
• Karya Agungnya ialah :
~ The Fall Of Srivijaya in Malay History
~ History, Culture, and Region in Southeast History
• Antara bekas pelajar beliau yang terkenal termasuklah Barbara Watson
Andaya, Leonard Y Andaya, Anthony Wilner dan Charnvit Kasetri.
ISI 1

MENERBITKAN KAJIAN YANG MEMFOKUSKAN KEPADA KEJATUHAN SRIVIJAYA YANG SECARA


TIDAK LANGSUNG MEMBAWA KEPADA KEMUNCULAN MELAKA
 Wolters telah menerbitkan karyanya yang berjudul The Fall of Srivijaya in Malay History yang
telah membincangkan apakah peristiwa-peristiwa yg berlaku pada abad ke-14 yang telah
menjatuhkan Sivijaya.
 Menurut Wolters perubahan corak Perdagangan di China adalah faktor yang menjatuhkan
Srivijaya pada kurun ke-14.
 Perkara ini turut diperkatakan oleh Andaya (Sejarah Malaysia) iaitu “Wolters sebenarnya
menghujahkan bahawa cabaran ini merupakan faktor tunggal yang paling utama
menyebabkan kejatuhan Srivijaya”
 Pada akhir zaman Sung dan zaman Mongol (akhir kurun ke-12 hingga pertengahan kurun
ke-14) perdagangan dalam ufti telah dilupuskan.
 Melalui sistem ufti Srivijaya telah diiktiraf sebagai negeri pertuanan serantau dan berhak
membawa ufti ke China.
 Namun setelah perdagangan ufti dilupuskan berlaku pertambahan perkapalan Cina dan
perdagangan telah dijalankan secara bersedirian.
 Para pedagang Cina akan berlayar ke pusat pengeluaran di Asia Tenggara tanpa adakan
hubungan rasmi seperti dahulu.
 Pegasas dinasti Ming iaitu Tai-Tsu telah melaksanakan semula sistem perdagangan
ufti.
 Namun berlaku salah faham antara Kerajaan China dan Sivijaya sehingga
menyebabkan Maharaja China menolak penghantaran ufti dari Srivijaya.
 Akibatnya masyarakat Melayu disusun semula oleh Raja Palembang tetapi bukan di
Palembang.
 Seperti yang dikatakan Wolters iaitu
“Akan tetapi percubaan Tai-tsu yang lewat dalam membaiki semula kerosakan
yang diakibatkan oleh kelalaiannya berkesudahan dengan pengusiran raja
Iskandar dari Singapura dan pelarian raja tersebut ke Melaka.”

 Menurut Wolters perkara tersebut lah yang telah menyebabkan Srivijaya jatuh dan
munculnya kerajaan Melaka.
ISI 2

 MENGGUNAKAN SUMBER – SUMBER CHINA SEBAGAI RUJUKAN UTAMA DALAM KAJIAN

 Berbeza dengan ahli-ahli sarjana lain yang menggunakan sumber tempatan


dan sumber barat.

 Menunjukkan sumber China lebih penting .

 Sumber China bersifat lebih menonjol berbanding sumber barat.

 Sifat ini dipaparkan melalui hubungan perdagangan dan penghantaran ufti.

 Memaparkan bahawa Wolters mengatasi sarjana-sarjana lain.


ISI 3

 MEMPERKENALKAN KONSEP MANDALA


 Mandala = konsep politik yang digunakan oleh sesebuah kerajaan untuk
mengukuhkan kekuasaannya
= berasal daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud lingkaran
 Wolters melihat setiap petempatan sebagai mandala

bulatan raja yang kuasai raja – raja lain yang terletak di dalam mandalanya
 Idea tercetus selepas melihat bentuk candi Borobudur yang seperti bunga teratai dan
mempunyai pusat yang menyebar ke sekitarnya. Maka, beliau praktikkan kepada
kerajaan Srivijaya.
 Srivijaya merupakan pusat yang mencari wilayah kekuasaan dengan membentuk
jaringan
 Konsep mandala tidak memementingkan garis pemisah ataupun tembok sempadan
tetapi memerlukan kesetiaan penduduk wilayah yang ditakluk.
 Wolters membahagikan mandala kepada 2 bentuk :
~ melibatkan sistem cognatic kinship ( diwarisi dari zaman pra sejarah)
~ kesedaran tentang nilai – nilai sejagat
 Wolters beri perhatian kepada ciri budaya mandala
- komunikasi bertulis & oral
- bentuk kehidupan awam
- multikulturalisme
- konsep heterachy
 Wolters melihat langkah – langkah penting yang dilakukan oleh pemerintah
bertujuan untuk menstabilkan mandala
 Antara mandala yang terkenal :
> Ayutthaya
> Srivijaya ( kemudiannya Melaka)
> Majapahit
ISI 4

 MENGKAJI PERBEZAAN BUDAYA TEMPATAN DARI SUDUT PERSPEKTIF SEJARAH


1) Prasasti Telaga Batu
- Tulisan di atas prasasti yang dikenali sebagai Telaga Batu di Palembang pada akhir abad
ke-7 telah ditulis apabila pembesar2 menyatukan dan menawan kawasan-kawasan
baru Ini menunjukkan terdapat pengaruh hindu; terdapat tulisan hindu
2) Pemberian ganjaran oleh pemerintah kepada pegawai-pegawai yang setia
-Pembesar-pembesar dikehendaki menyediakan segala keperluan untuk pengikut-
pengikutnya.
-Pengikut-pengikut perlu menerima kewajipannya untuk menunjukkan kesetiaan kepada
pelindung mereka.
-Ada juga pengikut-pengikut yang membunuh diri apabila tuan mereka meninggal dunia
-Ini menunjukkan kesetian pengikut kepada pemerintah
3) Golongan yang diperintah mestilah berbakti kepada raja.
- Rakyat haruslah membayar cukai dan memberi sumbangan tenaga bagi pekerjaan
raja dan menerima kerahan tenaga untuk mempertahankan raja di dalam
peperangan dan tidak menderhaka kepada raja.
- Maka balasannya adalah kesejahteraan dalam kehidupan .
- Perkara itu telah jelas tercatit dalam inskripsi-inskripsi Telaga Batu.
- Inskripsi itu memberi gambaran tentang bagaimana raja Srivijaya dapat mengekalkan
kedudukannya sebagai raja yang berdaulat.
4) Upacara persetiaan
- Berasaskan kepada inksripsi Telaga Batu juga didapati golongan diperintah mestilah
mengaku taat setia mereka melalui minuman air sumpah.
- Dalam upacara persetiaan itu air dituangkan keatas batu yang mengandungi inskripsi
Telaga Batu itu merupakan simbol agama Buddha dan simbol dewaraja yang penting
yg sesuai untuk diguna dalam upacara itu.
-Ini adalah kerana di bahagian atas pada batu dimana inskripsi itu tertulis didapati
payong dalam bentuk kepala ular tedong(nagas) bertujuh. Payong itu merupakan
lambang kepada raja yang agong iaitu Cakravatin ( pemerintah alam sejagat) .
ISI 5

 MENGGUNAKAN PERSPEKTIF BARU ATAS BANTUAN PAKAR ANTROPOLOGI DAN SARJANA -


SARJANA LAIN YANG BUKAN DALAM KALANGAN AHLI SEJARAH KONVENSIONAL

PROFESOR
PARANAVITANA

• Wolter menyebut tentang kemasyhuran Srivijaya.


• Kemajuan perdagangan dapat diwujudkan melalui sistem hubungan
perdagangan merentasi Laut China Selatan.
• Pelaut-pelaut Melayu dan pedagang –pedagang dari kawasan Asia lain telah
mewujudkan satu hubungan perdagangan yang menguntungkan.
• Pada akhir abad kesepuluh dan kesebelas, dikatakan orang Melayu kadang-
kadang berperang dengan orang Jawa, terutamanya orang Tamil-Cola.
• Profesor Paranavitana: mengandungi banyak maklumat tentang perikatan-
perikatan serta permusuhan yang wujud pada abad tersebut.
TOME’ PIRES

• Wolters membincangkan dalam bukunya tentang kedudukan dan corak


pembentukan sesebuah negara.
• Contohnya, Lamuri (La-wu-ri), Bata (pa-ta), P’olo dan Kampe
• Lamuri (La-mu-ri) dikatakan terletak di hujung bahagian barat laut
Sumatera
• Tome’ Pires: Bata(pa-ta) terletak di antara Pasai yang terletak di pantai
utara sumatera, dengan ‘Aru’ di Selat Melaka.
PROFESOR
WHEATLY

• Wolters menulis tentang Mait, pertama kalinya disebut dalam teks Arab yang
ditulis pada ke-9.
• Menurut Professor Wheatly, Mait terletak sama ada di hujung selatan semenanjung atau di
pulau-pulau yang terletak di selatan dan tidak begitu jauh dari jalan perkapalan ke pulau
Tioman.

COEDES
• Wolters, dalam bukunya menceritakan kemunculan Lo-yuen di bahagian selatan
semenanjung tanah melayu.
• Laut dekat Lo-yuen merupakan tempat persinggahan kapal antarabangsa yang berulang
alik dari China
• Kedudukan Lo-yuen dikatakan terlindung dari monson telah menyebabkan kawasan
tersebut menjadikanterkenal.
• Coedes: menetapkan perkataan “Lo-yuen” sebagai Laut yang merupakan perkataan
melayu dan pelliot juga menerima perkataan itu.
PROFESOR
PARRY

• Wolters, dalam bukunya menyebut orang cina sama telah membentuk


satu pandangan tentang dunia sama seperti pandangan orang Eropah
Profesor Parry; orang Cina dan orang Eropah mula ‘belajar menerima
dunia sebagai satu keseluruhan dan kawasan laut juga dilihat sebagai
satu keseluruhan.
Berpendapat bahawa, orang cina mula menyedari peranan laut
sangat penting menghubungkan kesemua kawasan yang menjadi
laluan perdagangan.
PENUTUP

Berdasarkan isi – isi penting yang telah dinyatakan ,


terbuktilah bahawa terdapat banyak sumbangan Oliver
W Wolsters terutamanya dalam bidang pengajian Asia
Tenggara.

Maka, hal ini secara tidak langsung mempamerkan


bahawa Profesor Oliver w wolters sememangnya
merupakan seorang sejarawan Asia Tenggara paling
menonjol pada abad ke 20.
RUJUKAN

OW Wolsters, History, Culture, and Region in Southeast Asian Perspectives


( Singapore : 1982 bab 3 berjudul “Towards Defining Southeast Asian History”
dan Bab 4 berjudul “Local Cultural Settlement.”

O W Wolters, The Fall of Srivijaya in Malay History ( Kuala Lumpur : 1975 )

Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara (Kuala Lumpur : 2017)

You might also like