Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SINOPSIS

• Novel Atas Nama Cinta karya Isa Kamari merupakan sebuah novel sejarah.
Novel ini tentang seorang gadis Belanda yang berusia 13 tahun yang
berdepan dengan isu perebutan hak jagaan di antara ibu bapa kandungnya
dengan ibu angkatnya. Natrah/Maria diserahkan kepada Aminah ketika
berusia 5 tahun oleh ibunya( Adeline Petrus Hertogh).
• Di bawah jagaan Aminah, Maria menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak
Islam yang diberi nama Nadra dengan nama timangannya Puteh.Nadra
kemudian di bawa Aminah berhijrah ke Kemaman, Terengganu.
• selepas ayahnya( Adrianus Petrus Hertogh) dibebaskan oleh tentera Jepun,
Adrianus dan keluarganya ingin mengambil balik hak penjagaan terhadap
Natrah. Pada awalnya, hak penjagaan diperolehi oleh Aminah, namun
begitu tindakkan Aminah menikahkan Natrah dengan Mansoor Adabi.

• Isu perkahwinan Natrah ini telah digunakan oleh keluarga kandungnya
untuk merampas kembali hak penjagaan mereka. Mereka mendakwa
bahawa perkahwinan Natrah tidak sah kerana Natrah masih di bawah
umur dan tidak boleh mengikut undang-undang islam kerana Natrah
merupakan warganegara Belanda
• Kes perebutan Nadra menjadi isu bangsa, agama dan negara apabila
sampai kepada pengetahuan Persatuan Kebajikan Wanita Islam,
Persatuan Kebajikan Muslim Singapura, Liga Muslim Singapura dan
Kesatuan Melayu Muda. Penduduk islam di Tanah Melayu, Indonesia,
dan Singapura menentang keras perkara tersebut. Orang melayu
berasa sangat marah dan bertindak ganas.
• Setelah beberapa kali naik turun mahkahmah, Natrah akhirnya
menjadi Maria Hertough semula di tangan Adelaine. Natrah dibawa
oleh keluarga kandungnya pulang ke Belanda meninggalkan ibu
angkatnya iaitu Aminah dan Mansoor yang merupakan suaminya.
BIODATA ISA KAMARI
• Isa Kamari merupakan penulis dari Singapura. Beliau dilahirkan pada 1960.
• Beliau meraih ijazah B.Arch. (Hons) daripada Universiti Nasional Singapura pada
1988.
• Beliau kini sedang menjalani program M.Phil. bagi kajian sastera di Universiti
Kebangsaan Malaysia.
• Beliau bertugas sebagai Arkitek Prinsipal dengan Penguasa Pengangkutan Darat
Singapura, LTA.

• ANUGERAH
-Pada 2006, Isa telah menerima S.E.A. Write Award di Bangkok, Thailand.
-Beliau juga memenangi Hadiah Penghargaan bagi kategori puisi dan esei sastera
pada 1993, 1995 and 1997 di majlis Anugerah Persuratan, yang dianjurkan oleh
Majlis Bahasa Melayu, Singapura.
-Novel Atas Nama Cinta menerima anugerah Penulisan Sea 2006 di Singapura
BIODATA NATRAH/MARIA
 Natrah atau Maria Huberdina Hertogh dilahirkan pada 24 Mac 1937 di
Kota Cimahi Jawa,Indonesia
 Natrah meninggal pada 7 Jualai 2009 ketika berusia 72 Tahun di
Huijbergen Belanda akibat penyakit Leukimia
 Natrah merupakan seorang warganegara Belanda
 Natrah terkenal kerana peristiwa Rusuhan Natrah
 Telah berkahwin dengan Mansoor Adabi pada usia 13 tahun
 Ibu bapa kandung Natrah bernama Adeline Hunter dan Adrianus Petrus
Hertogh.
 Pada usia 5 tahun Natrah dijaga oleh ibu angkatnya bernama Aminah
 Natrah dibesarkan di Kemaman Terengganu, dengan cara hidup Islam
 Diberi gelaran Putih oleh Aminah

You might also like